Wednesday, 22 January 2014
Segera Jadikan Azmin MB Selangor?
Krisis berlarutan di Selangor berhubung kedudukan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, membuatkan orangramai mula mempertikaikan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Daripada soal sekecil kedudukan Azmin dalam PKNS, Khalid terlihat begitu kalut untuk menyelesailan isu tersebut sehingga diheretnya sekali Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek.
Daripada awal, jawapan beliau nampak berbelit-belit sehingga lebih mudah menujukan kesalahan berhubung pengguguran Azmin ke bahu Pengurus Besar sedangkan beliau adalah Menteri Besar dan Pengerusi PKNS. Sesiapa pun yang tahu pengurusan korporat memahami bahawa kedudukan Ahli Lembaga Pengarah adalah dibawah Menteri Besar dan Pengerusi PKNS. Agak malang akhirnya, Orhman dan Norita dihukum dengan dipindahkan ke pejabat SUK.
Pertelingkahan antara Khalid dan Azmin ini bukan saja menampakkan adanya kecacatan apabila parti dipegang oleh tangan lain manakala pentadbiran kerajaan dipegang oleh pihak lain. Walaupun tujuan asalnya adalah baik iaitu untuk mewujudkan "check and balance" tetapi apabila melibatkan kuasa, jarang ada pihak yang sanggup menjadi terbuka untuk kuasanya diperiksa dan diseimbangkan. Kuasa selalunya sentiasa ingin diperkukuhkan.
Meskipun berolehnya PKR pada kuasa Menteri Besar adalah atas ehsan Pas dan DAP berikutan kedua-dua parti itu mempunyai 15 kerusi DUN manakala PKR hanya 14 sahaja, sudah sampai masanya PKR kembali menjadikan kedudukan parti menguasai kerajaan.
Oleh kerana Azmin yang menjadi Pengerusi PKR Selangor, beliau seharusnya segera dijadikan Menteri Besar untuk mengatasi kemelut yang sudah lama berlarutan ini. Tidak dapat dipastikan bagaimanakah penyelesaiannya kes kedudukan Azmin ini dalam PKNS tetapi selagi adanya dua nakhoda dalam PKR Selangor, satu pihak menguasai parti dan satu pihak lagi menguasai kerajaan negeri, selagi itulah masalah akan timbul.
Dalam hal ini PKR haruslah tidak lupa kepada sejarah Kedah di mana krisis yang berlarutan antara Allahyarham Azizan Razak dengan Pahrolrazi Zawawi selama bertahun-tahun akhirnya telah menyebabkan kerajaan PAS dapat ditumbangkan oleh BN dalam pilihanraya umum lalu.
Meskipun mungkin ada banyak sebab lain yang menyebabkan tumbangkan kerajaan Pas di Kedah tetapi harus diakui salah satu sebab besarnya ialah krisis yang tidak sudah-sudah antara kedua pemimpin tersebut.
Krisis yang berlarutan terlalu lama dah tiada jalan penyelesaian akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan menyampah. Walaupun Khalid mempunuai rekod baik dalam mentadbir negeri dan dapat menambah kantung perbendaharaan negeri dengan jumlah yang banyak tetapi rekod itu boleh dilupakan jika tidak bijak menyelesaikan krisis dan menyebabkan pentadbirannnya kelihatan tidak aman.
Walaupun dalam keadaan sekarang Anwar dan Wan Azizah seperti ingin menjaga dan mengekalkan kedua-dua pihak itu iaitu Khalid dan Azmin terapi sebenarnya sudah sampai masanya pilihan yang tegas dibuat. Azmin harus dijadikan Menteri Besar Selangor, sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR negeri. Jika mahu juga mengekalkan Khalid, berilah beliau tugas dan tanggungjawab sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Azmin yang juga menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR, hendaklah diberi pengkhususan untuk memantapkan parti di peringkat nasional.
