Wednesday 6 November 2013
Ghani Patail, Najib Bakal Kepanasan Tak Lama Lagi?
Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.
Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat peguam negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.
Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ini bukan saja memberi tekanan kepada Ghani Patail, tetapi kepada Perdana Menteri, Najib Razak juga.
Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan dengan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan, bahkan juga berkaitan kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Dalam hal yang berkaitan pengintip di pejabat Peguam Negara pula, dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi turut dipanggil oleh Mahathir dan ditanya sama ada beliau mengetahui adanya dua orang pengintip yang sedang bekerja dengan pejabat peguam negara sekarang ini. Dalam hal ini, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasat mengenainya.
Ghani Patail sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan sasaran pelbagai pihak yang mengecamnya kerana didakwa mengamalkan pendakwaaan berpilih dan mempunyai kuasa tanpa had dalam menentukan pendakwaan. Selain isu liwat dan rasuah yang melibatkan Anwar Ibrahim, beliau juga dikecam dalam pelbagai kes lainnya seperti kes pembunuhan Altantuya. Susulan daripada itu, desakan agar beliau meletakkan jawatan juga kerapkali kedengaran.
Malangnya, bukan saja beliau menolak untuk meletakkan jawatan, bahkan Najib sendiri seperti mempertahankan kedudukannya dan mahu beliau terus kekal mengetuai jabatan peguam negara itu.
Tersebarnya berita mengenai adanya pertemuan itu yang dianggap sebagai tekanan Mahathir kepada Ghani Patail, ia bukan saja bertepatan dengan hangatnya perbualan orangramai mengenai pengintipan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada beberapa negara termasuk Malaysia, tetapi juga bertepatan dengan iklim politik negara yang menyaksikan anaknya, Mukhriz kecundang sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai sebulan iaitu dalam percubaan merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan dalam mengemudi pilihanraya kecil Sungai Limau.
Walaupun keprihatinan Mahathir bertindak dalam menangani isu yang melibatkan pengintipan CIA di pejabat Peguam Negara boleh dipuji meskipun beliau bukan lagi memegang jawatan Perdana Menteri, tetapi kaitannya dengan isu politik semasa yang sedang berlaku, sukar juga ditolak.
Ia seolah-olah tiada kena mengena tetapi dalam masa yang sama macam ada kaitannya pula.
Sebelum ini Mahathir telah membangkitkan tentang politik wang yang masih berlaku dalam UMNO dan kepimpinan Najib yang dianggapnya lemah kerana selalu tunduk kepada tuntutan ekstrem daripada pihak pembangkang. Meski dakwaan Mahathir ini disanggah oleh beberapa pemimpin UMNO yang cuba mempertahankan Najib tetapi ramai yang percaya bahawa dakwaan Mahathir itu banyak kebenarannya.
Dengan timbulnya pendedahan mengenai pertemuan beliau dengan bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan ini dan kaitannya dengan tekanan terhadap Ghani Patail, penjelasan Mahathir yang seterusnya pasti sedang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Lebih-lebih lagi mengenali cara dan gaya bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak akan memulakan sesuatu perkara tanpa asas yang kukuh.
Penjelasan Mahathir selepas ini mungkin bukan saja berkaitan pengintip CIA di pejabat Peguam Negara tetapi barangkali juga melibatkan peranan Apco yang kini menjadi penasihat dan perunding kepada pentadbiran Najib. Apco ini pula sudah pun bertapak dalam pentadbiran kerajaan sebaik saja Najib mengambil alih kepimpinan negara sejak 2009 lagi.
Oleh itu, ditambah dengan adanya pengintip CIA yang sedang bertugas di pejabat peguam negara, adalah mudah dan berasas untuk mengaitkan pentadbiran Najib dengan pengaruh luar, khususnya Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi Najib juga dilihat amat suka dilihat mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan kuasa besar itu.
