Friday, 31 January 2014
Gandingan Muhyiddin - Zahid Hamidi Paling Sesuai Untuk Lawan Anwar Dalam PRU 14
Kemaraan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang dirangkumkan dengan cita-cita Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang menjadi semakin hampir menuju realiti dengan kelicikan terbarunya menjadikan jawatab Menteri Besar Selangor sebagai transit ke arah hasrat itu.
Sebagaimana yang diakui oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bahawa tindakan Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu adalah langkah untuk naik menjadi Perdana Menteri dan ia tidak akan berhenti setakat itu sahaja.
Tambah Mahathir yang mengakui beliau tidak gembira dengan percaturan terbaru Anwar itu, kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor akan dijadikan tangga bagi menunjukkan keupayaannya mentadbir negeri supaya dengan itu akan bertambah keyakinan rakyat terhadap kemampuannya untuk mentadbir negara pula.
Daripada kenyataan Mahathir ini jelas tergambar kebimbangannya terhadap masa depan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang kerana dengan kedudukan dan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Anwar dan Pakatan rakyat jelas mempunyai kelebihan berbanding BN.
Dan sekiranya kelebihan itu dikaitkan dengan deretan kelemahan Najib yang begitu terserlah sehingga wujudnya desakan agar beliau berundur dan memberi peluang kepada tokoh lain menerajui parti dan kerajaan, UMNO dan BN sudah sewajarnya mencari butang kecemasan bagi menyelamatkan masa depannya.
Namun, sementara kelemahan Najib sudah diakui dan harapan untuk melihatnya berubah juga sudah terlambat, dilemma UMNO ialah kononnya tiada tokoh yang lebih baik untuk menggantikan Najib. Terdapat blogger UMNO yang mengakui hakikat tersebut manakala Zainuddin Maidin yang sependapat tiada tokoh yang layak menggantikan Najib, menyarankan agar Mahathir dibawa dalam kabinet untuk membantu serta menyuntik nilai tambah kepada kerajaan.
Jika sebelum ini sudah ramai yang hilang keyakinan kepada Najib mampu memimpin kejayaan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, termasuk Daim Zainuddin juga bercakap secara terbuka mengenainya, tetapi setelah Anwar menjadi Menteri Besar Selangor, realitinya tentulah keyakinan itu tambah mengecil lagi.
Najib kini bukan saja dipertikai dan diragui oleh rakyat biasa, malah sudah banyak kelompok yang sebelum ini memberi sokongan kepadanya sudah menarik brek tangan masing-masing dan mulai terbuka mengkritik serta mempertikaikannya.
Meskipun Najib mempunyai ramai penyokong dah kelihatan menonjol, tetapi semuanya itu bukan kerana kualiti kepimpinan atau ketegasannya dalam menyelesaikan masalah. Penonjolannya lebih terapung kerana keupayaannya mewujudkan rangkaian dan menjaga penyokong serta mereka yang setia dengan sikap kemurahan hati dan sedia menolong mereka yang datang meminta bantuan dengannya.
Dalam banyak isu kritikal yang berlaku dalam negara sejak dulu, ketegasannya hampir tidak menonjol. Dengan darah bangsawan yang mengalir dalam tubuhnya, Najib sebenarnya lebih sesuai menjadi pemimpin ketika aman dan bukannya dalam suasana krisis.
Sebab itu, daripada kekurangan majoriti 30 kerusi dalam pilihanraya 2008, jumlah itu makin berkurangan kepada 23 kerusi sahaja dalam pilihanraya 2013 lalu. Kebarangkalian untuk majoriti terus berkurang atau mungkin kalah terus tidak dapat ditolak lagi jika Najib terus berada di kedudukannya sekarang.
