Tuesday 9 September 2014

Hadi Awang Kian Tersepit?


Kedudukan Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas tidak lagi seselesa dahulu. Beliau kini bukan saja mula dipertikaikan oleh penyokong dan pengundi parti yang tidak memegang apa-jawatan, malahan elemen yang sama sudah mulai datang daripada peringkat yang berjawatan juga.

Semuanya gara-gara kegagalannya memimpin hala tuju parti itu dengan cara yang betul dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor.

Jika dalam beberapa mesyuarat AJK Pas Pusat sebelum ini, sudah ada yang berani bertegang leher dengannya mempertikaikan tindakan yang dilakukannya, terutama mempersoalkan kecenderungan untuk berbaik-baik dengan UMNO, malam tadi dalam satu forum anjuran PasMa, seorang lagi pemimpin Pas iaitu Mujahid Yusof Rawa memberi mesej yang sama mengenai Haji Hadi.

Beliau bukan saja menyanggah keinginan Pas untuk bekerjasama dengan UMNO sebagaimana yang diketahui umum merupakan cita-cita baru kumpulan yang pro Haji Hadi dalam Pas dengan mengatakan parti itu tidak ingin terkinja-kinja dengan parti pimpinan Najib Razak itu, malah juga menyatakan bahawa Presiden Pas itu tidak maksum dan boleh dikritik serta dipertikaikan keputusannya.

Walaupun Haji Hadi belum sampai disanjung hingga ke peringkat tidak boleh diusik, tetapi konsep wala iaitu patuh kepada pemimpin dalam Pas kadangkala menghampiri trend ke arah maksum juga di mana kedudukannya sebagai ulama sering disekalikan dengan jawatannya sebagai pemimpin sebuah parti politik sehingga mempertikaikan sebarang keputusannya dalam hal-hal berkaitan politik juga dianggap seolah-olah mengecam golongan pewaris Nabi.

Dalam banyak keadaan, bukan saja keputudan dan tindakan Haji Hadi yang tidak berani ditegur, diusik dan dipertikaikan, malah pihak yang cuba menegur pula seringkali dipersalahkan serta dibandingkan dengan ketinggian ilmu agama yang dimiliki oleh beliau.

Oleh sebab itu, hampir tiada kritikan dan serangan daripada dalam parti Pas sendiri terhadap kepimpinan Haji Hadi selama ini meskipun berlaku beberapa keadaan mengecewakan seperti kemelut yang pernah berlaku di Kedah sehingga akhirnya menyebabkan UMNO berjaya merampas kembali teraju kepimpinan di negeri itu.

Selain hanya baru-baru ini keberanian mempertikai dan mengkritik itu mula wujud, ia juga nampaknya mula menunjukkan arah aliran yang semakin berkembang. Hanya kerana kegagalan Haji Hadi menunjukkan kepimpinan yang meyakinkan serta seolah-olah makin condong kepada UMNO, sebuah NGO yang dinamakan PasMa turut ditubuhkan sejak 10 Ogos lalu.

Matlamat utama PasMa tidak lain ialah untuk terus memperkukuh kedudukan Pas dalam PR serta memastikan gabungan itu kekal sebagai pesaing yang berwibawa kepada BN dan menjadi alternatif kepada rakyat membuat pilihan setiap lima tahun sekali.

PasMa yang diketuai oleh bekas Exco Kedah, Pahrolrazi Mohd Zawawi adalah berniat murni bukan saja kepada semangat ahli-ahlinya di seluruh negara tetapi juga kepada sebahagian besar rakyat yang masih dahagakan perubahan. NGO itu hanya cuba mengembalikan Pas kepada perjuangannya yang sebenar serta kepada matlamat yang sudah sekian lama diperjuangkan oleh ahlinya di pelbagai peringkat.

Oleh yang demikian, jika ahli-ahli Pas masih sayangkan perjuangan parti itu untuk menumbangkan UMNO dan BN, mereka seharusnya tidak teragak-agak untuk memberi sokongan kepada PasMa ini. Hanya dengan kukuhnya PasMa, benteng untuk mempertahahkan Pas daripada terkinja-kinja, berpeluk-pelukan dan bercium mulut dengan UMNO akan turut menjadi semakin kuat.

