Friday 8 November 2013
Jangan Sampai KJ Kalah Kepada Yuna Dalam Shout Award 2013 Malam Esok!!
Malam esok 9hb November akan diadakan malam gemilang untuk menghargai bakat-bakat seni tanahair iaitu Shout Award 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis ini adalah anjuran stesen televisyen 8TV daripada kumpulan Media Prima dan bakal disiarkan juga secara langsung di stesen tv tersebut.
Shout Award tahun ini majlis kali keempat diadakan untuk menghargai penggiat seni daripada kategori muzik, tv, filem, radio, works dan social media.
Sebagaimana majlis-majlis anugerah lainnya, Shout Award tahun ini tidak banyak bezanya dengan pelbagai majlis yang serupa dengannya tetapi ia agak istimewa kerana seorang menteri iaitu Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, turut serta bertanding untuk merebut salah satu daripada 17 kategori yang dipertandingkan.
Barangkali juga, ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia seorang menteri menyatakan persetujuan untuk turut serta bertanding merebut anugerah dalam acara hiburan tanahair. Dan barangkali juga, inilah sebenarnya salah satu daripada transformasi yang sering dilaung-laungkan sekarang ini.
Perdana Menteri, Najib Razak tentunya turut bangga dengan kesediaan KJ menyertai pertandingan ini kerana transformasi yang sering dijajanya telah difahami melalui pemikiran luar kotak oleh menterinya sendiri.
Dalam Shout Award 2013 ini, KJ akan bertanding merebut gelaran Wired Celebrity Award dalam kategori Social Media dan pesaing-pesaingnya ialah Aaron Aziz, Adibah Nor, Fatimah Abu Bakar/Sharifah Amani/Sharifah Aleeya, Sofea Jane dan penyanyi Yuna.
Pengundian pula boleh dilakukan melalui talian dalam laman web khas yang disediakan oleh pihak penganjur.
KJ sendiri dalam Twitter menampakkan rasa terujanya dengan penyertaannya dalam Shout Award ini dengan menulis "Baru selesai pemilihan parti, sekarang lawan Aaron Aziz pula. Mohon sokongan rakan2. Haha"
Walaupun kewajaran seorang menteri menyertai pertandingan glamour seperti ini menimbulkan pelbagai andaian dan ada yang setuju dan ada yang tidak, hakikatnya KJ seperti masih memerlukan sorotan kemilau cahaya neon dalam meniti kehidupannya, meskipun pencapaiannya menjadi anggota kabinet dalam usia 37 sudah boleh dikira membanggakan.
Jika beliau hanya hadir dan menyampailan hadiah di majlis seumapam itu, ia mungkin dikira munasabah dengan kedudukannya sebagai seorang menteri tetapi dengan turut serta bertanding, ia ternampak sedikit luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini. Meskipun ramai pemimpin yang menjadi menteri dalam usia awal 30an sebelum ini seperti Najib Razak, Anwar Ibrahim, Isa Samad, Annuar Musa dan Rahim Tamby Chik, namun belum pernah di antara mereka yang menyertai pertandingan seperti KJ ini.
Mungkin KJ ada alasan tersendiri kenapa beliau menyanggupkan dirinya menyertai pertandingan ini tetapi sebagai pemimpin politik yang tidak pernah surut dengan isu, tambahan pula kelemahan jentera Pemuda UMNO dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru lalu masih menjadi percakapan ramai, penyertaannya dalam pertandingan ini sudah pasti bakal menambahkan lagi kecaman dan cebikan bibir musuh-musuh politik beliau terhadapnya.
Beliau tentu saja akan dituduh dan dilabel dengan pelbagai gelaran serta dianggap lebih mementingkan glamour daripada perjuangan hakikinya sebagai seorang pemimpin dan menteri.
Jika dalam pertandingan malam esok, beliau menang dan mampu menewaskan pencabar-pencabarnya, glamournya mungkin terus berambah, tetapi bagaimana jika kalah? Tidakkah kekalahan beliau nanti akan merendahkan lagi martabat dirinya dan Pemuda UMNO yang sedang dipimpinnya?
Oleh kerana dalam Twitternya, KJ sudah meminta sokongan rakan-rakan untuk memenangi pertandingan ini, ada baiknya semua ahli Pemuda UMNO mulai mengundi dan memberi sokongan kepadanya dan pastikan beliau yang sudah menang bergaya sebagai Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini, mampu menang lagi di pentas hiburan pula.
Janganlah biarkan beliau kalah dan nama Pemuda UMNO tercemar. Juga janganlah dibiarkan sisi lain perjuangan untuk orang-orang Melayu ini kecundang. Lebih-lebih lagi jika nanti beliau bukannya kalah kepada Aaron Aziz, pelakon terkenal yang punyai ramai peminat dan pemuja itu, tetapi kecundang di tangan Yuna atau Sofea Jane pula.
Musuh-musuh politiknya pasti akan ketawa terbahak-bahak nanti. (SH 08/11/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saja nak test pitching suara tu, kalau ok boleh jadi artis. Bukan perlu jadi juara sangat. Bila dah jadi artis adalah bahan gosip masuk majalah le pulak. Buat satu single album pun dah cukup. Fuhh.. glamer jang ooiii! Bijak orang muda ni..
ReplyDeleteTypical Melayu punya mentality....
Deletealahai ulasan bodoh.
ReplyDeletetkde ke yg lebih membina
bnde kecik pun nak ulas
ulas/ bg cadangan saintifik siket mat
Aku suka klau KJ klah.Klah bukan bererti tdk berbakat atau tdk cukup sokongan tapi kita mahu mlihat ada tranfornasi.ada prubahan dlm dasar atau cara kpimpinan dan klainan ini akan mncipta ruang sokongan.
ReplyDeleteKmenangan akan d anggap kroni biarpun punya bakat dan sokongan....