Tanpa berhasrat mendahului takdir dan perancangan Tuhan, logik yang terbentang bedasarkan isu dan keadaan semasa jelas menunjukkan bahawa Najib perlu diundurkan dan diganti dengan pemimpin lain jika BN ingin terus bertahan atau mengekalkan kuasanya. Kemaraan Anwar dengan jawatan serta kuasa sebagai MB Selangor pasti memberi cabaran lebih berganda kepada BN.
Pendangan Zainuddin Maidin atau Zam dan beberapa blogger yang mengatakan tiada tokoh yang layak untuk menggantikan Najib hanya seolah-olah memperkecilkan kemampuan dan rekod kerja Muhyiddin Yassin selama ini. Ia juga seperti menghina Naib-naib Presiden sedia ada yang telah mampu bertahan selama dua penggal berturut-turut.
Muhyiddin bukan saja cemerlang semasa menjadi Menteri Besar selama dua penggal, selain keupayaan membangunkan negeri itu, beliau juga berjaya menyatu-padukan politik Melayu Johor selepas UMNO diharamkan yang disusuli dengan tindakan Shahrir Samad menguji kekuatan dengan meletakkan jawatan dan kemudian bertanding Bebas di kerusi Johor Bahru serta faktor Musa Hitam yang turut menentang UMNO Baru ketika di awal penubuhannya.
Ketika Mahathir mahu menghapuskan kekebalan Raja-Raja pula, Muhyiddin juga adalah pemimpin yang paling ke depan melaksanakan agenda itu sedangkan sebagai Menteri Besar Johor dan berketuakan Sultan Johor yang terkenal dengan watak keras serta tegas, cabaran beliau bukan kepalang orang boleh memikulnya.
Tetapi semuanya dilaluinya dengan sabar dan cekal sehingga semuanya membuahkan hasil yang membanggakan. Kelemahan Muhyiddin hanyalah kerana beliau berwajah masam, tidak pemurah, tidak pandai menjaga penyokong dan barangkali sepanjang penglibatannya dalam UMNO, tidak sampai sepuluh orang yang pernah merasa pemberian wang dari poketnya.
Tetapi itulah watak Muhyiddin, namun wibawa, kemampuan dan ketegasannya terbukti dalam rekod sejarah yang boleh ditatap oleh sesiapa saja yang mahu menyelidikinya.
Lebih dari itu, ketika kepimpinan Pak Lah begitu dipertikaikan, beliau juga dengan berani menyarankan agar peralihan kuasa dipercepatkan bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada UMNO dan kerajaan memulihkan keadaan.
Jadi, untuk mengatakan tiada tokoh yang mampu menggantikan Najib barangkali suatu kenyataan yang tersasar dan tidak berpijak di bumi nyata. Rekod dan sejarah membuktikan beliau lebih baik berbanding Najib. Cuma, dalam kedudukan sebagai pemimpin nombor dua ketika ini, tidaklah begitu sesuai untuknya bertindak seperti kepada Pak Lah dulu.
Di kalangan Naib Presiden pula, walaupun pemenang yang ada bukanlah yang terbaik tetapi di antara ketiga-tiga yang ada, Zahid Hamidi adalah paling layak sekali untuk digandingkan dengan Muhyiddin. Walaupun ketegasannya kadangkala turun naik dan flip-flop, namun sikap ramah dan senyumnya yang sentiasa manis menjadikan beliau disenangi oleh semua orang dan ini dibuktikan dengan kemampuan memperolehi undi tertinggi selama dua penggal berturut-turut sebagai Naib Presiden UMNO.
Dengan semakin ramai mengakui bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak mungkin mampu mencipta kejayaan dalam PRU 14, gandingan Muhyiddin dan Zahid adalah pilihan terbaik yang seharusnya mula difikirkan. Watak Muhyiddin yang tegas, berani dan teguh pendirian walaupun bermuka masam dapat diseimbangkan dengan watak Zahid Hamidi yang mudah senyum, peramah dan ramai pengikut sebagai timbalannya.
