Thursday 2 April 2015

Masa Untuk Tun M, Ku Li, Pak Lah dan Musa Hitam Bersatu


Sekembalinya daripada luar negara semalam kerana menjalani rawatan mata di Jepun dan tidak menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan Najib Razak yang gilang-gemilang dan super mewah,  bekas Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk meneruskan serangannya kepada Perdana Menteri yang sudah sekian lama ditarik balik sokongannya.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Tun Mahathir mengatakan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang selagi dipimpin oleh Najib kerana ketika ini semua kaum menolak kepimpinannya.

Tun Mahathir juga membangkitkan mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya, mengenai hutang 1MDB serta pembelian jet baru yang katanya "untuk kegunaan Datuk Seri dan Datin Seri."

Serangan Tun Mahathir kali ini adalah yang paling keras berbanding sebeluknya dan menyeluruh menyentuh pelbagai aspek yang menjadi punca utama penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN yang dipimpin oleh Najib.

Sebelum ini, ketika menulis mengenai 1MDB, Tun Mahathir sudah pun menimbulkan beberapa persoalan mengenai kaitan syarikat itu dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz yang mampu menerbitkan filem di Hollywood dan membeli unit kondo mahal di New York.

Tulisan dan kritikan Tun Mahathir kali ini, jika difahami, tidak lain hanya dengan satu tujuan iaitu mahukan Najib berundur atau diundurkan dengan segera jika UMNO dan BN ingin terus mengekalkan kuasa dalam tangannya. 

Secara realitinya dan berdasarkan penolakan pelbagai segmen masyarakat yang makin nyata ketika ini, Najib sememangnya hampir tidak diyakini lagi mampu mencipta kemenangan buat UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Najib bukan saja sarat dengan masalah, isu dan kelemahan, bahkan juga mengekalkan segala masalah, isu dan kelemahan itu kekal bersarang melingkari kepimpinannya tanpa menampakkan usaha yang jitu untuk bergerak memperbaikinya.

Yang menariknya, serangan dan kritikan Tun Mahathir kali ini segera mendapat respon positif daripada Tengku Razaleigh Hamzah yang mahukan Najib segera tampil memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan itu.

Menurut beliau yang lebih popular dengan Ku Li, Tun Mahathir hanya menuntut penjelasan dan sudah sampai masanya Najib memberikan penjelasan agar kebenaran terserlah.

Pendirian senada antara Tun Mahathir dengan Ku Li ini secara umumnya adalah berita gembira kepada mereka yang sayangkan negara ini. Terlihat seolah-olah ada sinar baru untuk menyelamatkan negara ini daripada terus musnah dan binasa melalui pendirian senada Mahathir dan Ku Li ini.

Ketika ini, haruslah diakui bahawa negara kita diuruskan dengan teruk oleh Najib. Hutang negara meningkat, wang 1MDB hilang entah ke mana, ekonomi suram, ringgit jatuh, peluang perniagaan atau pekerjaan terhad, pembaziran serta pemborosan terus berleluasa, tadbir urus kerajaan di tahap paling lemah serta 1001 masalah lainnya.

Yang paling memeritkan ialah, hutang sudah pun sedia menunggu bagi anak dan cucu kita yang belum pun lahir ke dunia ini lagi.

Demi menyelamatkan masa depan negara ini, sebenarnya tidak saja Ku Li yang harus tampil memberi sokongan kepada Mahathir. Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam dan lain-lain harus juga berani bersuara dan bersama-sama berganding bahu dengannya.

Sebagaimana Tun Mahathir yang tiada kepentingan apa-apa lagi dalam kehidupannya kerana semua anak-anaknya sudah berjaya dan kaya raya, Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam juga akan lebih dihormati dan dihargai jika mahu berganding bahu mulai sekarang.

Semua tokoh-tokoh yang pernah berjasa ini iaitu Tun Mahathir, Ku Li, Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam harus melupakan sejarah silam dan tidak lagi terperangkap dengan penjara masa masing-masing. 

