Monday, 19 November 2012

Jika Ikut Ajaran Allah, Kenapa Takut Dengan Doa Pas?


Doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.

Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.

Sementara Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah, menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya.

Sehingga kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas.

Najib sendiri turut menggunakan isu doa ini untuk mengaitkan Pas sebagai tidak Islamik kerana menurut PM, doa biasanya hanyalah untuk meminta panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesejahteraan sahaja dan bukannya meminta dimusnahkan pihak lain.

Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku.

Namun doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.

Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.

Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian.

UMNO juga boleh berdoa untuk kehancuran Pas jika mereka merasakan Pas menzalimi mereka. Soal sama ada doa itu akan dimakbulkan atau tidak, itu adalah ketentuan Allah.

Sebagai parti Islam yang didokong oleh ramai ulama serta pencinta agama, Pas tidak mungkin berdoa untuk kehancuran atau kekalahan UMNO dalam pilihanraya jika persaingan yang diterima selama ini masih dalam lingkungan serta batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.

Pas tentulah ada alasan serta hujah tersendiri dengan berdoa demikian kerana hanya mereka yang mengalaminya. Orang yang yakin kepada Allah, berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Sang Pecipta adalah nikmat yang tak terhingga rasanya.

Bagi UMNO pula, reaksi yang keterlaluan terhadap doa itu hanya memperlihatkan nereka berada di pihak yang salah dan seolah-olah takut doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika UMNO dan para pemimpinnya sentiasa berasa di jalan yang lurus, sentiasa menegakkan hukum Allah, memerintah dengan adil dan amanah, tidak rasuah,tidak makan harta rakyat, tidak menindas, tidak menganiaya, tidak melakukan fitnah dan sebagainya, tidak ada apa yang ditakutkan dengan doa itu.

Hanya orang salah saja yang takut dengan doa kehancuran itu.

Dalam sejarah Islam sendiri, sebagaimana yang disebut oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, ada meriwayatkan beberapa peristiwa bagaimana orang berdoa kepada Allah kerana merasa dizalimi serta minta diberi pembalasan dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah.

Doa Pas meminta Allah menghancurkan UMNO sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab adalah jelas bahawa doa itu dipohon sekiranya tahap kerosakan, penganiayaan, kemungkaran serta penolakan terhadap hukum-hukum Allah yang dilakukan UMNO sudah sampai ke tahap yang pernah dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu.

Makanya, tiada salah dan cacatnya doa itu.

Yang pentingnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya. Allah maha mengetahui. Tidak peru risau, takut atau mengelabah dengan doa Pas itu jika UMNO dan pemimpinnya berada di landasan yang betul dan lurus selama ini.

Tetapi jika UMNO dan pemimpinnya memberi reaksi yang berlebih-lebih dan ketakutan yang melampau ditunjukkan terhadap doa itu, ia hanya menunjukkan doa Pas telah pun dimakbulkan lebih awal dari yang sepatutnya.(SH 18/11/2012)



11 comments:

  1. bagaimana pula sekiranya saya rasa dizalimi kerana dituduh murtad, dan saya berdoa supaya Nik Aziz yang menuduh kami murtad itu di balakan oleh Allah?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 02:17

      Silakan. Mengapa perlu meminta kebenaran kerana berdoa untuk membela diri dari tuduhan yang sdra maksudkan dibolehkan.

      Sdra membangkitkan perkara yang TGNA menuduh puak sdra murtad. Bagaimana dengan tuduhan sesat dan sebagainya yang dilemparkan oleh puak sdra kepada beliau. Bagaimana dengan insiden puak sdra kencing pada gambar beliau pada satu kain rentang yang dirakam?

      Bagaimana dengan tuduhan liwat 1 & 2 yang keatas DSAI yang akhirnya kantoi itu. Macamana dengan puak-puak sdra yang terlibat dengan pembikinan video sex DSAI dan kemudiannya sanggup bersumpah di dalam masjid.

      Dengan perbuatan-perbuatan kotor dan hina seperti diatas dan pelbagai lagi,apakah tidak wajar tindakan PAS berdoa untuk kehancuran parti sdra?

      Sepeti kata tuan rumah, sdra dan pemimpin sdra terasa takut dengan doa yang diaminkan oleh begitu ramai yang menyertai sembahyang hajat itu.

