Wednesday 11 February 2015

Tiga Kes Di Era Najib Yang Menjadikan Api Lebih Membakar Dalam Sekam


Walaupun barangkali ada yang terlalu gembira dengan perginya Anwar Ibrahim ke penjara, termasuk ada yang berura-ura mahu bersedekah pisang di masjid pada Jumaat ini, realitinya hukuman itu lebih merugikan Najib Razak yang masih tersembam dalam persepsi buruk di mata rakyat ketika ini.

Selain beberapa pihak luar seperti  AS, Australia dan Kesatuan Eropah, Pejabat Hak Asasi PBB dan Ikhwanul Muslimin yang nyata tidak gembira dengan hukuman tersebut, kesedihan rakyat dalam negara yang bercampur simpati dengan hukuman itu juga sudah boleh dirasai di mana-mana.

Kesedihan dan simpati rakyat ini walaupun tidak diluahkan secara terbuka sebagaimana kali pertama Anwar dihantar ke penjara dulu, namun mereka seolah-olah sedang memendamnya dalam perasaan dan hanya menunggu tarikh pilihanraya akan datang untuk meluahkan segala-galanya.

Untuk itu, janganlah terlalu bergembira dengan hukuman yang diterima Anwar dan boleh jadi pisang yang mahu disedekahkan itu adalah juga untuk meraikan sebuah kejatuhan yang lain di masa akan datang.

Sementara Anwar sekali lagi bertegas dalam ucapannya di mahkamah semalam bahawa beliau tetap tidak bersalah dan kejadian itu tidak pernah berlaku, yang lebih membimbangkan rakyat kebanyakan waktu ini ialah semua keraguan yang ditimbulkan sepanjang perbicaraan telah ditolak sama-sekali.

Dengan itu, walaupun ada yang berhujah bahawa perbicaraan ini telah berlangsung hampir tujuh tahun serta berlaku 70 kali penangguhan dan ini bermakna aspek keadilan tidak seharusnya berbangkit lagi, tetapi yang nyata di mata rakyat semua keraguan yang ditimbulkan semasa  perbicaraan telah ditolak sama-sekali.

Keadilan yang seperti tidak tertegak sepenuhnya dalam kes Anwar ini juga segera mengingatkan rakyat kepada dua kes mahkamah lain yang berlaku sepanjang era pentadbiran Najib sebelum ini iaitu Razak Baginda yang dituduh bersuhabat dalam pembunuhan Altantuya dan Azilah Hadri serta Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh model atau penterjemah kelahiran Mongolia itu.

Dalam kes Razak, beliau telah didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan kesnya tidak dirayu langsung ke mahkamah yang lebih tinggi. Anwar juga bebas di peringkat Mahkamah Tinggi tetapi kesnya segera dirayu.

Jelas ada perbezaan di sini dan oleh kerana tiada rayuan dilakukan, Razak Baginda kini telah bebas daripada segala tuduhan dan sebarang kaitan dalam pembunuhan Altantuya itu.

Tetapi Azilah dan Sirul terus dibicarakan dan akhirnya telah didapati bersalah membunuh Altantuya serta dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, walaupun tiada motif dapat dikaitkan mengapa mereka melakukannya. Mahkamah juga kemudian mengatakan, motif adalah tidak penting.

Barangkali inilah satu-satunya kes pembunuhan di mana motif tidak dianggap penting oleh mahkamah, tetapi pesalah tetap dijatuhkan hukuman mati.

Ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini,  hanya Azilah yang hadir manakala Sirul telah melarikan diri ke Australia dah sehingga ini masih ditahan di negara tersebut.

Ketiga-ketiga kes ini memberi impak yang besar kepada pentadbiran Najib dari segi keyakinan rakyat mengenai keadilan dan kesederhanaan yang sering dilaung-laungkannya.

