Tuesday 10 February 2015

Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat?


Setelah muktamad hukuman penjara lima tahun dijatuhkan keatas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan hari ini, kesedihan rakyat hampir dapat dirasai di mana-mana.

Jika sebelum ini, ramai seperti tak kisah mengenainya, barangkali kerana yakin beliau akan dibebaskan, tetapi suasana perbualan amat berbeza sekali selepas hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah cawangan bank yang dipunyai oleh adik Najib Razak, beberapa kakitangannya turut meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya. Mereka terbuka tumpang kasihan dan menyatakan tidak wajar hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah kedai buku yang terkenal di ibukota, hukuman yang diterima Anwar turut menjadi perbualan ramai dan rata-rata tidak menyangka hukuman itu bakal diterima oleh Anwar.

Di sebuah jabatan kerajaan pula, ramai kakitangannya menyatakan rasa sedih yang sama. Ketika berkunjung ke sebuah cafe kemudiannya, tajuk perbualan juga tertumpu kepada hukuman lima tahun penjara itu.

Adalah dipercayai, sejak tengahari tadi, meskipun ada kelompok lain bergembira dengan hukuman keatas Anwar itu, tetapi secara umumnya rakyat dan pengundi biasa di mana juga berkongsi perasaan yang sama.

Luahan rasa sedih dan kasihan atas nasib yang diterima oleh Anwar dan penanggungan oleh keluarganya boleh didengari hampir di mana saja. Kebanyakannya bukan saja menempelak Najib, UMNO dan kerajaan atas hukuman itu, bahkan seperti tidak ternampak tanda-tanda pemenjaraan Anwar menyebabkan kembalinya sokongan rakyat.

Meneliti sejak awal kes liwat ini yang terlalu banyak dicemari dengan unsur-unsur politik, ia akhirnya menutup tirainya dengan sesuatu yang bersifat politik juga.

Dengan dipenjara selama lima tahun, ia bukan saja menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang turut perlu diganti dengan calon lain, ia juga hampir menutup sama-sekali peluangnya untuk kembali aktif dalam politik.

Jika dalam PRU 14 akan datang beliau dijangka masih berada dalam penjara, tidak boleh bertanding selama lima tahun lagi selepas keluar penjara kerana sekatan undang-undang yang turut menyebabkan Anwar terlepas peluang bertanding dalam PRU 15 nanti.

Dengan usianya ketika ini 67 tahun, beliau hanya mungkin boleh bertanding semula dalam PRU 16 dan ketika itu usianya barangkali sudah tentu terlalu tua.

Dalam hal ini Najib dianggap berjaya "mengkafan" dan "menyemadikan"  karier dan cita-cita politik Anwar yang sebelum ini tidak berjaya dilakukan oleh Mahathir Mohamad apabila ketika era kepimpinan Pak Lah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada penjara kemudiannya.

Tetapi persoalan yang masih menjadi tanda-tanya ialah apakah dengan pemenjaraan Anwar yang kini mengetuai PR dan dianggap sebagai musuhnya, kedudukan Najib, UMNO dan BN akan bertambah kukuh selepas ini?

Adakah sokongan rakyat, terutama generasi muda akan berarak berbondong-bondong kepada BN atau menyebabkan kebangkitan serta penolakan lebih gagah lagi?

Bagaimana pula dengan kedudukan PR dan PKR, apakah bakal berpecah atau bertambah kukuh?

Apakah ungkapan Anwar sebelum ini bahawa jika beliau dipenjara, undi popular rakyat kepada PR akan meningkat daripada 52 peratus dalam pilihanraya lalu kepada 60 peratus benar-benar menjadi kenyataan?

Lebih penting dari itu, apakah dengan memenjarakan Anwar ini juga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sebelum ini sudah menarik balik sokongannya kepada Najib, akan kembali menyokong atau terus mengasak dengan lebih kuat lagi?

Jika kembali menyokong, adakah ini bermakna Mahathir sanggup melupakan penentangannya mengenai 1MDB dan BR1M yang menjadi antara asasnya menarik balik sokongan kepada Najib itu?

Jika Mahathir terus mengasak pula, bagaimanakah nasib Najib seterusnya? Siapakah yang akan menyelamatkannya? Mampukah beliau terus bertahan untuk melawan Mahathir bersama barisan kabinetnya yang ada sekarang? 

Atau adakah selepas ini Najib lebih mudah lagi disingkirkan oleh gerakan yang sudah dimulakan oleh Mahathir sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dahulu?

