Thursday 16 October 2014

Adakah KJ Masih Pengagum Anwar Ibrahim?


Semalam, 16 Oktober, Khairy Jamaluddin bertemu dengan sekumpulan pengundi muda dalam sebuah forum bertajuk "Evolusi Politik Anak Muda Malaysia : Dulu, Kini dan Akan Datang di Kelana Jaya, Selangor.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO, Pengerusi BN dan Menteri Belia dan Sukan, tiada yang istimewa dan luar biasanya program itu kerana ia masih dalam ruang lingkup tugas dan jawatan yang disandangnya sekarang ini.

Tetapi yang membezakannya ialah penampilannya kali ini. KJ dalam forum ini tampil santai dan bercakap secara langsung tanpa menggunakan rostrum yang menjadi amalan biasa mana-mana pemimpin sebelum ini. Beliau kali ini hanya berdiri di atas pentas dengan memegang mikrofon saja.

Jika kita masih ingat, penampilan seumpama itu pernah dipopularkan oleh Anwar Ibrahim semasa kempen PRU 13 yang lalu. Dalam banyak kempennya dan untuk membezakan beliau dengan cara kempen pemimpin UMNO dan BN, penampilan berucap tanpa rostrum itu mendapat pujian ramai, selain menjadikan audiens juga rasa lebih selesa.

Sejak Anwar mempopularkan gaya itu, ramai lagi pemimpin PR yang kerap berbuat demikian, termasuk Lim Kit Siang dan Nurul Izzah Anwar. Tetapi tidak pernah ada pemimpin UMNO dan kerajaan cuba meniru cara Anwar itu, melainkan KJ.

Anwar pula dipercayai mencedok idea itu daripada Barack Obama yang melakukannya ketika kempen merebut jawatan Presiden Amerika, beberapa tahun lalu.

Kenapa kini KJ meniru stail Anwar itu? Di ketika tidak ada pemimpin UMNO yang terpikat dan teruja dengan gaya Anwar itu, kenapa tiba-tiba KJ mahu menirunya pula?

Sejak hadir dalam politik UMNO dan menjadi menantu Abdullah Badawi, hubungan jiwa dan kekaguman KJ terhadap Anwar sering menjadi bualan dan bagai tidak dapat dipisahkan.

Episod beliau sanggup ke rumah Anwar menghantar passport sebaik Ketua Pembangkang itu dibebaskan daripada penjara dulu masih lagi diperkatakan ramai.

Apakah dengan meniru gaya dan stail Anwar ini, ada sesuatu yang ingin diberitahu KJ kepada anak-anak muda yang menghadiri forumnya itu?

Adakah beliau masih pengagum Anwar seperti sangkaan banyak pihak itu? 

Berada di dalam kabinet Najib dan menjadi menantu Abdullah Badawi, kenapa gaya dan stail kedua-dua pemimpin itu tidak memikat hatinya? Mengapa Anwar juga menjadi pilihan? ( SH 16/10/2014)



6 comments:

  1. bn perlu nobatkan kj......yang lain spt komen pengkritik....hampa......ssss

    ReplyDelete
  2. Lagi banyak KJ dalam umngok lagi tak bagus.lagi ramailah menantu-menantu potong jalan rakyat biasa naik dalam umngok.mana lagi berhadapan dengan anak2 nepo bangsawan yang melangkah dengan karpet merah.inilah realiti umngok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan meludah ke langit.......karpet merah tidak terbentang dengan sendiri.....fikirkan

      Delete
    2. Sendiri ludah sendiri kena la, pasai x ludah ketempat yang sesuai.jgn ssekali ludah org plak.

      Delete
  3. Kalau dah ada shortcut buat apa nak ikut jalan dan cara lama. Orang yang bukan anak menantu pemimpin ikutlah cara lama. Kita tunggu dan lihat kesan kepada rakyat nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...