Tidak dinafikan Ghani Patail mungkin sedang dijadikan sasaran, tambahan pula beliau merupakan individu yang rapat dengan pentadbiran Najib tetapi dalam masa yang sama paling banyak isu. Ghani Patail mungkin dijadikan sasaran tetapi matlamat akhirnya ialah Najib.
Oleh itu, bukan saja Ghani yang sedang kepanasan sekarang ini, dengan desakan mulai kedengaran agar tugasnya sebagai Peguam Negara digantung kerana dakwaan adanya pengintip disisinya adalah dakwaan yang berat dan serius, bahkan bahang kepanasan itu mulai turut dirasakan oleh Perdana Menteri juga.
Kita hanya perlu bersabar sedikit dan menunggu Mahathir bersuara untuk mengetahui "siapa yang kena" dalam isu ini. (SH 06/11/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan Shahbudin,
ReplyDeleteAnih dan pelik. Kenapa Mahathir perlu tunggu puluhan tahun untuk berbincang soal Ghani Patail ini walhal tindak tanduk Ghani sekian lama telah diperkatakan rakyat Malaysia. Malah Mat Zain Ibrahim secara hitam putih telah menulis surat tentang perkara ini. Perjalanan beberapa kes mahkamah berprofil tinggi termasuk kes liwat Anwar telah lama dikesani banyak lintang pukangnya. Apakah Mahathir terlalu bodoh dan bebal untuk menganalisa dan memahami situasi ini?. Tentu tidak bukan ?.
Sebahagian rakyat Malaysia jelas telah memperbodohkan diri dan membiar satu institusi yang begitu penting dipegang oleh seorang manusia yang tidak boleh dipercayai. Dan hari ini Najib selaku PM masih ingin terus pertahankan Ghani Patail. Apakah Najib ini terlalu bodoh?. Tentu juga tidak bukan?.
Dua manusia ini..Mahathir dan Najib pada ketika dan jeda masa yang berbeza saling memerlukan manusia bermasalah bernama Ghani Patail ini walau pun menyedari manusia ini bermasalah. Tapi demi kepentingan peribadi..Ghani terus dikekalkan.
Sebenarnya terlalu banyak rahsia Mahathir mahu pun Najib yang ada dalam genggaman Ghani. Makanya Najib dan Mahathir perlu lebih berhati hati, takut senjata memakan diri. Kegairahan Mahathir dan kesudian beliau secara mendadak untuk membincangkan perkara ini tentulah ada sebab dan alasannya. Mahathir hanya akan bertindak jika beliau yakin hasil dari tindakan itu menguntungkan beliau. Lebih penting, "outcome" dari tindakan itu perlu meletak beliau dalam kedudukan lebih selamat kerana beliau sebetulnya dihantui dosa dan kesilapan silamnya.
Samada Najib atau Mahathir..Malaysia tidak memerlukan pemimpin seperti ini. Reformasi total dalam pentadbiran Malaysia harus dilakukan kerana bertukar tukar "driver" hanya dikalangan orang orang mabuk akan tetap mengancam keselamatan negara. Malaysia need a new and fresh driver.
sbb nyer yg paling utama ialah.....mamak mahathir terlalu terdesak utk mempastikan anaknyer menduduki kerusi PM......setahu rakyat mamak mahathir adalah rakan persekongkolan ghani patail dlm banyak isu semasa mamak mahathir masih PM......biasalah.....sipembaling batu sembunyi tangan nie.......nak mencari kambing hitam...supaya dia nampak bersih...sedangkan.....shahnon ahmad.....mengelarkan dia SHIT..dlm novelnyer.......
DeleteSprt skrip sume nabi2 dan pembesar2 negara yg angkuh dan zalim..skrip yg serupa tlh diTAKDIRkan NYA trjd dinegara ini dan kita sama2 berpeluang mnjd saksi2 NYA..
DeleteMahathir Daim Anwar Ghani Najib dll adalah watak2 ddlm drama SKRIN LAYAR MEGA yg pernah dihayati wataknya oleh Firaun Haman Qarun Ibnu Ubai Abu Jahal Abu Lahab dll ddlm episod2 yg terdahulu..