Sebenarnya begitu banyak persoalan mengenai "apa berlaku selepas ini" berikutan dengan hukuman penjara lima tahun yang diterima Anwar ini.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dan siapa Ketua Pembangkang yang baru akan menentukan sejauh mana kebangkitan rakyat dapat dilihat dalam menuju PRU 14, manakala pendirian Mahathir selepas ini pula akan menjadi kayu pengukur sejauh mana Najib masih boleh bertahan lagi dalam UMNO.

Walaupun  Anwar mungkin lebih "damai" dipenjara, Najib sebaliknya belum tentu "aman" juga. ( SH 10/02/2015).

49 comments:

  1. Keputusan ditulis. 1 hakim baca. Semua yang lain diam. Saya tunggu 5 kertas keputusan bertulis.

    ReplyDelete
  2. "Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat? "

    Kedudukan Najib takde kaitan dgn Anwar. Patut tanya adakah kedudukan Wan Azizah, Azmin & Rafizi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada mata kasar sememangnya Najib tidak ada kaitan dengan hukuman penjara yang diterima oleh Anwar tapi konspirasi liwat Anwar Saiful itu berkait dengan kerajaan BN dan Najib adalah ketua gerembolan itu.

      Apakah Anwar masuk penjara Najib boleh dapat sokongan padu dari rakyat yang menyokong politik pembangkang ?

      API DALAM SEKAM....

      Delete
    2. Anwar masuk penjara atau tak, Najib tidak pernah dapat sokongan dari rakyat yang menyokong pembangkang!

      Delete
    3. Wa manyak sukak ,sikalang itu DAP bolih jadi itu ketua pembangkang lor rr , lagi atak kuat maa aa.

      Delete
  3. Keterbukaan peluang Anwar Ibrahim di musim pilihanraya 12 dan 13 lalu adalah peluang keemasan untuk beliau menang menjadi PM. .
    Sementara DSN sudah pun PM Malaysia. DSN tidak mudah untuk diturunkan jika tiada alasan kukuh atau terdapat salah laku atau......!!
    Kehebatan seseorang adalah jika sudah pernah menduduki kerusi PM atau TPM. Allhyarham Tun Ghafar tidak menjadi PM tetapi dikira hebat atas karisma kepimpinan semasa menjadi TPM. Begitu juga mantan TPM Tun Musa Hitam.
    Sementara Anwar Ibrahim juga hebat sebagai mantan TPM tetapi telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membuktikan dii pilihanraya 12 & 13 bagi membolehkan PR melantik ketua pembangkang ni sebagai PM tetapi masih juga gagal.
    Sehubungan Anwar disabitkan dengan hukuman penjara adalah cerita peribadi yang kebetulan beliau adalah seoarang public figure yang sepatutnya mudah meyakinkan mahkahmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ....... bukan mahkahmah rakyat!!!

      Delete
  4. Hari ini mengesahkan lagi betapa Malaysia ini adalah Negara Darul Kartun. 3 DNA air mani ditemui dalam bontot Saiful tapi Anwar seorang dijatuhkan hukuman. Logik akal penemuan itu membuktikan Saiful adalah kaki main bontot. Alasan DNA mani ditemui disebabkan mangkok tandas yang diduduki Saiful jelas adalah alasan kartun yang tidak pernah dibuktikan. KY Jelly yang dibawa Saiful bukankah membuktikan lagi bahawa si Saipol ini memang suka membontot?

    Dalam kes pembunuhan Altantuya, pandai pula pihak kehakiman membuat rumusan pegawai polis Sirul dan Hazilah bertindak atas kehendak sendiri tanpa diarah. Ini membuktikan polis juga tidak boleh dipercayai. Tapi dalam kes liwat I dan II Anwar pula, pegawai polis yang terlibat dengan sample sample bukti ujian DNA diyakini pula 100%. Atas alasan apa dalam kes liwat II ini pegawai polis langsung tidak diragui sedangkan banyak bukti bukti lain mengarah kepada penglibatan pihak ketiga dalam merancang tuduhan ini?.

    Persetankan. Kalau dah Malaysia ini memang Darul Kartun, terima saja lah lawak kartun luar biasa lagi dahsyat ini.

    Kah kah kah kah kah kah kah kah.. 1 Malaysia Darul Kartun Negara Islam contoh. Kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "3 DNA air mani ditemui dalam bontot Saiful tapi Anwar seorang dijatuhkan hukuman"

      Jadi ko setuju la dengan dakwaan Anwar liwat Saiful?

