Monday, 20 January 2014
Hanya Ada Satu Cara Jika Najib Mahu Pujian Daripada Rakyat
Selepas agak puas dikangkungkan, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor diboo pula semalam ketika menyampaikan hadiah di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia. Suara penonton yang mengejek dan memboo agak jelas kedengaran ketika Rosmah sedang berjalan untuk menyampaikan hadiah kepada Lee Chong Wei.
Sebagaimana isu kangkung yang cuba dikaitkan dengan isu perkauman, insiden di majlis penyampaian hadiah badminton itu juga mahu diseret dengan sentimen perkauman dengan cuba digambarkan yang mengejek dan memboo isteri PM itu terdiri daripada kalangan bukan Melayu.
Walaupun mungkin ada benarnya perkara itu, tetapi barangkali ia cumalah kebetulan saja. Apa yang dapat dirasakan ialah bahawa sentimen penolakan terhadap Najib sekarang ini bukan lagi bersifat perkauman. Ia adalah kehendak rakyat perbagai kaum yang celik internet, terdedah kepada pelbagai maklumat, mereka yang tinggal di bandar dan separa bandar serta juga golongan muda.
Mereka yang menolak Najib sekarang adalah golongan yang sama yang tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum lalu. Mereka sudah cuba menolak kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum lalu sehingga menghasilkan BN hanya mampu meraih 47 peratus undi popular tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihanraya yang diamalkan. Hakikatnya penolakan itu tidak dapat dinafikan sama-sekali.
Dalam isu kenaikan harga barang yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, golongan ini menjadi lebih agresif kerana Najib dilihat cuba memperbodohkan rakyat secara terang-terangan. Dengan menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula dan meluluskan peningkatan tarif letrik sebanyak 15 peratus, kerajaan dilihat masih cuba mempertahankan bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah kerajaan sedangkan kenaikan harga barang yang berpunca daripada tindakan kerajaan itulah yang paling dipertikaikan oleh rakyat.
Dalam masa yang sama, pimpinan kerajaan pula tidak menunjukkan perangai dan budi bahasa yang baik terhadap rakyat di mana ketika rakyat dibebankan dengan tindakan mereka sendiri yang menyebabkan kos sara hidup meningkat, kemewahan, keborosan dan amalan berbelanja sesuka hati terus juga menjadi amalan.
Dalam keadaan itu, sudah tentulah kemarahan rakyat sentiasa meluap-luap.
Apabila timbul isu kangkung, ia sebenarnya adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap Najib dan kerajaan yang tidak memahami derita rakyat. Ia bukanlah isu serangan atau perlekehan mana-mana kaum terhadap Najib atau Perdana Menteri tetapi adalah isu yang melibatkan rakyat semua kaum. Semua golongan dan lapisan rakyat sekarang ini memperkatakan mengenai kangkung, tidak kira kaum daripada golongan paling kaya hinggalah rakyat bawahan.
Begitu juga apabila Rosmah kena boo semalam di stadium, ia juga adalah adalah luahan manifestasi penolakan rakyat terhadap gaya hidup mewah dan penggunaan jet kerajaan yang dilakukan oleh isteri PM itu selama ini. Tidak dapat dibuktikan yang melakukannya semalam terdiri daripada satu-satu bangsa saja tetapi yang nyatanya penolakan terhadap gaya hidup mewah dan boros Rosmah yang sering dipamerkan selama ini, ditolak oleh sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Mesej penolakan itu ialah sebagai pemimpin, Najib dan keluarganya mestilah belajar menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Era pemimpin boleh melakukan apa saja dan rakyat pula akur sepanjang masa, sudah lama berlalu. Dalam keadaan rakyat susah dan diminta mengikat perut, teladan itu mestilah datang daripada beliau dan keluarganya terlebih dahulu. Sebelum beliau meminta rakyat berjimat cermat, beliau dan keluarga serta menteri-menterinya haruslah berbuat demikian dahulu.
Apa yang rakyat mahukan ialah sebagai pemimpin, Najib mestilah sentiasa memperlihatkan dirinya sentiasa bersama-sama serta menunjukkan pemahamannya yang sebenar tentang kesusahan itu.
Selepas dikangkungkan dan diboo, Najib dan isterinya mungkin akan terus menerima lebih banyak signal penolakan daripada rakyat. Trend yang ada memperlihatkan ia tidak akan berhenti setakat ini saja. Apa pun yang cuba dilakukannya selepas ini tidak akan diterima lagi. Beliau akan terus diejek, dipersenda, kehadirannya dalam sesuatu majlis tidak dialu-alukan dan kesilapannya dalam bercakap atau memberi fakta akan terus diperbesar-besarkan untuk menunjukkan ketidaklayakannya untuk terus menerajui negara ini.
