Saturday 28 February 2015

Kesian...Tak Habis-Habis Najib Kena Tolak!!

Ketika majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol) dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi viral di media-media sosial.

Rosmah dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu kenamaan daripada seluruh dunia itu.

Tetapi dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi.  Ketika harta peninggalan Tun Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan bersama menolak tanggapan sedemikian.

Mereka menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan adalah tidak wajar sama sekali.

Setelah ditolak (disenggol) oleh isterinya, Najib ditolak pula oleh keempat-empat adik-beradiknya.

Pada Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3 bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju dengannya.

Jika berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi oleh kerajaan sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri kabinet terhadap Najib sendiri.

Ini kerana 1MDB adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib dan menjadi anak emasnya selama ini. Syarikat itu diletakkan dibawah Kementerian Kewangan di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan, selain sebagai Perdana Menteri.

Penolakan ini sebenarnya amat memalukan Najib kerana beliau seolah-olah sudah ditolak dan tidak dipercayai lagi oleh menteri-menteri kabinet yang dilantiknya sendiri.

Jika di negara lain atau Najib seorang pemimpin yang bermaruah dan berintergriti, episod penolakan oleh ahli-ahli kabinet ini seharusnya menyebabkan beliau berasa malu untuk terus mengempuki kerusi Perdana Menteri yang didudukinya sekarang.

Semalam pula, kajian oleh Merdeka Center mendapati penolakan rakyat semakin tinggi terhadap kepimpinan Najib dengan hanya tinggal 44 peratus saja lagi berbanding 48 peratus sebelum ini.

Setelah ditolak (disenggol) isteri, ditolak oleh adik-beradik dan ditolak oleh menteri-menteri kabinet, Najib juga ditolak oleh majoriti rakyat yang makin tidak berselera dengan kepimpinannya.

Maknanya, dalam waktu terdekat ini sudah ada empat kes penolakan diterimanya.

Jika mengikut kepercayaan orang Cina pula, angka 4 bermakna "mati". Dalam episod kena tolak ini, Najib telah disasar tiga kali dengan angka 4 iaitu oleh empat adik-adik beradiknya, penolakan rakyat yang menjadikan sokongannya hanya tinggal 44 peratus dan empat kes penolakan dalam waktu terdekat ini.

Seorang rakan Cina berkata, ia dengan itu bermaksud "mati-mati" atau akan "mati"  dengan perlahan-lahan.

Kesian Najib...tak habis-habis kena tolak. Mungkinkah "matinya" juga sudah semakin hampir? (SH 27/02/2015)

12 comments:

  1. Mati dan Mampus nya akan Menyelamatkan 1 Malaysia(empat kali 'M' ertinya negara akan selamat)...

    ReplyDelete
  2. Biarlah najib mampos.dia pemimpin paling bangang dalam malaysia.dahlah bangang,takut pada bini pula.eloklah dia berambus.memalukan umat saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahah..i like it...hahahahahaha

      Delete
  3. Macai prepaid tak komen-komen lg? Tak keje ke ari ni? Tapi tak kira apa pun topik blog, depa akan komen dan kutuk penghuni Sg Buloh.

    ReplyDelete
  4. Melalaklah kau sorang,bukan tak tau tigax komen datang dari sorang.....BYE..BYE..BYE.

    ReplyDelete
  5. komen ke 4 tu menjadikan empat yg ke lima hi hik

    #Airmatabuaya

    ReplyDelete
  6. apa nak jadi oh tanah air ku..malaysia

    ReplyDelete
  7. Jangan risau Najib. Kalau semua orang dah tolak anda, saya yakin liang lahad always welcome you. Insyallah liang lahad tidak akan menolak anda. Jangan gundah gulana kerana ditolak sana sini. Tapi bersyukurlah selagi liang lahad tidak menolak anda. Berpada padalah dan jangan ulangi kesilapan Kamal Atartuk, jasad ditolak bumi. Jadi jika tidak mahu anda juga ditolak liang lahad dan bumi, kesempatan yang masih ada ini gunakanlah untuk perbetulkan apa yang tidak betul. Kembalilah kepada suruhan Pencipta alam semesta ini. Darjat anda selaku PM Malaysia terlalu kerdil berbanding dengan keagungan Allah Yang Maha Besar. Sebaik mana anda merencana untuk mengukuhkan kuasa, kuasa Dia tak mampu untuk anda sanggah. Apa yang anda lalui hari ini adalah "sign" untuk anda bermuhasabah diri dan mengkoreksi diri,

    ReplyDelete
  8. biarla kena tolak kat dunya jangan sampai diakhirat nanti kena pulak tolak oleh malaikat ke dalam neraka
    setiap hari kita menghampiri

    ReplyDelete
  9. Kalau ditolak,sape ganti bro...????

    Aku dah tak sabor ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...