Jika kita bnar2 mnjd saksi..bnar2 sbnr7 SAKSI trhadap NYA kita tidak akan trkejut & sntiasa setuju/REDHA dgn apa jua 'DRAMA' yg akan ditayangkan NYA kpd kita.. kita juga tak HERAN dgn watak2 'crook' atau hero krn sume itu adalah 'pilihan' & khndak'NYA jua ddlm ilusi 'mimpi' dunia yg cuma sebentar shj..
DRAMA ini pasti akan berakhir sama sprt drama2 tv..kita tak perlu langsung menyimpan dendam/emosi jika kita bnar2 dpt mnjd SAKSI..
Kelindan pon nk kna tukar...
ReplyDeleteMamakutty dah jumpa kotak Ezam tak?
ReplyDeleteDengan apa yang terkandung dalam "kotak" tu Mamakutty bolih membuat mereka menari ikut rentaknya.Jika tidak isi "kotak" akan didedahkan.
Semua yang punyai kuasa awas??????
Walaupun keprihatinan Mahathir bertindak dalam menangani isu yang melibatkan pengintipan CIA di pejabat Peguam Negara boleh dipuji meskipun beliau bukan lagi memegang jawatan Perdana Menteri, tetapi kaitannya dengan isu politik semasa yang sedang berlaku, sukar juga ditolak.->> Itu mungkin ayat yg dikehendakinya bagi mengalih fokus khalayak.
ReplyDeleteNampak seperti ada agenda tersembunyi tu. Ingat lagi tak kes arsenik? Kalau Zahid yg padam (alasan post morterm heart attack), kemudian PAU yg lalu dirobek supaya tidak sah dgn kerjasama ROS dgn atau tanpa suntikan RM....korang boleh duga ke tak ni? Ikut jejak DAP la pulak. Begitu juga dgn Datuk Mat Zain Ibrahim diperlakukan dgn sukatan dos berbeza menjadikan hasil keputusannya tidak hampir serentak, semua cerita kenangan manis masa lalu akan tertutup rapat, serapat-rapatnya. Then Najib pula ... amatlah senang dihandle.
Belum lagi bab DNA, tentu ada sample ditinggalkan. Kena pandai dan hanya ahli saja yg boleh melakukannya. Alang2 menyeluk pekasam, kena cari ikan patin. Nak surih jadi panjang nanti. Cukup 2 perkara itu. Liar is forever liar, need to be always suspicious to the devil that we know!
Walaupun apa isunya mahathir berjuang sekarang hanya untuk mukhriz...itu pun tak boleh baca ke?
ReplyDeletejeng,jeng,jeng......
ReplyDeletekelemahan mahathir adalah anaknyer.....sbb nak menaikkan anaknyer...dia luper dosa2 silam2nyer......dan umpan yg ada didlm perangkap utk mahathir adalah berupa anaknyer juga.......
ReplyDeleteSaya nampak anak mahathir susah untuk naik. Naib presiden UMNO pun dia kalah. Tiada peluanglah mukhriz.
DeleteMungkin ada sebab lain yang kita tidak tahu. Mungkin saya boleh andaikan, mahathir sedang cuba menjadikan Najib sebagai boneka atas tekanan kepada Gani patail kerana Najib akan kelihatan "buruk" jika tidak menyingkirkan Gani patail yang didakwa sebagai "selective prosecutor".
Bayangkan jika Ghani mengetahui rahsia Mahathir,Ghani boleh memulakan langkah untuk prosecuting Mahatir..
dah lah kalah double...buat cerita agen tanpa bukti...dah terbukti madey ni terdesak nak menangkan mukris...kenapa agaknya..? nampak tak teknik mahathir dlm isu cia ni...? last last dia ckp cuma dengar...dengar dari mana..? lubang telinga dia ader power ke..? inilah madey..buat isu lepas tu cuci tangan...nice game..but....now...u fail kutty..siapa agen yg mendedahkan isu ini pada mahathir...?
