Monday 11 February 2019

KERAJAAN PERLU DITEGUR DAN DIKRITIK, BUKAN DIBERIKAN PUJIAN


Peranan kerajaan yang dipilih oleh rakyat setiap lima tahun sekali ialah semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat.


Lebih-lebih lagi jika banyak janji dan manifesto telah dibentangkan ketika berkempen dahulu, keutamaan menunaikannya adalah kewajipan yang tidak boleh dilengah-lengahkan.


Oleh yang demikian, demi memastikan peranan dan tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik serta berjaya, semua orang sebaik-baiknya mesti menjadi pengkritik dan penegur kepada kerajaan.


Apatah lagi jika terlalu banyak kelemahan atau kesilapan yang ditampilkan oleh kerajaan, teguran dan kritikan itu wajar dilakukan secara terbuka, berterusan, malah kadangkala dengan nada yang keras.


Jika tidak dilakukan demikian, kerajaan dan para pemimpinnya akan terdedah kepada sikap ambil mudah dalam memberi khidmat mereka kepada rakyat dengan alasan kekangan kewangan atau masih banyak masa lagi sebelum pilihanraya akan datang untuk melaksanakannya.


Seperti apa yang berlaku sekarang, meskipun diakui kerajaan PH masih baru dan ramai menteri-menteri yang ada tidak berpengalaman, ia bukanlah alasan untuk teguran dan kritikan tidak boleh diberikan.


Tiada masa untuk berbulan madu untuk sebuah kerajaan atau kepada mana-mana pemimpinnya. Memberi khidmat kepada rakyat atau menolong orang tidak memerlukan tempoh masa untuk belajar, bahkan tiada mana-mana universiti yang dapat memberi ilmu sedemikian


Ia adalah peranan dan tanggungjawab semulajadi sebagai  seorang pemimpin. Apabila saja seseorang itu memilih untuk menjadi pemimpin atau menceburi bidang politik, lebih-lebih lagi setelah menjadi kerajaan, mereka seharusnya tahu dan sedar bahawa kerjanya yang utama ialah menolong orang, membantu dan menyelesaikan masalah-masalah kehidupan rakyat.


Kerja itu pula adalah kerja sepanjang masa dan tiada akhirnya. Selagi dinamakan kehidupan, selagi itulah memberi khidmat kepada rakyat oleh sesebuah kerajaan merupakan suatu kewajipan.


Tidak saja orang miskin, orang susah dan golongan pertengahan yang memerlukan khidmat kerajaan, malah orang kaya dan ternama pun memerlukan kerajaan melindungi kehidupan mereka.


Bahkan, kadangkala orang kaya lebih cerewet dan remeh permintaannya yang perlu ditunaikan oleh kerajaan seperti desakan agar banyak kawasan hijau atau tiada pembangunan yang melampau di sekitar kediaman elit mereka.


Tetapi, bagaimana jika kerajaan melakukan kerjanya dengan baik serta memberi khidmat dengan cemerlang, tidak bolehkah mereka dipuji?


Sebenarnya tidak perlu sama sekali bagi kerajaan atau pemimpin kerajaan diberikan apa-apa pujian atas khidmat mereka yang baik atau cemerlang kerana itu memang peranan dan tanggungjawab semulajadi mereka.


Ia sama seperti seseorang yang rajin menunaikan ibadah solat lima waktu sehari, mereka juga tidak perlu diberikan pujian lantaran itu adalah tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang hamba.


Lagi pula, mereka yang menjadi kerajaan sudah pun dibayar gaji, elaun dan pelbagai kemudahan lain yang datangnya daripada wang rakyat melalui pembayaran cukai.


Maka, untuk apa lagi mereka perlu diberikan apa-apa pujian?


Jika mereka telah berkhidmat dengan cemerlang dan menjadi kerajaan yang baik, balasannya ialah rakyat akan memilihnya lagi untuk terus menjadi kerajaan apabila pilihanraya diadakan.


Sebaliknya, jika perkhidmatannya buruk, malas menolong orang, makan rasuah, memperkayakan diri dan keluarga, menipu lagi dengan kelulusan akademik palsu, rakyat tidak akan teragak-agak menghukum dengan menumbangkannya.