Kedua-dua mereka ini seharusnya tidak dilengahkan untuk diberi peluang memimpin parti dan kerajaan sebaik berkahirnya PRK Kajang kerana selepas Anwar menjadi bergelar YAB Menteri Besar Selangor, keagresifan dan kelicikan gerak politiknya pasti akan memukau rakyat dan sekaligus menjadikan Najib menjadi semakin kerdil.
Berbeza dengan Anwar yang meningkat naik dalam politik melalui proses pertandingan, akan menjadikan kelicikan, gerakan serta helahnya tidak mungkin mampu dibaca oleh Najib yang sepanjang karier politiknya tidak pernah melalui proses persaingan. Langkah politik Anwar, kalau pun tidak dapat disaingi, sekurang-kurangnya dapat dibaca dah cuba disaingi oleh Muhyiddin dan Zahid Hamidi, yang kedua-dua juga sarat dengan proses kematangan, pertandingan dan turun naik sepanjang berada dalam UMNO.
Memberi peluang kepada gandingan Muhyiddin dah Zahid barangkali memberi sedikit harapan kepada UMNO dan BN berbanding mengekalkan Najib beserta deretan kelemahan yang tidak mungkin dapat diperbaiki lagi. (SH 31/01/2104)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa sebenarnya yang amat resah dan takut, apabila Anwar Ibrahim jadi ADUN Kajang, jadi Menteri Besar kemudian jadi pula Perdana Menteri Malaysia ?
ReplyDeleteTidak perlu kita senaraikan nama mereka cukup kita membaca kenyataan yang dikeluarkan dimedia arus perdana atau pun media alternatif. Persoalannya kenapa mereka resah dan takut ?
Mereka takut kehilangan kuasa yang mengusai ekonomi negara yang mereka miliki selama ini. Sebagai satu contoh, siapa yang menguasai keuntungan Petronas yang bernilai berbilion ringgit, dan pernahkah kita dengar syarikat minyak itu diaudit oleh mana-mana pihak yang bertauliah..?
Ini bermakna keuntungan itu diagih-agihkan hanyalah sesama mereka melalui program dan projek tertentu yang menghalalkan pengagihan itu tapi dirahsiakan dari pengetahuan umum.
Kebenaran itu sering mereka kelirukan dengan isu moral Anwar Ibrahim, isu pengkhianatan, isu agama, isu bangsa Melayu, isu raja agar penyokong dan pencacai mereka sentiasa bersemangat untuk menentang kepimpinan Anwar yang sering membuka pekong mereka.
Oleh kerana itu bukan pekara pelik, apabila Anwar diistiharkan sebagai ADUN Kajang maka muncul sekumpulan barua melayu membuat demostrasi dihadapan Ibu Pejbat Polis Daerah Kajang sebagai tanda protes.
Kalau pemimpin UMNO Baru sering menakutkan orang melayu dengan hantu Cina DAP, tapi kita akan lebih terhibur melihat pemimpin UMNO Baru mengeletar ketakutan apabila ANWAR IBRAHIM menawarkan diri jadi hantu dalam DUN Kajang.
prk kajang oleh PR adalah talian hayat untuk memanjangkan usia kekangkungan gerombolan kangkung.Jika kangkung dapat menjalar sehingga pru14 maka segala bentuk kekangkungan kos sara hidup rakyat yang berterusan akan mengakibatkan berlakunya tsunami rakyat tolak kangkung dan gerembolannya.Jika kangkung turun sekarang akan menyukarkan PR menawan putrajaya pada pru 14.
ReplyDeletesalam Sahabat,
ReplyDeleteBila saudara mengatakan yang gandingan zahid dan Muhyiddin boleh lawan Anwar, saya gelak terbahak-bahak. yang boleh lawan Anwar dari segi politik hanyalah Mahadet.Itupun kalau masih ada ISA. Tanpa ISA Mahadet pun kecut teloq macam Zahid yang cakap berdegar-degar tapi telor dah hilang ke mana. Kata nak tangkap orang itu ini, sampai sekarang habok pun takde, hampeh si Zahid ni.