Sekarang adalah masa untuk "biduk lalu kiambang bertaut" serta "buang yang keruh dan ambil yang jernih" kerana masa depan negara dan generasi akan datang lebih penting dari segala-galanya. ( 02/04/2015)

22 comments:

  1. sama jugak perangainya selagi bn

    ReplyDelete
  2. The aim is not just to get Najib to resign but also to make him and his cronies return all the country's money that they stole. There is no point for him to resign and then he gets to keep all the ill-gotten gains. Our children and grandchildren should not be made to pay for his deeds.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah and not to forget Mahathir and his cronies too..

      Delete
  3. Tun M is a man of integrity...to join up with the 3 stooges than you mentioned would be an insult to his intelligence!

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is your put down of respected people that is insulting to readers.

      Delete
    2. Tuan, apa kata semua wakil bn letak jawatan dan serah pada wakil pr.Lagi pun bn bukan sepatutnya perintah negara ini dengan hanya 48% undi.yang lain tu hanya manipluasi. Elok yang disabah tu lompat masuk pr bagi bn kojol.lagipun itulah yang sepatutnya terjadi pada !6 Sept. Cuma yang tak mau itu hanyalah haji hadi pil kuda.Sekarang tengok negara sudah hadapi masalah besar.semua tahu yang bn ni kaki kencing.Buktinya rakyat dah kena kencing dengan gst.Aku seronok tengok melayu kat malaysia ni bangang dan mudah ditipu.padan muka.

      Delete
  4. seperti biasa, PAS kekal menjadi parti yang tidak memandu isu2 nasional dan menumpang gemilang tokoh lain seperti Anwar, Tun M dan Kuli. Sgt mengecewakan. Ini petunjuk jelas PAS tidak layak menggantikan kerajaan yg ada sekarang dan sesuai kekal menjadi parti yg terpinggir dan terasing serta harus bersendirian sperti yg di saran nik amar

    ReplyDelete
  5. seperti biasa, PAS kekal menjadi parti yang tidak memandu isu2 nasional dan menumpang gemilang tokoh lain seperti Anwar, Tun M dan Kuli. Sgt mengecewakan. Ini petunjuk jelas PAS tidak layak menggantikan kerajaan yg ada sekarang dan sesuai kekal menjadi parti yg terpinggir dan terasing serta harus bersendirian sperti yg di saran nik amar

    ReplyDelete
  6. TS Muhyiddin perlu memimpin kempen mengundurkan DS Najid, Tun sahaja tak mampu sebab tiada kepala untuk diberikan sokongan. Inilah masa yang terbaik untuk Umno memilih pemimpin baru yang lebih baik daripada DS najid yang banyak isu2 kontravesi dan Pembangkang pun tengah berpecah ni.

    ReplyDelete
  7. Tuan Shah

    Saya tidak nampak silver lining dari perbalahan terbuka Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak. Dr Mahathir hentam Najib semenjak PRU13 tetapi mereka tetap meraikan satu sama lain di majlis-majlis rasmi. Sandiwara barangkali.

    Sudah sifat Dr Mahathir jarang bersetuju dengan mana-mana Timbalan dan pengantinya. Dari Musa Hitam, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi hingga ke Najib Razak. Kesemua mereka ini tidak pernah sempurna di mata beliau kerana gagal ikut telunjuk dan kemahuannya. Itulah Dr Mahathir Mohamad.

    Tidaklah salah jika kehendak dan kemahuannya itu terbaik buat seluruh rakyat Malaysia. Sepertimana marahnya beliau bila projek landasan elektrik berkembar utara selatan dibatalkan Abdullah Badawi. Jikalah projek tersebut disiapkan mengikut masa rakyat kini tidaklah terasa dan terbeban dengan kos pengangkutan awam yang meningkat saban tahun di samping kesan pasaran harga minyak dunia dan kenaikan toll. Sekalipon projek tersebut menguntungkan kroninya yakni Syed Mokhtar Al Bukhari namun ia tetap memberi manfaat kepada rakyat bawahan.

    Kini kos projek tersebut berlipat kali ganda. Dana awam jugaklah yang digunakan kerajaan membantu projek swasta. Di tambah bayaran untuk orang tengah yang kebanyakkan tuan-tuan saudagar UMNO, maka kos keseluruhan telah menjadi sangat tidak rasional.