      Delete
    2. Ada dia kata setuju? Hakikatnya penemuan tu mengesahkan betapa ada keraguan tuduhan tu. Anwar dituduh membontot dgn Saiful tapi mani toyol mana pun ikut join masuk bontot Saiful. Kartun la tuuu. Apa lagi? Sebab tu orang ramai meragui bukti yg dibawah kawalan pegawai polis. Cuba hang jelaskan mana mari mani org ketiga tu kalau hang yakin sgt tuduhan Saiful tu.

      Delete
    3. Kita dah tahu macam mana undang2 kat malaysia ni. I berharap sangat Dan berdoa agar bahawa polis yg berada dia Australia akan membongkarkan certain yg sebenar.

      Delete
  5. Tuan,

    politik Malaysia memang keji dan menjijikkan. Muga Allah melaknati manusia manusia yang mengizinkan kehinaan ini berlaku secepatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi kita kembali ke sistem raja mutlak/ sultan/ khalifah :D

      Delete
  6. Sekarang isu liwat sudah selesai. Biarkan Anwar berehat dalam penjara untuk 5 tahun.

    Sekarang masanya untuk rakyat memberi tumpuan bagi menilai kehebatan 1MDB buat keuntungan dalam berhutang. Nilai ringgit yang merundum. GST yang akan meringankan beban hidup rakyat.



    ReplyDelete
  7. Tuan, sebenarnya tiada siapa pun selamat bila Anwar telah masuk penjara.dalam dunia ini tiada manusia yang boleh kekal, baik Najib mahupun Mahathir.Masa akan menentukan yang najib dan Mahathir pun boleh menerima nasib yang sama seperti Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib akan terima nasib yang sama jika dia meliwat orang!

      Delete
    2. ....jika dia hidup berbohong dari muda sampai ke tua macam Anwar Ibrahim!

      Delete
  8. nama terkenal dimalaysia atantoya anwar lepas ni sapa pulak entahlah

    ReplyDelete
  9. Kepada hakim-hakim yang jatuhkan hukuman…harap dapat tidur lena kerana menghukumi seorang yang tidak bersalah…jangan lupa hukuman diakhirat nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. no hal... lepas ni pergi mekah, boleh mintak ampun depan kaabah. balek malaysia dah kira suci bersih...

      Delete
    2. Anon 2022, hakim2 ni kalo gi melancap beramai2 depan kaabah pun, Allah Taala takde amek kesah pun. Melancap sajalah. Lu je yg sebok lebih. Akhirat nanti, nasib lu pun blom tentu hala lagi.

      Delete
    3. Ni kalau aku repot, aku yang lari tak cukup tanah ni. Dan rasa-rasanya aku nak repot...

      Delete
    4. Manusia pertama yang akan dihumbankan kedalam neraka adalah hakim-hakim yang tidak adil, tak jujur dan membelakangkan al Quran. Selamat berhijrah.

      Delete
  10. senario politik pasti berubah , adakah najib mampu mengharung serangan T M dan pro pakatan . isu sex sudah tidak relevan . pasti ada pengganti yang muncul ...

    ReplyDelete
  11. Simpati aku kepada anwar n keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sesungguhnya janji Allah swt itu pasti. Anwar dah buat yg terbaik utk rakyat malaysia menyedari betapa pincangnya negara kita. Yg tak sedar tu.. Biarkan..mereka masih di alam fantasi. Yg bersorak gembira menyambut fitnah dan kezaliman.. Biarkan...hukum Allah swt itu tetap tidak berubah...yg bersekongkol dgn penzalim..Biarkan...sejauh mana kamu dpt lari dari hukum Allah swt.. Yg mereka cipta fitnah dan kezaliman...Biarkan.. Sejauh mana kuasa anda di dalam dunia ini..Dunia ini Allah swt yg punya. Aku positive, this will be a another turning point for Malaysia. Insyalah..saudara Anwar.. Berehatlah.. Kamu tetap kamu. Maruah kamu tetap tinggi. Allah swt tidak akan menguji hambanya yg tidak mampu..dan sesungguhnya kamu mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Taala ade amek kesah? Takde pun.. lu je kecoh lebih dari tuhan.

      Delete
    2. Wow! Statement lu mmg power..aku anggap ko jahil. Semoga Allah swt mengampuni dosa lu. Tp. Be careful bro. Balasan Allah swt tu benar. Hisab Allah swt itu benar. Tp. Yelahkan.. Mana ko nampak sbb ko jahil...

      Delete
    3. Anon00.46 kalau jahil bangang pun statement lu,baik lu taubat.Tak takut ke dgn hukum Allah dan balasannya?Nak jadi penyokong parti apa pun kita kena jaga Akidah.untuk makluman Allah Taala ambil kesah semua hal.so kawal emosi lu bro.menyesal tak guna di Akhirat nanti

      Delete
  12. saya bagitau satu AJE,,,

    Hukum Karma...
    you do bad to people, it will strike back....