Selain kewujudan PasMa yang secara tidak langsung merupakan pertahanan kepada citra politik Haji Hadi mahu berbaik-baik dengan UMNO, sudah wujud juga keberanian iaitu daripada Lujnah Undang-undang dan hak asasi Pas Pusat atau Luham yang mempertikaikan tindakan Presiden Pas itu secara sendirian memutuskan calon Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Luham yang merupakan salah satu biro dalam Pas menyifatkan tindakan Haji Hadi itu sebagai melanggar perlembagaan parti kerana Presiden Pas itu didakwa tidak mempunyai kuaas pemutus yang dibenarkan dalam apa juga perkara tanpa bermesyuarat dengan AJK Pas Pusat terlebih dahulu.

Tidak dinafikan bahawa semua perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini adalah bunga-bunga penolakan yang semakin ketara terhadap kepimpinan Haji Hadi dalam Pas. Jika ditambah dengan suara-suara daripada luar lingkungan arus perdana kepimpinan parti itu, termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib yang baru menyertai Pas juga tidak teragak-agak mengkritik Haji Hadi, adalah jelas perubahan kepimpinan seolah-olah mulai mendesak menjelang pemilihan pada tahun hadapan.

Dengan semakin banyak kekecohan dan kecelaruan dalam Pas digambarkan datangnya daripada tangan Haji Hadi, nyawa politik beliau seolah-olah turut semakin pendek dan tersepit. Hanya perubahan yang dapat menyelamatkan parti itu. (SH 09/09/2014)

44 comments:

  1. Siapalah punasihat keliling presideng tu ya...mesti handal2 belaka...tinggi ilmu agama....zuhud...warak....kfc ayam satu mamak....

    ReplyDelete
  2. Aku dr dulu lg prhatikan si hadi ni..rse mcm spy umno cam nasrudin mat isa..hadi ni dh xlme..maybe sok lusa jlnlh dia mnghadp Allah SWT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah entah engkau yg mati dulu..mati dlm sangka buruk sesama islam..

      Delete
    2. Ko x tau berapa byk pulak doa ko sekeluarga jln dulu...elok balik nama islam kalau ko dah xder..

      Delete
    3. setuju sokong badi tp doa jln dulu dia akan jln dulu sama dgn ku yit dan ais cream. laknat punya org nak kutuk tn gjru. hormatlah sikit.

      Delete
    4. sokong para ulama, laknat pada erdogan dan group kunyit dan ais cream. siapa doa tn guru, tggu saat nazak mu .

      Delete
  3. PAS tak inginkan kuasa, PAS ditubuhkan hanya untuk menegakkan Islam di negara ini ..........(itulah kata-kata yang sering tersembul dari mulut lebai-lebai kampong dan penyokong otak kemetot di dalam PAS). Kalau tanpa kuasa apa yang boleh PAS lakukan? Lebih baik menjadi pertubuhan seperti Al-Arqam (suatu masa dahulu - seperti yang Adik perempuan Dr Harun Din pun sertai). Sesungguhnya sokongan kepada PAS melonjak naik apabila Mantan Presiden PAS, Ust Fadzil Noor (bekas Pensyarah ITM) mengambil langkah bijak dengan menerima masuk ramai dari kalangan profesional yang berfahaman liberal ke dalam PAS. Maka golongan inilah sebenarnya yang mampu menarik ramai sokongan serta pengikut baru ke dalam PAS dengan kebolehan dan idea mereka seperti berhujah darihal ekonomi, pendidikan dan modal insan. Lama kelamaan bukan sahaja dari kalangan muda mudi yang tidak layak mengundi pun memberi sokongan kepada PAS, malah kaum lain seperti Cina dan India pun turut memberi keyakinan dan sokongan secara terbuka kepada parti itu ditambah pula dengan kebencian terhadap Tun Mahathir yang menzalimi dan memfitnah Anwar Ibrahim sehingga dipenjara selama 6 tahun, gelombang sokongan terhadap PAS begitu ketara ketika itu. UMNO sedari dahulu lagi memang tidak langsung menghiraukan PAS kerana bagi mereka PAS adalah seperti anjing menyalak bukit sahaja, tiada kesan dan terbukti selama lebih 50 tahun PAS masih di bawah telapak kaki UMNO/BN. UMNO hanya takutkan parti baru PKR (parti serpihan UMNO) kerana kebanyakkan yang menyertai parti tersebut adalah terdiri dari kumpulan gerak saraf UMNO dan mereka inilah yang tahu segala taktik dan percaturan politik UMNO untuk menguasai persekitaran kuasa politik di negara ini. Sekiranya UMNO berjaya bergabung dengan PAS sekalipun (di bawah Hj Hadi dan kumpulan perpaduan UG-nya) maka UMNO tidak akan berjaya untuk menarik golongan profesional dan liberal serta para penyokong mereka di dalam PAS untuk bersama UMNO, inilah perkara yang cukup merungsingkan fikiran para pemimpin UMNO (setakat ini dahulu, nak Solat Subuh pula)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 6 lbh tu bg x jemáah ke...

