Thursday 30 October 2014

Dulu Anwar Dikata Takut Dengan Shafee, Kenapa Sekarang Takut Juga Dengan Gopal Sri Ram?


Masuk hari kedua perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, pertikaian terhadap kedudukan peguam Gopal Sri Ram tiba-tiba saja mulai kedengaran. 

Isunya cumalah kerana Gopal Sri Ram yang menjadi peguam Anwar ini pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan keadaan itu dikatakan boleh mempengaruhi lima hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu daripada membuat keputusan yang bebas dan adil.

Tambahan pula, Majlis Peguam pada mesyuarat 15 Mac lalu juga pernah mengemukakan usul agar hakim kanan atau hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang mewakili anak guam mereka di mahkamah atas alasan yang sama.

Dengan kedudukan Gopal Sri Ram mewakili Anwar dalam kes rayuan terakhirnya ini dan barangkali melihat kepada isu-isu kredebiliti Saiful Bukhari yang berjaya dibangkitkannya dengan kemas, teratur dan meyakinkan, mungkinlah kerana itu pertikaian terhadap peranannya sebagai peguam mula dipertikaikan.

Bukan saja Gerakan melalui Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang yang bersuara meminta Majlis Peguam menyatakan pendirian terhadap perkara ini, bahkan sekumpulan peguam pro UMNO turut juga bersuara.

Kumpulan peguam yang diketuai oleh Zulkifli Noordin, bekas calon BN Shah Alam, dalam satu kenyataan turut menuntut Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini untuk mengelakkan dianggap mengamalkan sikap "double standard".

Adalah dipercayai juga menjelang detik-detik berakhirnya kes rayuan Anwar ini, lebih ramai lagi pihak berkepentingan seperti pemimpin politik dan NGO, akan tampil bukan saja untuk menyatakan bantahan terhadap sikap Majlis Peguam itu tetapi juga tentang kedudukan Gopal Sri Ram yang dianggap boleh mempengaruhi para hakim yang mendengar kesnya

Bantahan terhadap kedudukan Gopal Sri Ram ini sebenarnya agak pelik kerana walaupun Majlis Peguam ada membuat usul berkenaan perkara itu tetapi Mahkamah Persekutuan sebagai responnya kemudiannya memutuskan bahawa hakim-hakim bersara boleh muncul sebagai peguam dalam kes-kes sivil di mahkamah dengan hujah   Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk meraih pendapatan bagi dirinya.

Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria sendiri pada 2013 pula pernah berkata, hakim yang bersara bebas bertindak sebagai peguam kerana mahkamah bertindak berasaskan merit.

Berdasarkan hakikat ini, secara logiknya tiada isu lagi bagi mana-mana bekas hakim untuk menjadi peguam atau dipertikaikan pendirian Majlis Peguam.

Peguam Shafee Abdullah yang menjadi ketua pendakwa dalam kes rayuan Anwar ini bagaimanapun tidak bimbang dengan kehadiran Gopal Sri Ram kerana ia merupakan hak masing-masing serta tiada sekatan daripada berbuat demikian.

Isunya, kenapakah ada pihak lain yang takut dengan kehadiran Gopal Sri Ram sebagai peguam ini?

Adakah ini sebagai persiapan awal mencari helah dan alasan kiranya Anwar didapati bebas nanti?

Jika dulu ketika Anwar mempertikaikan perlantikan Shafee Abdullah yang diketahui rapat dengan UMNO serta didapati berada di rumah Najib ketika Saiful membuat aduan diliwat serta berulangkali cuba menyingkirkannya sebagai ketua pasukan pendakwa, kenapakah beliau ditempelak?

Ketika itu Anwar diselar dan dipersenda kononnya takut kalah dalam kes rayuannya dan menghuni penjara sekali lalu didakwa sengaja mencari helah untuk menyalahkan perlantikan Shafee sebagai alasannya.

Ada juga pemimpin UMNO yang berkata, Anwar tidak seharusnya takut dengan Shafee kerana beliau hanyalah pendakwa tetapi yang menentukan bersalah atau tidak adalah hakim.

