Wednesday 8 April 2015

Mahathir Dah Jawab, Najib Bila Lagi?


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi pukulan lagi kepada Najib Razak. Kali ini beliau tidak saja meneruskan kritikan dan persoalan untuk segera dijawab malah sambil itu menjawab pelbagai serangan yang mula dilemparkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai beberapa skandal yang melibatkan kerugian wang di era pemerintahannya. 

Katanya, memang ada berlaku kehilangan wang semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tetapi semuanya diketahui ke mana perginya.

Mengenai tindakannya menyerang Najib yang dianggap memberi kelebihan kepada pembangkang, Tun Mahathir bertanya, bagaimana pula dengan Najib sendiri yang akur dengan kehendak pembangkang seperti menghapuskan ISA, mengabaikan DEB dan pernah berhasrat menghapuskan Akta Hasutan?

Selain itu, Tun Mahathir juga membangkitkan lagi isu berkenaan 1MDB yang dikaitkan dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta menangkis persamaan antara Daim yang dilantiknya sebagai Menteri dengan Jho Low yang diberi kepercayaan mengendalikan berbilion wang 1MDB.

Beliau turut mengulangi pendiriannya mengenai Sirul yang tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman mati sedangkan anggota polis itu hanyalah pegawai rendah yang patuh pada arahan.

Tun Mahathir tidak terkecuali menunjukkan "kejantanannya" dengan menyatakan sedia disiasat lagi berkenaan kehilangan wang di zamannya.

"Apabila saya letak jawatan, satu usaha dibuat untuk mendapatkan bukti saya melesapkan duit kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tiada halangan", tambah Tun Mahathir dalam tulisan di blognya semalam.

Pelbagai kritikan lain yang dilemparkan oleh penyokong Najib terhadapnya juga dijawabnya dalam kali ini. Antaranya daripada Salleh Tun Said Keruak ( pemimpin UMNO Sabah), Jamal  Mohd Yunos ( pemimpin UMNO Selangor) serta daripada seorang pembaca sebuah portal berita yang dikenali Izack Chin.

Menurut Tun Mahathir lagi, beliau masih ahli UMNO dan kritikannya hanya ditujukan kepada pemimpin, bukan kepada parti. Kedudukan Najib yang lebih lemah berbanding Pak Lah dan dikaitkan dengan banyak syak wasangka juga diulangi lagi.

Beberapa perkara lain lagi disentuh oleh Tun Mahathir dalam tulisannya ini, tetapi tindakannya yang pantas menjawab beberapa kritikan terhadapnya seperti cuba "mengajar" Najib bagaimana seharusnya seseorang pemimpin itu berperanan.

Salah satu kelebihan sebagai pemimpin yang diperlihatkan oleh Mahathir ialah seseorang itu mesti mampu menjawab kritikan dan menjelaskan apa juga perkara yang diragui oleh orangramai.

Selain menuntut Najib menjawab pelbagai kritikan yang dibangkitkannya sebelum ini, Tun Mahathir dalam masa yang sama menunjukkan beliau seorang yang tidak pernah lari daripada kritikan.

Daripada dulu sehinggalah sekarang, itulah watak Tun Mahathir. Beberapa hari sebelum ini, KJ dan Shahrir Samad adalah antara pemimpin UMNO yang tegas menyatakan agar Najib menjawab sendiri kritkan Tun Mahathir.

Hari ini, dalam usianya melebihi 90 tahun dan sudah bersara, Tun Mahathir seperti mahu memperlihatkan kepada Najib agar turut pantas menjawab segala kritikan dan tanda tanya masyarakat sebagaimana yang dilakukannya.

Lalu, apa lagi alasan Najib untuk terus diam, senyap dan bisu? (SH 08/04/2015)

31 comments:

  1. Tun Dr M is a MAN.....Najib is a MOUSE!

    Tun Dr M is asking Najib..Are you a man or a mouse?!!
    Helppp Rosmah ! Hwlllppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¬ hal yg tidak pernah terbayangkan kini menjadi kenyataan,dengan keluarga saya untuk AKY SANTORO kami ucapkan banyak terimah kasih karna berkat BANTUAN AKY SANTORO ALHAMDULILLAH keluarga kami bisa lepas dari segala HUTANG HUTANG. karna nomor togel yang di berikan KY SANTORO YAITU-4D. nya BENAR BENAR TERBUKTI TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN.125 juta.ALLHAMDULILLAH saya bisa menutupi semua tuhang hutang saya.dan MOTOR saya yg dulunya aku gadaikan,kini sudah di tebus kembali.dan kami juga sudah membuka usaha kecil kecilan,kami tidak menduga KY SANTORO TELAH MERUBAH NASIB KAMI DALAM SEKEJAP.dan hanya AKY SANTORO Lah DUKUN TOGEL YANG PALING BERSEJARAH DI KELUARGA KAMI.ini adalah benar benar kisah nyata dari saya.dan saya tidak malu menceritakannya.semua tentang kesusahan yg perna saya jalani.karna di situlah saya mulai berfikir bahwa mungkin masih banyak saudara kami yg membutuhkan bantuan seperti saya.yang ingin seperti saya silahkan hub AKY SANTORO DI NOMOR(_0823_1294_9955_).DI JAMIN 100% TEMBUS.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.DAN SAYA SANGAT YAKIN BAHWA ANGKA GHOIB YANG DI BERIKAN KY SANTORO DAPAT MERUBAH NASIB ANDA SEPERTI SAYA.SEBELUMNYA SAYA MOHON MAAF KALAU ADA PERKATAAN SAYA YANG KURANG SOPAN.TOLONG DI MAAF KAN.TERIMAH KASIH.THANK'Z ROOMX ZHOBATH.!!!