Razak Baginda didapati bebas dan kesnya langsung tidak dirayu. Azilah dan Sirul, walaupun tiada motif, tetap didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Anwar pula, di sebalik semua rentetan keraguan yang ditimbulkan dalam mahkamah dan didedahkan secara meluas di media-media, akhirnya didapati bersalah dan dihukum lima tahun penjara.

Meneliti ketiga-tiga kes tersebut, sama ada seseorang itu berfikir "di dalam kotak", "di luar kotak" atau "dari sisi kotak"  sekali pun, pastinya tidak dapat mengelak daripada beranggapan atau merasakan adanya perbezaan ketara bagaimana apa yang dikatakan keadilan itu berjalan di era Najib ini.

Tentulah hanya mereka yang "tiada kotak"  saja yang sanggup mengakui sebaliknya serta memuji-memuji kesederhanaan dan keadilan yang cuba dibawa dalam pentadbiran Najib ini.

Semua ini, secara diam dan perlahan-lahan, sebenarnya sedang marak umpama api dalam sekam di hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk meruntuhkan segala-galanya. (SH 11/02/2015)

39 comments:

  1. Najib dan juak juaknya tidak belajar ke dari peristiwa2 yang berlaku sepanjang 2014 yg lalu?kenapa suka sangat menganiaya orang?sama sama lah kita tunggu bala ALLAH yang mungkin lebih banyak lagi akan berlaku di tahun 2015 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Bala diturunkan di Bumi Malaysia ni pun kerana Anwar Ibrahim yang mencetus Budaya Liwat, mempersendakan Islam dgn memperjuangkan LGBT..

      Delete
    2. Anon 18.27

      Mengucap dan beristigfarlah banyak-banyak sebelum menulis. Cukuplah makan hasil haram dari pekerjaan menfitnah dan menipu daya. Janji Allah daging yang tumbuh dari hasil yang haram hanya neraka jahanam tempatnya. Tiada sadaqah jariah dapat mensucikannya. Kalau dah biasa membakar diri dengan api dunia saudara/i boleh terus dengan pekerjaan ini dan memakan hasilnya

      Delete
    3. Ya Lah saya setuju bro.tak brani nak mengiyakan takut hukum Allah.

      Delete
    4. Saya tak pernah percaya pada mahkamah malaysia sejak Mahadet memecat ketua hakim negara Tun saleh Abbas.Seperti kata Zul Nordin, mahadet ni dialah raja, dialah hakim ,dialah polis.Tanya Zul Nordin mesti dia tak berbohong.tape ceramahnya sangat banyak di jual diceramah-ceramah politik 1998.

      Delete
    5. Juga tanya Zulkifli Nordin, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.. Dulu Zulkifli Nordin adalah org kanan AnuWar dan Peguam bela AnuWar... Skg kenapa Zulkifli Nordin dah belah.

      Delete
  2. Anon 16.09

    Najib Razak dan tenteranya tidak perduli dengan bencana-bencana Allah di dunia, khususnya di Malaysia kerana mereka tidak sedikitpon terimpak darinya. Banjir di pantai timur, Sabah & Sarawak mengurangkan keghairahan Najib Razak terbang ke seantaro dunia? Tidak. Kejatuhan nilai Ringgit mengurangkan kegilaan Rosmah membeli belah? Tidak. Kelemahan ekonomi negara yang menjadikan Malaysia hilang daya saing dan pasaran paling tidak attractive di kalangan negara ASEAN memberi kesan para Menteri & penuhsihat ekonomi Putrajaya? Tidak. Bala maksiat, jenayah dan fitnah yang berleluasa mengurangkan kegembiraan & kesombronoan pegawai kerajaan yang berkaitan? Tidak. Mereka tidak perduli. Mereka hanya faham uwang mampu menyelamatkan mereka di dunia dan menebus dosa-dosa ketidak-amanahan mereka di hadapan Allah azza wajalla. Untuk itu bersama-samalah kita berdoa semoga Allah bersegera mencelakakan hanya mereka & menyelamatkan kita dari kemarahanNya mudahan menjadi pengajaran maha hebat kepada yang lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bala yg Allah turunkan ada hubung kait dgn Budaya Liwat Anwar Ibrahim, Banjir Besar di Kelantan hingga merebak ke tempat lain di sebab ada Pemimpin Pembangkang yg mempersendakan hukum Hudud, mempersendakan Kalimah Allah yg di cetus olih Anwar Ibrahim adalah Bala yg amat Besar.