Tapi apa sudah jadi sekarang? Mereka yang dulunya seolah-olah terbuka dan meminta Anwar jangan takut dengan Shafee yang menjadi pendakwa, rupa-rupanya turut takut dengan Gopal Sri Ram yang hanya bertindak sebagai peguam.

Bolehkah dipulangkan "paku buah keras"  bahawa yang menentukan bersalah atau bebas adalah hakim dan bukannya peguam daripada kalangan bekas hakim?

Dengan mempertikaikan kehadiran Gopal Sri Ram, apakah mereka ini turut tidak percaya lagi dengan sistem kehakiman kita?

Semua ini bukan saja membuktikan bahawa dunia ini bulat dan kehidupan sebenarnya bagaikan roda, tetapi  inilah juga yang pepatah selalu mengingatkan, "kata dulang paku serpih, mengata orang rupanya diri sendiri yang lebih."  ( SH 30/10/2014)

36 comments:

  1. Cukup cantik dan bernas sekali penulisan Tuan Shahbudin pada episod ini. Tepat mengenai batang hidung Tali Barut UMNO dan Peguam-Peguam Kangkung seperti Zulkefli Noordin. Boleh pinjam segala fakta yang dibentangkan bagi merebus dan melembutkan kangkung-kangkung yang berkeliaran di Mahkamah pada hari ini.

    ReplyDelete
  2. jilat habis pak budin sblm tuannya ke sg buloh..hari ni berapa puluh ribu pulak yg hadir? semoga hak saiful sebagai rakyat biasa terbela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah kamu menjadi Melayu dan rakyat di negara ini sekiranya Anwar dipenjara ye? Sebab Anwarlah ekonomi defesit, negara terpaksa jual bon ke luar negara, hutan 57 kali ganda dari pentadbiran Mahathir, minyak naik 7 kali, bahan keperluan naik berpuluh-puluh kali, caj perkhidmatan letrik, air dan penyiaran naik sesuka hati maka itu semuanya salah Anwar? Kenalah Allah menjadikan kamu sebagai manusia? Kan lebih baik dan mulia kamu dijadikan sebagai seekor babi........(berfikir hanya untuk beranak sedozen sahaja - tak pandai berfikir baik dan buruk)

      Delete
    2. ya ALLAH....apa yang kau perkata ni anon 14.21,.........di akui 100 peratus.............wahai raayat mesia, jadi raayat yang cerdik dan berwawasan.........sayangilah Negara kita

      Delete
    3. ingat anwar jd pm semua bagus ka..jd penasihat ekonomi selangor harga rumah bawah pkns tak turun pun..anon 14:21..kenapa lah tuhan tak takdirkan kau diliwat anwar? kenapa saiful? kalau tidak kau mesti suka..anwar pun tak payah ke mahkamah

      Delete
    4. Anon 15:55

      Kamu tuduhlah sesiapa meliwat siapa sekalipun tak akan berdosa kepada kamu walaupun enakmen Hudud dipergunakan. Tiada sebarang tindakan dan undang-undang yang akan dikenakan kepada kamu. Sebab.....???? Undang-undang dan hukum hakam itu hanya kepada manusia manakala kamu adalah "babi" seperti kata anon 14:21 di atas. Ye..... Kamu sememangnya spesis "babi".

      Delete
  3. 1001% sy stuju dgn tulisan ini...

    ReplyDelete
  4. Ketakutan kepada shafie adalah dari anwar sendiri hingga sampai kepada bantahan kepada mahkamah dan berulangkali rayuan dibuat (takut sangat-sangat)

    Berhubung gopal sr ram tiada isu takut pun timbul..
    Mahkamah kata ok
    Shafie kata ok
    Saiful pun tak komplain.

    Suara luar yang mempertikaikannya pun bukan atas dasar "takut" tetapi lebih mempertikai double standard bar council yang tidak langsung berbunyi.

