Wednesday 25 February 2015

Mempertikai Petisyen Rayuan Anwar Samalah Seperti Menolak Kehadiran Agong


Ramai benar yang tidak senang dan gelabah bila Anwar Ibrahim akhirnya memutuskan untuk mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong atas hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya.

Kenapa marah dengan Anwar  yang berbuat demikian sedangkan ia adalah peruntukan yang dibenarkan dan menjadi sebahagian amalan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan?

Dua Ahli MT UMNO, Fuad Zarkashi dan Irmohizam Ibrahim seperti meroyan dan meraban tidak tentu arah apabila keluarga Anwar membuat kejutan di saat-saat akhir dengan mengemukakan petisyen itu petang semalam.

Fuad dilaporkan berkata, Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya hanya pesalah yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup saja yang memohon petisyen pengampunan.

Katanya, jika diampunkan oleh Agong, ia akan menjadi duluan yang buruk bagi pesalah rogol dan liwat yang lain. 

Beliau lalu berfantasi, "bayangkan selepas ini ramai pesalah rogol dan liwat akan memohon pengampunan daripada Agong."

Irmohizam pula berkata, permohonan petisyen itu menunjukkan Anwar telah mencemarkan sistem keadilan dan kehakiman di negara ini.

"Bagaimana seorang peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi "bad precedent" terutama kalau diampunkan oleh Agong," katanya.

Sekali imbas memanglah nampak hujah mereka seolah-olah betul dan boleh diterima, tetapi jika diperhalusi ia juga menunjukkan ketidakfahaman dan kelompongan mereka dalam memahami sistem kerajaan yang sedang  kita amalkan.

Mempertikaikan hak Anwar mengemukakan petisyen rayuan samalah seperti menolak apa yang dibenarkan dalam undang-undang dan Perlembagaan kerana ia adalah sebahagian daripada sistem kerajaan yang diamalkan sejak dulu lagi. 

Anwar bukannya melakukan sesuatu yang baru, bahkan selari dengan peruntukan undang-undang dan hak yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Agong.  Beliau diberikan hak untuk mengemukakan petisyen rayuan, bahkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh juga tidak dapat diisytiharkan kosong sehingga keputusan rayuan itu diketahui.

Sebelum Anwar juga sudah ramai yang memohon pengampunan, tidak kira atas kesalahan apa sekali pun dan sama ada diberi pengampunan atau sebaliknya ia adalah hak Agong memutuskannya.

Kenapa harus bimbang dan cuba mendahului Agong dengan mengatakan jika diampunkan akan menjadi duluan yang buruk serta mencemarkan sistem keadilan dan kehakiman? Bukankah ini cuba mencampuri tugas Agong?

Mengemukakan petisyen tidak semestinya akan diperkenankan oleh Agong dan ia menjadi hak baginda untuk memberi pengampunan atau sebaliknya, tetapi kenapa perlu bimbang jika  Anwar diberi pengampunan?

Kalau setakat jadi MT UMNO, Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen, janganlah merasakan diri seolah-olah lebih pandai dan bijak daripada Agong?

Dengan kedua-kedua pemimpin UMNO itu secara terbuka melahirkan kebimbangan jika Anwar diberi pengampunan, ia secara jelas menolak peranan dan keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Agong atau secara tersiratnya bermaksud menolak kewujudan Agong itu sendiri.

Adakah Fuad dan Irmohizam bermaksud mahu menghapuskan sistem rayuan tersebut? Atau adakah ia juga menandakan percubaan mereka untuk menolak sesuatu yang memang menjadi hak Agong atau secara halus bertujuan mengatakan pengampuan itu tidak perlu lagi?

Sesiapa pun yang didapati bersalah akan berusaha sedaya upaya untuk memohon pembebasan berdasarkan ruang yang ada, lebih-lebih lagi dalam kes Anwar yang menjadi pengetahuan umum banyak terdapat cacat-celanya. 

Adakah salah Anwar menggunakan saluran pengampunan itu sedangkan ia dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan?

Tidakkah dengan mengatakan bahawa mengemukakan petisyen rayuan sebagai mencemarkan sistem keadilan dan kehakiman adalah juga seperti menolak kewujudan Agong sebagai ketua negara?

Kalau mahu dikira menghasut, inilah sebenarnya penghasut paling besar sekali salah dan dosanya. (SH 25/02/2015)

13 comments:

  1. La la la la.....

    ReplyDelete
  2. Anwar buat petisen kepada Agong atas dasar dia di zalimi....mangkok 2 orang tu kena baca dan faham apa yang dikemukakan olih anak anak Anwar......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau panggil "mangkok", masih boleh paham lagi ke?

      Delete
  3. Ingatkan penjahat dah mati. Rupanya kawan kawan dia cuba nak hidupkan dia balik. Macam komik raja rimba la pulak.

    ReplyDelete
  4. duluan bagi kes tu tak mau sebut ke
    puak ni ingat orang lupa kesah kesah depa

    ReplyDelete
  5. Baru mohon petisyen, macai dah menggelabah. Belum lagi keluar penjara.

    ReplyDelete
  6. Dsai sbnrnya terpaksa.... Sbb kematian tgna....

    ReplyDelete
  7. daim dah senyap bila dsai dipenjara.apa macam ni...klu tak berbuih mulut dia ketuk najib pasal rakyat...dsai dah dipenjara dia tak peduli pun pasal nasib rakyat....ini balaci2 meroyan x tentu pasal...dah mcm shafei plak..kahkahakkah

    ReplyDelete
  8. Skg baru sedar kehadiran Agong, sebelum ni kalau Pakatan Syaitan mengambil alih Kerajaan, Institusi Beraja akan dihapuskan, nak buat Malaysia sebuah negara Republik.. Langkah pertama Puak2 Pakatan menukar Bendera Malaysia.. Inikah yang dikatakan Adil.. Semua ni kerana Anwar Ibrahim Pengkianat kepada Agama Bangsa dan Negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar Ibrahim tak tahan nak Berjubor sbb tu tak tahan duduk kat dalam Penjara, sibuk nak mohon Pengampunan, terpaksa menjilat ludah dia sendiri..

      Delete
    2. Anwar difitnah. Saiful patut masuk penjara kerana buat fitnah.

      Delete
  9. irmohizam ni dulu bertanding kawasan Puchong... xbleh gi jauh lari k.selangor.. kpg tok aku lak tu...

    ReplyDelete
  10. Budin.

    Rayuan yg wajar bagi Anwar ialah mempertahankan hak individu untuk meliwat suka sama suka. Nanti bolehlah, contohnya, Anwar meliwat Bidin tanpa menjadi isu jika Bidin sudah setuju.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...