Friday 17 January 2014

Rupa-rupanya Najib Pun Dua Kali Lima Juga


Walaupun isu kangkung sudah mulai sejuk dan basi sejak diperkatakan hampir seminggu lalu yang kesan ketaranya menjadikan kedudukan Najib hampir lunyai dipermain dan dipersendakan oleh pemain media sosial pro PR, tetapi hanya baru semalam Perdana Menteri sendiri menjelaskan mengapa kangkung dipilih sebagai contoh dalam ucapannya.

Najib berkata, kangkung menjadi rujukannya bukan saja kerana ia kesukaannya, malah juga oleh sebahagian besar rakyat negara ini, namun jika menggunakan burung puyuh misalnya, hanya orang tertentu saja yang memakannya.

Sehubungan itu, kata beliau, penggunaan kangkung itu tidak seharusnya dipersendakan kerana contoh itu menepati prinsip penawaran dan permintaan yang menyebabkan harganya naik atau turun di pasaran.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang Najib membuka mulut dan memberi penjelasan mengenainya? Kenapa tidak awal-awal lagi sedangkan dalam dunia langit terbuka sekarang, semua perkara sudah bergerak laju dan pantas.

Sebelum ini, apabila timbul isu kangkung yang dilihat begitu mengaibkan Perdana Menteri sehingga program bantuan banjir yang dilakukannya tidak diperkatakan lagi, ramai yang menyalahkan jentera maya milik UMNO yang dilihat begitu lembab dan tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka.

Dengan membiarkan isu itu sarat dipermainkan sementara jentera maya pro UMNO tidak bertindak balas, ketempangan UMNO dalam hal ini amat ketara sekali. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kalau dalam isu kangkung pun, mereka sudah patah kaki dan hilang upaya untuk meneruskan perjuangan, bagaimana untuk menghadapi pilihanraya nanti yang tentunya akan timbul isu-isu lebih rumit dan mencabar lagi.

Dalam masa yang sama, pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal media di JPM juga turut dipersalahkan kerana dilihat telah gagal dalam fungsinya berikutan isu kangkung ini. Tidak ada sebarang usaha untuk menjawab, memberi penjelasan atau menyerang balas daripada pihak JPM sendiri.

Ketika itu, sementara Najib sudah terperosok dan lunyai dipersendakan, para pegawai dan penasihatnya pula seolah-olah tidak tahu berbuat apa-apa untuk mempertahankan bos mereka.

Tetapi sekarang semuanya sudah terjawab. Najib sendiri rupa-rupanya mengambil masa hampir seminggu untuk mendapat ilham bagi menjawab dan memberi penjelasan mengenai contoh kangkung yang digunakan dalam ucapannya itu.

Penjelasan yang lambat dan terlewat ini sudah tidak memberi apa-apa makna lagi dalam memperbaiki kerosakan persepsi yang telah pun berlaku. Semuanya sudah terlambat dan tidak berguna lagi.

Rupa-rupanya tidaklah boleh dipersalahkan seratus-peratus jentera maya, pegawai di JPM, para pemimpin UMNO yang tidak bangun membela Najib atau sesiapa saja kerana Najib sendiri pun begitu lambat bertindak balas mengenainya. Lebih-lebih lagi jentera maya pro UMNO juga sedang menghadapi krisis sekarang ini berikutan kemarahan sebahagian daripadanya yang merasakan mereka tidak lagi dipedulikan oleh sejak berakhirnya PRU 13 lalu.

Kalau sudah Najib sendiri mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang begitu lambat dan perlahan, orang dibawahnya tentulah jauh lebih lembab lagi. (SH 17/01/2014)

4 comments:

  1. Pecat ajer Ibdil lifestyle kerana lambat menjawab menggunakan jentera maya.

    ReplyDelete
  2. Mari kita baca isu kang kung spt yang dikupas oleh a kadir jasin dalam blignya ... Jawapan yang diberikan oleh ah jib gong tidak menepati kupasan persoalan yang diulas oleh a kadir jasin. http://kadirjasin.blogspot.com/2014/01/kangkung-index-is-possible.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan negara mereka sudah tahu perangai Najib ni.

    pertama dia suka mejerat dirinya sendiri dengan statement/tindajan "BERMUTU RENDAH" yang tak layak diucap/dibuat oleh seorang PM, pemimpin No.1 dalam negara.Yang terbaru menggunakan KANGKONG sebagai perbandingan naik turun barang.

    Sebelum ni ada ke dia patut pi tanya " ARE YOU WITH BN?" semasa konsert PSY kat Penang yang s3mua maklumat yang ada sah komfom orang penang tak suka BN. Tak cerdik ke apa?
    Sama juga dengan isu pembentangan budget 2014. Hari bentang besok cabut lari keluar negara tak mahu dengar perbahasan tentang bajet yang dia bentang oleh ketua pembangkang.

    2. Lambat sangat nak respon. Kalau tak lunyai,tak lebam sana sini, kalau tak dimalukan kow-kow seluruh negara berminggu-minggu tak mau dijawab atau diperbetulkan wakaupun dalam isu remeh seperti KANGKUNG ni. Ini pun satu penyakit yang dijangkiti oleh Najib.

    Kalau dalam isu besar-besar lagi le lama, tak tahu sampai bila dia nak berdiam diri buat pekak badak. Ingat tak dajam kes Altantuya.

    SATU LAGI BENDA YANG KITA PERATI - KUALITI JAWAPAN YANG RENDAH. Jawapannya jarang menjawab isu yang timbul tetapi sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan. Walhasilnya, Najib jawab ke tak sama sahaja. Tak m3ngubah apa-apa.

    Bila Najib dah kantoi, apa yang kita peratikan sejak menjelang PRU13 yang jalu - untuk menutup kelemagan Najib la kononnya, isu tersebut akan diputar menjadi isu perkauman.

    ReplyDelete
  4. Mungkin Najib terfikirkan kangkong, kerana ianya agak sesuai untuk dijadikan tanaman selepas banjir yang melanda Pahang baru-baru ini. Setidak-tidaknya akan menambah pendapatan rakyat bawahan. Sebab kangkong bukan hanya manusia saja yang makan bahkan ianya menjadi kegemaran kepada arnab dan juga kura kura.......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...