Tuesday 10 June 2014

Jadikanlah Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Sampai Mati...


Satu-satunya perkara yang membuatkan orangramai jadi menyampah dan meluat setiap kali BN menang dalam mana-mana pilihanraya kecil ialah apabila para pemimpinnya berebut-rebut mendabik dada membangga diri sambil mengaku gerak kerja yang mereka dilakukan atau oleh kumpulan merekalah yang menyumbang kepada kemenangan itu.

Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang sudah berlalu hampir dua minggu lalu di mana BN berjaya menewaskan DAP dengan kelebihan 238 undi, jelas dapat dilihat sikap "masuk bakul angkat sendiri" dan amalan membangga diri itu seolah-olah kemenangan itu telah menjamin BN untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi.

Dapat dilihat satu demi satu pemimpin UMNO dan kerajaan membanggakan kemenangan dan menjustifikasikan kejayaan itu adalah dicapai melalui sumbangan masing-masing. Biro penerangan bangga kerja penerangannya, pemuda dengan gerak kerja pemudanya, wanita dengan lawatan rumah ke rumah dan begitu juga dengan puteri dengan sumbangan yang kononnya telah mereka mainkan sepanjang kempen pilihanraya itu.

Pemimpin UMNO negeri dengan hujah penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besarnya, malah MCA yang sebelum itu tidak berani meletakkan calonnya di Bukit Gelugor, turut tidak mahu ketinggalan dan tanpa ada perasaan malu membuat kenyataan bahawa kemenangan BN di Teluk Intan membuktikan penerimaan kembali pengundi Cina terhadap BN.

Sementara Najib dan Muhyiddin hanya menyatakan rasa syukur atas kemenangan itu, para pemimpin lain sebaliknya berlumba-lumba mahu menunjukkan kepada pucuk pimpinan bahawa gerak kerja merekalah yang menjadi penyumbang kepada kemenangan itu sambil melahirkan keyakinan bahawa kejayaan yang lebih besar diyakini dicapai dalam pilihanraya seterusnya.

Pemimpin UMNO terbaru yang mahu menunjukkan bahawa sumbangan beliaulah menjadi penyumbang kepada kemenangan BN di Teluk Intan ialah Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Dalam Negeri yang menyatakan amaran beliau kepada kumpulan kongsi gelap agar jangan masuk campur dalam kempen dan kegiatan mengugut telah menjadi penyumbang kepada kemenangan itu.

Menurut pemimpin kanan UMNO, disebabnya amarannya itu, kongsi gelap di Teluk Intan tidak berani masuk campur dalam kempen pilihanraya itu dari segi mengugut, mengarah dan memberi amaran kepada pengundi. Dalam erti kata lain, amaran Zahid itu bagai membuatkan semua kongsi gelap jadi kecut perut dan tidak berbuat apa-apa kerana terlalu gementar dengan amaran yang telah diberikannya sebelum itu.

Barangkali wajah Zahid yang bengis dan sentiasa masam itu telah mendatangkan ketakutan yang amat sangat kepada kongsi gelap!

Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun kepada 6,000, kemudian turun lagi kepada 2,000 tapi Alhamdulillah kita menang 238 undi, kata Zahid yang semasa kempen pilihanraya itu turut menggelarkan pengundi Cina sebagai golongan yang tidak bersyukur kepada kerajaan.

Kenyataan Zahid ini tidak syak lagi menunjukkan percubaan menonjolkan keupayaannya yang luar biasa sebagai Menteri Dalam Negeri dalam membantu BN mencapai kemenangan, walaupun mungkin ramai yang tersengih sinis dengannya. Zahid dilihat bukan saja cuba menunjukkan sumbangannya yang besar, malah juga tahap keupayaannya sebagai pemimpin yang tidak ada pada mana-mana pemimpin lain.

Ini kerana tidak pernah ada mana-mana Menteri Dalam Negeri sebelum ini yang mengakui ditakuti oleh kongsi gelap. Zahid adalah satu-satunya di negara ini.

Jika benar kerana amarannya itu telah menjadi penyumbang kepada kemenangan BN, maka ada baiknya Perdana Menteri mengekalkan saja Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri sehingga beliau mati. Ini kerana dalam mana-mana pilihanraya pastinya akan melibatkan campurtangan kumpulan kongsi gelap dan amaran beliau saja sudah mampu membuatkan mereka tidak melibatkan diri atau campurtangan.

Sudah tentu dengan adanya Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri yang ditakuti oleh kumpulan kongsi gelap, BN akan sentiasa menang dalam mana-mana pilihanraya kecil selepas ini dan begitu juga dalam pilihanraya umum nanti.

Atas sumbangannya itu, wajarlah dijadikan Kementerian Dalam Negeri milik Zahid Hamidi untuk selama-lamanya atau sehingga beliau meninggal dunia.

Tetapi tentunya orangramai juga tertanya-tanya, kenapa tiada tangkapan terhadap kongsi gelap sepanjang kempen pilihanraya itu? Kegiatan kongsi gelap bukan sekadar diberi amaran, tetapi harus dibendung sehabis-habisnya.

