Sunday, 26 January 2014

Latihan Media Tetap Tak Berguna Kalau Menteri Dari Kalangan Kurang Cerdik


Dikhabarkan bahawa Perdana Menteri sudah mengarahkan para menterinya menjalani latihan media bagi mengelakkan mereka mengeluarkan kenyataan tidak cerdik sehingga kerajaan menjadi bahan lawak jenaka dan persendaan rakyat. Latihan itu antara lain supaya menteri-menteri kelihatan lebih cerdik dan tidak memalukan kerajaan setiap kali bercakap dengan media.

Latihan media ini, walaupun dikatakan merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek berkaitan harga ayam dan peningkatan harga barang serta Menteri Wilayah Perdekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkaitan kenaikan cukai pintu, tetapi tentunya juga merujuk kepada beberapa kenyataan menteri-menteri lain yang turut kelihatan tidak cerdik dan kenyataan Najib sendiri yang mengambil contoh kangkung supaya rakyat berterima kasih kepada kerajaan.

Kalau mahu dirujuk, begitu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri yang bukan saja menampakkan ketidakcerdikan mereka tetapi juga menunjukkan daya fikir dan inletektual mereka yang tidak setinggi mana sedangkan harapan rakyat ialah seseorang menteri itu mestilah lebih baik dan berbeza daripada rakyat biasa.

Sementara kita menghargai sedikit kewajaran para menteri diwajibkan menjalani latihan media tersebut, sudah tentulah Najib juga merupakan pemimpin yang paling wajib menghadiri kelas latihan media, bukan saja kerana beliau turut sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sewajarnya serta menjadi persendaan rakyat seperti kangkung dsn haramjadah, bahkan juga kerana beliaulah yang paling kerap bercakap dengan media.

Tetapi yang lebih wajar daripada latihan media ini ialah kita seharusnya juga menyerari bahawa keluarnya kenyataan "bodoh" dan "kurang cerdik" daripada menteri-menteri ini bukanlah kerana mereka tidak mempunyai latihan media dan ia boleh diperbaiki dengan hanya menghadiri latihan yang singkat, sebaliknya ia menandakan mereka yang dilantik itu memang daripada kalangan yang kurang cerdik, tidak berilmu, merasa diri lebih pandai dan sering emosional.

Kalau sudah jenis itu yang kebanyakannya dilantik sebagai menteri, memanglah tidak dapat dielakkan daripada keluarnya kenyataan-kenyataan "bodoh" dan "kurang cerdik" walaupun setelah menjalani pelbagai latihan media. Latihan media mungkin hanya menjadikan mereka kelihatan sedikit pandai dan cerdik tetapi tidak akan menjadikan mereka benar-benar seorang pemimpin yang cerdik dan pandai sepanjang masa.

Latihan media mungkin hanya penyelesaian jangka pendek saja. Apa yang lebih penting, setelah Najib sendiri melihat ramai di kalangan menteri-menterinya adalah daripada kalangan yang kurang cerdik, tidak berilmu tetapi merasa pandai dan sering emosional sehingga kerajaan pimpinannya kelihatan amat buruk di mata rakyat, beliau seharusnya juga mengambil langkah lebih baik ialah merombak barisan kabinetnya.

Beliau perlu membuang mana-mana menteri dan timbalan menterinya yang tidak cerdik dan sering mengeluarkan kenyataan karut-marut dengan menggantikan dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa, berkelayakan dan berpendidikan. Tidak guna beliau terus menyimpan atau mengekalkan mereka itu sebagai pemimpin walaupun mereka itu sering mencium tangan beliau dan isterinya setiap kali bersalam.

Memilih pemimpin tidak seharusnya hanya bersandarkan kepada mereka yang suka melobi dan membodek sahaja kerana perlantikan menteri adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Dalam hal ini kriteria yang betul dalam memilih menteri dan timbalan menteri adalah mustahak.

Walaupun Najib terlihat amat menyedari "kebodohan" sebahagian menterinya dalam menjalankan tugas dan cuba berusaha menjadikan mereka kelihatan lebih pandai dengan memintanya menghadiri kelas latihan media, ia tidak akan menyelesaikan sepenuhnya masalah yang ada.

Penyelesaian lebih konkrit ialah beliau harus merombak kabinetnya dan segera membuang mereka yang tidak berguna itu serta menggantikannya dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa, berkelayakan dan berilmu. Selepas itu barulah diberi latihan media. Memberi latihan media kepada mereka ini tentunya lebih mendatangkan kesan yang diharapkan berbanding mengekalkan "pemimpin yang kurang cerdik" tetapi berusaha menjadikannya kelihatan cerdik. (SH 26/01/2014)

4 comments:

  1. Tepat sekali apa yang di saran kan oleh penulis. Berkesan kah dengan menghadiri latihan Media yang sengkat kalau yang menghadiri nya memiliki fikiraan yang "SENGKAT"?. Andai kata kalau Najib merombak kabinet "DAPOR" nya yang sedia ada, terlihat kah dari kalangan MP UBN yang mempunyai akal yang cerdas!!! Pada pengamatan saya ia nya serupa sahaja. Oleh yang demikian elok lah tidak di ada kan, melainkan kalau ia nya merupakan jalan untuk Najib menambah perbelanjaan kerana para perserta sudah pasti melalukan tuntuntan yang pelbagai. Bukan kah perkara yang sedemikian sudah menjadi lumrah.

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Bukan menteri-menteri je kena menghadiri latihan menghadapi media. Najib pun kena pergi juga dan duduk dibarisan hadapan sekali. Selain latihan media* Najib kena ambik kelas latihan berfikiran logik supaya bila berucap lagi tak ada lagi alasan-alasan bodoh seperti kangkung dan sebagainya.

    Apa yang bol3h kita kata pasal menteri-menteri kita kalau bapak menteri-menteri pun 2 x 5 juga!

    ReplyDelete
  3. salam...x perlu la buat latihan itu ini nnti diambilnya konslutan yg menagih beribu-ribu ringgit..hasilnya hampeh juga..baiklah si menteri perdana haji najib wassatiyah tu dan kabinet dapur kayu nie spt yg sedia ada megeluarkan kenyataan yg berbau kebiolan, kebodohan, ketololan, kebahlolan..spt mmg menepati apa yang diperkatakan oleh semua- IAITU AHLI DAN PENYOKONG UMNO MMG BAHLOL, TOLOL, BIOL DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA- X BOLEH NAK DIPERBETULKAN LAGI- TUNGGU MAMPUS AJE??? KAH..KAH..KAH..?

    ReplyDelete
  4. Jgn buang duit lagi...hantar masuk pra-sekolah atau tadika kemas lagi bagus la...hi hi hi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...