      Delete
    2. Mengucap dan beristigfarlah banyak-banyak sebelum menulis. Cukuplah makan hasil haram dari pekerjaan menfitnah dan menipu daya. Janji Allah daging yang tumbuh dari hasil yang haram hanya neraka jahanam tempatnya. Tiada sadaqah jariah dapat mensucikannya. Kalau dah biasa membakar diri dengan api dunia saudara/i boleh terus dengan pekerjaan ini dan memakan hasilnya

      Delete
    3. Bala yg turun kerana bom Atantuya kot!

      Delete
    4. Anom 1856 ni bangsa bangang cakap guna pala lutut.

      Delete
  3. Di rumah saya mempunyai 11 pengundi berdaftar, saya dan isteri, 5 anak dan 4 menantu, akan beralih 'pangkah' dlm PRU akan dating, INshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun berjanji tak akan mengundi Pakatan sampai bila2 pun.. Pakatan Pembangkang menghancurkan Institusi Agama Bangsa dan Negara..

      Delete
    2. Ya ke?Guna otak bila komen.dulu aku sokong bnPru13.lps ni slps beberapa peristiwa dimsia yg pasti tak kira parti cap apa pun aku sokong asal bkn BN.cukup2la kena kencing.

      Delete
    3. Hebat u... Kita ubah....jgn biar terus parah.... Sedikit demi sedikit akan di pajak....di cagar hasil mahsul kepunyaan rakyat..... Fikir fikirkan lah......!!!!!

      Delete
  4. Gara gara liwat Anwar aku derita kini, Hidup ku musnah. Dara ku hilang ditusuk dia. Simpatilah aku. Lawyer aku telah membuktikan betapa aku perlu dikasihani dan dibela. Kini hidupo ku kais pagi makan pagi. Mohon rakyat Malaysia bela aku yang teraniaya oleh Anwar. BAdan ku kian kurus kering kerana mu Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pun dah tahu Anwar Ibrahim tu kaki Liwat, yang kau tunggeng bagi dia Liwat tu pasal apa.. dah kena dah Penyangak Liwat Penyamun..

      Delete
    2. ...aikkkk...kan kau dah jumpa Najib dan telah diberi bayaran untuk menuduh Anwar meliwat kau. Itulah kerana fitnah, hidup sengsara walaupun duit banyak.

      Munkin bolih mintak Najib boh kau calun Permatang Pauh. Ckp ngan dia, Bos tugas sudah selesai dan Anwar telah dipenjara...mana fulussss yg dijanji.

      Delete
  5. Ya,utk pru 14 kami sekeluarga buat pertama kali tidak akan pangkah BN Najib.Guna akal yg dikurniakan oleh Allah dlm kes Anwar.walaupun tak suka beliau tp bab org tua liwat org Muda mmg tak masuk aka.dan byk hujah2 prmbela tidak dipertimbangkan dari day 1.Ya Allah kami tak sanggup mengiyakan kes liwat ni.Mengaibkan sesama insan bkn budaya keluarga kami.cukupla.Semoga Allah membalas hukuman yg setimpal kpd mereka di dunia dan akhirat.pilihan kami slps INI bkn utk BN!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin...Ya Rabal Allamin. Semuga doa kau diperkenankan olih Allah supaya kebenaran terselah.

      Satu lagi 3 doctor HBKL bagi keterangan untuk pendakwaan bahawa pemereksaan mereka mendapati tiada kesan 'penile penetration'. Dlam bahasa kasar, tiada kesan kemasukan kepala butuh dlm dubur Siful. Ini bagi tahu keluarga kau juga ya....ya...