    MALySIe will Suffer n sengsara...
    Tsunami before dan Banjir baru2 nie permulaan jer...

    wait n see... the nati0n will suffer...wheels of Karma let go of No One...

    ReplyDelete
  13. Saya simpati dgn Anwar dan keluarganya.

    TG Nik Aziz sudah banyak kali pesan, kita mesti berjaga2 dan jangan dipatuk ular 2 kali.

    Selepas sodomy1, saya heran mengapa Anwar tidak berjaga2 spt pesanan Nik Aziz. Umno dan pemimpin2 mereka adalah manusia jelmaaan setan dan akan membuat apa shj utk mengenakan dan memejarakan dia.

    Tapi doa orang yang dizalimi tiada hijab....Hakim2 melayu tu tak takut akan doa orang yang dizalimi. Aku nak tengok sejarah bekas peguam Negara, Mohtar Abdullah berulang kembali utk membuktikan kepada rakyat Anwar tak bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik..nak marah hakim buat apa..sendiri buat salah..tanggung la

      Delete
    2. Dulu bila dibebaskan, tak pula kata hakim tu tak adil, kena beli. Dasar puaka yang hidupnya menyusahkan rakyat.

      Delete
    3. Anonymous11 February 2015 at 09:30,

      Ko ni sekolah sampai tahap apa?. Nampak bengong sangat ni! Bebas atau tidak bukan indicator utk menilai kehakiman itu adil atau tidak. Jangan jadi baghal la. Keadilan dalam kehakiman adalah sejauh mana keputusan itu dibuat bersandarkan fakta dan bukti. Tapi kalau bukti yang dikemukakan pihak pembela langsung tidak mendapat pertimbangan malah sebaliknya berlaku,..adil tengkorak ko apa tu?. Orang tak pertikai kalau memang majoriti fakta boleh sabitkan Anwar. Tapi yang berlaku sebaliknya malah terdapat keraguan munasabah utk kes ini digugurkan sejak dulu lagi. Memang tahap bengong la ko ni. Memang itu la taraf minda macai mcm ko. Mudah dipergula puak regim toghut.

      Delete
  14. MINTA MAAF! AKU LANGSUNG TAK PERCAYA KES LIWAT I DAN II DIADILI SECARA PROFESIONAL, ADIL DAN TANPA BERAT SEBELAH. MATI HIDUP BALIK PUN AKU TAK PERCAYA DAN TAK AKAN TERIMA. JANGAN ADA DAJAL DAJAL DAN BALACI CUBA NAK MEMAKSA DAN MENDESAK AKU UNTUKL PERCAYA. AKU ADA AKAL. AKU BUKAN BODOH. AKU TAK ADA KEPENTINGAN MELAINKAN UNTUK MELIHAT MALAYSIA INI DITADBIRKAN SECARA ADIL DAN SAKSAMA. JANGAN PARA DAJAL DAN BARUA REGIM CUBA MEMAKSA AKU PERCAYA KISAH LIWAT 1 DAN II INI. AKU PUNYA SUKA UNTUK TERIMA ATAU TIDAK. JANGAN PAKSA AKU BERFIKIR DAN BERMENTALITI SAMA DENGAN MEREKA MEREKA YANG BANGANG ATAU CERDIK TAPI ADA KEPENTINGAN.DIRI. MAHA SUCI ALLAH..LAKNATILAH PARA DAJAL DAJAL YANG MEMPERSENDA DAN ENGKAR AJARAN MU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar Ibrahim meliwat Saiful adalah BENAR /Anwar Ibrahim main Pelacur Cina Doll adalah BENAR /Anwar Ibrahim menipu rakyat berkaitan 16 Sept adalah BENAR /Anwar Ibrahim berucap dalam Gereja membenarkan Kalimah Allah diguna pakai olih Penganut Keristian adalah BENAR /Kes Pencerobohan Lahat Datu Anwar Ibrahim dapat maklumat awal dari Pengganas Kiram adalah BENAR /Konspirasi Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Najib dalam kes Pembunuhan Altantuya adalah BENAR /kawan2 rapat Anwar Ibrahim menjauhkan diri kerana dia seorang Penipu Cakap tak serupa Bikin adalah BENAR..Mat Sabu adalah orang pertama tahu Perangai Syaitan Anwar Ibrahim dan memberi gelaran Al Juburi adalah BENAR /Karpal Singh dalam Parlimen bangun mendakwa dia ada bukti yg Anwar Ibrahim memang kaki Liwat (main belakang adalah BENAR.. Last2 Barua tu jadi Peguam Anuar.. Anwar pernah kata Nik Aziz Ulama Terompah adalah BENAR.. yang tak percaya hanyalah Pengikut Haprak Pakatan Syaitan.