      Delete
  2. Yes, UMNO has a MOUSE for a Leader!!

    ReplyDelete
  3. Tuan Shah

    He can't even answer simple primary school standard question. What makes you think Najib has a ball this time? He never has one since he occupies the Sri Perdana. Lame duck PM. Silence is golden, just like his 1MDB golden egg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lame Duck cannot lay any egg...Much less a golden egg!

      Delete
  4. Even his promise to give statement about Umno position on hudud also already overdue. No statement from Najib ever since that.....

    ReplyDelete
  5. what do you expect from such a lousy and stupid PM...

    ReplyDelete
  6. Jawapan untuk persoalan-persoalan yang tun m utarakan dah lama dijawab. Korang je yang tak baca atau tak sanggup nak terima. PM ada janji nak bagi statement pasal pendirian Umno berkenaan hudud? Come on la...liow tiong lai yang bagi statement tu. Dia yang lebih sudu dari kuah. Aku kesian la kat korang...tak habis-habis dengan mentaliti membangkang. Bila nak berubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.bharian.com.my/node/42557 ... ni news dari Berita Harian...Tengku Adnan habaq Najib nak nyatakan pendirian UMNO ttg Hudud...bukak internet googling saja...bercambah statement pasal Hudud oleh UMNO...jgn tak baca noo...

      Delete
    2. Quote:

      "Perdana Menteri dan presiden parti akan memberi kenyataan (berhubung hudud) pada esok atau lusa," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Suria di sini sebentar tadi.

      1. Yang bagi statement tu Tengku Adnan Tengku Mansor
      2. Dia tak cakap pun PM nak bagi kenyataan hudud (yang dalam bracket tu intepretation penulis)

      Statement TATM tu hanya jangkaan peribadi beliau. Not more. Tunggu je la PM sendiri buat statement. PM akan tunggu Hadi bentang dulu. Kena tengok Hadi bentang penuh macam yang dibentang di DUN Kelantan, atau Hadi akan bentang abridged version kerana tekanan DAP dan PKR.

      Pasal tu la PM belum buat statement sampai sekarang.

      Tapi pendirian kepimpinan PKR tentang hudud dah jelas. Korang sokong hudud?

      Delete
    3. anon 11.52...

      Ok, statement tu TATM yang bagi. So,apa pendirian Najib? Tak ada pendirian atau tak berani nyatakan pendirian? Nak buat-buat senyap dengan harapan orang akan lupa ?

      Yang sibuk pasal pendirian PKR apahal? Ini isu tentang Najib bukan tentang PKR. Akai ada ka?

      Delete
    4. Najib bijak. Dia tunggu Hadi bentang dulu.

      Tak faham lagi ke?

      Delete
  7. dia kena tanya isteri dulu sebelum menjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sudah-sudah buat fitnah. Bertaubat la..

      Delete
    2. Tak jemu-jemu jadi macai. Bertaubat la.

      Delete
  8. Saya merindukan zaman dimana PM menjawab segala soalan dan isu yang berbangkit secara pantas dan tepat seperti biasa dibuat di zaman Dr M. Saya pada masa itu masih belasan tahun tetapi Berita Utama jam 8pm merupakan rancangan kegemaran di mana selalunya akan dimulakan dengan berita berkaitan PM. Saya suka bagaimana Dr M menjawab soalan pemberita dan mematikan sesuatu isu sebelum ianya menjadi polemik. Tetapi sayang, sekarang Berita Utama Jam 8pm bukan lagi rancangan kegemaran saya.

    ReplyDelete
  9. Kepada pak cik makcik abang kakak yang totok sokong UMNO/BN :

    Apalah nasib kamu semua yang mempunyai pemimpin yang BiSu ....

    Malulah .... jawab depan wartawan pun seposen....kah kah...

    Tapiiiiiii... bila depan pak cik makcik di kampung, bukan main berceramah dengan gaya sasterawan......

    Wahai Najib...buatlah kerja betul-betul, cakap betul-betul...jangan main-main..

    RAKYAT dah marah ni!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah la ABUSE perkataan RAKYAT tu. Aku pun RAKYAT juga. Tapi aku masih rasional. Masih ada akal.

      Biar orang tuduh kita bisu daripada cakap tapi merapu.

      Imam Syafie berkata:

      “Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

      Delete
    2. Tak payahlah salah gunakan petikan tu. Takkan yang dipertahankan tu sama standard dengan imam Syafie. Dan yang lebih penting apakah yang ditanya itu soalan-soalan yang merapu...