      Satu lagi Siful bagi tahu mahkamah, dia tidak mandi dan berak selama 3 hari nak simpan dan peram air mani. Kalau tak de kesan kemasukan butuh, macam mana air mani ada dlm dubur dia. Pelik tak? Ajaib tak?

      Delete
    2. Kau cuma dgr ceta org je, kita ada undang2, dan hukuman sudah pun dijatuhkan mendapati Anwar Ibrahim bersalah... Terima jelah.

      Delete
    3. 70 x di auta...di pinda di menipukan.... Bukti di sembunyi di tukar byk laa jk nk di ulas.... Rasanya lbh baik u bt semakkan sendiri.

      Delete
  6. Yaa...tunggu saja harinya nanti...pasti tiba...lagi 3 tahun saja nak mengundi lagi ni...siap lah kau Najib & BN...

    ReplyDelete
  7. Jom sokong petisyen demi Anwar Ibrahim dan Keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Malaysia sudah terlalu caca marba di bawah regim UMNO BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. saya dah join petisyen tu. Kawan kawan boleh share link http://wh.gov/ib24X di facebook, twitter, email dan macam2 cara lagi. Save Anwar Save Malaysia

      Delete
  8. Sokongan yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim sebelum ini adalah simpati semata-mata. Adakah rakyat betul-betul inginkan seorang yang mempunyai masalah moral untuk dijadikan pemimpin negara? Sanggupkah rakyat Malaysia untuk melihat negara digadaikan oleh seseorang yang hanya gila kuasa? Sering kali mendengar juga ceramah-ceramah oleh pihak pembangkang, tetapi dengan gaya dan tonasi suara sememangnya dapat mempengaruh si pendengar (walaupun hanya sandiwara semata-mata). Kita perlu bersifat rasional semasa menentukan masa depan negara. Jangan mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...mana kau tahu dia ada masalah moral? Kau dengar cakap Utusan Msia dan cakap Umno...memang lah penyagak dan perompak duit Negara ni tuduh Anwat tak bermoral.

      Kalau dia tak bermoral, mengapa pakar2 dan sarjana2 Islam luar Negara sering mengundang dia untuk berceramah tentang islam. Kau ingat dlm zaman internet ni, Syaik Qardawi tak tahu apa berlaku diMsia ni. Adake dia jemput Najib atau mana2 pemimpin Umno untuk beri syarahan perdana dlm bab agama.

      Itulah terlalu taksub dengan Utusan Msia dan TV1,2 dan 3...tak reti nak berfikir dan menuduh orang tiada masalah moral.

      Yang Najib pi enjut Altantuya dan Altantuya dibunuh..kau tak kisah pulak. Pi lah baca New York Times tentang kekayaaan najib dan keborosan 'suami' dia. Jgn asyik baca Utusan Msia shj.

      Delete
    2. Anon 18.56

      Mengucap dan beristigfarlah banyak-banyak sebelum menulis. Cukuplah makan hasil haram dari pekerjaan menfitnah dan menipu daya. Janji Allah daging yang tumbuh dari hasil yang haram hanya neraka jahanam tempatnya. Tiada sadaqah jariah dapat mensucikannya. Kalau dah biasa membakar diri dengan api dunia saudara/i boleh terus dengan pekerjaan ini dan memakan hasilnya

      Delete
    3. Inilah pemikiran sesetengah Penyokong tegar Anwar yang tidak berfikiran secara rasional. Mereka ini tidak sanggup menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim memang seorang yang mempunyai keruntuhan moral yang serius. Bukan senang untuk menuduh seseorang, lebih-lebih lagi seseorang yang berpengaruh kuat! Fikir-fikirkan lah wahai insan mulia.

      Delete
  9. Kerana bersifat rational la kita perlu bertindak utk masa depan negara kita yg dah nampak carca marba.walaupun saya tak pernah dgr ceramah dsai tapi kita ada akal utk berfikir secara kritikal yg mana satu nyata atau fitnah.cukup2la ....dah nak muntah lihat ulangan drama dgn plot yg srrabut.