      Delete
    2. Setuju 100% dgn pendapat anda, jika PAS & geng UG ketagih sgt nak berpeluk dgn umno, golongan profesional & muda akan tetap bersama PR kerana mereka tetap tolak umno/bn.
      Saya yakin PRU14 umno/bn akan tumbang jika mereka tidak mampu buat pindaan sempadan pilihanraya dan ubah corak pengundi kpd majoriti melayu.

      Apakah dgn sokongan 60~70% pengundi kpd PR, umno/bn masih mahu menang PRU14?

      Delete
    3. Yakin benar org nak sokong ..macam bagus anwar ngan pkr..firaun jahat pun tak telanjang depan orang..bodoh punya ketum

      Delete
    4. Kalau dh yakin sgt tu, ibarat riak dengan qadar...jenis mcm ni dh lama ada...tiap2 tahun cerita keliling pasal yakin dia.. bila sampai masa idola dia jugak jadi banduan sungai buloh.

      Delete
    5. kunyit dan ais cream perintah, tggu saat bala allah. mcm di singapura padan muka. apa dah jadi. sendiri kena ingatlah. ulama tak gila kuasa sb mereka ikhlas, group pro kunyit lain pulak agenda. jgn risau para ulama pas yg ikhlas , kebenaran hak di belah mu. hamba sokong barisan ulama yg berjuang tanpa agenda duniawi. pls lihat org mu yg pilih kedunian dan kuasa , berhati hati lah sb jiwa mereka bercampor aduk. hidup ulama.

      Delete
  4. Geng perpaduang dah lama bertapak jadi trojans dalam PAS...macam kura-kura kepala keluar masok..tunggu masa dan arahan.
    Kalau dulu bisek dalam gelap dalam kelambu tapi sekarang terpaksa dizahirkan sebab ketua dah xberapa sihat,.silap haribulan timbalan naik..
    Lagipun tembok besar perpaduang dah terlampau uzur..ustaz kopiah yang ganti-ganti pun lebih melayu dari Islam..jual agama..

    ReplyDelete
  5. Ustaz Hadi Awang sepatutnya harus diundurkan sejak lama dulu kerana kelemahan pimpinan dan tindak tanduknya telah banyak merugikan PAS dan PR amnya. Jatuhnya kerajaan PAS di Kedah dan Terengganu selepas hanya sepenggal menguasai negeri berkenaan adalah berkait dari stail pimpinannya yang amat kurang responsif terhadap situasi semasa. Kelambatan Hadi bertindak dan membuat keputusan benar benar merugikan PR.

    Kekurangan Hadi selaku pemimpin parti politik sahsiah menjadi lebih ketara dalam isu MB di Selangor. PAS memerlukan seorang pemimpin lain yang lebih dinamik, pantas bertindak serta berfikiran lebih terbuka. Kekalahan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dalam GE lepas di Pendang juga ada kaitan dengan peranan Hadi melalui Azizan dan juga beberapa pimpinan yang menganggotai Dewan Syura. Di Kedah khususnya di Pendang, terdapat sebahagian pimpinan PAS yang pro Azizan dan Hadi yang ikut memainkan peranan yang membawa kecundangnya Mat Sabu di kerusi berkenaan. Malah mereka ini turut memanjangkan dakyah dan kempen UMNO BN yang mengaitkan Mat Sabu dengan syiah.

