Saturday, 18 January 2014

Hanya Setelah Fenomena Kangkung, Barulah Menteri-Menteri Sibuk Turun Ke Pasar


Selama ini apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang, ramai yang menjawab ianya adalah fenomena biasa. Malah apabila harga minyak dan gula dinaikkan melalui dasar rasionalisasi subsidi, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan dengan bangganya berkata, harga minyak dan gula di negara kita masih rendah berbanding di beberapa negara jiran yang lain.

Najib dan semua pemimpin kerajaan pula, sama ada lebih banyak membisu atau terus mempertahankan kenaikan harga barang dengan menganggapnya sebagai fenomena biasa. Mereka seolah-olah cuba menyembunyikan hakikat bahawa apa yang dirungutkan rakyat ialah kenaikan harga yang berpunca daripada kenaikan harga minyak, gula dan tarif letrik sebenarnya adalah berpunca daripada kerajaan. Dalam erti kata yang lain, rakyat merasakan kerajaan ada saham besar dalam kenaikan harga barang ini.

Dalam masa yang sama, Najib terus mempertahankan langkah menghapuskan subsidi dengan pelbagai hujah dan alasan yang direka-reka demi menghalalkan tindakannya itu. Rungutan dan rintihan rakyat mengenai kos sara hidup mereka yang kian meningkat langsung tidak dipedulikan.

Bagaimanapun tindakan Najib mahu mempertahankan kenaikan harga barang dengan mengambil contoh kangkung sebagai rujukan telah mencetuskan sesuatu yang diluar jangkaan sama-sekali. Bermula dengan contoh kangkung itu dipersendakan, ucapannya diremix menjadi lagu yang kemudian disusuli dengan pelbagai kemunculan lain seperti tarian lenggang kangkung, t-shirt berlogo kangkung, membayar secawan kopi dengan seikat kangkung dan sebagainya lagi yang dikaitkan dengan kangkung, akhirnya selama hampir seminggu Najib menjadi "masak" dan lunyai dikangkungkan oleh tentera maya pro pembangkang.

Walaupun episod kangkung ini dilihat cukup memalukan Najib sehingga ada yang membuat laporan polis berkenaan dengannya, ia akhirnya menyerlahkan rahmat di sebaliknya. Jika sebelum ini tiada siapa yang peduli dengan kenaikan harga barang dan lebih menganggapnya sebagai sesuatu yang normal, tetapi setelah Najib dikangkungkan, barulah mereka yang bergelar pemimpin ini sedar daripada khayal dan lena yang mungkin disebabkan kerana minum terlalu banyak air ketum.

Barulah ditubuhkan jawatankuasa itu dan jawatankuasa ini untuk memantau kenaikan harga barang. Pemuda UMNO pula segera menubuhkan skuad pemantau harga barangnya di seluruh negara bagi menyampaikan maklumat kepada kerajaan mengenai peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Dua hari lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengetuai pergerakan itu turun padang melakukan tinjauan di Pasar Borong Selayang untuk melihat sendiri kenaikan harga barang dan kesannya kepada rakyat. Sebagai susulannya, Pemuda UMNO WP pula melakukan perkara yang sama yang dengan melawat Pasar Chow Kit sehari selepas itu.

Hari ini pula, Muhyiddin Yassin yang sebelum ini diberi amanah oleh kabinet mengetuai Jawatankuasa Memantau Kenaikan Harga Barang, turut melakukan lawatan turun padang dengan meninjau empat tempat sekaligus iaitu Pasar Harian Selayang, Pasaraya NSK di Selayang, sebuah mini market di Greenwood serta sebuah restoran di Sri Gombak untuk melihat sendiri kenaikan harga barang dan kesannya kepada rakyat. Dalam program turun padang ini, Muhyiddin turut diiringi oleh dua lagi menteri ialah Hasan Malek dan Ismail Sabri Yaakob.

Beberapa pemimpin lain juga mulai mengeluarkan kenyataan dengan menubuhkan pasukan untuk memantau kenaikan harga barang di kawasan masing-masing atau menyampaikan maklumat mengenai tindakan peniaga yang menaikkan harga barang secara sesuka hati.

Mahu atau tidak, terjaganya semua mereka ini daripada mimpi dan segera melakukan kerja turun padang adalah kesan daripada Najib dikangkungkan. Hanya setelah Najib dikangkungkan barulah mereka ini sedar bahawa kenaikan harga barang dan beban kos sara hidup yang kian meningkat adalah rungutan hampir keseluruhan rakyat yang berpendapatan rendah serta sederhana. Hanya setelah dikangkungkan juga, barulah Najib dan semua menteri kabinet faham suara kemarahan rakyat.