      Delete
    2. Confirm dia ni BENAR 2 BENGAP dan BENGONG

      Delete
    3. @Mat Sabu @Anon 14.20 ..korang tu yang bengong mata buta.. x mmpk ke ni taktik kotor nak mnjatuhkan Anwar..please la die dah ade bini buat pe nak liwat org..

      Off topic : syukurlah kerajaan borneo dah mula sedar anjing2 malaya ni dasar memfitnah, rakus, tamak habis kaut keuntungan mereka.. fakta msia antara negara top dengan rasuah okay jgn nak tolak dalih.. klau kat msia semua kes x kan menang wlaupun seseorang tu benar ke x..baguslah ada keadilan dr pihak PBB..klau dah berpecah aku pun nak kuar mohon PR x sggup nak menghadapi permainan keji parti kerajaan..semoga bala menimpa korang atas perbuatan kmu sendiri

      Delete
  15. 5 badut itu bukannya manusia tetapi adalah katun, katun kalau buat salah mana ada dosa? Itulah yang dinamakan undang-undang katun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ingat kalau Anwar Ibrahim bagi kau minum air kencing dia pun kau minum..

      Delete
    2. ko ingat dia tu akal sengal mcm ko ke. Dasar macai umngok

      Delete
  16. Kenapa saifool lengkap bawak KY jelly dgn rela diliwat berkali2 tidak dihukum penjara?. Inilah dia Malaysia Darul Kartun. Sampai kiamat rakyat tak percaya Anwar bersalah.

    ReplyDelete
  17. Lebih mulia badut sarkas daripada 5 ekor badut tu. Badut sarkas menghiburkan audien tapi badut 5 orang tu buat lawak bodoh lagi menjengkilkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancut sana, Pancut sini, buat salah tak mengaku.. Barua punya org, sepatutnya campak kedalam laut biar mampus..

      Delete
    2. Kalau dah macai tu sampai mampus pun tetap berjiwa macai, baghal, bahlol dan bebal. Tak segan2 guna nama mat sabu. macai ptuihh.

      Delete
  18. Badut badut haram jadah pemburu laba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar Ibrahim biar dia Mampus kat dalam tu, sepatutnya dia kena 20 tahun. Kerana dia Cina naik tocang sbb Melayu tak bersatu..

      Delete
    2. Ello Ngok ! Melayu berpecah kerana Maha Firaun ke kerana Anwar?. PArti melayu UMNO berpecah ke UMNO BAru kerana siapa? Bukan firaun ke?. Melayu miskin dan mengemis sendiri kerana Cina dan India ke? Agaknya selaman berdekat dejak merdeka Malaysia ni semua PM ni cina dan india belaka la ya? Kalau nama macai, dulu, kini dan selamanya akan kekal bangang alias bengap. Tak sedar diri tu pengampu ketuanan keturunan pariah!

      Delete
  19. Ini adalah pandangan peribadi, waras dan rational dari aku..aku pon tak percaya kes liwat I & II Datuk Anwar ni semua permainan kotor parti kerajaan.. x habis2 nak penjarakan dia..bila dia nak bersuara nak pecah rasiah kotor dorang sket2 kena tangkap bodoh sial..ni la ni korang sume hanjeng2 BN kene bagi habuan sket je trus sokong..daif perangai sume mcm setan dajal.. nnt kat neraka korang trime la balasan mati rentung kene bakar..kes Altantuya x d heboh2 ni kes Anwar nak diheboh2 smpi dunia kiamat..daripada korang duduk mengutuk fitnah tmbah dosa..

    Adalah lebih baik korang buat pilihan bijak sepamyg jadi p3mimpin negara kita tahun depan.. dah soking BN pastu komplen janji manis korang sbab tu korang bodoh tahap dewa x pilih pemimpin yg betul2 berkaliber..

    Lagi 1 agama selalu dipolitikkan..agama bukan stakat dlam ic x dipraktikkan..x heranlah klau 1hari nnt malaysia pecah belah mcm scotland dah kuar kan.. korang pun tau kan isu yg sedang meletup ni klau x tau juga pndai2 la pikir

    ReplyDelete
  20. Konspirasi najib(bn) menjatuhkan anwar mmg menjijikkan,kotor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...