Jika pengakuan Zahid boleh diambil kita yang menyatakan beliau kenal semua kongsi gelap itu dan tahu di mana mereka bersembunyi, tentulah tidak sukar untuk melakukan serbuan atau tangkapan.

Namun demikian, kenyataan Zahid ini juga ada kontradiksinya apabila dua hari lalu beliau juga menyatakan sudah meninggalkan hobi menunggang motosikal besarnya buat sementara waktu kerana mematuhi nasihat polis yang bimbangkan ditembak oleh kumpulan gangster.

Kalau sudah boleh membuatkan kumpulan kongsi gelap mendengar serta patuh dengan amarannya, kenapakah beliau tidak boleh memberi amaran agar jangan menembaknya ketika menunggang motosikal besar?

Atau kenyataan ini satu lagi percubaan mahu menonjolkan dirinya yang kian disisihkan lantaran Najib sejak kebelakangan ini didapati memberi lebih keistimewaan kepada Hishammuddin Hussein berbanding dirinya? (SH 10/06/2014)

9 comments:

  1. Tuan,
    ini parti untuk orang bodoh, komennya tentulah bodoh-bodoh belaka.Bila menang semua puji diri sendiri, tetapi mereka tidak nampak bahaya menanti di hadapan. Andaikata peratus keluar mengundi tidak jatuh adakah BN boleh menang.Jangan syok sendiri. Membuat komen bodoh dikala rakyat tengah marah dengan isu-isu yang berbagai akibat pemimpin yang bodoh lagi rakus memerintah negara,tunggulah pada PRU akan datang, adakah dengan majoriti yang sebegitu sudah kata rakyat dah kembali menyokong?Bodoh punya Zahid, cakap macam tak da otak,memalukan!

    ReplyDelete
  2. Umno tidaklah sebodoh pas dan pkr..untuk menang di pru14 memang sudah dalan tangan, dengan menggerakkan komponen di semenanjung dan malaysia timor, InsyaAllah, BN kembali 2/3.

    Itulah perkhabaran kpd pecacai pembangkang yg masih degil sdgkan sudah ramai kembali ke pangkal jalan.

    Pkr akan lenyap sebelum pru14 dan pas akan berpecah jika tidak segera keluar dari pakatan haram.

    Zahid hamidi setakat ini berfungsi dng baik, lebih baik dari semua menteri kdn sejak era paklah sampai sekarang, semoga doa admin blogg menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Saya sokong.anon 00:08.

      PAS PKR dan DAP akan pupus dalam pilihanraya ke14 nanti kerana BN melalui UMNO Baru telah menyediakan program membantu rakyat dengan mengadakan cukai.GST. Naik kan lagi harga barang keperluan.

      Tahun depan rakyat Malaysia pasti meraikan kegembiraan mereka dijalan raya. Kalau tidak bacul dan pengecut seperti pemimpin UMNO Baru boleh le raikan bersama....



      Delete
    2. Jangan jadi melayu yang pundek...harga barang naik dah melompat mcm kera..nak tuding sana sini sedangkan diri sendiri pemalas..

      jangan jadi melayu pundek nak gulingkan kerajaan mesti kena berguling di jalanraya..gunakanlah peti pilihanraya jika benar jantan.

      Delete
    3. Melayu yang pundek... tu melayu yang mana ahli UMNO Baru ke ? sebelum nak tunjuk pandai, perbetulkan dulu SPR yang jadi barua BN melakukan pelbagai tipu helah untuk memenangkan calon kerajaan.

      Dah berpuluh laporan dibuat terhadap SPR tapi kerajaan Malaysia jadi bodoh tak mampu lakukan perubahan kerana dah kena nasi kangkang BN. Ada hati nak cerita maruah anak jantan konon.... macam haramjadah.

      Helo bro, Tun Mahathir dah mengingatkan.... kalau tak mampu ubah kerajaan dengan pilihanraya gulingkan kerajaan itu dijalan raya.

      Delete
  3. Sangat setuju dgn Pak Shah, PM Najib patut kekalkan dia sebagai Menteri DN sampai bila2, ketegasan beliau tidak boleh dipertikaikan lagi,
    Diharapkan selepas ini semua gangster & kaki samseng di seluruh Malaysia, bukan saja di Teluk Intan, akan takut kecut perut, terus insaf & bertaubat, & meninggalkan terus kerja2 terkutuk itu. Kaki gangster boleh menceburi karier baru yg halal-toyibban, macam jual burger atau berniaga t-shirt piala duni di pasar malam.

    ReplyDelete
  4. Haha...mcm mana BN tak menang pilihanraya kalau takdak penipuan...bnyk sgt penipuan spt yg di khabarkan oleh PR...tp dah jadi talibarut BN...depa buat pekak badak saja la...

    ReplyDelete
  5. aku cadangkan pemilihan dalam parti kencing rakyat dibuat semula dengan menggunakan SPR sebagai pengendali.

    Huduh sangat perangai ko orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal usul mereka dari parti haramjadah UMNO Baru.... yang mengamalkan rasuah dan budaya samseng. Tak boleh nak kata huduh dah sememangnya 2X5 = 5X2 Bukti depan mata, takkan buta pula kot ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...