Wednesday 11 June 2014

Untung Jadi Deepak, Di Parlimen Pun Ahmad Maslan Turut Membelanya...


Isu penyelesaian baki pinjaman tanpa faedah sebanyak RM32 juta yang melibatkan ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan terus menjadi perbualan. Ketika banyak persoalan dibangkitkan mengenai kewajaran memberi keistimewaan kepada ahli perniagaan itu, dari ruang bicara kaki lima hinggalah ke sidang Parlimen, pihak kerajaan nampaknya lebih selesa terus membela Deepak.

Walaupun sudah dijelaskan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik mengenai keengganan Lembaga Pengarah bank meluluskan pinjaman itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek malah pernah diugut untuk dipecat jika tidak menuruti kehendaknya, keinginan untuk melakukan siasatan juga tidak kelihatan.

Sabbaruddin juga bertegas bahawa penyambungan kontraknya yang telah dipersetujui oleh Bank Negara tidak diteruskan oleh menteri terbabit berikutan keengganan Lembaga Pengarah itu. Tetapi Hassan Malek enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya hanya berkata beliau sedia disiasat.

Sebelum itu, beliau melarikan diri daripada buruan media dan enggan memberi sebarang komen.

Jika Hasan dipihak yang benar, kenapa mengelak untuk memberi penjelasan yang detail dan panjang sebagaimana yang didakwa oleh Sabbaruddin. Mengatakan dirinya sedia disiasat tidak menggambarkan beliau dipihak yang benar.

Sementara Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor yang turut dikaitkan dengan keistimewaan yang diterima Deepak masih enggan memberi sebarang reaksi sehingga ini, paling awal bertindak ialah SPRM yang mengatakan tiada elemen rasuah dalam kontroversi itu. SPRM dalam siasatan awalnya mendapati apa yang berlaku hanyalah berkaitan salah urus saja.

Soalnya sudahkah SPRM melakukan siasatan dan mendapatkan maklumat daripada Sabbaruddin sendiri? Adakah SPRM pernah melihat surat daripada Hasan Malek kepada Sabbaruddin yang mengarahkannya meluluskan permintaannya itu?

Kenapa SPRM terlalu awal mahu membersihkan Deepak dan Hasan Malek?

Hari ini Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang pernah berbangga dengan pointer 3.85 yang dimilikinya juga tampil menjelaskan di Parlimen bahawa tiada campurtangan menteri kabinet dalam meluluskan pinjaman kepada Deepak itu.

Kata Ahmad Maslan lagi, pihaknya juga dimaklumkan bahawa Sabbaruddin juga mengakui kenyataannya mengenai isu itu telah diputar belit oleh media alternatif.

Persoalan yang sama juga ditanyakan kepada Ahmad Maslan, adakah beliau tahu dan melihat surat Hasan kepada Sabbaruddin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek post dated? Tahukah juga beliau bahawa Hasan pernah mengugut mahu memecat Sabbaruddin dalam suatu perjumpaan?

Jika beliau tidak tahu semua itu dan tidak pernah berusaha mahu mendapatkan maklumat daripada Sabbaruddin, janganlah begitu mudah bercakap urusan Deepak itu tidak ada campurtangan menteri kabinet. Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu.

Blog ini pada 20 May lalu adalah yang paling awal mendedahkan mengenai isu keistimewaan yang diterima Deepak setelah berbual panjang dan minum petang dengan Sabbaruddin. Hanya setelah itu barulah ianya dipetik oleh beberapa blog serta portal berita, manakala ada pula portal berita yang menemui sendiri Sabbaruddin kemudiannya.

Dalam pertemuan dengan Sabbaruddin itu, beliau telah menunjukkan beberapa dokumen yang antaranya adalah surat daripada Hasan yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian melalui pembayaran 120 cek post dated itu serta memaklumkan juga perbincangan di pejabat menteri telah bersetuju dan ia didapati telah diadakan sejak Januari 2013 lagi.

Adakah ini bukan campurtangan menteri kabinet namanya wahai Ahmad Maslan?

Kalau Ahmad Maslan tidak pernah tahu adanya surat Hasan kepada Sabbaruddin itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Sebelum bercakap, terutamanya di Parlimen, dapatkanlah maklumat menyeluruh terlebih dahulu dan bukannya maklumat sepihak sahaja. Setidak-tidaknya berjumpalah dengan Sabbaruddin juga.

Ahmad Maslan juga berkata, Sabbaruddin mengakui bahawa kenyataannya mengenai isu pinjaman Deepak itu telah diputarbelit oleh media alternatif. Sekali lagi Ahmad Maslan keliru. Sabbaruddin tidak pernah menyatakan kenyataannya mengenai pinjaman Deepak diputarbelit, yang beliau kata diputarbelit itu ialah kenyataannya mengenai kemungkinan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang sekiranya tiada sokongan golongan muda dan tiada perubahan dalam kepimpinan Najib.

Hanya ini yang Sabbaruddin kata diputarbelit, bukannya mengenai pinjaman Deepak dan beliau bertegas mengatakan ianya adalah dua isu yang berbeza. Sabbaruddin malah tidak pernah membetulkan kenyataannya mengenai Deepak dan penglibatan Hasan didalam memberi keistimewaan kepada Deepak.

Adakah Ahmad Maslan tahu dan faham pendirian Sabbaruddin itu?

Dalam isu ini, di mana kerajaan nampaknya begitu bersungguh mahu membela tiada unsur rasuah dan tiada campurtangan menteri kabinet, siapakah yang mereka ingin bela? Bank Rakyat yang menjadi naungan ribuan koperasi atau Deepak yang begitu mudah berurusan dengan seorang menteri demi kepentingan peribadinya?

Kenapakah Deepak begitu ingin dipertahankan oleh pemimpin dan pihak berkuasa sekarang? Meski tanpa hujah konkrit, hanya dengan alasan kosong dan siasatan pula tidak pernah dilakukan, Deepak terus cuba dibela dan dipertahankan.

Berbanding peniaga Melayu, usahawan kecil-kecilan dan Sabbaruddin yang cuba mempertahankan Bank Rakyat, sebaliknya Deepak jauh lebih beruntung dan suci di mata para pemimpin kita. (SH 11/06/2014)

2 comments:

  1. Nampaknya sejarah lama berulang lagi. Melayu hsprak tak pernah mahu belajar dari sejarah. Keling Mandeliar terus diberi keoercayaan oleh pimpinan melayu, tak ubah macam raja2 melayu lama yg mempercayai kitol mandeliar hinggakan negeri ranap dikerjakan puak yang sedikit itu.

    Selidik baik baik asal usul Hassan Malek ini. Darah kitol mandeliar barangkali ada mengalir dalam tubuhnya. Maka jgn pelik bila Deepak mendapat sokongan. Dan PM Najib tak ubah mcm raja melayu lama dulu yang termakan mantera dan juadah benua Hindi bawaan kitol mandeliar.

    Sial tragedi pembunuhan Altantuya dan hikayat k9musyen scorpeen adalah punca segalanya menyebabkan PM Malaysia hari ini bagai suami yg telah dinasi kangkangkan. Selagi PM Malaysia hari ini dikekalkan, 1 Malaysia akan terus biol dan diperbodohkan spesis mandeliar ini. Malaysia akn lbh selamat tanpa Najib.

    ReplyDelete
  2. Aku setuju dgn hujah tuan yg bagitu halus mehuraikan isu yg mudah difahami pembaca dan bersifat terbuka, jika semua penulis blogs mcm ni sikit punya bagus pemikir raayat Malaysia. Thaniah Shahbudin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...