Saturday 11 April 2015

Ehem, Ehem...Pak Lah Pun Dah Muncul Sokong Najib!!


Semalam Najib Razak muncul di televisyen untuk menjawab pelbagai serangan dan kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya, terutama oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Antara topik yang disentuh Perdana Menteri semalam ialah berkenaan pembunuhan Altantuya di mana beliau menafikan mengenali atau pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu dan perkara itu, tambah Najib, turut disahkan hasil siasatan pihak polis.

Najib juga mengatakan beliau sudah tiga kali bersumpah mengenainya, termasuk sekali di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Sejak isu Altantuya diperkatakan semula berikutan salah seorang pesalah yang disabitkan dengan kes itu dan sudah pun dijatuhkan hukuman mati, Sirul Azhar Umar melarikan diri ke Australia, ramai yang mengatakan Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin mengetahui banyak perkara mengenai kes itu kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika itu.

Hanya beberapa jam selepas kemunculan Najib di televisyen, Pak Lah akhirnya muncul dan terus membersihkan nama Najib daripada kaitannya dengan Altantuya.

Menurut Pak Lah, beliau dimaklumkan oleh pihak polis berhubung kejadian yang berlaku pada 2006 itu dan disahkan Najib tidak ada kaitan sama sekali dengannya.

Jawapan Pak Lah dan Najib nampaknya sama dan senada. Najib menafikan beliau terlibat dalam pembunuhan itu dan mengambil hasil siasatan polis untuk menguatkan hujahnya, malah bersumpah tidak pernah berjumpa atau mengenali wanita itu. 

Pak Lah juga menafikan kaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya berdasarkan pemakluman polis kepadanya.

Tetapi persoalan yang dibangkitkan Tun Mahathir dalam isu ini cuma mahu tahu siapa yang mengarahkan Sirul melakukan pembunuhan itu kerana anggota polis itu hanyalah pegawai rendah yang patuh pada arahan ketuanya.

Menurut Tun Mahathir, tentulah tidak adil dan kejam jika Sirul dihukum mati sedangkan tindakannya hanyalah berdasarkan kepatuhan kepada arahan semata-mata.

Tidak pernah Tun Mahathir menuduh atau melibatkan Najib dalam pembunuhan itu. Beliau hanya mempersoalkan siapa yang memberi arahan saja.

Boleh jadi yang memberi arahan itu adalah ketuanya dalam pasukan yang mengawal keselamatan Najib ketika itu atau orang lain yang kita tidak ketahui. Tetapi jika ketuanya itu pun yang memberi arahan, belum tentu juga ia boleh dikaitkan dengan Najib.

Mungkin seseorang lain yang rapat dengan Najib turut boleh memberi arahan juga. 

Inilah yang ingin diketahui oleh Tun Mahathir kerana katanya, ini adalah soal nyawa dan keadilan kepada Sirul.

Selain Najib dan Pak Lah nampaknya sama-sama tidak faham atau sengaja tak mahu faham apa yang dibangkitkan Mahathir, kemunculan semula Pak Lah selepas lama berdiam diri kembali menarik perhatian ramai.

Semua orang tahu Pak Lah diturunkan daripada jawatannya kerana desakan kuat yang dilakukan oleh Tun Mahathir berikutan "gejala budak-budak tingkat 4" yang berleluasa ketika kepimpinannya yang kemudian diikuti dengan keputusan buruk dalam pilihanraya 2008.

Setelah sekian lama berdiam diri, apakah Pak Lah sudah terjaga sekarang semata-mata untuk membela Najib? Adakah beliau akan lebih kerap bersuara mempertahankan Najib selepas ini untuk menebus semula dendam lamanya terhadap Tun Mahathir?

Najib mungkin gembira dengan sokongan dan kehadiran Pak Lah ini tetapi Tun Mahathir pula, lagi ditekan dan diasak, beliau selalunya lebih kreatif dan luar biasa.

Atau mungkinkan terjunnya Pak Lah secara tiba-tiba dalam pertembungan ini semata-mata untuk mengukuhkan lagi kedudukan menantunya, KJ dalam UMNO? (SH 11/04/2015).

18 comments:

  1. Mahathir sifatkan Najib lebih teruk dari Paklah dan jawapan dari Paklah dalam membersihkan Najib nyata benar kedua duanya dalam kualiti yang sama.

    Mereka tidak menjawab isu rakyat, mereka tidak peduli nasib dua anggota polis yang akan kehilangan nyawa dan nasib seluruh keluarga tersebut. Keadilan sekadar berlaku di permukaan, tidak kepada akar punca (arahan siapa)
    Jika arahan siapa dapat dirungkai dan dibuktikan, sudah tentu mahkamah boleh mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan kepada azilah dan sirul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..














      saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..














      saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..

      Delete
    2. Mbah SERO nomor bontot ramal siapa yang arah bunuh Altantuya.... saya teka Kak Ros yang suruh Azilah sama Sirul bunuh sebab sakit hati bila dapat tahu Mas Najib udah ngentot sama Neng Tuya sebelum disontot sama Rajak Baginda...

      Wak teka aja bukan tuduh sebab Mahkamah Kanggaruu 1 Malaysia bilang MOTIF ngak penting.