Mudah kata, kita sebagai rakyat perlu terus menegur dan mengkritik kerajaan sepanjang dan jangan rasa bersalah melakukannya. (ShahbudinHusin 11/02/2019)

33 comments:

  1. Kita perlu memberikan apa yang selayaknya bagi seseorang.

    Sokong bila ia membuat perkara yang betul dan tegur, kritik, bangkang dan malah tentang apabila ia melakukan perkara yang tidak betul, lihat pada kuantum tidak betul itu.

    Kalau ikut cara Tn Budin maka dunia akan menjadi anarki kerana menurutnya setiap kerajaan hanya perlu ditentang dan dikritik.

    Barangsiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia apabila terima kasih itu due bagi manusia tersebut, maka dia juga tidak bersyukur kepada Allah.

    Dan bezakan juga di antara memberi pandangan, mengkritik, mencerca dan mencemuh. Semuanya tidak sama.

    Mungkin kita boleh mulakan pelaksanaan pandangan Tn Budin ini dengan semua komen di dalam sini hanya mengkritik dan mencemuh Tn Budin sahaja.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kalau Najib, puji, keluar lah tabiat bedebah.

      Tapi ada yang kata "Najib bukan Bossku."

      Happiness bila dengor begitu. Terutama dari Kerry Okspod KJ tu.

      Delete
    2. Bedebah betul ler rosmah mansur

      Delete
    3. Setuju dgn john doe... Budin... Budin... kesianpun ade..

      Delete
  2. Aik JD. Lain bunyinya kini dari zaman maki hamun BN dulu. Buruk buruk BN banyak kemudahan untuk rakyat. Dari bantuan kewangan, lebuhraya tanpa tol, tarif letrik yg tak naik dan infrastructur seperti mrt. Bila naik PH dengan segala janji ingat dapat air madu - rupanya hanya air kencing. Dlm 9 bulan perintah pertumbuhan ekonomi merudum, ringgit merudum, rizab merudum, pasaran saham merudum, bantuan rakyat ditarik balik, rizab Petronas dan khazanah kena rembat, aset TH kena rembat dan hanya bantuan dan kuasa untuk kafir Cina makin bertambah. Hanya taksub buta yg mendorong sebahagian yg jahil untuk terus dokong kerajaan tak kredible ini.
    Benar kata Budin Kerajaan harus dikritik atas segala kegagalan dan dustanya. Kerajaan yg tak boleh dikritik zaman PM 4 dulu banyak lesapkan harta rakyat. Yg kaya hanya kroni dan keluarga. Apakah nak kemungkaran berulang kembali? Baliklah ke pangkuan kebenaran JD....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEPALA BAPAK KAMU.

      Di Parlimen ada YB cakap gitu, di suruh tarik balik, tak tau apa jadi.

      Di sini, di tambah KEPALA HOTAK KAMU.

      Sebab kamu Mr J ubo ANJING GILA asyik menuduh secara liar.

      Sit, Ubo, sit.

      Delete
    2. MrJ, Ada bbrp artikel dari penulisan Prof.Ahameed Kameel Mydin Meera https://www.ahamedkameel.com berkenaan ekonomi buleh memberi pencerahan...naik turun ekonomi bukan tertakluk pd tindakan politician. eg.polisi fiskal negara dunia bukan diterapkan pemerintah tetapi pihak Banksters.

      Delete
  3. Kjaan PH ni kalau kebal kritikan, alamat sepenggal saja perentah Msia.

    ReplyDelete
  4. #MIMBAR

    Nasihat Rasulullah Terhadap Pemimpin Penipu & Suka Berbohong..

    1. Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu zaman, di mana si penipu akan diangkat selaku pemimpin dan dibenarkan.

    Sabda Rasulullah:

    سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ، ويُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

    “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan percakapan orang yang benar pula didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

    Kemudian akan bersuaralah golongan al-Ruwaibidah.

    Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibidah itu?

    Maka baginda SAW menjawab: Iaitu orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”. (HR al-Bukhari).

    2. Menurut al-Imam Ibn Taimiyyah, hadith ini menggambarkan tentang kerosakan akhlak dan intergriti pada ummah di akhir zaman seperti sekarang ini. Golongan penipu dan pendusta di angkat menjadi pemimpin lalu mereka mengeluarkan pandangan dalam perkara-perkara yang penting tetapi bathil.