Ketegasan Anwar sebagai Ketua Umum dan Wan Azizah sebagai Presiden parti tidak harus ditangguhkan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama berlarutan ini. Jika tidak bersedialah untuk menerima rasa muak dan menyampah yang akan terus meningkat serta berisiko kehilangan Selangor dalam pilihanraya akan datang. (SH 22/01/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Khalid Brahim ini mentadbir negeri dan parti seperti seorang CEO. Mana boleh begitu...? Azmin yang penat dan amat berjasa dalam PKR, tetapi Khalid yang mendapat dana dan manfaatnya. PKR jangan jadi bodoh.... PAS dan DAP memang suka sangatlah kat Khalid ini.....
ReplyDeleteApa yang kita faham perihal Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim yang kesemuanya melibatkan pemimpin PKR dengan PKNS ? Tak semuanya yang mengetahui cerita sebenar melainkan mencipta spekulasi semata-mata.
ReplyDeleteUntuk merungkai masaalah yang dialami oleh Pakatan Rakyat di Selangor, kita kena lihat komen musuh politik mereka iaitu pemimpin dari Barisan Nasional. Begitulah sebaliknya jika kita ingin mengetahui masaalah yang dihadapi oleh Barisan Nasional dalam negeri Selangor.
Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang kita semua maklum sedang berusaha untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat telah berkata bahawa....
"Kemelut politik dalaman yang melanda ruang politik Selangor antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selaku ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS) sudah diketahui kesudahannya" ....makna nya apa ?
Ini memberi maksud, kalau pun Azmin dan Khalid nak berpencak bersilat sehingga pecah kepala sekalipun....silakan kerana pergolakan itu hanya diibaratkan gelombang dalam cawan saja. Tidak memberi apa-apa kelebihan pada UMNO Baru atau pun Barisan Nasional.
Cuma pada orang yang tidak faham saja akan menyangkakan bahawa kerajaan negeri Selangor akan jadi seperti yang dialami di negeri Kedah yang dipimpin oleh Tan Sri Azizan Abdul Razak yang akhirnya diserahkan semula pada UMNO Baru dan Barisan Nasional.
Dari kenyataan Noh Omar itu memperingatkan pada ahli UMNO Baru diSelangor agar tidak taksub diatas pergolakan itu kerana ahli PKR sedang meninjau kualiti kepimpinan dan pengaruh mereka dalam mempromosikan diri jadi calon dalam pemilihan parti yang akan datang.
Tambahan pula PKR telah mencipta pelapis yang ramai dan bersedia mengambil alih tampok pemerintahan apabila sampi waktu dan ketikanya maka jika mereka kehilangan Azmin atau Khalid, bukan masaalah besar.
saya rasa Sultan Selangor tak berkenan dengan Azmin.... so kalau nak tukar MB pun, bole pilih orang lain selain 2 orang tua bernama Azmin dan Khalid....
ReplyDeleteUnknown 22 January 2014 17:59
DeleteYou sound like an UMNOgok macai, he he.
Nuwar tau jugak... kalo azmin jd mb... habisla pkr pru14 nanti
ReplyDeleteMungkin ini sekadar sandiwara picisan ala2 cerita Hindustan UMNO.
ReplyDeleteHanya sekadar pertelagahan kecil anak-beranak adik-beradik sebagai hiburan sampingan rakyat Selangor memandangkan tidak ada skandal rasuah yg besar di Selangor & Khalid sebagai MB yg serious & jarang2 berjenaka, utk memberi sumbangan hiburan sebagaimana yg biasa Noh Omar lakukan?
sepertimana satu pepatah Tamil berbunyi, " All is fine at the End"
Pak Abu
Penghuni Tetap Tanjung Rambutan
Khalid Ibrahim kelaur dari PKR dan menyertai PAS, habis cerita. Azmin adalah anak didikan UMNO.
ReplyDeleteKesianlah pulak kat Pas. Cakap macam hero tapi tak masuk senarai
ReplyDelete