Friday 13 March 2015

Pertemuan Dengan Mahathir


Semalam, hari Khamis 12 Mac, jam 5.00 petang, saya berkesempatan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di pejabatnya di tingkat 86,  Menara KLCC.

Sebagai penulis, saya mengambil peluang itu untuk bertanya beberapa perkara dan mendengar sendiri penjelasan daripada Mahathir mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara ketika ini.

Antaranya ialah mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, isu-isu berkaitan isterinya Rosmah Mansor, 1MDB, masa depan UMNO, peluang BN dalam pilihanraya akan datang, mengenai Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan berbagai lagi.

Secara umumnya dalam pertemuan hampir sejam itu, Mahathir tetap kritikal dan berterus-terang dalam semua jawapan yang diberikannya. Sebagaimana yang biasa kita melihatnya sama ada ada ketika memberikan ucapan di majlis-majlis tertentu atau di televisyen,  Mahathir tetap menampilkan wataknya yang asli dan tidak berpura-pura dalam memberikan jawapan.

Semua soalan yang ditanya akan dijawabnya dengan terus-terang, disertai hujah-hujah yang meyakinkan dan mudah diterima logik akal.

Sudah tentu tidak semua "mutiara-mutiara" yang keluar daripada mulut Mahathir dalam pertemuan itu dapat didedahkan  kepada umum atau dikongsi dalam blog ini kerana ada sebahagiannya mungkin belum sesuai dengan waktu dan ketikanya lagi untuk dikongsi secara terbuka.

Yang tidak dapat didedahkan itu akan terus disimpan dalam hati dan amat berguna sebagai pedoman masa depan, terutama kepada saya yang terlibat secara langsung dalam penulisan berkaitan politik dan isu-isu semasa.

Tetapi dalam bahasa yang mudah, Mahathir tetap tidak bersetuju dan kekal dengan pendiriannya tidak lagi menyokong Najib sebagai Perdana Menteri.

Beliau tidak saja menganggap Najib sebagai pemimpin yang lemah dan lebih mungkin membawa BN kalah dalam pilihanraya umum akan datang, bahkan menyelar banyak tindakan Perdana Menteri menggunakan wang kerajaan untuk kegunaan parti yang dianggapnya sebagai perbuatan yang salah dan tidak boleh diterima sama-sekali.

Mahathir juga melihat isu mengenai 1MDB  yang masih berlarutan dan hal-hal berkaitan Rosmah Mansor akan terus menjadi aspek yang akan menyebabkan rakyat menolak BN dan kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang kerana ia sudah sampai ke peringkat yang tidak boleh diterima umum lagi.

Pandangan kritikal Mahathir hampir tidak berbeza dengan apa yang ditulisnya dalam dalam blog Chedet hari ini yang mengkritik kekayaan keluarga Perdana Menteri dan serangannya yang lebih keras dalam isu-isu berkaitan 1MDB.

Oleh itu, berdasarkan pertemuan saya dengan Mahathir selama hampir sejam petang semalam, saya melihat apa yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri itu dalam blognya hari ini adalah  cetusan naluri dan pendirian sebenarnya yang kekal tidak menyokong kepimpinan Najib.

Dalam pada itu, memandangkan banyak perkara yang disentuh oleh Mahathir dalam pertemuan petang semalam adalah selari dengan objektif buku baru yang bakal saya terbitkan tidak lagi, saya juga bercadang untuk memuatkannya dalam buku tersebut bagi memantapkan lagi kandungan serta pengisiannya.

Jadi, bersabarlah menunggu buku baru itu nanti. ( SH 13/03/2015 )

Saya bergambar kenang-kenangan dengan Mahathir...

Mahathir tenang tapi berterus-terang dalam setiap jawapannya...

9 comments:

  1. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lepas-posting-kritik-1mdb-blog-dr-mahathir-kini-tidak-boleh-diakses

    ReplyDelete
    Replies
    1. INFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.
      orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan AKI hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si tuyul akan bertugas mencuri uang/perhiasan, tuyul ini sangat setia dengan majikannya. Berapa harganya..?? khusus untuk tuyul biasa AKI DARMO harga yaitu 15 JUTA, dan jangan Khwatir, karena ada sistem ngontrak, Hanya 5Jt/ tahun, dan Bisa menghasilkan uang sekitar 20jt/Hari. Tuyul Mesir pintar sama seperti tuyul lainnya, tetapi terdapat perbedaan yaitu Memiliki Pakean yang Bagus dan topi yang kayak seperti Jin dan Jun, atau Tuyul dan AKI Tuyul ,selain itu Tuyul Mesir dapat berlari lebih kencang daripada tuyul biasa, lebih pintar mencuri uang/perhiasan, oleh karena itu disebut tuyul spesial, kenapa begitu..?? karena banyak Paranormal atau para ahli hikmah mengakui sulit untuk menangkap TUYUL MESIR karena lari'nya cepat seperti kilat, hanya segelintir dukun sakti saja yang bisa menangkapnya, itupun harus menggunakan ilmu khusus yang sudah sangat langkah.
      SISTEM KONTRAK DARI KAMI :
      1.SISTEM KONTRAK TUYUL BIASA : Rp 15Jt DALAM WAKTU1
      TAHUN
      SISTEM KONTRAK TUYUL SPESIAL:Rp 25 Jt DALAM WAKTU 1 TAHUN
      &PENGHASILAN BISA MENCAPAI ATAU BAHKAN LEBIH 20Jt DALAM 1 HARI.
      2 SISTEM BELI: HARGA 15,JUTA
      HANYA SEHARGA 1,7 MILIAR
      Anda dapat memesan tuyul biasa atau tuyul MESIR silahkan
      TLP :
      082-310-142-255
      (AKI DARMO
      anda juga biasa dapatkan angka goib yang akurat tembus 100%dan pasti jebol.
      info selengkapnya silahkan ANDA Hub:BELIAU ATAU MEMINTA ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D,


      Delete
  2. Abg non tak p jumpa ka budin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg non dah tak berguna lagi..

      Delete
  3. pasai tantoya tak tanya ka wahai penulis yang menulis
    patut kena tanya jugak apa pendapat dia tengok macam mana matde ni jawap
    tak pernah dengar matde cakap pasai tantoya kenapa ?
    pelik jugak komen pasai benda lain bersemangat
    kaki belit jugak. tumbuk diri sendiri jangan lupa
    tak ikut cakap dia mana dia nak sokong biasa la manusia

    ReplyDelete
  4. Anon 1912 dan 1914 adalah org yg sama. Dia butthurt dgn kau Budin. Macai BN gitula.. mananya ada lagi yg cerdik? Sumer dah blah dari BN dah. Tinggal la yg bengong2 belaka.

    Nak masuk PR, tapi tak cerdik dan bodo piang. Elok la sokong BN pun. Mmg sesuwai..

    Aku pun kesian..tapi dah jenis tolol dan x boleh ditolong.

    ReplyDelete
  5. Saudara Shabudin,
    Najib and the gang skrg dh jadi GST = Geng Serang Tun (Mahathir)

    ReplyDelete
  6. Ai....Yyaa aa ,En Budin ,lu lapat jumpa Mahathir , Wa manyak lespect itu Mahathir tapi Wa sayang itu Uncle Lim .

    ReplyDelete
  7. tidak ada bukti terus tuduh itu orang yang sama
    kesian mamat ni yang nampak bodo tapi rasa pandai
    tuduh tanpa bukti main agak agak saja lagi bodo
    tak tau nak komen tapi nak komeng (ugama dia ajar macam tu kut)
    gitula matdo 14 March 2015 at 09:07

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...