Deletetulah orang cerdik namanya, bertindak bila perlu, bersuara bila sampai masa. Setahu aku politik Tun Mahathir ni politik ala pragmatis. Mahathir tak akan biar dirinya tenggelam atau ditekan,ditindas.Hal ini amat dititik beeratkan. Lihatlah betapa dia bersikap tegas, berani dan dilihat bersih. Dia tidak memperlihatkan ketidak cekapan beradada dipihaknya jauh sekali daripada terlibat dengan jenayah berat dan bersekongkol dengan pihak luar. Beliau pernah menyerang British apabila dituduh rahsuah?. Orang yg melakukan kejahatan saja yg takutkan polis.Orang yg terlibat dengan jenayah saja yg dinayangi ketakutan dan berlindung disebalik bigboss.!!!!!!!
ReplyDeletePolitik mahathir licik spt belut berbelit belit kelirukan rakyat spt syaitan berlagak alim.dah umor 90 tahun masih nak berpolitik untuk promote anaknya ibarat merendangkan dahan tempat berpaut.
DeleteSeorang paling kuat perasaan dendam serta bijak mengatur strategi hanya untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Pada masa sama, mengatur rencana membersihkan stigma nama busuk pada dirinya, memandangkan faktor baki usia yang amat terbatas itu.
ReplyDeleteSelagi dendam tak terlunas, dia tidak akan berdiam diri. Sentiasa mengintai peluang yang boleh dimanfaatnya. Syaitan dikenali dgn sifat itu!
Skg ini heboh pasal Pak guard-guard guna IC keluaran Sabah di tahan tiap-tiap hari keluar TV3, nasib ada kes AMBank boleh jugak serang balas
ReplyDeletehampa ingat rosmah akan berdiam diri? C4 pun boleh guna, takat nak bagi madet kena serangan jantung no problem la
ReplyDeleteSudah jelas lagi bersuluh sekarang ini freemason mengawal proksinya seluruh dunia melalui perundangan dan mahkamah.
ReplyDeleteLihat sahaja kes yg berlaku di Mesir, pihak mahkamah yg menentukan siapa yg patut memerintah. Apabila kerajaan baru yg dipegang oleh Morsi tidak berpihak dan dikira mengancam kedudukan dan kepentingan israel/freemason, maka sepantas kilat kerajaan itu ditukar dgn alasan yg paling bodoh utk menghalalkan cara mereka.
Ini juga sekarang berlaku di Malaysia AGAKNYA......
Mahathir yg berdendam dgn Najib akan menggunakan issue ini sebaik-baiknya. Issue ini adalah BOOM buat BN. Adakah BN telah lama menjadi seperti lembu dicucuk hidungnya oleh freemason dan hanya baru sekarang dapat didedahkan. BN adalah enemy of the state.
Ayuh Tolak BN.
dari mana mahathir dgr ada agen cia? mahathir perlu dedahkan ...jika tidak mahathirlah pembelot negara
Deletesiapa dalang yg memberitahu ada agen cia di agc.? kes ini perlu disiasat kerana melibatkan peguam negara..mahathir kata cuma dengar tapi takde bukti...masalah nye ader bukti ke takde bukti ke kes ni perlu ada siasatan
ReplyDeleteada sesiapa tahu tak dari mana mahathir tahu ada cia di agc..? ini kes pencerobohan dan pengkhiatan ..tk boleh ambil lewa..sbg rakyat alu berhak tahu...nak tunggu jadi macam lahad datu ke..? tak guna malaysia ada risikan kalau mahathir boleh main begini rupa...siapa sumber mahathir...? kalau benar kenapa tk terus ambil tindakan bersama kdn.atm dan sbgainya..ini report kat mahathir..! mesti agenda politik ni
ReplyDeleteSapa sapa yg percaya dgn cerita dongeng mamak kutty ni memang la dia sebodoh bodoh ummat.....
ReplyDelete