    Pimpinan bukan bertaraf ulama dalam PAS dipandang penuh curiga oleh pimpinan ulama yang dipimpin Hadi seolah olah mereka ini dari kasta yang lebih rendah. Kerana itulah pimpinan sebaik Husam telah diketepikan hanya kerana tidak berlatar belakangkan pengajian Islam. PAS tidak mungkin dapat berubah selaras dengan keperluan semasa jika Hadi dan beberapa kerat pimpinan yang sewaktu dengannya dikekalkan dalam organisasi kepimpinan tertinggi parti berkenaan. Mereka mereka inilah sebenarnya menjadi penghalang kepada matlamat majotiti rakyat yang mahukan politik Malaysia menuju ke sistem dua parti bagi menamatkan dominasi UMNO BN selama ini. Hanya dengan sistem begini kebajikan rakyat dan taraf kemajuan negara dapat ditingkatkan.

    Maka batu batu penghalang ini wajib dibuang seberapa segera sebelum segala impian rakyat punah ranah dek pemikiran sempit dan tidak cerdiknya puak ustaz dan ulama berkenaan. Kebolehan mereka lebih layak dibidang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjelasan cukup bagus. sokong 100%

      Delete
    2. tak setuju.

      Delete
  6. Pecacai dok tibai dok kutuk Hadi... Pemimpin kepada pecacai dok pujuk Hadi jangan keluar Pakatan..

    Hoiiii...apa sudah jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni lembab akai laa. Yang depa komplen tu Hadi, maknanya depa tak mahu lagi Hadi kemudi parti PAS. Dalam PAS majoriti nak PAS kekal dalam PR tapi Hadi dan segelintir ahlu saja nak PAS bergerak sendiri atau join UMNO BN. Bukan PAS yang patut ditendang keluar tapi Hadi yang memandai bertindak sendiri. Depa mau Hadi diganti pimpinan lain kerana PAS banyak menanggung kerugian disebabkan kelemahan Hadi. Itu saja.

      Yang hang dok pikiaq lain tu buat apa?

      Delete
    2. Pemimpin2 PR cuma mahu Pas terus bersama dlm Pakatan bukannya Hadi dan Geng UG (Umno Group). Hadi n da geng boleh blahh dan masuk Umno lg bagus. Ulama agung Pas akan dimuliakan oleh parti tong taik.

      Delete
    3. PAS ni ditubuh oleh golongan ulama' bukan korang yg sekular. Jadi pulang blk pada ulama la..yg korang ni dh sekular buat apa dalam tu...jenis korang ni la yg tikam belakang macam abu luk luk pada saidina umar tu.

      Delete
    4. setuju pas berasaskan islam, tolak hudud , baik pas keluar dlm kancah sekrg. pas sendirian pun nlh berkuasa. sokong pas tanpa group erdogan dan group ais cream

      Delete
  7. Eloklah TGHH & lebai2 kopiah berundur drp PAS...biarlah profesional ambil.alih pulak..pastu mansuhkan MSU.. xperlu dh rujuk ulamak, rujuk dsai je terus..sbb dsai lebih tinggi ilmu agama & ilmu politiknya. Kalau MSU ada pun, bukan org nk taat pun..siap pertikai lg..baik.mansuh je terus. Lps ni dh x payah susah2 ikut usrah, tarbiyyah.. dlm PKR mana ada tarbiyyah..so, kita ikut PKR la kalau nk berjaya. Kan PKR tu parti yg hebat dlm PR, semua tindakan PKR menguntungkn PR..kita follow lah. Semua tindakan PAS (tghh n msu) merugikan PR. Tghh n geng kopiah PAS kan jual agama, geng PKR la yg sebetulnya jaga agama.. selama ni islam hebat sbb dsai/PKR..bkn sbb PAS. PKR ada pemimpin hebat, presiden yg baik hati, ahli2 yg hebat & ramai ahlinya ikhlas berjuang kerana Allah berbanding ahli PAS yg jual.agama.
    Eloklah tghh n ustaz2 kopiah undur diri..PAS dh xperlukan anda..PAS hanya perlukan PKR n DAP...sbb merekalah pejuang agama yg ikhlas, penyanjung raja, pendukung demokrasi & penentang nepotisme, kronisme..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmpt ungok dilongkang bkn disini ye..