    Gopal sri ram tidak mempunyai rekod seorang peguam yang ditakuti atau disegani seperti shafiee atau karpal.

    Gopal ditegur oleh ketua hakim negara kerana hujahnya tidak selari dengan justifikasi "rayuan penghakiman"...jawapan gopal sri ram, dia tahu tetapi ikut atas kemahuan anwar (pelanggannya) ??????????

    Bukankah sepatutnya dia lebih cekap dengan peraturan mahkamah sebagai bekas hakim dan sepatutnya menasihati anwar supaya jangan minta dia "merapu" dalam mahkamah jika tidak selari dengan Rayuan Penghakiman.

    Ini bukan Rayuan Perbicaraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gopal Sri Ram tak de rekod sebagai peguam?

      Kau baru kenal dunia semalam, mana nak tahu rekodnya sebagai peguam. lagi bagus lah tak de rekod..yang macai Umno melenting sakan...apasal?

      Nak jadi pendakwa mestilah bebas dari sebarang prejudis...lawyer barua Umno..mana bolih jadi Pendakwa. Jadi saksi pendakwa bolih lahhhhh.

      Delete
    2. releks aa bro 30 October 2014 11:39...

      ayat tergantung yang ko tulis tu...

      sila baca sampai habis...

      "... tidak mempunyai rekod seorang peguam yang ditakuti atau disegani..."

      Delete
    3. ...aku dh baca habis lah bro 14:39. Kalu nak repeat semua ayat..ini dia: " Si Gopal adalah seorang peguam yang ditakuti dan disegani" ..dan semasa Shafee masih lagi belajar undang2. Hang tahu tak dlm Msia UM start fakulti undang2 hanya pd tahun 1974?

      Itu sal aku cakp...baru kenal dunia. Tak kan aku nak repeat semua yang telah ditulis...relax lah.

      Delete
  5. Hai yaa !, itu Gopal Seri Ram eaa aa , lulu itu Bar council atak cekap itu Ex Judge aa tatak bolih jadi itu wakil itu anak guam lea aa.

    Sikalang itu Seri Ram jadi wakil itu Aluar , Wa manyak helan nea aa , sama itu Bar Council ,atak lain-lain macam cakap loo rr .

    ReplyDelete
  6. Tuan

    Si Zul ini sengaja lupa nak sebut bahawa Sri Ram ini adalah peguam Mahathir semasa kes saman kumpulan 11 yang membawa kepada pengharaman UMNO lama dulu. Selepas UMNO lama di haramkan Sri Ram ini diberi habuan dengan dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Kemudian dinaikkan pangkat menjadi hakim mahkamah rayuan dan kemudiannya menjadi hakim mahkamah federal hingga bersara.

    Sebelum perbicaraan kes kumpulan 11, hakim telah memanggil hakim kumpulan 11 dan peguam Mahathir untuk membincangkan skop perbicaraan kerana coverage Akta Pertubuhan 1966 itu amat luas kerana baru 6 bulan dipinda dan akan mengambil masa yang panjang. Juga akta ini mempunyai implikasi besar kepada UMNO lama jika skop perbicaraan tidak dirangka dan dipersetujui.

    Hasilnya 13 perkara dipersetujui dan antaranya ialah kedua p3guam bersetuju untuk tidak menyentuh bahagian yang bol3h membawa kepada pengharaman UMNO. 13 perkara ini telah dilaporkan d3ngan meluas di semua akhbar utama. Antara point terp3nting yang dipersetujui -KEDUA2 P3GUAM TIDAK AKAN M3NY3NTUH BAHAGIAN AKTA PERTUBUHAN 1966 YANG BOL3H MEMBAWA KEPADA PENGHARAMAN UMNO LAMA!

    Perbicaraan pun berjalan. Masa tu laporan perbicaraan dilapo4kan dengan meluas. Utusan Malaysia dan Berita Harian akan menggunakan mukasurat 1,2 & 3 untuk m3mbuat laporan perbicaraan. Sesiapa yang mengikuti perbicaraan itu boleh lihat bahawa p3nghujahan l3bih memihak kepada kumpulan 11.