Jika tidak kerana episod kangkung ini, Najib dah semua menteri masih lena diulit mimpi dan bercakap dalam mempertahankan kenaikan harga barang pula seolah-olah seorang yang sedang khayal kerana meminum terlalu banyak air ketum. Langsung tidak menampakkan mereka itu menyebelahi rakyat sedangkan ketika memerlukan undi dan sokongan, rakyatlah yang sering dipuji dan diberi sanjungan. Tetapi setelah dapat jadi menteri, semua kesalahan dibebankan kepada rakyat, bahkan janji mendahulukan rakyat tidak ubah janji seorang kasanova saja layaknya.

Kepada penggiat media sosial yang mencetuskan idea mengangkungkan Najib sehingga ia menjadi fenomena antarabangsa dan kemudian menyedarkan pimpinan kerajaan daripada lena dek khayal air ketum, rakyat tentunya amat terhutang budi kepada mereka itu. Tanpa mereka dan jika Najib tidak dikangkungkan, tidak pernah Muhyiddin melakukan empat lawatan hanya dalam satu pagi.

Walaupun melakukan lawatan turun padang ke pasar-pasar belum tentu menghasilkan sesuatu yang positif dari segi penurunan harga barang, melainkan ada keberanian di tangan kerajaan untuk segera bertindak berdasarkan kuasa sebagai sebuah kerajaan, sekurang-kurangnya nampak jugalah inisiatif mahu turun ke bawah dan mendapatkan lebih maklumat.

Itulah hebatnya penangan kangkung. (SH 18/01/2014)

9 comments:

  1. Tuan

    "Walaupun melakukan lawatan turun padang ke pasar-pasar belum tentu menghasilkan sesuatu yang positif...."

    Hasil positif depa ni bergantung angle mana kita. Yang positifnya selalunya yang menguntung, mengkayakan mereka je. Belah rakyat bukannya setakat negatif je tetapi yang menyusahkan, membebankan, memeritkan dan semua benda lain yang membawa maksud dan kesan yang sama.

    Lawatan dan penubuhan pelbagai jawatankuasa sekarang adalah kerja bodoh yang maksudnya amat jelas bukan sahaja hendak memperbodohkan kita malah sengaja hendak menghina kita rakyat. ITU JE...TAK LEBIH TAK KURANG!

    Benda-benda ini sepatutnya dibuat awal-awal dulu sebelum umum kenaikan yang ditipu menggunakan perkataan rasionalisasi subsidi.

    Saya rasa amat terhina dengan tindakan ya g tak berhati perut ni!

    ReplyDelete
  2. Saja nak tinjau berapa harga kangkung, kena buat laporan ke PM Kangkung

    ReplyDelete
  3. Tuan, pemimpin-pemimpin mereka sebenarnya bukan setakat minum air ketum tapi telah mabuk kena todi..otak dah jadi macam lembu.

    ReplyDelete
  4. mesti lepas ni kementerian akan lebih peka dgn harga kangkung.. Najib dh announce tu... kena beware.. hehhe...

    Mohon exchange bloglist tuan.

    http://bankami.net

    ReplyDelete
  5. Kenapa sekarang ini nampaknya pihak pemerintah asyik nak menyalahkan kepada pekedai sahaja yang menaikkan harga barang sedangkan punca yang sebenarnya lebih besar ialah salah kerajaan kerana bahan utama yang digunakan oleh rakyat telah dinaik tanpa belas kesihan oleh kerajaan iaitu petrol, gula, tariff api, tol dan kemudiannya GSP yang mana bidang kuasa berada sepenuhnya dalam tangan kerajaan

    ReplyDelete
  6. Zaidin Zakaria harus ingat harga kangkung turun maknanya kita kena bersyukur, bukankah air kangkung boleh jadi sumber minyak petrol yg pertama di Malaysia. Air kangkung juga boleh mengganti gula utk buat kuih muih dan sebenarnya banyak lagi faedah hasil dari penurunan harga kangkung mungkin termasuk juga minyak kapalterbang yg org kampung mcm saya ni tidak tahu.....

    ReplyDelete
  7. salam saudara,
    Perbuatan mengharamjadahkan rakyat oleh PM kangkung telah mendapat balasannya. Inilah manusia yang tak sedar diri.Sekarang maruahnya sudah tercemar seantero dunia. jalan terbaik bagi PM kangkung silalah letak jawatan secara terhormat dari terus di haram jadahkan oleh rakyat lagi. Jika tidak memanglah PM kangkung ni mukanya setebal kulit babi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenggang2 kangkung,
      Kami tak mahu PM Kangkung

      Delete
  8. semalam ada berita pemeriksaan peniaga di pasar
    Ada yang kena tindakan pihak berkuasa (konon sebab menaikkan harga)
    Ada yang kena rampas barang jualan
    Macam mana peniaga nak hidup

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...