Saturday 14 March 2015

Apakah Najib, Seperti Selalu, Hanya Mampu Diam Dan Bisu Juga?


Jika dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk "1MDB" adalah yang paling tepat kepada sasarannya.

Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga membangkitkan mengenai kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang diperkatakan ramai berkawan rapat dengan Jho Low, individu paling dicurigai dalam segala masalah berkaitan 1MDB.

Bagi mereka yang mengikuti siri serangan dan kecaman Mahathir, terutama sejak beliau menarik balik sokongannya daripada Najib, inilah pertama kali sasaran kritikannya ditujukan kepada ahli keluarga Najib.

Sebelum ini, Mahathir hanya menumpukan serangannya kepada pelbagai aspek kelemahan kepimpinan Najib semata-mata dan beliau tidak pernah menyentuh sesiapa selainnya walaupun perkara mengenai isteri dan anak tiri Perdana Menteri itu sudah menjadi percakapan umum yang kian merata di mana-mana.

Dengan membangkitkan mengenai 1MDB tetapi dalam masa yang sama mengaitkannya dengan kekayaan anak tiri Najib serta harta peninggalan Tun Razak, serangan Mahathir ini jika difahami tidak lain ialah ditujukan kepada Rosmah Mansor yang sudah sekian lama dianggap beban paling berat kepada Najib, UMNO dan kerajaan.

Ini juga menunjukkan bahawa Mahathir "sudah berkerat rotan berpatah arang" dengan Najib dan akan terus menekannya sehingga terasak ke dinding. 

Perkiraan Mahathir ialah Najib yang dibebani isu 1MDB dan pelbagai perkara yang berkait dengan Rosmah adalah halangan utama untuk UMNO meraih sokongan rakyat dan seterusnya menipiskan peluang memenangi pilihanraya umum akan datang.

Kritikan Mahathir yang terbaru ini seharusnya mendapat reaksi segera daripada Najib. Beliau tidak boleh lagi seperti selalu dengan mengambil sikap berdiam diri, senyap dan membisu saja.

Sudah sampai masa sebenarnya Najib mengambil tanggungjawab penuh  terhadap kritikan Mahathir kali ini kerana ianya ditujukan secara tepat kepada diri dan keluarganya. Menyerahkan 1MDB kepada pengauditan semata-mata barangkali tidak memadai kerana aspek kekayaan anak tiri Najib yang diragui itu tentunya tidak akan ditemui dalam siasatan terhadap syarikat itu.

Lebih penting, sekurang-kurangnya untuk melegakan kesangsian rakyat, ialah Najib semestinya berani berdiri menyatakan kebenaran atas semua keraguan mengenai kekayaan keluarga dan anak tirinya yang ditimbulkan oleh Mahathir itu.

Berdiam diri, senyap dan bisu tetapi dalam masa yang sama mengalihkan kepada topik "jemuan" dan penghasut dalam parti yang didakwa bakal melemahkan sokongan rakyat tidak akan membantu memperbaiki keadaan.

Sebaliknya berdiam diri, senyap dan bisu seorang Jenderal itulah sifat selemah-lemah pemimpin yang lebih mudah menyebabkan terhakisnya sokongan rakyat. (SH 14/03/2015)

9 comments:

  1. apa lagi keberanian nak ditunjukkan dengan orang itu dia pun naik kerana dibantu kalau tidak dah lama jadi batu
    sama saja dari 1 kem
    lepas sorang sorang mesti ada kes punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. INFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.
      orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan AKI hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si tuyul akan bertugas mencuri uang/perhiasan, tuyul ini sangat setia dengan majikannya. Berapa harganya..?? khusus untuk tuyul biasa AKI DARMO harga yaitu 15 JUTA, dan jangan Khwatir, karena ada sistem ngontrak, Hanya 5Jt/ tahun, dan Bisa menghasilkan uang sekitar 20jt/Hari. Tuyul Mesir pintar sama seperti tuyul lainnya, tetapi terdapat perbedaan yaitu Memiliki Pakean yang Bagus dan topi yang kayak seperti Jin dan Jun, atau Tuyul dan AKI Tuyul ,selain itu Tuyul Mesir dapat berlari lebih kencang daripada tuyul biasa, lebih pintar mencuri uang/perhiasan, oleh karena itu disebut tuyul spesial, kenapa begitu..?? karena banyak Paranormal atau para ahli hikmah mengakui sulit untuk menangkap TUYUL MESIR karena lari'nya cepat seperti kilat, hanya segelintir dukun sakti saja yang bisa menangkapnya, itupun harus menggunakan ilmu khusus yang sudah sangat langkah.
      SISTEM KONTRAK DARI KAMI :
      1.SISTEM KONTRAK TUYUL BIASA : Rp 15Jt DALAM WAKTU1
      TAHUN
      SISTEM KONTRAK TUYUL SPESIAL:Rp 25 Jt DALAM WAKTU 1 TAHUN
      &PENGHASILAN BISA MENCAPAI ATAU BAHKAN LEBIH 20Jt DALAM 1 HARI.
      2 SISTEM BELI: HARGA 15,JUTA
      HANYA SEHARGA 1,7 MILIAR
      Anda dapat memesan tuyul biasa atau tuyul MESIR silahkan
      TLP :
      082-310-142-255
      (AKI DARMO
      anda juga biasa dapatkan angka goib yang akurat tembus 100%dan pasti jebol.
      info selengkapnya silahkan ANDA Hub:BELIAU ATAU MEMINTA ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D,