    Perkara ajaib berlaku dipenghujung perbicaraan iaitu semasa kedua p3guam membuat p3ngulungan sebelum hakim membuat keputusan. P3guam plaintiff mengulung dulu. Kalau tak silap saya p3guam plaintiff habis membuat p3ngulungan pada pagi khamis.

    Disini berlaku keajaiban. P3guam Mahathir, Sri Ram, meminta p3nangguhan untuk membuat pengulungannya pada hari isnin, minggu berikutnya. Alasan diberi, p3guam plaintiff habis pagi khamis, esoknya hari jumaat, masa suntuk.

    Hakim menerima alasannya. Bila p3guam Mahathir, Sri Ram menggulung s3mua terk3jut kerana dia telah melanggar perkara 13 yang telah ditetapkan. Hakim tak bol3h berbuat apa2 sebab walaupun Sri Ram dah melanggar pe4janjian 13 perkara, beliau masih tidak lari dari Akta Pertubuhan 1966 itu. Akhirnya UMNO LAMA DIHARAMKAN!

    Apa makna penangguhan yang diminta ol3h Sri Ram itu? Sri Ram mungkin telah m3mberitahu bahawa k3mungkinan Mahathir akan kalah berdasarkan p3nghujahan semasa perbicaraan. Yang pastinya keputusan untuk melanggar 13 perkara itu yang mengakibatkan UMNO LAMA diharamkan oleh mahkamah dibuat ol3h Mahathir s3masa cuti hujung minggu itu s3belum Sri Ram m3mulakan p3ngulungan.

    Ini adalah bahagian sejarah yang disorok dan tidak diketahui ol3h macai-macai UMNO dan orang2 UMNO terutama generasi lama. Mereka yang hidup masa itu tidak dapat melupakan peristiwa yang m3mbawa kepada pengharaman UMNO Lama. Bagi mereka ia adalah satu malapetaka kepada orang Melayu dan hari ini ia adalah satu kebenaran. UMNO Baru hanya helah Mahathir untuk terus mengekalkan kuasanya dan sebagai cover untuk menutup siapakah s3benarnya yang bertanggungjawab m3ngharamkan UMNO LAMA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Malang sekali ramai penyembah Regim dan 'Lelaki Yang Boleh Berjalan Atas Air' tak tahu langsung hal ini malah tidak mahu pula ambil perduli bila dijelaskan. Betul lah kata Tuan Blogger dunia ini bulat. Perancangan Allah jualah Maha Hebat!

      Delete
    2. Bagus juga sekiranya kluangman ambil tution malam hari kat bat8, bertujuan menyekolahkan kluangman yang tak pernah sekolah.

      Delete
    3. Kesian..gopal sri ram mungkin dihantar mahathir menawarkan dirinya mengetuai pembela dua minggu sebelum mahkamah bersidang. Anwar terima dengan sedar atau tidak ?????

      1) mahathir nak cepatkan anwar disumbat ke dalam jail @
      2) mahathir nak selamatkan anwar untuk terus memberi te kanan kpd najib sehingga berundur.

      Delete
    4. Hujah bat8 sekadar sedikit rekod lampau tentang gopal sri ram.

      Isu admin..gopal sr ram ditakuti...langsung tidak timbul, pendapat luar bukan pendapat rasmi pendakwaraya yang mewakili pdrm dan kerajaan di bawah tanggungjawab kanun acara jenayah perlembagaan.

      Isu gopal - shafiee kata no hal, saiful pun tak komplain.

      Delete
    5. Kluangman ini otak seberat 0.01mg pun sebok nak memberi pandangan lalok. Nasib baik pengunjung blog ini tak kenal siapa dia ini, kalau kenal nak sorok muka kat mana lah weh.......

      Delete
    6. Kesian kluangman, otak dia pun org timbang..

