Wednesday 18 March 2015

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Ucapan Ku Li Di Parlimen


Secara umumnya ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen  semalam diterima baik oleh banyak pihak dan menggambarkan keprihatinannya kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

Ucapannya yang antara lain mengingatkan mengenai sumpah Ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, gesaan mengisytiharkan harta bagi menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen kepada sebuah badan bebas dan saranan menangguhkan perlaksanaan cukai GST, tidak lain merupakan reaksinya yang jujur, bukan saja berdasarkan pengalamannya tetapi juga keadaan semasa dalam negara.

Walaupun ada yang mengkritik Ku Li atas ucapannya termasuk mengatakan ia hanya retorik, sudah terlambat, melabelnya sebagai ahli politik lama yang ketinggalan zaman dan ada juga memberi gambaran seolah-olah beliau tidak memahami GST, hakikatnya beliau berani memberikan pandangan serta tegurannya.

Sama ada kerajaan mahu menerima atau mengabaikan saja semua teguran itu, yang penting Ku Li telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk memperbaiki lagi imej kerajaan di mata rakyat.

Berkenaan pengisytiharan harta yang disarankannya kepada sebuah badan bebas yang dipilih oleh Parlimen, ia akan membantu menaikkan imej kerajaan berbanding amalan sekarang di mana para anggota pentadbiran kerajaan hanya membuat pengisytiharan kepada Perdana Menteri saja.

Tetapi dalam konteks amalan yang ada sekarang, Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada siapa?

Dengan adanya sebuah badan bebas yang diwujudkan itu, semua anggota pentadbiran kerajaan serta Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing dan ini secara langsung membantu kewibawaan dan ketelusan sebagaimana yang diinginkan oleh rakyat masa kini.

Begitu juga dengan perlaksanaan GST dan ke mana wang cukai itu bakal disalurkan, apa yang disuarakan oleh Ku Li adalah kebimbangan umum yang boleh didengari serta dipekatakan di mana-mana.

Soal GST baik untuk negara dan mampu menambah sumber kewangan negara bukanlah soal utama tetapi yang menjadi kerisauan ialah sejauh mana ia bakal menambahkan lagi beban kewangan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, ringgit menjunam dan kos sara hidup kian meningkat, kebimbangan Ku Li tentunya ialah perlaksanaan GST akan merobekkan lagi poket rakyat.

Ini kerana sudah kedengaran beberapa perkhidmatan dan barangan akan meningkat harganya apabila GST dilaksanakan seperti bil utiliti, tuisyen, ubat-ubatan, hiburan dan sebagainya dan semua ini mampu meningkatkan lagi suhu badan mereka yang berpendapatan rendah.

Sebagai bekas Menteri Kewangan, Pengerusi Bank Dunia, IMF, Bank Pembangunan Asia, Pengasas Petronas dan puluhan jawatan lain di peringkat antarabangsa dan dalam negara, mengatakan kritikan dan saranannya agar ditanggguhkan perlaksanaan GST seolah-olah beliau tidak faham mengenai GST barangkali amat keterlaluan dan tidak masuk akal sama-sekali.

Hanya kerana pandangannya sedikit berbeza dengan kerajaan, cemuhan tidak sewajarnya dilontarkan kerana Ku Li sekurang-kurangnya sudah memberi peringatan mengenai kesan tidak baik yang bakal dihadapi nanti.

Selebihnya terpulanglah kepada kerajaan menilainya, terutama kemungkinan kemuncak kesan GST itu kepada rakyat bertembung dengan tarikh pilihanraya umum akan datang. (SH 18/03/2015)

8 comments:

  1. Kalau anda dalam keadaan terdesak dikejar ah long..apa anda nak buat (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi mamposla kau keluangman.kau ni pembodek kuat Umngok.

      Delete
    2. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
      KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 6D

      Delete
  2. It's a fair statement by stateman like Tengku Razaleigh, listen, view and understanding the whole speech. We even can seen clearly in Budget 2015 by government in which most of the monies goes to administrative cost and not development....first time ever after independent...THINK

    ReplyDelete
  3. betul dah tu..ku li dah terlambat...sepatutnya keluar je umno masuk keadilan ..baru betul2 nak fighter...mahathir pun sama...masa dia dah tamat..pak najib dah tak heran..so p masuk keadilan baru ngam..barulah gegak gempita pejuang umno meroyan...

    ReplyDelete
  4. Kalau setakat di parlimen belum cukup lagi. Jika betul2 ada 'telor' cabar dalam perhimpunan UMNO. Maki hamun si Najib ni. Buat undi tak percaya barulah ada umh !!!

    ReplyDelete
  5. GANG SONGKOK TINGGI, GASAK SAMPAI TERTONGGENG(GST) itu satu hal.
    Bagaimana dengan saranan setiap Menteri, Timbalan Menteri dan kesemua yang terlibat dengan pemimpinan Negara ini untuk mengistihar kan "HARTA KARUN" mereka kepada badan khas yang di lantik, tetapi kepada PM Ah Jib Gor!!! Bila ini berlaku ada pula suara suara sumbang yang bertanya,"Ah Jib Gor pula kepada siapa?".
    Jawapan nya sudah tentu lah kepada "BIK MAMA @ MAMA MIAH".

    Melihat kaedaan ini sudah pasti kesemua rakyaat marhean tertipu tetapi tidak merasakan nya kerana irama kebodohan yang kerap di dendang kan kepada mereka sudah sebati dengan jiwa yang pasti nya kosong.
    Lihat sahaja 1MDB, masih belum ada jawapan yang tepat.

    ReplyDelete
  6. Dah jadi Selipar Burok.. katak dan anjing pun tak amik peduli lagi. Cuba tunjuk baik setelah perut sendiri dan anak beranak dah boyot. Ceramah kepalabutuh apa ini sumer? Phui!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...