      Delete
  2. Ha ha ha padan muka Najib! Jika Anwar tidak dipenjarakan, tentu Mahathir dan Daim tak boleh duduk diam kena belasah oleh Anwar tu. Sekarang ni, siapa nak bela kamu Najib oii, nak harap pada Muhyiddin, KJ, Hishamuddin, Zahid Hamidi siapa lagi....semua tu hampas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko lupa pslm ada sorg besar di depan dan d belakang, di kiri dan kanan, di tengah, di atas, di bawah menteri perdana aji nib ngok...iaitu BIG MOOMA LA...KAH..KAH..KAH..NNTI BIG MOOMA BUKAK MULUT DIA TERLOPONG 1MALAYA DGN KEBIOLAN BERTENKET-TENKET!!! LALALALALALA

      Delete
  3. Najib sukar untuk dijatuhkan dan hampir mustahil untuk dijatuhkan dalam masa terdekat (sebelum PRU14). Apa itu 1MDB? Rata-rata rakyat di negara ini tidak faham apa itu 1MDB, macam mana nak menjatuhkan Najib dengan 1MDB, sedangkan Anwar yang terang-terangan tidak bersalah lalu dihukum penjara pun rakyat di negara ini buat tak tahu sahaja malah ada segelintir mereka (spesis anak babi luar nikah) dok perli dengan panggilan peliwat dan ketum? Adakah berbaloi Anwar yang menghabiskan 70% dari kudrat hidupnya bagi membela rakyat tiba-tiba boleh dihina dan dipermain-mainkan oleh segelintir rakyat (anak babi) tersebut? Rakyat di negara ini sebenarnya telah dikasi awal-awal lagi oleh Tun Mahathir, hasilnya mereka tidak mampu melawan dan hanya menerima sahaja sesuatu yang datang dengan cara bergolek atau terbang ke dalam rumah mereka.

    ReplyDelete
  4. Ramai ketua2 bahagian UMNO telah diberi pangkat dan jawatan maka tak ramai lah yang nak menyusahkan Najib dan bertanyakan soalan. Mungkin perjuangan kini lebih kepada P dan P ( perut dan poket) meminjam kata di blog kayu vs batu. Yang pasti kesian ketua2 cawangan di kampung2 dan rancangan2 Felda yang memenangkan UMNO dan BN. Lebih kesian wanita2 UMNO yang dah mula pun cari pengundi utk pilihanraya yang akan datang. Yang bertambah tak manis isu 1MDB ini sebenarnya bukan nya isu politik cuma kalaulah pemimpin2 UMNO tak minat nak tahu rakyat Malaysia khasnya pembayar cukai nak tahu dari yang hanya boleh beri tahu tentang macam mana boleh berhutang hingga dikatakan RM 45,000,000,000.( 45 bilion) Kalau yang tak tahu secara terperinci walaupun menteri jangan lah jatuhkan maruah diri begitu sekali.

    ReplyDelete
  5. Anon 6.38
    Udah udahlah tu pertahanankan DSAI dah jadi sejarah dah,kena 8--1
    Selama 7 thn saya ulangi 7 tahun beliau telah diberi peluang untuk membuktikan diri beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk itu dan beliau telah dibela olih 15 orang bukan calangx peguam,tetapi kesempatan tidak diambil.
    Apa salahnya KETUM tu,bukankah orang yang mcm sdr dan penyokongnya yan memberi gelaran tsb Ketua Umum....so disungkatkan KETUM
    Tak baik mengatakan orang lain anak luar nikah....I think you are the real bastard here and my statement here will be supported by others who read your comments.
    Saya rasa 70% hidup beliau menipu...tak percaya...16 Sep,40 ribu Bangla,jam omega...nak lagi!....sdr kan lebih tahu sebab sdr penjilat tegar beliau.

    ReplyDelete
  6. Hasilan Konspirasi 15 Loyar yang sebenarnya menyumbat DSAI ke penjara......fikirx lah sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...