    Bagaimana rakyat hendak melihat ini suatu kesalahan dan pembaziran ketika PKFZ juga melakukan kesilapan yang sama namun terlepas dari sebarang tohmahan dan tindakan.

    Skandal PKFZ berlaku di zaman pentadbiran dan pengetahuan Dr Mahathir namun tiada tindakan diambil beliau. Jadi mengapa sekarang beliau menghentam cara Najib mengendali syarikat 1MDB? Bukankah Dr Mahathir yang mendidik pengantinya strategi dan kepakaran serupa yakni penyamun dana awam adalah kebal di sisi undang-undang?

    Begitu juga keadaannya beliau murka terhadap Abdullah ketika jambatan bengkok Singapura dibatalkan. Siapa nama besar di sebalik projek tersebut dan tanah siapa di Johor yang mendapat pampasan hebat jika projek tersebut diteruskan?

    Dr Mahathir cenderung mengaitkan kegagalan MAS disebabkan Besta, syarikat penyaji makanan dalam kabin yang ada kaitan dengan Abdullah Badawi. Bukankah konsep melibatkan anak beranak atau kenalan rapat ini dihalalkan oleh beliau sendiri?

    Kita tidak lupa kegagalan dan kerugian besar syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti BBMB, MAS, Renong, Tongkah dan Perwaja adalah di bawah pentadbiran dan pengetahuan beliau. Kita juga tidak lupa kegagalan perdagangan mata wang asing oleh Bank Negara juga dibawah pentadbiran beliau. Jumlah segala kerugian tersebut bernilai berpuluh billion. Semenjak bila kegagalan Perdana Menteri lain menjadi suatu kesalahan tetapi kegagalan beliau dihalalkan?
    (bersambung)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Anak-anak muda boleh terus melihat Dr Mahathir sebagai hero. Namun bagi golongan dewasa yang pernah melalui zaman pentadbirannya adalah sukar untuk melihat logik penafiannya serta memaafkan kesilapannya yang lalu.

    Dalam banyak-banyak, tiga perkara berikut adalah kesilapan terbesar beliau yang menjadi dosa kepada seluruh rakyat Malaysia hingga ke hari ini.

    Pertama. Menghalalkan amalan memberi dan menerima 'hadiah' dikalangan penjawat awam dan ahli politik. Kerana kecendurungan beliau membenarkan amalan ini kerajaan Malaysia hari ini diiktiraf sebagai antara kerajaan paling korup di dunia. Rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa sudah tidak terbendung. Pihak penguasa berkenaan dirantai lantas tindakan serta merta tidak dapat diambil ke atas pesalah. Siapa yang lemahkan fungsi BPR kini SPRM dengan meletakkan badan tersebut dibawah parti/pemimpin politik?

    SPRM sewajibnya menjadi badan bebas yang terletak dibawah Parlimen atau Majlis Raja-Raja. Hanya dengan itu ia mampu menjadi badan bebas yang berwibawa, cekap, dihormati dan digeruni. Begitulah juga dengan SPR. Selagi badan-badan tersebut berada di bawah Jabatan Perdana Menteri selama itulah ia kekal menjadi alat ahli politik.

    Begitu juga keadaannya ketika banyak Suruhanjaya-Suruhanjaya, Jabatan-Jabatan atau Kementerian baharu diwujudkan. Bila makin banyak jabatan kerajaan makin banyak karenah birokrasi. Makin bertambah proses sesuatu urusan makin bertambah kakitangan kerajaan dan makin tinggi peluang rasuah. Inilah dosa peninggalan Dr Mahathir. (bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, Semua manusia ada kebaikan dan keburukan. Nabi berpesan kita tengok kebaikan manusia dulu sebelum tengok keburukan. Zaman tunku, Tun Razak, Hussein Oon saya masih ingat lagi di Jabatan-jabatan kerajaan, pusat-pusat pengajian, kontraktor-kontraktor, bank-bank, dan banyak lagi dimonopoli oleh bangsa asing. Semenjak Dr. Mahathir menjadi perdana menteri, kebanyakan atau boleh dikatakan 90 peratus muka orang melayu. Jangan kita salah anggap, kritik mahathir kepada najib adalah untuk mengeak BN kalah, itupun terpulang kepada najib untuk menjawab tidak ada kekeliruan kepada rakyat.