    3. Dalam hadith ini juga Rasulullah mengingatkan kita tentang kemunculan golongan yang dipanggil ruwaidbidah. Iaitu golongan yang jahil lagi fasiq yang memberikan pandangan tentang urusan yang besar.

    4. Baginda turut berpesan kepada kita bahawa kepimpinan itu adalah amanah. Dan sekiranya amanah diberikan kepada orang yang salah, maka ia akan membawa kepada kemusnahan dan kerosakan.

    Sabda Rasulullah:

    فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ . قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا ؟ قَالَ : إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

    “Sekiranya sesuatu amanah itu disia-siakan, maka tunggulah akan berlakunya kiamat (kerosakan). Lalu sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan dengan mensia-siakan amanah wahai Rasulullah? Rasulullah lalu bersabda: Sekiranya sesuatu urusan diberikan kepada yang bukan ahlinya (yang tidak berkelayakan), maka tunggulah akan berlakunya kiamat (berlakunya kerosakan). (HR al-Bukhari).

    Moga Allah membimbing kita semua ke jalan yang lurus dan benar. Aamiin..

    End.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat Rasulullah Terhadap Pemimpin Penipu & Suka Berbohong..

      Amat sesuai untuk Najib Al Jibo.

      Delete
    2. Bukan saja Penipu dan suka berbohong, juga mencuri. Curi besar - RM2.6 biliun.

      Delete
    3. Mr J ubo, ko berkhutbah di sini ker? Ko tujukan kpd Najib Al Jibo ker? Ko masukkan ke dlm FB sebagai response kpd a/c dier ler.

      Tak payah ler nak nunjukkan ko pandai bahasa Arab. Arab tuh bukan terer sangat akhlak nya. "Custodian of The Two Grand Mosques" pun arahkan bunuh wartawan Arab Kashogi yang kritik dia.

      Budin nampak nya lupa hal ini bila mengata Kerajaan "perlu" di kritik. Kalo ko wartawan di Arab Saudi, Good Bye ler, Budin.

      Bahasa Arab yang aku tau hanya ler "Wala takrabun
      Najib Al Jibo, Umno and Mr J ubo".

      Delete
    4. Demi Allah aku bersaksi bahawa khabar Nabi Muhammad saw tentang pemimpin yang menipu rakyatnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah Najib Razak.

      Dialah pengkhianat bangsa dan agama, yang menipu rakyat sendiri, mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi wali dan kemudian melengkapkan sikap munafik jemaah UmNo dengan penubuhan geng A9 yang kerja mereka ialah berterusan mempertahankan pendustaan, kemungkiran dan pengkhianatan dengan pendustaan yang tidak putus.

      Demi Allah aku juga bersaksi bahawa hamba Allah yang memakai nama Mr J ini adalah seorang pendusta yang membela pemimpin pendusta ini sesuai dengan khabar Nabi Muhammad saw bahawa orang-orang yang membela pemimpin-pemimpin penipu ini baginda tidak mengaku umat.

      Demi Allah sekiranya penyaksian aku bahawa pemimpin pendusta itu ialah Najib Razak adalah satu penyaksian yang tidak benar, dan bahawa Mr J adalah seorang pembela pendustaan adalah juga tidak benar, maka aku akan ditimpa laknat dengan serta-merta mudah2an ia menjadi pengajaran bagi orang-orang selepasku.

      Sesungguhnya J adalah seorang pendusta, dan aku bersaksi ke atasnya, dan laknat Allah ke atasku sekiranya penyaksianku ini adalah tidak benar.

      John Doe, Hamba Allah Yang Berani kerana Benar.

      Delete
  5. Kerajaan tak "perlu" tapi "boleh" di tegur. Asalkan jangan melampau. Dan penting: gunakan fakta, data, maklumat yang sahih punca nya dan hujah2 yang munasabah.

    Bila menulis, jangan asyik cakap cara kedai kopi, tentu kena balun. Maki hamun, macam Najib dah mulakan memaki di khalayak ramai, pemimpin yang menunjukkan tauladan tak baik dari segi itu, hingga ke mencuri wang berbilion.