      Delete
  2. yANG KITA TAHU DARI DULU KINI DAN SELAMANYA PAKLAH MEMANG X SEBULU NGAN NAJIB.Ini buat aku fikir dua kali dan rasakan bahawa paklah bagi clue (tekai teki ) kepada jawaban yang makin hampir tepat pada kita nak cuba teka dan kita lihat siapa yang kena.

    ReplyDelete
  3. Sibukla shabudin ni.... apa kata lantik je shabudin ni jadi pm... baru cantik politik malaysia ni....

    ReplyDelete
  4. ye lah... perjalanan macam tu lah.

    Najib - Hishamuddin - KJ

    banyak hal najib dan pak lah senada

    pelik juga kalau memikirkan najib adalah anak buat TDM

    dan TDM menyokong penuh pak lah turun dan najib naik

    kecuali lah ada pihak dan pegang sesuatu yang booommmmm..

    ReplyDelete
  5. Saya percaya Kalau syabudin jadi pm dia akan jawab soalan tun m. Syabuddin cukup yakin dia ada Allah dan tak takut manusia...

    Teruskan syabuddin kau dah banyak berjasa kpd umno...ada orang umno pandang...kau seorang pejuang...teruskan

    ReplyDelete
  6. Teruskan buka minda dgn artikel tuan...Sdr Shahbudin...pedulikan haters

    ReplyDelete
  7. Sdr Shahbudin,

    Terima kasih atas usaha tuan mencatatkan apa yang berlaku serta memberi pandangan tuan. Walaupun dua pengulas tadi (ANAKJATI & Anon) memerli sakan, hakikatnya kalau betul tuan menjadi PM, besar kemungkinan kita tidak berada dalam keadaan yang amat parah seperti ini.

    ReplyDelete
  8. Paklah sudah bangun sebab PM 1M sudah hulur satu projek baru yang susah nak ditolak oleh Paklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg nie aku sokong dan x sokong...aku sokong psl paklah tu br bangun tidur yg terlalu lama? kah..kah..kah..? yg kata piem 1malaya aji jib ngok bagi projek kek paklah..aku x sokong psl paklah nie nak sambung tidur dia lagi...kah..kah..kah...kah. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..kah..kah..kah...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..tidur dalam ketawa...hanya paklah aje yg tahu? zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kah..kah..kah..?

      Delete
  9. Jabatan Bengkok yang menghubungkan separuh dari Tambak Johor adalah projek yang paling menguntungkan Johor dan Malaysia khasnya. Melalui politik budak tingkat 4 (KJ), segalanya sudah musnah dek wang ratusan juta yang disogok oleh kerajaan Singapore kepada malaun kera kena belacan ini. Umum mengetahui segala laporan polis berhubung pembunuhan Altantunya masih di tangan Pak Lah atau KJ, oleh kerana itulah Najib tak berani menyuruh Pak Lah letak jawatan (kerana rahsia besar ada di dalam poket Pak Lah) tapi lain pula bagi Muhyideen Yasin, beliau hanya berani menyalak separuh jalan sahaja tapi kendur apabila dijentik telinga oleh Najib.

    ReplyDelete
  10. Paklah cuma nak cover KJ sebab Najib sudah marah apabila KJ suruh dia jawap critikan Tun M. Kot kot nanti kena tendang dek Najib....

    ReplyDelete
  11. Sirul menyebut beliau dah beri statement kepada pihak polis sewaktu siasatan dan beliau dakwa melakukannya kerana arahan. Peliknya kenapa susah sangat Sirul mahu dedahkan nama pihak yang terbabit?. Kenapa biar orang ramai berteka teki? Jika dakwaan Sirul benar, bermakna pihak yang bertanggung jawab dalam polis telah cuba menyembunyikan kebenaran. Sirul telah pun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Jadi kenapa Sirul masih tidak berani bermati matian untuk mendedahkan semuanya dan masih bertangguh2?. Samada Sirul diarah atau tidak, beliau tetap bersalah kerana membunuh. Samada pihak yang mengarah beliau berbuat demikian dibongkar atau tidak, satu dunia sudah tahu Sirul dan Hazilah adalah pembunuh dan nama Najib sendiri ikut terjejas. Selaku PM Najib perlu lakukan sesuatu agar apa yang didakwa Sirul dapat didedahkan atau orang ramai akan terus berperasangka bahawa Najib memang ada "saham" dalam tragedi berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sebut orang yang arah bunuh tu mudah...tapi nak tanggung akibatnya yang payahhh.....".Pertamo, duitnyo tak teghambik", kata orang Minang. Keduanya pula...dulu letupkan orang , sekarang kalau terlanjur cakap diri pula yang kena letup.

      Delete
  12. Pak Lah sudah kembali arah, pertahan najib yang kian parah, apa nak disokong si pembawa rebah, melainkan ada sesuatu dibawah, apa itu sesuatu dibawah, ntah!

    ReplyDelete
  13. Kah....Kah......Kah. Kalau nak mengaku aku lah yang suruh Sirul dan Zilah meletupkan Tunya, itu memang mustahil. Tapi Malaya adalah sebuah negara yang pertama di dunia di mana Pee Emm nya terlibat dengan skandal rasuah dan pembunuhan warga asing yang berprofile tinggi. Malaysia Boleh.....!

    ReplyDelete
  14. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (((085-110-369-888))) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...