      Delete
    2. Anon,

      Tak payah layan la budak Emer ni. Macai belaan PMO agaknya ni. Isunya sekarang BUKAN apa yang Mahathir buat; zaman dia dah lepas...kalau dia salah, kenapa tak ambil tindakan. Yang jadi PM sekarang siapa? Kalau Mahathir buat salah, nak BENARKAN Najib buat salah jugakah?

      Nak mengampu pun patut-patutlah. Perkara paling pokok ialah; tolong jawab soalan-soalan Mahathir, yang saya rasa turut dikongsi oleh RAMAI lagi rakyat negara ini.

      Akmar and the geng sepatutnya latih budak-budak macam Emer ni jawab soalan...Tak tau jawab? Hahaha, logik. Siapa yang kenal budak-budak ni, tahu sangat takat mana level otak dia orang....

      Delete
    3. Baca dulu sampai habis sebelum serang. Itu cuma sebahagian dari pandangan saya. Komen saudara lebih kebudak-budakkan dari budak tak berilmu. Tuan Shah bercakap tentang Mahathir maka saya tidak berminat bercakap tentang Najib. Saya sudah banyak memberi komen tentang kelemahan dan kegagalan Najib. Jangan jadi seperti lebai parti ulama. Jangan malukan diri sendiri.

      Delete
  10. Kedua. Menghalalkan kakitangan kerajaan terlibat dengan perniagaan melalui ahli keluarga terdekat. Inilah yang menyebabkan berlaku keraksasaan kronisme dan proksisme dalam kerajaan hari ini. Menteri, pemimpin politik, pegawai tinggi kerajaan malah ahli biasa parti politik menagih dan menuntut bahagian dalam projek-projek kerajaan seolah projek tersebut adalah hak mereka. Bila terikat dengan pembudayaan politik-perniagaan-keluarga maka sistem tender terbuka menjadi sejarah di Malaysia.

    Ekonomi negara tertumpu hanya kepada mereka ini. Dan mereka hanya 1% dari saiz 60% Bumiputera Malaysia. Tidak hairanlah selepas hampir 60 tahun merdeka dan selepas pelbagai dasar dan rancangan ekonomi diperkenalkan Bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina dan India. Bagaimana Daim Zainuddin, Syed Mokhtar, Mokhzani dan ramai lagi Puterabumi menjadi kaya raya bukan kerana magik. Inilah dosa peninggalan Dr Mahathir.

    Ketiga. Kedegilan dan keegoan. Kerana degil dan ego Mahathir Tengku Razaleigh gagal menjadi Perdana Menteri ke 4. Kerana degil dan ego beliau Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara dua kali. Kerana degil dan ego Abdullah Badawi tidak dapat berpeluang membuktikan kekuatan sebenarnya. Dan kerana degil dan ego Najib Razak berdaya membawa kepincangan terhadap seluruh rakyat Malaysia hari ini.

    Egonya untuk menjadi Perdana Menteri menyaksikan UMNO Asal diharamkan. UMNO berpecah dan kekuatan Melayu tergugat.. Egonya untuk terus memberi terlalu banyak manfaat kepada proksi dan kroni menyebabkan perbalahan terbuka antara beliau dan Anwar Ibrahim seterusnya menyaksikan keruntuhan institusi kehakiman dan perpecahan terbesar di kalangan rakyat. Malah berlakunya pengukuhan dan penguasaan golongan pengampu, pembodek, pemfitnah dan penyamun dalam kerajaan sehingga ke hari ini. Kerana ego jugalah rakyat Malaysia menerima padah yang paling mudarat dalam sejarah hidup mereka. Inilah dosa peninggalan Dr Mahathir.
    (bersambung)

    ReplyDelete
  11. Permatang Pauh adalah maruah PKR..tanpa bantuan pas hilanglah maruah pkr di permatang pauh.