    Bodoh lah mengatakan Kerajaan tak perlu dipuji. Kerajaan di negara2 kominis pun dipuji. Di arah puji pada masa2 nya. Tapi di negara2 demokrasi, memang wajar lah mana yang baik Kerajaan buat di puji.

    Budin kominis ke tak kasi Kerajaan dipuji?

    Ingat, jangan puji Najib mencuri.

    ReplyDelete
  6. TN, anihlah kamu ni. Dengan orang lain minta bukti. Bila tuduh DSN tak perlu bukti? Adakah DSN didapati bersalah oleh mahkamah? Setakat ni tuduhan terhadap DSN pun tiada sebut curi. Hanya tuduhan perpindahan wang dari akaun Putra Saudi. Beginilah mereka yg taksub Tun. Tak sedar percanggahan dalam pendirian mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi Allah aku bersaksi bahawa khabar Nabi Muhammad saw tentang pemimpin yang menipu rakyatnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah Najib Razak.

      Dialah pengkhianat bangsa dan agama, yang menipu rakyat sendiri, mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi wali dan kemudian melengkapkan sikap munafik jemaah UmNo dengan penubuhan geng A9 yang kerja mereka ialah berterusan mempertahankan pendustaan, kemungkiran dan pengkhianatan dengan pendustaan yang tidak putus.

      Demi Allah aku juga bersaksi bahawa hamba Allah yang memakai nama Mr J ini adalah seorang pendusta yang membela pemimpin pendusta ini sesuai dengan khabar Nabi Muhammad saw bahawa orang-orang yang membela pemimpin-pemimpin penipu ini baginda tidak mengaku umat.

      Demi Allah sekiranya penyaksian aku bahawa pemimpin pendusta itu ialah Najib Razak adalah satu penyaksian yang tidak benar, dan bahawa Mr J adalah seorang pembela pendustaan adalah juga tidak benar, maka aku akan ditimpa laknat dengan serta-merta mudah2an ia menjadi pengajaran bagi orang-orang selepasku.

      Sesungguhnya J adalah seorang pendusta, dan aku bersaksi ke atasnya, dan laknat Allah ke atasku sekiranya penyaksianku ini adalah tidak benar.

      John Doe, Hamba Allah Yang Berani kerana Benar.

      Delete
  7. Bang Shah ua kasi puji..
    Tiadalh sampai tahap dipuja..
    kerajaan kini diduga diuji..
    dikritik kepentingan rakyat jua..

    Tanggungjawab mesti dilaksana..
    Habuan beramanah diberi gaji..
    Jgnlh buat rakyat merana..
    Kuasa yg ada tunaikan janji..

    Cakap libeh x serupa bikin..
    Ada kuasa mcm kosong punya tin..
    Ramai lg org seperti Shahbudin..
    Tegur menegur kan elok kan bang Din..

    Hehhehhehhehbanbdinbangdin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Soldier Of Fortune"
      DEEP PURPLE

      I have often told you stories
      About the way
      I lived the life of a drifter
      Waiting for the day
      When I'd take your hand
      And sing you songs
      Then maybe you would say
      Come lay with me love me
      And I would surely stay

      But I feel I'm growing older
      And the songs that I have sung
      Echo in the distance
      Like the sound
      Of a windmill goin' 'round
      I guess I'll always be
      A soldier of fortune

      Many times I've been a traveller
      I looked for something new
      In days of old
      When nights were cold
      I wandered without you
      But those days I thought my eyes
      Had seen you standing near
      Though blindness is confusing
      It shows that you're not here

      Now I feel I'm growing older
      And the songs that I have sung
      Echo in the distance
      Like the sound
      Of a windmill goin' 'round
      I guess I'll always be
      A soldier of fortune
      Yes, I can hear the sound
      Of a windmill goin' 'round
      I guess I'll always be
      A soldier of fortune

      Delete
  8. Kerajaaan yang ada perlu ditegur ..jika tidak dah tentu lah menteri2nya akan beraja di mata, bersultan di hati. Sebab tu lah, peranan orang2 macam Rafizi, lokman Adam, RJ Ritahaudeen , Bro Azwan tersangat2 releven dalam situasi sekarang ni.

