Tuesday 17 February 2015

Tawaran TPM - Najib Perlu Segera Beri Penjelasan Sebab Muhyiddin Pun Nak Tahu Juga


Selepas Nurul Izzah membuka rahsia bahawa Perdana Menteri, Najib Razak pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas PRU 13 lalu, kini Rafizi Ramli yang merupakan pemimpin kanan PKR pula tampil mengesahkan kebenarannya.

Beliau yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, beserta tawaran itu juga ialah empat jawatan menteri turut ditawarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen PKR dengan syarat parti itu perlu memutuskan hubungan dengan Pas dan DAP.

Katanya lagi, perkara itu telah dibawa oleh Anwar dalam mesyuarat PKR tetapi mereka menolaknya kerana berpendapat jika perpaduan nasional ingin dibentuk, ia mestilah melibatkan sama Pas dan DAP kerana kedua-dua parti itu turut menyumbang kejayaan kepada PR meraih 52 peratus undi popular daripada rakyat dalam PRU 13 lalu.

Sebelum ini apabila Nurul Izzah buat pertama kali bercakap mengenai tawaran itu, dua menteri UMNO iaitu Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin segera tampil menafikannya.

Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan tawaran kepada Anwar yang empat kali berturut-turut kalah dalam pilihanraya umum, sambil meminta Nurul Izzah mengawal dirinya daripada terlalu "berdrama".

KJ pula mempertikaikan kenapa isu tawaran ini hanya didedahkan setelah dua tahun berlalu serta dalam masa yang sama mengatakan tawaran itu tidak memberi manfaat kerana Najib dan BN sudah pun cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

Secara logiknya, apabila Rafizi mengesahkan kebenaran tawaran itu dan mengatakan ianya turut dibincangkan dalam mesyuarat PKR, ia tentulah sesuatu yang benar dan boleh dipercayai.

Ini kerana tidak mungkin Anwar membawa isu tersebut dalam mesyuarat PKR jika tiada tawaran atau beliau sekadar mereka-reka cerita saja. Sudah tentu juga Pas dan DAP tidak tahu menahu mengenai tawaran itu kerana ia hanya khusus dibuat kepada Anwar dan PKR saja.

Walaupun Abdul Rahman Dahlan mengatakannya sebagai drama dan KJ pula mendakwa tawaran itu tidak memberi manfaat kepada BN dan Najib, hakikatnya logiknya tawaran itu memang boleh diterima.

Ini berdasarkan bahawa dalam PRU 13 lalu, BN hanya menang 133 kerusi Parlimen saja daripada 222 kerusi keseluruhannya. Pencapaian Najib dalam pilihanraya yang pertama kali diketuainya bukan saja gagal mencapai majoriti dua pertiga, malah lebih merosot daripada pencapaian 140 kerusi pada pilihanraya 2008.

Jika diimbau, salah satu teriakan kuat Najib dalam kempen PRU 13 lalu ialah keyakinannya untuk memenangi semula majoriti dua pertiga iaitu sekurang-kurangnya 148 kerusi Parlimen.

Malangnya, di sebalik dua pertiga yang diteriak dan digegak-gempitakan ke seluruh negara, di samping bajet besar dilimpahkan dalam pilihanraya itu, pencapaian yang mampu diraih BN hanyalah 133 kerusi saja.

Ia sudah tentu mengundang kecewa Najib. Lihat saja pada malam keputusan itu diumumkan bagaimana Najib begitu kecewa dan meluahkan kekecewaannya kepada pengundi Cina dengan mengatakan keputusan pilihanraya itu menggambarkan berlakunya "tsunami Cina".

Hanya dengan membawa PKR bersama saja dapatkan menjadikan matlamat dua pertiga itu suatu realiti. Jika dicampur BN yang mempunyai 133 kerusi dengan PKR yang ada 30 kerusi, senang-senang impian dua pertiga Najib itu dapat dicapai.

Sudah tentu dengan kerajaan yang ada majoriti dua pertiga, kedudukan Najib menjadi lebih kukuh. Mahathir Mohamad kukuh selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri kerana setiap kali pilihanraya beliau tidak pernah gagal memperolehi majoriti dua pertiga.

Pak Lah diturunkan tidak lama selepas pilihanraya 2008 ialah kerana gagal memperolehi majoriti dua pertiga sebagai salah satu puncanya. Sudah menjadi tradisi dalam UMNO, penanda aras kejayaan seseorang Perdana Menteri ialah majoriti dua pertiga.

Kalau KJ mengatakan tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana yang didedahkan oleh Nurul Izzah itu tidak bermanfaat kepada Najib, beliau barangkali belum cukup arif tentang tradisi dalam UMNO.

Najib sendiri jika mencapai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya lalu, pasti tidak muncul suara-suara yang memintanya berundur dan meletakkan jawatan sebagaimana sekarang.

Tetapi sementara semua ini menjadi bualan dan teka-teki ramai, Najib sebagai pihak yang didakwa membuat tawaran itu wajar segera tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Semua ingin tahu kebenarannya. Ahli UMNO ingin tahu benarkah tawaran itu pernah dibuat? Rakyat lagilah ingin tahu apakah kerana tawaran itu ditolak menjadi sebab Anwar menghuni penjara ketika ini?

Tentunya juga yang paling ingin tahu ialah Muhyiddin Yassin. Beliau mungkin tertanya-tanya, apakah jika Anwar menerima tawaran itu bermakna negara akan mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri atau beliau akan dicampakkan begitu saja?

Sudah hampir seminggu sejak Nurul Izzah mendedahkannya dan kini disahkan pula oleh Rafizi, Najib tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk memberi pencerahan mengenainya. (SH 17/02/2015)

6 comments:

  1. Orang yang dah berak tengah jalan,mana nak mengaku.Rahman Dahlan dan KJ ni budak hingusan umngok yang tak tau apa-apa,tapi berlagak macam pandai,walhal otak bangang tahap gaban.

    ReplyDelete
  2. Ko ni tak dak otak jugak yer budin..semua bnda ko nk percaya..mcm follower ko jer..mcm ko tak masak taktik pkr ni..mcm2 benda dia claim..16 september..50 januari..habuk tarak..tiba tiba jawatan tpm plak..apsal pkr tak claim nak lantik jd agung..kuasa tpm tu bwh lg drpd rosmah..brader ketum takkan nafsu setakat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi bro,kalu x dak angin masakan pokok bergoyang..
      politik umngok politik desperado...smua sondol asalkan dapat.
      Peduli apa macai mcm ko..

      Delete
  3. Laaaaa rupanya abg nuar ada hati nk jd tpm lg rupanya....pertemuan dalaman antara nuar ngan najib...ada bgtau pas ngan dap ke tak?rupanya pual pkr kaki belot rupanya...nasib baik nuar masuk penjara

    ReplyDelete
  4. Dual ekor berok melompat memuji bosnya sehat walau berat badan 100 kg

    ReplyDelete
  5. Raja Petra @ malaysia-today.net ada bagitau Anwar yg offer diri dia nak jadi TPM.

    What do you expect from the sodomite's daughter? And the jambu Rafizi is well known for telling tales.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...