      Nak jadi macai pun berpada-padalah...

      Delete
    3. Statement ni yang merapu:

      Kepada pak cik makcik abang kakak yang totok sokong UMNO/BN :

      Apalah nasib kamu semua yang mempunyai pemimpin yang BiSu ....

      Soalan yang ditanya belum sesuai dijawab sekarang. Tu je. Faham tak?

      Delete
  10. Apa nasib rakyat Malaysia lagi 10, 20 tahun nanti..Dapat pemimpin penyamun silih berganti... Tak sedar lagi duk mengundi..takut kuasa melayu hilang nanti.. Tp. Tak sedar kita kena buli..yg paling baru
    dgn gst..apa yg nak di harap lagi..PM mana ada peduli..bagi Brim senyap ler nanti..

    ReplyDelete
  11. Nak jawab pun tak berani!

    ReplyDelete
  12. Majib only knows..."merepek"!...when the reporter asked him about sirul...he is sleeping like a cow....

    ReplyDelete
  13. TOLONGLAH MANSUHKAN GST....TOLONGLAH WAHAI KERAJAAN...TAK TAHAN DENGAN SEMUA HARGA BARANG YANG NAIK MENGGILA....AIR MINERAL PUN KENA GST...BISKUT PUN KENA GST....JANGANLAH ZALIM SANGAT...TOLONGLAH...NAK BELI PAMPERS ANAK LAGI..TOLONGLAH....MANSUHKAN GST....AKU SEMAKIN TERTEKAN WAHAI PARA PEMIMPIN...

    ReplyDelete
  14. Hanya manusia berkepala babi dan berbadan buaya sahaja yang sokong pemimpin yang korupsi dan menzalimi rakyat. Apa sahaja yang dihujahkan atau yang dibuktikan oleh para pemimpin yang pro rakyat semuanya mereka kata "fitnah". Kamu kena ingat aduhai manusia berkepala babi, mungkin hari ini kamu boleh hidup senang lenang dengan makan daging saudara kamu (makan upah dari pemimpin korupsi), tapi kamu kena ingat hasil upah tersebut akan menjadi barah kepada anak dan keturunan kamu kelak bilamana seluruh keturunan kamu kelak akan menjadi hamba di negara sendiri dan mereka pun hanya pandai berjuang sebagai "tali barut" sahaja dan tak lebih dari itu. Aduhai manusia berkepala babi......Kerana sikap komisyen 10 sen kamu semualah maka kerajaan pimpinan Najib yang korupsi lagi penyangak (yang hanya tahu mengutip cukai terhadap rakyat) boleh bertahan sehingga kini. Perlukah kamu semua ditelan oleh Tsunami bagi membersihkan bumi Malaysia ini dari "pengkhianat lagi bodoh" untuk mengembalikan semua keadilan dan hak rakyat?

    ReplyDelete
  15. dulu kata bila kena cukai harga barang turun/murah
    lani pi buat fotostat 16 koping kena bayar 1.75 dulu belum cukai 1.60
    mana yang murah tu
    mana akai tak boleh pakai ka
    sapa yang angkat pemimpin jenis ni setiap kali pru?

    ReplyDelete
  16. Pelakon pelakon dunia sedang memainkan watak masing masing. Pelakon tambahan iaitu rakyat marhaen menjerit dizalimi. Peduli apa kata para pelakon utama. Yang penting kita selamat. Pergi jahanam yang bangang, pergi jahanam yang jemuan. Tak kala sangkalala ditiupkan maka semua terkejut kerana masa sudah tamat untuk berlakon.

    ReplyDelete
  17. Yang nyata, pemimpin di Malaysia kurang wibawa, baik BN dan PR juga, tembolok sendiri harus dijaga, yg bekerja utk rakyat nampak rupanya, yg diharap rakyat masuk penjara, yg perjuang agama hilang tumpuannya, harapan lebur terlerai janjinya, Apa yg nak lagi dikata, teruskan hidup itu sepatutnya...

    ReplyDelete
  18. Mahathir sudah menjawab pertanyaan... Najib akan kekal membisu sehingga pilihanraya yang ke 14.

    Perangai yang ditunjukkan oleh Najib adalah mengikut pepatah melayu "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan". Kalau mandi biar semuanya basah baru ada rasa seronok.

    Kalau nak roboh biar sama-sama punah.

    Ketika giliran Mahathir boleh, Pak Lah boleh... Kenapa tiba giliran Najib tidak boleh ? Dalam peraturan persatuan perompak dan penyamun perbuatan menghalang ini tidak adil.

    Seperti yang dikatakan oleh ketua menteri Melaka, berikan Najib ruang dan peluang (merembat dan melarikan apa saja yang berharga) bukan diundurkan.

    Ahli keluarga penyamun amat senang dengan tingkah laku Najib dan isteri kerana inilah lambang melayu hebat yang tidak boleh dibangsatkan. Hidup melayu !

    ReplyDelete
  19. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete
  20. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan










    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...