    Mereka ternyata menjadi check and balance untuk memastikan peranan kerajaan tidak terkucil dari landasan yang telah mereka janjikan seperti dalam kempen2 PRU14 yang lalu.

    Malah PM designate pun dah menegaskan dia sedia berada bersama2 dengan pembangkang jika didapati haka tuju kerajaan dah jauh menyimpang dari yang dijanjikan mereka. Malah selepas kekalahan calon DAPigs dalam PRK CH tempoh hari, Bang Non ada mengeluarkan amaran agar perubahan drastik perlu dilakukukan oleh kerajaan PH dalam menyelesaikan segala isu2 yang dekat di hati rakyat seperti menunaikan janji2 manifesto serta perlu kerap turun padang untuk menyantuni warga marhaein, khususnya golongan B40..seperti yang dilakukan oleh DS Najib.

    Erti kata lainnya..Bang Non dah memberi amaran kepada kerjaan agar..shape up or ship out!!!! PRK CH dah terang2 menjadi bukti bahawa tahap kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan, khususnya PM dan kabinet kayu reputnya sudah merudum di paras terendah. Mereka tidak segan silu untuk "mengajar" calon dari parti memerintah bahawa jika tidak ditunaikan segala janji dan tanggung jawab yang telah diamanahkan...nampak gayanya, hanya sepenggal sahaja lah merasa jadi kerajaan yang memerintah.

    Apa tah lagi, jika teguran dan pandangan rakyat diambil enteng serta tidak dipedulikan, tak mustahil PRK Semenyih bakal menghadiahkan kekalahan kali kedua kepada PH dalam jangkamasa yang singkat.

    Sejarah telah membuktikan kejatuhan empayar2 besar di dunia ini adalah kerana pemimpin2 mereka yang terlalu suka sangat dipuji dan disanjung. Mereka seolah2 hidup terasing dari penderitaan rakyat..dan hidup dalam alam fantasi seperti yang dimuluk2kan oleh pengikut2 dan penyokong mereka.

    Tengok aje lah sekarang ni..acap kali kita mendengar rungutan2 rakyat marhaein betapa YB2 PH kini terlalu sukar untuk didekati...dikelilingi oleh pembantu2 khas yang berlagak lebih senduk dari kuah. Malah ada yang dah sampai ke tahap mengeluarkan kenyataan tanpa pengetahuan atau pun merujuk terlebih dahulu dari menteri2, MB2 atau YB2 yang berkaitan.

    Memang WAJIB kerajaan sekarang ni terus menerus ditegur, dibalun dan dihentam kaw2 punya jika ternyata tindakan yang dilakukan mereka tidak memberi kemaslahatan kepada rakyat jelata...hanya menambah beban dan menghimpit kehidupan mereka saja.

    Ingat..pemimpin2 dalam kerajaan yang sedia ada bukannya MAKSUM hingga tak boleh ditegur langsung...jangan sekali2 menjadi makhluk yang ego, sombong dan berbangga diri...seperti yang terjadi pada Azazil dulu, yang enggan sujud kepada Adam a.s. apabila diperintahkan untuknya berbuat demikian oleh Allah s.w.t!!!!

    ReplyDelete
  9. Rakyat yang waras berpendapat, jika kerajaan yang ad sekarang ni nak memerintah lebih dari satu penggal, seWAJIBnya lah mereka bertindak lebih proaktif dan responsif terhadap segala kritikan dan teguran dari rakyat dan yang lebih penting...berusaha dengan sedaya upaya untuk mengotakan segala janji2 mereka dalam masa terdekat..dan jangan lagi berikan alasan2 yang tak munasabah, U-Turn dan kelentong rakyat sesuka hati..asyik2 menyalahkan kerajaan terdahulu, kalau prestasi kerajaan sekarang ni memang tip top takpe jugak ...malangnya lehih hampeeeh dari zaman BN tu!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Kengkawan semua..dah tentu lah korang ingat lagi isu Siti Kassim membuat isyarat lucah dengan jari dalam satu majlis dialog satu ketika dulu.