      Delete
    2. mersjuk nampak hehe. Bukan semua ulamak boleh memimpin ....bukan semua ustaz zuhud dunia....dalam msu tu ramai gak ustaz2 yg gila dunia. manusia biasa yg bukan rasul. Jadi jgn le dok merajuk ....wala memkhinzir buta tu bahaya. balik le pada Islam asal

      Delete
    3. Anonymous10 September 2014 06:18

      Yang dok tergolek tertungging atas jalan dekat Istana dalam kes MB Nizar disingkir dulu tu sapa?. Bukan ke PAS yang pertahankan Nizar, MB dari PAS? Macam tu ka pertahahankan Raja?

      Lawak la hang. Kokok jer lebih tapi bontot sendiri diselaputi Najis pun tak perasan. Kah kah kah

      Delete
    4. bukan semua lebai lebai kena keluar dari parti PAS tetapi lebai lebai yang melakukan jenayah serban putih aje. yang online dengan Allah swt tu ok la

      Delete
  8. Anon 07:41

    Betul sangat pendapat anon ini....Kah! Kah! Kah!.... Memang dia ni bebal tahap otak kepala batu bukit. Orang jenuh menulis bagi menyedarkan mereka yang kurang daya berfikir, tapi anon ni dah macam otak Firaun yang diawet dan dimumiakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih mkn produk kedai rakyat 1M

      Delete
  9. Apa yg HH buat? Comolot dgn umno. Apa Anwar buat? Berusaha jatuh tumbangkan umno walau dulu dia duk dlm umno.

    Abu!!!!

    ReplyDelete
  10. Sbb tu org dah x cya x hormat dgn HH.

    ReplyDelete
  11. Aku lagi tak hormat anwar..dia masuk ja semua masalah..masuk umno masalah..dlm pakatan masalah..masuk hotel pun masalah..teruk sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu masih berhingus x yah komen..buat malu umngok je..

      Delete
    2. setuju dimana dia msk akan bermasalah. hidup para ulama pas. buang kumpulan sekular dlm pas. mereka nak kuasa je bukan ikhlas.

      Delete
    3. setuju dimana dia msk akan bermasalah. hidup para ulama pas. buang kumpulan sekular dlm pas. mereka nak kuasa je bukan ikhlas.

      Delete
  12. Kalau ditakdirkan PAS bentuk UG dengan UMNO, agak-agak apakah jawatan menteri yang akan diberi kepada Hj Hadi. Hj Hadi kata Wan Azizah tak layak jadi MB Selangor, jadi secara langsung dia anggap dirinya lebih pandai, cerdik dan berkelayakan berbanding Wan Azizah. Jadi UMNO sepatutnya beri jawatan kanan kepada Hj Hadi dalam kabinet. UMNO pun berbincanglah dengan panjang lebar akan kelayakan Hj Hadi. Nak lanti Menteri Kewangan, dia tak tahu ekonomi, nak lantik Menteri Perdagangan Antarabangsa, lagi hancurlah, pelabur cakap lain dia cakap lain, bahasa Inggeris out, macama mana nak yakinkan pelabur. Nak lantik Menteri Pelajaran, nanti dia kata semua pelajar tak kira ugama kena pakai serban dan tudung dan pelajaran Islam wajib untuk semua. Nak lantik menteri Pertanian, dia tahu fasal tangkap ikan je, itupun tak boleh lawan nelayan tegar. Tangkap ikan hobi saja. Nak lantik Menteri dalam negeri, UMNO mesti tak bagi. Nak lantik Timbalan Perdana menetri, woi ini sudah lebih kata UMNO. Hancur malaysia dek diketawakan satu dunia, asyik-asyik hadis-hadis tak ada benda lain yang dia mahir. Nak jadi Menteri Agama, itupun belum tentu, nanti tokoh agama UMNO kata ingat tak kisah Amanat Hj Hadi dulu. Nak lantik Menteri Penerangan, nanti dia kata stesen TV tak boleh siar filem asing, filem orang putih dan program lain yang merosakkan umat Islam. Jadi pusing kiri pusing kanan, rupa-rupanya Hj Hadi banyak yang kurang
    - tak ada kebolehanlah... sebenarnya. Jadi apa jawatan meneri yang UMNO akan bagi kepadanya? Cuba anda semua fikir. Yang sebenarnya UMNO pun tahu kebolehan Hj Hadi setakat mana. Cuma buat masa sekarang UMNO tak nak cakap je.... Boleh bagi cadangan apa jawatan menetri yang seuai untu Tuang Presideng kita ni.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anwar tu bijak sangat suruh dia cari jam.omega dia..kalau bodoh tak jumpa call polis kat bukit aman...polis boleh bagi jam dia dalam masa satu minit je.