      Delete
  7. BN tak ada kerja lain ... nak bagi DSAI hilang dari dunia politik. Memang sial orang2 ni la. Entah pekenan apa la orang Melayu terutamanya????Dah tak ingat DOSA DOSA besar labgsung. Apa yang akan pasti, Allah akan memberi balasan yang setimpal kapada mereka yang menjatuhkan DSAI dengan cara fitnah sebigini rupa...Orang Melaya mesti ingtat, bahawa membuat FITNAH besar dosa nya. Harapan BALA akan menimpa kapada mereka. Cuba bayangkan, orang yang mula2 memfitnah dan menyebar fitnah melalui media perdana, menyebabkan hampir semua orang UMNO dan orang awam yg lain percaya. Kalaulah bala sampai nanti, semua orang akan kena... Bala apa???? tunggu dan lihat. Ya Allah, hindarkan dari bala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam omega aku mana jah...

      Delete
    2. Memang mengarut...Hakim2 melayu diMahkamah Tinggi dan Rayuan semuanya bodoh2 dan mengarut.

      Dlm kes liwat dibawah sek. 377 mesti dibuktikan ' kote mesti menembusi dubur'. Itu lah penetrasi atau ditembusi.

      Kalau Saiful nak inject air mani dlm duburnya dengan menggunakan plastic injector..itu bukan penetrasi dan kes liwat. Itu Saiful memasukan objek yang bukan .kote; dlm duburnya.

      Memang mengarut...hakim2 melayu ni.

      Delete
    3. itu saja anom 16:06 boleh hujah.jam omega.kepala hotak bapak kau.setakat nak mencacai boleh blah la.

      Delete
  8. Dan jangan lupa wahai rakyat Malaysia semua!

    Director filem Liwat 1 Anwar tidak lain tidak bukan adalah Mahathir and the gang. Perogolan institusi mahkamah bagi kes kes yang membabitkan Mahathir dan UMNO adalah sangat ketara dan ianya dimulai oleh manusia bernama Mahathir.

    Mahkamah dan undang undang mula dimanipulasikan oleh pemerintah iaitu Mahathir yang berkuasa ketika itu untuk mempertahankan kedudukan beliau dalam UMNO daripada asakan seteru politiknya Tengku Razaleight & Musa Hitam (Team B).

    Mahkamah sekali lagi ikut diperkudakan Mahathir Mohamad untuk selamatkan dirinya dalam UMNO BN dari asdakan anak didiknya sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang mencabar kedudukannya.

    Dan hari ini filem liwat II yang sedang berlangsung di pawagam mahkamah putrajaya adalah sambungan filem Liwat 1 yang dimulakan Mahathir. Kali ini Mahathir sekadar producer dan director filem adalah seorang yang sebelum ini amat dipercayainya, tak lain tak bukan anak kepada Tun Razakn iaitu bekas PM Malaysia berjasa meletak Mahathir ke mercu kuasa.

    Kerosakan institusi kehakiman di Malaysia hari ini adalah berpunca dari manusia yang bernama Mahathir Mohamad. Caca marba dan hal luar biasa dan pelik di luar akan yang berlangsung di mahkamah hari ini boleh berlaku kerana angkara durjana bekas PM Mahathir Mohamad.

    Selagi pewaris UMNO BN yang berbau Mahathir Mahathir dibenarkan menguasai UMNO BN, sistem kehakiman di Malaysia tidak mungkin boleh diperbetulkan lagi malah jangan hairan dan terkejut jika hakim hakim di Malaysia hari ini dan hari hari esok akan mempertahankan hukum luar biasa 1 + 1 = 3 @ 4 @ 5 @ 6 @ 7 @ 8 @ 9 atau apa jumlah pun asalkan bukan 2.

    Ibu bapa dan anda di Malaysia jangan terperanjat jika satu hari kemudian mahkamah mendapati DNA air mani dari orang orang yang anda tidak kenali tiba tiba boleh berada dalam rektum atau alat sulit anda walau pun anda seorang wanita yang masih dara dan penembusan belum opernah sekali berlaku. Tidak ada satu mahkamah di dunia yang boleh mengatasi kehebatan dan keajaiban mahkamah di Malaysia yang dicaturkan oleh manusia bernama Mahathir Mohamad.

