Saturday 4 January 2014

Perlukah Hard Rock Di Putrajaya?


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.

Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.

Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?

Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia hukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras. Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.

Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.

Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.

Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?

Sedarkah Aseh Che Mat yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.

Dengan adanya Hard Rock, Putrajaya selepas ini mungkin turut dikenali sebagai pusat pergaulan bebas, kemeriahan hiburan malam dan tempat untuk mabuk-mabuk. (SH 04/12/2014)

10 comments:

  1. bangang si Aseh ni...tak ada wawasan and lacking imagination...dah tua nak mampossss pun tak tahu hala tujuan lagi...macam ini lah pemimpin melayu yang akan menghancurkan melayu dan Islam.....pengkhianat bangsa dan agama...

    ReplyDelete
  2. Ini baru permulaan mungkin lepas ni pusat hiburan ala ala bukit bintang

    ReplyDelete
  3. yang ni mufti perak tak nak komen

    ReplyDelete
  4. Tuan

    PERLUKAH HARDROCK CAFE DI PUTRAJAYA?

    SANGATTT SANGATTT DIPERLUKAN! Hard4ock cafe ini mestilah keputusan kabinet kerana para-para menteri kia nak bagi tempat hiburan dan berparti untuk anak-anak mereka menghabiskan duit-duit rasuah mereka.Juga untuk anak-anak pegawai tinggi kerajaan.

    Satu yang tentu menarik nanti kita boleh lihat pameran kereta-kereta mewah milek milek menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang kita tak tahu selama ini.

    ReplyDelete
  5. Untuk mempopular dan memeriahkan sesuatu tempat mesti ada dadah, arak, judi, pelacuran, kongsi gelap dan rasuah..... kesemuanya itu adalah perniagaan yang amat menguntungkan.

    Kita percaya ahli UMNO Baru lelaki atau wanita amat suka akan perniagaan itu diwujudkan..

    Nak dapat sumber pendapatan jangan berkira sangat tentang halal dan haramnya...... yang penting adalah untung...... Tak gitu ?

    ReplyDelete
  6. jangan nak membantah..nanti bughah

    ReplyDelete
  7. Wargaputrajaya takkan senyap je. ...

    ReplyDelete
  8. Tiada Hard Rock Cafe Putrajaya.

    http://www.hmetro.com.my/articles/TiadaHardRockCafePutrajaya//Article?HarianMetro

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TiadaHardRockCafePutrajaya/Article

      Delete
  9. Aseh che mat..!!!apo bangang bona kau ni?dh x do tompek lain ko nk buek hard rock cafe??cubo la buek dlm hutan ko,ateh gunung tahan ko,tak pun kek gunung angsi kek pilah nun.BAHALUL punyo org....!!!memang kau ni berakal pendek...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...