Takkan Zahid ini nak lawan dengan bekas gurunya?Logiklah sikit.Kalau Muhyidin tu langsung tak bersuara, macam orang bisu...
madey pon tak boleh lawan anwar...sebab tu dia nak najib buat balik isa...bersedialah mukris untuk memikul segala tahi dan belacan yg ditinggalkan madey
ReplyDeleteSatu perkara yg den setuju sngt dgn artikel ni, Najib naik hingga kepuncak pd hari ini sebab sikapnya yg terlalu tenang hingga seolah2 lemah sngt (perkara ini ramai yg akui). Tapi perwatakan ini lah yg mencerminkan kepimpinan sebenar ( ramai yg tdk mengetahui bahawa Najib selalu beri/ bg nasihat kpd Rosmah utk berubah-bertudung tetapi tdk memaksa). Pd hr ini kita terlalu melayan sngt dgn dunia cyber ini, padahal bukan semuanya yg tepat. Bila kita terlalu dimomokan dgn 1 isu dan digemburkn di alam maya seolah2 itu la perkara yg berlaku, tetapi tidak. Inalah meduim yg dicipta oleh Yahudi utk hancurkn sebuah negara (Arab spring salah satu cth yg jelas). Wal hal bila Muhyidin jd PM perkara ini gak yg akan dilakukan oleh pawn2 Yahudi.
ReplyDeletekalau betulah ancaman yahudi dah tentu kaya raya yahudi merompak kekayaan negara malaysia.Ancaman luar ini ideologi kepunyaan mamak kutty anak beranak.Jangan diamalkan menyebut perkara yang tidak pasti dan yang pasti didepan mata ialah pemimpin boros menyebabkan rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup.
ReplyDeletekalau yahudi mahu telaga minyak dunia mereka akan dapatkan dengan apa cara sekalipun, ini berjaya dilakukan disebabkan oleh sikap negara islam tu sendiri, itu realitinya.
ReplyDeleteKalau la org Islam di zaman sahabat yg zuhud, warak dan mmg hidup bersama aura nabi blh dimanipulasi melalui gerakan Syiah oleh Yahudi?! Cuba bayangkn setakat ulama2 yg ada pd hari ini khususnya di Malaysia. Yahudi ini bukannya nak sngt harta benda ni atau minyak, depa mmg dah kuasai pergerkan ekonomi dunia dgn kata lain puak Yahudi mmg pakar dlm manipulasi suasana, keadaan hata ekonomi dan politik. 1perkara lg Yahudi mahir mencipta suasana (cth alam maya yg wujud pd hari ini walaupun kita org Islam blh ambil manfaat darinya). Dgn kta lain Yahudi nak rosakan amalan org Islam je ( ikut pengamatan saya di Malaysia ni PAS je yg nampak Islamik n dekat dgn aliran Islam sebenar, tp tau ke kita berapa ramai yg tersasar dr maksud asas perjuangan dlm Islam. Dgn kata lain amalan org Islam jd rosak n tdk ada roh. Kekuatan org Islam bkn pd Politik, ekonomi or ketenteraan tetapi pd amalannya. Cth jelas nabi n sahabat dpt bentuk kerajaan ISlam di MAdinah bkn kerana kekuatan tentera or hebat n cerdik berpolitik ttp roh amalan org Islam yg dipimpin oleh Nabi SAW, cuba kaji sejarah org Madinah yg jemput nabi jd pemimpin/ketua. Cth lain perang Badar tiada kaitan dgn kekuatan tentera pun). So org Islam hr ni mmg nak dirosakan dgn politik. Cara Muzik dah berjaya, pemikiran sama, cara ekonomi dll. Just 1 pandangan
ReplyDelete