Bermula dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup ini, Najib boleh dikatakan akan melalui detik-detik hitam dan mencabar dalam kepimpinannya. Selepas dikangkungkan dan diboo, serangan yang diterimanya mungkin lebih dahsyat lagi. Ada yang mengatakan kebangkitan dan arus penolakan ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana PM sebelum ini, bahkan ketika Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mahu dijatuhkan dahulu pun, suasananya tidaklah separah sekarang ini.
Najib mungkin memerlukan keajaiban untuk menukar fenomena kangkung dan boo yang menghantuinya sekarang kepada kata-kata pujian dan sanjungan, kecuali daripada kelompok yang berkepentingan dengannnya. Tetapi jika Najib benar-benar mengharapkan sanjungan dan kata-kata pujian daripada rakyat, berundur diri sebagai PM mungkin satu-satunya pilihan yang harus dipertimbangkannya dengan serius ketika ini.
Rakyat akan lebih menghargai dan menyanjungnya jika beliau berjiwa besar dan sanggup mengundurkan diri sebagai pengorbanan untuk memulihkan banyak kekusutan dalam negara yang tidak terungkai sekarang ini. Pasti ramai yang menyanjung dan betepuk tangan kepadanya.
Ini kerana kerosakan yang berlaku nampaknya tidak mungkin boleh diperbaiki oleh tangan yang sama yang dulunya membawa kehancuran. Ia memerlukan tangan lain untuk memulihkannya. (SH 20/01/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Najib dan Rosmah perlu dikekalkan pada kedudukannya..... sebagai perdana menteri Malaysia merangkap presiden UMNO Baru. Lawak yang paling maharaja adalah Najib dan Rosmah yang dibantu oleh menteri kabinet serta pencacai beliau. Tanpa mereka lakibini, rakyat Malaysia akan kesunyian.
ReplyDeletePerdana menteri kata....
Kangkong dulu naik... sekarang dah turun.....
Kangkong dulu naik....sekarang dah turun....
Rakyat pula kata...
Petrol dulu naik...sekarang tak turun-turun
Cukai eksais kenderaan tidak akan turun
PERKASA mengeluarkan kenyataan mengenai kangkongnya.....
"Maka sekiranya dibiarkan berterusan yang dimainkan secara melampau maka kemungkinan berlakunya 13 Mei sekali lagi,"
....Melayu 50sen...Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut...
Betoi2......
DeleteMana2 bangsa tida salah sebenarnya, sebaliknya tindakan manusia atas dasar nafsulah yg menjadi penyebab. Kerana nafsu mazmumah kangkung jadi sayur no 1 oleh PM 1Kangkung 1Malaysia
ReplyDeletekalau pemimpin kangkung turun, menteri cap ayam pun harus turun.Bila semua ini turun kita tunggu kangkung mana pula yang naik.
ReplyDeleteNajib gagal, Asalkan Bukan Najib, Kesilapan2 Najib,Najib PM Terakhir, Najib memang Haram Jadah.......................
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSetelah dimalukan dengan isu kangkong dan Datin Rosmah diboo, Najib masih tidak dapat menerima hakikat yang dia sekarang ditolak oleh sebahagian besar oleh rakyat. Najib masih hendak menegakkan benang basahnya terutama pasal kangkong ni dalam perhimpunan bulanan di putrajaya hari ini seperti dilaporkan oleh TMI.
Najib dengan rakyat bercakap tentang 2 perkara berbeza rupanya. Najib mempertahankan bahawa harga kangkong bergantung kepada supply and demand.
Rakyat dok kata penarikan subsidi sekaligus bagi beberapa perkara telah menyebabkan semua barang naik tanpa kawalan dikala harga dipasaran dunia sudah lama menunjukkan trend menurun. Letrik dinaikkan dikala TNB mencacat keuntungan tertinggi dan trend keuntungan dimasa hadapan amat cerah.
Yang lebih menarik Najib tetap mendakwa ekonomi kita kukuh. Kalau kukuh mengapa subsidi perlu ditarik kesemuanya s3kaligus? Bodoh sangatlah penasihat-penasihat Najib jika tak boleh jangka bahawa kesemua barang akan naik jika kezemua subsidi ditarik s3kaligus. Banggang l3 penasihat-penasihat Najib dan Najib sekali jika tidak boleh fikir bahawa kesan kepada rakyat terbanyak amat perit.
Untuk kebaikan negara dn rakyat,pm elok drehatkan dn Tpm kena buat sesuatu bagi memulihkan keadaan.Sesat dihujung jalan,kembali kepanglal jalan.
ReplyDelete