    ReplyDelete
  10. ini bukan soal liwat lagi
    ini soal sistem yang dah lama
    tukar terus tukar setiap kali pru sampai menang
    asalkan bukan bn

    ReplyDelete
  11. Banyak terdapat diUSA dan UK kes2 'wrongfully convicted' iaitu mahkamah menthabitkan orang yang dituduh walaupun orang itu tidak melakukan kesalahan yang dituduh spt kes Anwar ini.

    Berdasarkan keterangan mahkamah, memang jelas tiada liwat berlaku. Ini berdasarkan keterangan 3 doctor HBKL: yg mendapati tiada kesan tusukan didubur Siful.

    Dalam dubur Siful pulak terdapat DNA yg dikatakan kepunyaan Anwar dan 2 orang laki laki2 yg tak dikenali. Pada pendapat aku, DNA2 ni tak di implant dlm dubur Siful melali plastic injector. Itu sebab Siful mengadu kesakitan dubur kpd doctor Pushrawi dengan mengatakan dubur dia telah ditusuk olih satu 'plastic object'.

    Aku percaya DNA orang yg tak dikenali tu mestilah kepunyaan orang yang menolong Siful dlam memasukkan DNA Anwar. Mamak Shafee pula cakap DNA tu masuk bila Siful berak diatas jamban. Cerita kartun.

    Anwar bolih dibebaskan sekiranya Siful atau bapanya mengeluarkan kenyataan yg benar iaitu pendakwaan ini adalah political conspiracy. Berdoalah supaya Siful atau bapanya atau orang2 yg tahu cerita sebenar digerakkan olih Allah SWT untuk bercerita perkara yg benar.

    ReplyDelete
  12. Aku sangat kenal dengan Anwar.yang aku tahu madet,daim adalah kepala konspirator terhadap anwar.tapi aku tak kisah kerana, daim dan madet juga akan masuk penjara selepas ini. umur mereka meningkat kerana rakyat nak tengok dua penyamun ni masuk lokap.ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memang marah dengan 5 org Hakim yg menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Anwar Ibrahim, memang tk patut.. Sepatutnya 13 tahun penjara kepada Anwar Ibrahim, sbb kes Liwat ni tertangguh selama 7 tahun. kalau penjara 13 tahun berenti Anwar Ibrahim keluar penjara nanti berumur 80 tahun, umur yang sesuai jadi PM kepada rakyat malaysia...

      Delete
    2. Anwar oh Anwar...sepatutnya kau kena marah Mat Sabu sbb Mat Sabulah org pertama bagi gelaran Al Juburi semasa kau jadi Tim.Perdana Menteri..tapi itu dulu semasa kau seronok dgn gejala Liwat.. Sepandai2 tupai melompat akhirnya Jatuh ketanah, dah ramai yg kau Liwat tetapi mangsa kau yg bernama Saiful kau kurang bernasib baik..

      Delete
    3. Tahniah kepada Saiful kerana berjaya mengheret Bapa segala Syaitan kemuka Penggadilan..

      Delete
  13. Tahniah kerana bontot dia ada harga!!

    ReplyDelete
  14. PETITION PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM. SOKONGILAH KEMPEN INI. TEKANAN PERLU DIBERI KEATAS REGIM UMNO BN AGAR KEADILAN DAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG NEGARA TIDAK LAGI BOLEH DIPERMAINKAN GOLONGAN HALOBA, RAKUS DAN TAMAK YANG BERNAWAITUKAN TEMBOLOK, PERUT DAN DIBAWAH PUSAT. SEBARKAN LINK http://wh.gov/ib24X INI MELALUI LAMAN MEDIA SOSIAL ANDA !

    ReplyDelete
  15. Ulama dunia PG pun hadir dan merestui perkahwinan Saiful. Ini bukti Saiful dipihak benar !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...