      Untuk berlaku adil kepada sdra dan puak sdra, eloklah sdra dan puak sdra juga mengadakan solat hajat dan berdoa, pertama, agar doa PAS itu tidak dimakbulkan. Kedua, mintalah agar PAS pula hancur kerana menuduh UMNO sesat.

      Buat lah 3 malam berturut-turut di stadium bukit jalil kerana boleh memuatkan orang lebih ramai dari majlis PAS. Malam pertama, biar Dato Harunsani jadi imam dan baca doa. Malam kedua, Ustaz Fahthul Bari. Kemuncaknya, minta Tuan Guru Abdullah Saamah, guru pondok dari Kelantan berdoa untuk kehancuran PAS. TG Abdullah ni lagi hebat sebab dia kata ilmu dia lebih tinggi dari TG Nik Aziz.

      bat8

      Delete
    2. Cara begitu hanya dilakukan oleh mereka yang bertarbiah seperti gangster. Sesungguh nya untuk pengetahuan tuan hamba, doa dan sebagai nya tidak perlu dilakukan menunjuk gah di stadium. Belum darurat lagi. saya boleh lakukan dimana mana dan bila bila masa.

      Jadi, kita lihat tuduhan murtad membawa erti satu kesalahan yang boleh dihukum bunuh. Setuju?. Ok, logiknya sesiapa menuduh orang itu murtad, beliau juga di klass kan sebagai seorang yang boleh dibunuh, sekiranya tuduhan itu tidak benar. Apa kiranya mereka ini melakukan keadilan dengan bergolok berparang dengan penuduh?. AAdakah itu tujuan mereka menuduh orang itu murtad.

      Maaf cerita, bagi keadilan yang kena tuduh, hukuman sama harus dikenankan kepada penuduh. Setuju?.

      Saya kuatir perkara gaduh besar berlaku diantara penuduh dengan yang kena tuduh. Faham. ? itu lah saya kuatir akan berlaku didalam masarakat kita.

      Terima kasih.

      Delete
    3. Setuju sepenuhnya dengan saranan sdra. Di Malaysia ini, pentadbiran hal ehwal ugama Islam jatuh dibawah Jabatan Agama Islam( JAI) negeri-negeri yang mana adalah jabatan di bawah Jakim. JAI ini dibawah kerajaan Persekutuan manakala Majlis Agama Islam negeri-negeri berada dibawah Sultan atau Raja Negeri-negeri.

      Jika PAS bersalah menuduh UMNO murtad, hendaklah Jabatan Agama Islam negeri terbabit menyeret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Ini adalah saluran yang betul.

      Persoalannya, mengapa JAI tidak mengheret pemimpin-pemimpin PAS ke muka pengadilan sedangkan kerajaan yang didominasi oleh UMNO boleh berbut demikian?

      Ambil je tindakan tanpa memilih bulu. Kalau tak berani, tak payah cakap banyaklah...seret TGNA atau sesiapa saja kemuka pengadilan. Seret TG Haji Hadi atas fatwa kafir mengkafir ke muka pengadilan. ISlam tidak megenal bulu dalam masalah aqidah.

      Jika peluang ini tidak diambil, elok diam sahajalah. Tak perlu diungkit dan dibuat modal basi. Jikapeluang tidak diambil, maknanya pihak berwajib dengan rela hati forgo hak mendakwa. so just shut up dan jangan jadi budak tadika.

      Delete
  2. Tu dia...abis pasal Nurul Izzah, sekarang doa plak..orang Islam kat Malaysia ni kuat sembang je semua..duk bergaduh sesama sendiri..orang Islam kat negara lain duk berperang utk kesinambungan hidup, kite duk sibuk berbalah sape lagi Islam dari sape..Islam sungguh agung tapi umatnye esp kat Msia ni sungguh menyedihkan..jangan nanti semua sekali ditimpa bala sudahlah..

    ReplyDelete
  3. PM 1Malaysia ni najis mughallazah pun dia tak tahu ape ke benda, sebab itu dia resah bila orang mendoakan kehancuran umno. Dia kena faham yang rakyat dah tak tahan gelagat pemimpin umno yang tak faham masalah rakyat yang sering tertindas atas kebobrokan perangai mereka dan patut pun mereka bagai cacing kepanasan akibat doa dari rakyat yang selalu rasa tertindas dan dizalimi.Rasanya doa ini telah sampai kepada mereka sebab saya percaya bukan sedikit yang berdoa untuk kehancuran umno tapi sesiapa saja termasuk juga saya.

