Thursday 30 April 2015

Cawangan Dan Bahagian UMNO Patut Berebut-Rebut Jemput Mahathir


Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meminta agar beliau diberi peluang untuk bertemu akar umbi UMNO untuk menjelaskan sebab-sebab beliau menyerang kepimpinan Najib Razak, ia seharusnya disambut sebagai peluang keemasan yang tidak boleh sama-sekali dilepaskan.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Tun Mahathir meminta agar beliau diberi peluang bertemu ahli akar umbi UMNO bagi menjelaskan sebab sebenar tindakan yang dilakukannya terhadap Najib sekarang ini.

Katanya, walaupun percaya tindakan yang dilakukannya untuk menyelamatkan UMNO, tetapi tindakannya itu mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian ahlinya yang lain.

Tetapi, tambah beliau, untuk membuat keputusan secara adil dan menghukum secara bijak, mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak adalah perlu terlebih dahulu.

"Selepas mendengar daripada kedua-dua belah pihak, adililah serangan saya sama ada ianya bertujuan merosakkan parti atau menyelamatkannya," jelas Tun Mahathir lagi.

Selepas beberapa serangan dan kritikan oleh Tun Mahathir terhadap Najib, termasuk desakan agar meletakkan jawatan, penerimaan ahli UMNO kini berbelah bagi mengenainya. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Ada juga yang mengatakannya tidak wajar dan seolah-olah memberi kelebihan kepada pembangkang.

Tun Mahathir bagaimanapun bertegas mengatakan tindakannya adalah untuk menyelamatkan UMNO kerana kepimpinan Najib yang banyak skandal tidak lagi diterima oleh pelbagai kaum di negara ini dan lebih mungkin menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang.

Najib pula, di sebalik banyak berdiam diri dan tidak mahu menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, dalam masa yang sama berkeras tidak mahu menyerah kalah kepada semua serangan itu.

Namun, dengan Tun Mahathir kini bersikap lebih terbuka untuk bertemu ahli akar umbi bagi menjelaskan pendiriannya, UMNO Bahagian dan cawangan di seluruh negara seharusnya berebut-rebut tampil menjemput Tun Mahathir bagi mendengar secara langsung penjelasan beliau itu.

Ia sepatutnya adalah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan oleh mana-mana Bahagian dan cawangan UMNO. Setelah sebahagian Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bertemu dengan Najib dan kemudian menyatakan sokongan, kini mereka sepatutnya mendengar penjelasan daripada Tun Mahathir pula.

Selain itu, mana-mana pihak yang selama ini tidak puas hati dengan kritikan dan serangan Tun Mahathir, boleh juga menggunakan peluang yang terbuka ini untuk berhujah dan mempersoalkannya.

Terutamanya Ketua UMNO Bahagian yang selama ini lantang mengkritik Tun Mahathir melalui media tradisional atau media baru, inilah peluang terbaik untuk mereka berhujah dengan bekas Perdana Menteri itu.

Tidak ada apa-apa lagi yang perlu ditakutkan untuk berhujah secara berdepan dengan Tun Mahathir kerana beliau sekarang tidak mempunyai sebarang kuasa sepertimana dahulu.

Begitu juga, khabarnya ada cawangan UMNO  yang mengusulkan agar tindakan disiplin diambil terhadap Tun Mahathir kerana kelantangannya mengkritk Najib,  seharusnya juga berjiwa berani untuk menjemput bekas Perdana Menteri itu hadir ke cawangannya.

Jika lebih banyak cawangan atau bahagian UMNO dapat bertindak berani menjemput Tun Mahathir dan kemudian mengatakan apa yang dilakukannya sekarang sesuatu yang tidak wajar dan boleh melemahkan parti, ia mungkin akhirnya membuatkan bekas Perdana Menteri itu akur dengannya.

Tetapi jika Tun Mahathir berjaya meyakinkan tindakannya adalah betul dan untuk kebaikan UMNO, menjadi kewajipan pula ianya disokong kerana akhirnya yang penting ialah parti, bukannya pemimpin.

Tun Mahathir sudah menghulurkan salam, lalu sambutlah salamnya ini.  (SH 30/04/2015)

11 comments:

  1. I LIKE!!!!

    Satu artikel saya rasa amat reasonable. Bukan bermakna memberikan sokongan kepada mana mana pehak. tak payah tuduh menuduh. Bukakan gelanggang dan berikan hujahan secara ilmiah daripada menunjukkan jantan diluar gelanggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry!!! Saya tak rasa pun artikel ini amat reasonable sebab ianya memang teramat reasonable.

      Delete

    2. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri

      Delete
  2. Tuan,

    Saya rasa Tuan sudah buat satu artikrl lawak pagi jumaat yang reasonable.manalah berok-berok umno baru tu nak rebut sambut Mahadet Mahadet cakap guna air liur saja, bukan macam Najib yang pakai ilmu no money no talk.

    ReplyDelete
  3. berok berok,,,,kamu panggil ketua bahagian umno baru tuu.... ini sudah menghina................memang patut pun...sori,, tambahan lawak pagi jumaat....kah kah

    ReplyDelete
  4. Tun Dr Mahathir KESEORANGAN....

    Satu Bahagian Pun Tak Berminat Nak Tengok Muka Dia!!

    ReplyDelete
  5. Sudahlah UMNO ....... beri peluang kepada pihak lain. Sudah 58 tahun merdeka, masih nampak ciri-ciri penjajahan kepada rakyat jelata.

    Kalau kita kata kita negara Islam, sekurang-kurangnya tunjuklah ciri-ciri demokrasi yang betul menurut Al-Quran.

    Tidak guna ada perlembagaan Islam, tilawah Quran tiap-tiap tahun, tapi corak kepimpinan negara, cara pentadbiran dll, masih bertentangan dengan Quran.

    Bagi yang kononnya hendak menegak negara Islam, adakah hukum 'hudud' mereka itu betul-betul ada disebut dalam Quran? atau di cedok dari kitab Bible?

    Kajilah Quran, kajilah kitab Bible dan kitab-kitab lain. Prof. Zakir Naik, prof shabir ally dari canada semuanya hafal kitab bible. seperti Ahmad deetdat.

    Kuatkanlah sains dan teknologi di kalangan umat Islam. Kuatkan peribadi mulia.

    Kalau tidak, kita hanya dibuai mimpi hanya semata-mata mendapatkan bidadari di syurga..........

    Keredhaan Tuhan Pencipta Alam...itulah yang sebenarnya tujuan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah....limpahiah kami dgn ilmu yg manafat.,rezeki yg halal dan amalan yg diterima.

      Delete
  6. Baaimana untuk menghubungi pihak Dr Mahathir untuk menjemputnya (?)

    ReplyDelete
  7. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
    nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
    angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
    bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
    apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
    ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
    demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
    atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete
  8. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...