    ReplyDelete
  12. Di sebalik cerita-cerita dan bukti-bukti kehebatan dan kejayaan Dr Mahathir mentadbir negara terselit jua kisah-kisah kegagalannya. Dr Mahathir bukan maksum, beliau hanya manusia biasa. Jika Dr Mahathir boleh melentur sedikit, mengakui kesilapannya dan bersedia memperbetulkan kepincangan yang dimulakannya nescaya Malaysia boleh kembali ke era kegemilangannya sekitar awal 90an.

    Tidak siapa boleh menafikan gandingan Dr Mahathir Mohamad-Anwar Ibrahim adalah yang terbaik dalam sejarah. Bangsa Melayu dipandang tinggi dan berdaya bersaing dalam ekonomi. Masalah sosial juga berkurangnya.

    Ramai pemimpin politik dan pengikut mereka mulai mengasimilasi diri mereka ke dalam imej dan pewarakan Islamik Anwar Ibrahim. Malah ramai juga yang mula mendidik diri supaya lebih dekat kepada Allah mencontohi Anwar anak beranak.

    Ketika Dr Mahathir terlalu sibuk merancang dan membangunkan negara, Anwar pula membantunya membentuk sahsiah diri dan keterampilan masyarakat Malaysia. Rakyat Malaysia merindui saat kegemilangan tersebut.

    Jika kita menyorot kembali sejarah jatuh bangun Malaysia, satu teladan mudah boleh kita pelajari dan diamalkan. Iaitu sentiasa membuka pintu hati. Tunku Abd Rahman, Abd Razak dan Hussein Onn adalah pemimpin-pemimpin tertinggi negara yang membuka pintu hati dan berlapang dada. Ketika mereka melihat diri mereka berada keterdepan dari keupayaan rakyat mereka berhenti dan kembali ke sisi untuk menongkah cabaran seiring bersama rakyat. Dan ketika mereka melihat keupayaan mereka tidak mampu lagi memberi kekuatan kepada rakyat mereka berlapang dada meninggalkan kerusi kuasa dan menyerahkannya kepada yang lebih berkelayakkan.

    Dr Mahathir harus sedar ketika beliau gagal mengurus masalah rasuah, ketirisan dan salahguna kuasa di kalangan anak buahnya beliau sepatutnya membenarkan Anwar Ibrahim membantunya. Malangnya beliau bersekongkol menentang usaha-usaha Anwar untuk menjadikan Malaysia lebih bersih. Halnya ini semata-mata beliau mahu menjaga hati pengampu yang juga penyamun dana awam.

    Masih belum terlewat untuk membantu Malaysia kembali ke landasan lebih baik. Dr Mahathir hanya perlu memaafkan dirinya dan keegoan Anwar Ibrahim demi menyelamatkan bangsa dan negara. Tiada siapa akan membantah malah mereka akan merai kegembiraan kiranya Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim saling memaafkan, kembali menerima satu sama lain dan bergandingan semula memimpin negara.

    Penyatuan dapat menguatkan bangsa Melayu serta masyarakat majmuk Malaysia, memperkukuhkan semula kepercayaan umum terhadap sistem demokrasi berpelembagaan. Apabila asas sebuah negara diletakkan sebaiknya di tempatnya, yang lain-lain akan kembali menjadi lebih baik secara otomatik. Keadilan dapat ditegakkan, ekonomi dapat dipertingkatkan, pendidikan dapat diperkasakan, kerukunan dan kesepakatan dapat diteguhkan. InshaAllah.

    Dan ketika itu negara kembali menjadi aman, makmur dan sejahtera. Tiba saat itu penyamun-penyamun dana awam dengan rela hati menyerahkan kembali hasil menyamun mereka demi untuk bergerak bersama angkatan baharu Dr Mahathir Mohamad-Anwar Ibrahim. Bukankah itu yang terbaik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam anwar umpama topeng nafsu seksnya..