    ReplyDelete
  4. Pas hanya memohon doa kepada Allah tanpa menggunakan senjata, tapi Umno minta pertolongan polis untuk menghancurkan Pas, contohnya MEMALI. Siapa yang zalim. Sebenarnya kalau tanpa doa orang Paspun Umno akan hancur satu hari nanti. Umno tidak akan kekal sampai kiamat.......

    ReplyDelete
  5. 1) Ibnu Kathir sebut dalam Tafsir beliau bahawa sahabat Nabi yang bernama Sayyidina Abdullah bin Abbas dalam menghuraikan ayat 148 surah al-Nisa’ kata: “Allah tak suka seseorang mendoakan kebinasaan orang lain melainkan kalau orang yang didoakan tersebut menzalimi orang yang berdoa. Maka ketika itu tidak mengapa yang dizalimi mendoakan kebinasaan orang yang dizalimi”. (Tafsir Ibni Kathir 1/571)

    2) Sahabat nabi yang bernama Sa’d bin Abi Waqqas pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar telah dituduh oleh seorang penduduk Kufah yang bernama Usamah bin Qatadah bahawa Sayyidina Sa’d antaranya tidak adil di dalam hukuman yang diputuskannya. Akhirnya Sayyidina Sa’d telah berdoa: “Saya benar-benar akan berdoa dengan tiga doa. Ya Allah sekiranya hambamu ini (orang yang menuduh) menipu yang dia berdiri hanya untuk tujuan riak dan mendapat nama, maka panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kefakirannya dan timpakanlah dia dengan pelbagai ujian”. Lelaki yang menipu itu akhirnya telah berusia terlampau lanjut tetapi masih lagi mengorat dan mengacau anak-anak gadis. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis ke-762)

    3) Seorang sahabat nabi yang bernama Sa’id bin Zayd bin ‘Amr bin Nufayl telah dituduh oleh seorang wanita yang bernama Arwa bahawa Sayyidina Sa’id telah merampas haknya lalu Sayyidina Sa’d berdoa “Ya Allah, sekiranya wanita itu menipu, maka butakanlah matanya dan jadikanlah kuburnya di dalam rumahnya”. Wanita itu akhirnya telah buta dan akhirnya ketika dia sedang berjalan, dia telah terjatuh di dalam sebuah telaga yang berada di dalam kawasan rumahnya lalu dia akhirnya mati di dalam telaga tersebut. (Sahih Muslim, Kitab al-Musaqah, hadis ke-4218)

    4) Apabila Hajjaj binYusuf al-Thaqafi membunuh seorang ulama Tabi’in yang bernama Sa’id bin Jubayr secara zalim, al-Imam al-Hasan al-Basri telah berdoa “Ya Allah, wahai tuhan yang melumat-lumatkan orang-orang yang zalim, lumat-lumatkanlah al-Hajjaj”. Akhirnya selepas tiga hari doa kebinasaan itu diucapkan oleh al-Hasan al-Basri, perut al-Hajjaj telah berulat dan membusuk dan akhirnya matinya si pemerintah yang zalim ini (al-Bidayah Wa al-Nihayah 9/9).Wallahu A'lam

    ReplyDelete
  6. Tah apa apa lah korang ni.

    ReplyDelete
  7. sekiranya tuan2 benar berpegang pada ajaran islam maka ikutilah ajaran sunnah baginda. tidak perlu menyalahkan sesama umat.. doakn hidayat kepada mereka yg lalai.. marilah kita mngamalkn dakwah cara baginda agar hidayah tersebar keseluruh alam.. maka tidak akan ada huru hara yg akan berlaku didalam kalangan muslim sesama kita..

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullah... Ini semua bidaah yang dibuat sendiri oleh umat Islam yang tidak mempunyai iman dan tidak tahu erti sabar. Dalam riwayat yang saudara nyatakan itu penzalim merupakan orang kafir quraisy dan bukan islam. Walaupun nama mereka mempunyai bin, kerana sebenarnya ia hanya panggilan anak/lelaki untuk orang Arab. Saudara menyalah tafsirkan riwayat tersebut. Ingatlah bahwa semakin lama kita semakin menghampiri hari kiamat. Perbanyakkanlah memahami ilmu agama. Assalamualaikum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...