Saturday 4 April 2015

Minggu Suka Dan Duka Buat Najib


Perdana Menteri, Najib Razak mengalami dua keadaan yang berbeza pada minggu ini. Beliau tentunya sedang dalam suasana gembira kerana baru menerima menantu berikutan anak perempuannya, Nooryana Najwa telah mengakhiri zaman gadisnya.

Dua kenduri  kahwin Nooryana dengan Daniyar telah diadakan di Kuala Lumpur iaitu 28 Mac di KLCC dan 29 Mac pula di PWTC. Hari ini pula, 4 April, majlis kenduri kahwin anaknya diadakan di Pekan, Pahang.

Tetapi menjelang petang tadi, berita sedih mula menyelubungi Perdana Menteri apabila sebuah helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor.

Semua enam penumpangnya didapati meninggal dunia di mana dua daripadanya diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Najib. Mereka ialah Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke AS dan Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri.

Jamaluddin yang lebih popular dengan JJ adalah orang kanan Najib, terutama berkaitan gerak kerja politik dan hal-hal yang bertujuan meningkatkan hubungan serta penerimaan masyarakat terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Kematian beliau yang tragis bersama Azlin, tentu saja merupakan kehilangan yang amat dirasai oleh Najib sekarang ini. Tentunya tidak mudah beliau menerima kehilangan dua orang pentingnya itu secara serentak.

Beberapa hari yang lalu, seorang pegawai khas Najib, Mohd Po'ad Jelani juga meninggal dunia di Singapura akibat kanser.

Ini bermakna, dalam tempoh beberapa hari ini saja, Najib kehilangan tiga orang pentingnya kerana meninggal dunia.

Takziah kepada Najib dan juga kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Marilah juga kita sekurang-kurangnya menyedekahkan Al Fatihah kepada roh mereka. ( SH 04/04/2015)

Inilah jenis helikopter yang terhempas itu...

Kawasan di mana helikopter jatuh terhempas...

Bahagian ekor helikopter yang ditemui...

13 comments:

  1. Takziah kepada keluarga mereka masing-masing dan juga kepada DS Najib di atas kehilangan allahyarham-allahyarham.

    Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

    masa hidup jangan lalai dengan dunya sahaja.
    mati datang dengan tiba tiba

    ReplyDelete
  3. GST telah menyebabkan rakyat menderita kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas di waktu pemimpin-pemimpin BN sedang hidup serba mewah !

    Dua setiausaha Najib telah meninggal dunia dalam masa 5 hari ! Adakah GST telah menjadi bala ke atas pentadbiran Najib? Semoga Najib dan kroni-kroninya bertaubat dan membatalkan GST !

    " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berfirman : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Ini mesti salah Anwar Ibrahim, tak ada orang lain dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not the time to politicize the matter.

      Delete
  6. Pemerintah yang menindas rakyat, malapetaka datang menimpa-nimpa.sedarlah kamu wahai pemerintah.

    ReplyDelete
  7. Typical Malaysian muslim, judgemental mind. Malapetaka menimpa semua golongan even you yourself, it can happen to anyone.. sedarlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A typical ignorant comment by an ignorant person with judgemental mind !

      The fact is the BN regime is oppressing the people of this country by imposing GST on them that cause the prices of goods and services to increase further thus the people suffer so much so the people have their right to ask Allah to get rid of the BN regime.

      "And We did not wrong them, but it was they who were the wrongdoers." (Qur'an Az-Zukhruf: 76)

      Delete
  8. Percaya dan bergantunglah hanya kepada Allah. Janji Allah maha benar dan pengadilan Allah jua maha adil. Takziah kepada ahli keluarga Panglima-Panglima bilik perang Najib Razak

    ReplyDelete
  9. Kematian hamba adalah ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa tetapi kita mesti ingat bahawa kematian juga adalah peringatan kepada pemimpin BN dan kroni mereka yang masih hidup supaya mereka tidak menindas rakyat dengan GST dll !

    ReplyDelete
  10. Takziah kepada keluarga individu yang tak berdosa kepada rakyat.

    Mulai sekarang berhati-hatilah Ah-Jib Gor ye...... Malaikat sudah mula mendengar keluhan rakyat marhaen yang hidup menderita dan amat tertekan dek pemerintahan kejam dan kuku besi kamu. Sekiranya musim ini ada di kalangan rakyat yang betul-betul dikasihi Allah SWT yang berdoa atas kezaliman kamu terhadap mereka, maka bersiap sedialah kamu untuk mendengar berita-berita yang lebih mengembirakan selepas ini....

    ReplyDelete
  11. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan










    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan










    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...