    Dan jangan terkejut berok nanti kalau bontot Zul Nordin juga ada DNA mani milik ramai orang lain walau pun Zul Nordin menafikan bontot beliau pernah ditembusi. Everything possible in Malaysia..THE BOLEH LAND !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg kau merepek ni sampai bontot zul pun kau sebut..hahahahaha
      kau tungu saja lah nanti mahkamah buat keputusan sama ada Anwar atau Saiful yg benar, keputusan hakim2 yg bijaksana pasti adil dan tidak akan terpengaruh atau ada campur tangan baik di dlm negara atau luar negara.
      rileksss... jgn fikir banyak yg mengaraut ngarut.

      Delete
    2. Apa yang tak mengarutnya?, Kalau dah bontot tak ditembusi, DNA mani masuk ikut mana? Ikut mulut ke atau pakai magic David Copperfield?. Lebih mengarut lagi ialah bukan setakat DNA mani Amwar sorang yg ada kat dalam bontot Saiful. Adakah Saiful memang kaki main bontot kerana kehadiran mani orang lain itu?. Kalau bukan juga bermnakna DNA tersebut dikumpul dari tempat2 tertentu yang Anwar pernah berada (terutamanya dlm lokap) dan digunakan untuk mencipta bukti. Disebabkan sumber DNA itu diambil secara tidak hati hati, maka ia bercampur dengan DNA orang lain yang juga pernah berada di tempat tersebut (lokap umpamanya). Ini yang paling masuk akal. Tapi mahkamah di Malaysia ni, kalau kes bicara melibatkan Anwar Ibrahim macam macam hal pelik boleh berlaku. Mahkamah di kartunkan oleh puak puak berkepentingan atas arahan sang penguasa. Kalau awak cakap halo begini merepek, bermakna mahkamah kita sedang menayangkan kes kes merepek yang diluar akal orang yang berfikiran rasional.

      Delete
    3. ambo pong pelik guano ada mani orang lain dalam jubo si sepol ni, bukang mani anwar sorang. patutnya mahkamah minta si sepol dedahkan guano keanihan ni boleh berlaku kalo memang mahkamah mahu tegakkan keadilang. cumo orang bangang sajo yang boleh terima cerito mengartut liwat gini. nampak sangat pihak berkuasa nak memperbodohkan rakyat untuk kepentingang kelompok tertentu. yang bodoh dan bangang menelan bulat bulat hikayat lipur lara ni., yang cerdik dan bijak guna akal tak mungkin terima kisah karut marut gini melainkan atas kepentingang diri sendiri.

      Delete
    4. Memang mengarut...Hakim2 melayu diMahkamah Tinggi dan Rayuan semuanya bodoh2 dan mengarut.

      Dlm kes liwat dibawah sek. 377 mesti dibuktikan ' kote mesti menembusi dubur'. Itu lah penetrasi atau ditembusi.

      Kalau Saiful nak inject air mani dlm duburnya dengan menggunakan plastic injector..itu bukan penetrasi dan kes liwat. Itu Saiful memasukan objek yang bukan .kote; dlm duburnya.

      Memang mengarut...hakim2 melayu ni.

      Delete
    5. kalu tk berpehak kt nuar hakim ngarut, kalu berpehak kt nuar tk ngarut ni la ststment puak pr yg otak dh slalu kna kencing ngan nuar..hannncinggg....

      Delete
    6. kesimpulannya mahkamah malaysia mahkamah kanggaro.