      Delete
    2. Eh apa mengarut pulak ni. Kalau betul, buat apalah polis simpan jam tu lama-lama, nak jadi barang kes ke? Dulu kata ada bukti bawa pakar dari Korea nak pastikan video tulin, tapi habuk pun tarak. Asyik dok simpan jam (kalau betul la...) buat apa. Poilis jaga jam ke jaga keamanan?

      Delete
    3. eh...ko mmg jenis tak membaca ke? dh mmg pakar us sahkan ketulenan 99%. Banyak lagi ke yg macam ko ni dlm pkr?

      Delete
  13. awesome..pencerahan yang bernas...syabas yg empunya blog..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Rahsia Teragung Lelaki Sejati Terbongkar !!

    This Is What Women Really Want !!

    KLIK SINI

    ReplyDelete
  16. Cerita benar yang aku rasa perlu dikongsikan di sini. Dulu aku adalah seorang penyokong tegar PAS kerana aku merasakan PAS adalah satu-satunya parti yang boleh diharapkan untuk menjadikan kehidupan rakyat Malaysia ini menjadi lebih baik berbanding berada di bawah pemerintahan BN.

    Namun sokongan aku kepada PAS bukanlah membuta-tuli. Aku hanya akan menyokong PAS selagi perjuangan mereka berada di landasan yang betul. Tak kisahlah parti mana pun, kalau mereka berjuang di atas landasan yang benar dan lurus, aku akan terus memberi sokongan padu.

    Hari ini sejak krisis MB Selangor berlarutan tanpa ada penyudahnya. aku telah membuat keputusan rasmi untuk tidak lagi menyokong PAS. Aku hanya akan menyokong Pakatan Rakyat sahaja yang terdiri daripada PKR dan DAP. PAS bagi aku sudah terlalu banyak berubah, tidak lagi sama seperti PAS yang dahulu sewaktu di bawah kepimpinan Arwah Ustaz Fadzil Noor.

    Pendapat aku ini hanyalah pendapat salah seorang penyokong PAS di peringkat akar umbi. Namun aku percaya ramai lagi penyokong akar umbi PAS yang telah mengambil keputusan seperti aku. Sekarang ini, kalau PAS keluar daripada PR sekalipun, aku tak rasa rugi apa-apa. Biarlah PAS dengan caranya yang tersendiri, tetapi untuk menyokong mereka kembali rasanya tidak lagi.

    Aku harap PKR dan DAP akan kekal di dalam Pakatan Rakyat. Jika tiada Pakatan Rakyat selepas ini, hancurlah impian seorang rakyat Malaysia untuk melihat pemerintahan lain selain daripada BN.

    Bagi aku ramai pemimpin PAS kini sudah terpengaruh dengan unsur-unsur dunia, terutamanya bagi mereka-mereka yang ingin menubuhkan kerajaan perpaduan bersama BN. Biarkanlah, yang pasti satu undi dari aku kini tidak lagi akan diberikan kepada PAS.

    ReplyDelete
  17. Nik Abduh dok sokong Hadi lagi....Ini sorang lagi. Fasal tu Nik Aziz pun cakap merapu sekarang. Din Ayam penasihat Hadi, Nik Abduh penasihat Nik Aziz.

    Dua2 ustaz tua ni yang dulu disanjongi, dihormati dan disegani olih semua orang sekarang dicondemn cukupw.

    Nik Aziz sebelum isu MB Selangor juga sangat dihormati olih org2 bukan melayu. Laa ni pi baca komen Malaysiakini. Kena kutuk habis.

    Apa hikmah dari isu MB Sgor ni? Apa Allah SWT nak tunjuk kepada kita?. Yang aku dok perhati, Ustaz dan lebai2 Pas sudah hilang integrity dikalangan semua lapisan masyarakat.baik muslim and non-muslim. Adakah mereka selama ni menggangap diri mereka maksum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen yg non muslim ko kesahkan...alahai..baca sampai ke bwh..tertanya jugak, mcm mana ko rasa jalan ko betul? guan eng kata betul ke?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...