      Delete
    2. caiiittt Emer komen mcm konon2 dye 2 bgs & tau segala2nya...aku pun x ler bgs tp kurang2 boleh jgk berfikir yg logik dr ko...x kisah ler Tun zaman dye dlu nk kayakn kroni dye pun tp dye x kaco poket rakyat malah segala kemelesetan ekonomi d tangani cpt tp zaman Najib udah ler dye ank brank ngn Jho Low je kaya...rakyat plk makin ssh...pasal kronisme...nepotisme...kwn...sedare...x dpt projek itu salah...aku hidup d zaman Tun bkn sedare Tun bkn kroni Tun tp boleh dpt projek...Mungkin alasannya krane aku menyokong Tun...tp skrg aku d zaman Najib bkn sapa2 dgn Najib mengkritik Najib terbuka meletak segala jwtn dlm pemuda Umno & x takut klu projek2 aku diblock sbb aku yakin Allah Taala ada kenapa masih berlambak2 projek aku dpt???...Yg pntg ko usaha...berdaya saing...lantak lah ko d posisi mn...Insyaalah rezeki x kemn...RETI EMIR...Aku pun x kisah klu Najib nih nk kaya & aku pun x kisah klu aku x mati & hanya pentingkn diri aku je tanpa melihat org2 d sekeliling aku yg kais pg mkn pg kais ptg langsung x mkn...sbb aku tau klu aku mati aku x mampu mandi,kapan, korek liang & pergi ke kubur sendiri klu bkn krane sedare Islam aku disekeliling yg akan melakukannya utk aku...Klu dah sedare seIslam pun mati krane lapar x makan...adilkah ko nk mati sbb terlebih mkn...Kita hidup saling berkait & memerlukan...Tp dlm urusan tanahair kita biarlah kita selesaikn cara kita bkn kita mintak tolong org luar...Itu alasan kenapa Anwar x layak nk lead Malaysia nih...Klu ko kate Tun gila kuasa blk sbb nkkn penyingkiran Najib...aku rs dr dulu lebih baik dye je lead sampai kiamat...Klu ko nk kata semua timbalan n pengganti Tun semua ditentangnya blk...1 jer aku nk bg tau ko yg hujah panjang lebo utk kelihatan crodik tp pd aku hanya menampakkan kebodohan ko yg nyata...3 org PM termsk Tunku Abd Rahman & Tun Hussein Onn turut ditentang Tun kecuali Tun Abd Razak bapa Najib...Sape salah pasti Tun tentang & jgn plk krane 2 Najib boleh berlapang dada buat kemungkaran demi kemungkaran...x tentang arwah ayahanda ko x bermakna ko bebas buat apa sj...Psl PM2 sblm Tun aku x brani ulas lanjut sbb aku lahir, membesar & msk politik d zaman Tun...mungkin ko lg tua dr aku kot psl 2 statements ko mcm org nyanyuk je...1 lg aku nk ulas statements ko awal2 psl pesanan kpd ank muda yg melihat Tun sbg hero...aku nk ulas ank muda mmg bleh trus lihat Tun sbg hero tp ko yg aku pelik nape klu ko dah dewasa d zaman Tun kenapa ko sanggup lihat dan x tentang kemungkaran yg d buat Tun maknanya awal2 lg aku lihat ko nih sbnrnya Zero yg cuba nk jd hero d zaman Najib...D era Tun dulu ko hero Tun...jenih bermuka2 mcm ko mmg patut klu jumpa bg penumbuk tang muka...bodoh

      Delete
  13. Kancil tak perlukan kawan untuk menewaskan saekor singa. Seorang sahaja yang bijak boleh tumbangkan PM yang berkuasa!

    ReplyDelete
  14. Fair enough, Tun M dan Anwar Ibrahim bermaaf-maafan, tetapi apa yg boleh mereka lakukan? Seorang di Putrajaya tanpa apa-apa kedudukan dalam politik manakala seorang berada dalam penjara.

    Tidak nampak langsung Tun M boleh berganding bahu dengan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan DS Najib. No way...

    Again, don't expect Tun M boleh berganding bahu dengan Tun Musa, Tun Abdullah, dan Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan DS Najib. Jangan harapkan bulan jatuh ke riba. Nampak gaya sampai bilapun kucing takkan bertanduk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...