      Delete
    7. Jangan jadi bengap laa! Bukan soal Anwar menang kes itu bermakna hakim adil dan bila Anwar kalah kes bermakna hakim tak adil. Orang menilai dari segi fakta dan hujah yang dikemukakan di mahkamah oleh kedua belah pihak. Malangnya mahkamah jelas kelihatan berat sebelah kerana tidak membenarkan banyak perkara berkaitan dikemukakan oleh pembela. Istilah " not relevan " selalu digunakan oleh hakim untuk menekan pihak pendakwa malah dalam kes liwat 2 ini misalnya, banyak bukti2 lain yang menyokong pihak pembela tidak diambil kira dalam perbicaraan ini.

      Delete
  9. Yang nyata, org melayu yg ngaku islam dah tak kira dosa pahala, janji aku dapat makan sedap..dari yg menuduh, yg hakim, yg menteri, yg peguam, yg pengikut sehingga yg menulis komen disini.. Tak kira dosa pahala, menuduh dan menyokong perkara yg ketara salah kalau diguna logik akal. Kalau ikut agama lagilahhh salah.. Tp apa boleh buat.. Yg penting aku makan sedappp... Melayu2..

    ReplyDelete
  10. Doctor sahkan tiada penitrasi, pelik macamana DNA mani ada dalam dubor saiful.. hantar pakai Bluetooth ke? Malaysia country of Endless Possibility.

    ReplyDelete
  11. Tuan dan p3mbahas

    Kes Anwar di Mahkamah federal yang sedang berlangsung BUKAN P3NDAKWAAN BERASASKAN UNDANG-UNDANG.

    Pendakwaaan Anwar adalah PENDAKWAAN POLITIK ! Ada beza yang besar antara keduanya, ibarat langit dan bumi. Dalam pendakwaan berasas undang-undang, keputusan adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang dik3mukakan dan dinilai mengikut lunas undang-undang.

    Pendakwaan politik tidak mengikut lunas undang-undang.Keputusan p3ndakwaan politik sudah dibuat dan ditetapkan s3b3lum p3ndakwaan dibuat lagi S3mua hujah pihak p3mbela bagaimana kukuhpun tidak bermakna kerana keputusannya sudahpun dibuat. Proses p3nghujahan dimahkamah hanya seebagai pelengkap atau procedure yang perlu dilalui untuk m3njustifikasikan keputusan yang sudah ditetapkan. Maknanya keputusan yang sudah dibuat awal2 lagi tidak dapat dibuat jika proses penghujahan dimahkamah tidak dibuat.

    Tuan-tuan bol3h fikirlah keputusan mahkamah rayuan s3b3lum ini p3ndakwaan j3nis mana.

    Dalam kes Anwar s3karang, k3putusannya sudahpun dibuat. Ada seorang blogger ternama m3ny3but bahawa sumbernya memberitahu bahawa Anwar akan dip3njarakan selama 7 tahun! Yang perlu kita perhatikan s3karang bagaimana pihak p3ndakwa akan cuba mematahkan hujah peguam Anwar. Kita bol3h tahu s3cara lojik samada hujah pihak p3ndakwa itu bol3h mematahkan hujah p3guam Anwar.

    Makksud saya jika kita tengok hujah p3ndakwa nampak tak k3mas, tidak berapa nak masuk akal, macam main-main, sloopy - maknanya nasib Anwar sudahpun ditetapkan! Perkara yang sama berlaku diperingkat mahkamah rayuan dulu......

    ReplyDelete
  12. Rasanya mereka tak hairan dgn Gopal Sri Ram yang juga pernah menjadi Peguam UMNO Team A (Team Dr Mahathir) waktu tahun 1988.
    Mereka nak menunjukkan sikap double standard Majlis Peguam.
    Lagi pun pendakwaraya tiada bantahan ttg Gopal Sri Ram mewakili Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni tak berapa cerdik lah..

      Double standard apa bendenya...Majlis Peguam telah lulus resolusi meminta bekas2 Hakim tidak menjadi peguam. Itulah resolusinya...dari dulu diluluskan sehingga sekarang.

      Keputusan samada Gopal Ram bolih mewakili Anwar terletak kepada Mahkamah dan bukan kepada Majlis Peguam.

      kau ni dgn Zul Taliban..sama tak berapa cerdik.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...