    Baru2 ni keluar berita yang mengatakan...Siti Kasim Bersyukur Kerana Akhirnya "Kebijaksanaan" Menang.
    .
    Peguam dan Aktivis itu berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan Tidak Melakukan Pendakwaan Terhadapnya.
    .
    Sekarang, ingat balik dengan siapa Si Siti Kasim ni berjoget sakan tempoh hari. Ingat tak? Maka korang boleh faham apa maksud "Kebijaksanaan" dia tu kan?
    .
    Dalam erti kata mudahnya, kredibiliti Peguam Negara, Si Tommy Thomas tu sebenarnya hanya terletak di celah kangkang Si Siti Kasim ni je.
    .
    Jadi, mana datang "Kedaulatan Undang-Undang" yang kononnya nak ditegakkan oleh Rejim Pakatan Hancing tu!!!

    ReplyDelete
  11. Bila Tn. Budin berkomentar pasal teguran dan kritikan ni..dah tentu lah kita semua terbaca berita MP DAPigs menegur dan mengkritik MB Perak baru2 ni.

    Heran juga bila baca berita ni. Beriye2 betul DAPigs mempertikai tindakan MB Perak meluluskan konsesi balak kepada syarikat yang hanya wujud lepas PRU yang lalu.
    .
    Kalau dari satu sudut, tak salah jika betul niat dia nak dedahkan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam Rejim Pakatan Perak tu sendiri.
    .
    Tapi adakah niat dia pertikai tu tidak mempunyai agenda tersembunyi? Adakah dia marah sebab parti dia tak dapat sebarang keuntungan dari konsesi tersebut?
    .
    Dan dengar ceritanya, konsesi balak tu dapat kepada syarikat Melayu Bumiputera. Adakah itu menjadi punca wakil DAPigs ni marah tak tentu arah?
    .
    Cuba kalau konsesi balak tu diberikan kepada kroni-kroni dia. Adakah dia akan bangkit mempertikaikan perkara yang sama? Kalau setakat main wayang hancing, baik tak payah cakap banyak la Yeop!!!

    ReplyDelete
  12. Tuan Budin telah menulis :-

    Sebenarnya tidak perlu sama sekali bagi kerajaan atau pemimpin kerajaan diberikan apa-apa pujian atas khidmat mereka yang baik atau cemerlang kerana itu memang peranan dan tanggungjawab semulajadi mereka.

    Ia sama seperti seseorang yang rajin menunaikan ibadah solat lima waktu sehari, mereka juga tidak perlu diberikan pujian lantaran itu adalah tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang hamba.

    Lagi pula, mereka yang menjadi kerajaan sudah pun dibayar gaji, elaun dan pelbagai kemudahan lain yang datangnya daripada wang rakyat melalui pembayaran cukai.

    Izinkan John Doe menjawab:-

    Sebenarnya tulisan Tn Budin di atas adalah satu fahaman salah yang menjadi satu punca fitnah di akhir zaman.

    Fahaman dan ajaran ini sebenarnya berpunca dari sikap dengki melihat nikmat yang dimiliki oleh orang lain kerana mereka mengharapkan diri mereka yang mendapat nikmat itu.

    Orang-orang yang mempunyai pandangan 'tidak perlu berterima kasih kpd manusia' dengan memberi hujah-hujah dangkal sebegini yang berkata 'kita tidak perlu berterima kasih apalagi memperbanyak berselawat ke atas Nabi saw memandangkan bagida hanya menjalankan tugas baginda. Lagipun baginda kan telah diberi ganjaran besar oleh Allah".

    Disebabkan fahaman sebeginilah kita melihat di zaman ini anak-anak yang telah dewasa menjadi durhaka kepada orang tuanya apabila mereka berharap orang tua mereka mati cepat disebabkan mereka tidak sabar untuk mewarisi kekayaan mahupun menduduki tempat orang tua mereka.

    Berterima kasih kepada manusia yang berjasa adalah satu daripada rahsia manusia memperolehi ilmu dan hikmah daripada Allah swt. Lihat sahaja surah Luqman di mana Luqman telah memberikan nasihat-nasihat kepada anaknya. Salah satu nasihatnya ialah untuk berterima kasih kepada kedua ibu bapa, yang bermaksud berterima kasihlah kepada manusia yang berjasa walaupun di dalam berjasa itu mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka, kerana berterima kasih kepada manusia adalah sebahagian daripada tanda-tanda orang-orang yang bersyukur kepada Allah swt.

    وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

    "Dan Kami telah mewasiatkan kepada manusia dengan (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Telah mengandungkannya akan ibunya susah di atas susah dan menyusukannya selama dua tahun, tidakkah kamu berterima kasih kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan kepada Akulah tempat kembali". (Luqman : 14).

    Luqman adalah seorang yang memiliki hikmah dan sebab itulah ia digelar Al-Hakeem yang bermaksud 'yang memiliki hikmah'. Luqman sedang memberi nasihat mengajar anak-anaknya cara-cara untuk mendapat hikmah Allah dan salah satunya ialah berterima kasihlah kepada manusia sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

    Rahsia hikmah ini terletak pada ayat terakhir surah Luqman sendiri, yg bermaksud manusia tidak akan mengetahui apa yang akan mereka lakukan pada besok hari dan juga tidak akan mengetahui di bumi manakah mereka akan mati.

    Walaubagaimanapun ayat ini ditutup dengan "innallaha 'aliimun khabiir" yang secara analogi ia berkata sekiranya Allah yang mengkhabarkan kepadanya maka orang itu akan mengetahuinya. Inilah maksud hikmah iaitu kemampuan untuk melihat sesuatu yang di sebalik.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      Disebabkan itulah kekadang kita melihat seseorang hamba Allah itu melakukan perkara-perkara seolah ia benar-benar telah mengetahui masa dan tempat utk ia meninggal dunia telah pun tiba. Ini adalah kerana secara hikmah ia telah pun diberitahu oleh Yang Maha Mengetahui.

      John Doe telah berkongsi telahannya bahawa apabila Ta-Mim membuat seruan turun ke medan Pertempuran KLIMAKS akan muncul satu thaifah anak-anak bangsa Mim yang bakal menyahut seruan itu dan 313 drpd mereka akan meraikan kemenangan mutlak mereka bersama-sama Ta-Mim. Siapakah mereka ini? Adakah mereka semua pemilik ijazah ataupun orang-orang yang bergelar ustaz?

      Tidak. Mereka semua datang dari latar belakang yang berbeza tetapi mereka semua berkongsi satu ciri yg sama iaitulah tahu berterima kasih.

      Mereka adalah orang-orang yang merasa terima kasih kepada Ta-Mim kerana telah menjaga mereka dengan baik sepanjang zaman fitnah berlangsung dan sentiasa menang ke atas fitnah yang timbul. Mereka juga mengakui bahawa kemenangan Ta-Mim di atas kesemua fitnah ini telah menyelamatkan bangsa Mim daripada malapetaka sekiranya Ta-Mim telah tewas.

      Di antara 3 fitnah yang timbul ke atas bangsa Mim dan telah ditewaskan oleh Ta-Mim dan pasukannya ialah:-

      1. Fitnah takfir ke atas bangsa mim yang menyebabkan solat jemaah dua imam, suami isteri bercerai, keluarga berpecah dan malahan pembunuhan anggota keselamatan di atas alasan takfir.

      2. Fitnah pendusta yang menjerit Islah!! Islah!! demi mendapatkan penyokong konon dia telah dianiayai sedangkan dia hanya melalui proses undang-undang. Mereka hanya membuat kerosakan dan anarki sedang mereka tidak sedar.

      3. Fitnah pemimpin yang menipu rakyatnya. Mencuri dan mengkhianati amanah, mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi wali dan melengkapkan ciri fujur di dalam berdebat apabila mempertahankan pendustaan, kemungkiran dan pengkhianatannya.

      Anak-anak bangsa Mim yang lain tidak perlu berdengki kepada kemuliaan yang bakal dinikmati oleh 313 anak bangsa Mim ini memandangkan mereka adalah orang-orang yang tahu berterima kasih dan Allah sendiri telah menjanjikan nikmat yang melimpah bagi orang-orang yang tahu berterima kasih.

      وَكَذَٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لِّيَقُولُوا أَهَٰؤُلَاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّن بَيْنِنَا ۗ أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِالشَّاكِرِينَ

      "Demikianlah Kami cubai sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka; 'adakah mereka itu yang mendapat nikmat Allah di antara Kami?' Bukankah Allah lebih mengetahui orang-orang yang tahu berterima kasih". (Al-An'am : 53)

      وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

      "Dan ketika Tuhanmu memberitahu, sekiranya kamu berterima kasih nescaya Aku akan tambahkan (nikmatku) kepada kalian, dan sekiranya kalian kufur, maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih" (Ibrahim : 7)

      Maka ketika Tn Budin menyeru bangsa Mim supaya tidak berterima kasih kepada kerajaan PH pimpinan Tun M dengan alasan mereka diberi gaji untuk kerja-kerja yang mereka lakukan, saya pula mengajak anak-anak bangsa Mim supaya berterima kasih kepada kerajaan PH pimpinan Tun kerana walau apapun kelemahan yang ada pada kerajaan PH ini, kemenangan PH ke atas BN telah benar-benar menyelamatkan anak-anak bangsa Mim, negara Mim dan umat Mim daripada malapetaka sekiranya PH pimpinan Tun telah tewas pada PRU14 yang lalu.

      PH1 bakal berpecah disebabkan sikap dengki sebegini, tetapi Tun M akan kekal sebagai PM di bawah PH2 sehinggalah zaman fitnah ditinggalkan, in shaa Allah.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Nota; walaupun Tn Budin berkata 'tidak perlu diberikan pujian', tetapi isinya adalah jelas bahawa ia bermaksud 'tidak perlu berterima kasih'. Sebab itulah saya telah menjawab balas tentang 'perlunya berterima kasih'.

      Memuji adalah sebahagian daripada tanda-tanda orang yang berterima kasih. Malah kata-kata terima kasih itu sendiri adalah satu bentuk pujian dan penghargaan.

      Sebab itulah umat Muslimin digalakkan berselawat dan memuji Nabi Muhammad saw, iaitu sebagai tanda terima kasih kepada Baginda.

      Puji dan berterima kasihlah kepada orang-orang yang membuatkan kebaikan kepada kita dan bukan berkata 'tidak perlu memuji dan tidak perlu berterima kasih kerana mereka telah dibayar gaji'.

      Ini adalah sikap orang-orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang-orang sebegini biasanya adalah para pendengki yang dengki melihat orang lain mendapat nikmat dan mereka menyangka sepatutnya merekalah yang telah mendapat nikmat-nikmat yang didengkikan itu.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  13. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  14. WIN323 - Merupakan Situs Online Betting NO.1 Di Indonesia.
    Dengan WIN RATE tertinggi 97% + Bonus Bonus Super Heboh yang bisa
    anda dapatkan setiap hari nya!!

    Bonus Bonus Super Heboh Dari WIN323
    ~ Bonus New Member : 20%
    ~ Bonus Next Deposit : 5%
    ~ Bonus Cash Back : 5%

    Minimal Deposit : Rp.25.000
    Minimal Withdraw : Rp.25.000

    Untuk permainan terbaru FAFA SLOT BONUS NEW MEMBER 100% dengan maximal Bonus Rp.250.000 , Dengan mininimal deposit Rp 25.000,-
    syarat TO x 8
    Contoh : 25.000 + 25.000 * 8 = 400.000
    Minimal WD 50.000


    TEMBAK IKAN ONLINE

    Bonus Deposit 50%
    Minimal Deposit Rp25.000
    Max Bonus Rp. 1.000.000,-
    TO x 15 + BONUS

    Bonus Deposit 10%
    Minimal Deposit : Rp.50.000,-
    Max Bonus : Rp. 500.000,-
    TO x 7 + BONUS

    CASHBACK 10%
    Bonus Cashback hanya diberikan kepada player yang tidak mengclaim bonus next deposit

    Tunggu apalagi mari langsung bergabung bersama WIN323 dan jadilah
    pemenang di setiap taruhan yang Bossku lakukan :)

    Contact Person WIN323 :
    BB : E3E94F65
    LINE : win323a

    WA : +855 78 633 430 ( WIN323 )

    ReplyDelete
  15. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :)

    ReplyDelete
  16. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...