Tuesday 14 October 2014
Ahmad Maslan Oh Ahmad Maslan..
Kalau ada anugerah atau trofi yang patut diberikan kepada pemimpin UMNO yang paling gigih membela dan mempertahankan Najib Razak, pemenangnya tidak lain ialah Ahmad Maslan.
Beliau yang merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, bila saja ada isu mengenai Najib, selalu saja tampil dengan idea dan hujahnya yang tersendiri dan lain daripada yang lain.
Berbanding Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri yang lain, Ahmad Maslan seperti menumpukan sebahagian masa, tenaga dan buah fikirannya untuk menjadi pembela nombor satu kepada Perdana Menteri.
Walaupun banyak hujahnya sebelum ini dipertikaikan, dijadikan bahan ketawa, sindiran, dianggap pandir dan seumpamanya sehingga menjadi satu-satunya pemimpin yang pernah menunjukkan pointer CGPA yang diperolehinya untuk membuktikan dirinya "tidaklah bodoh sangat" tetapi beliau tetap dengan kegigihannya itu.
Barangkali baginya, yang penting asalkan Najib gembira dengan kerja-kerja yang dilakukannya, itu sudah memuaskan hatinya. Kalau isteri Najib, Rosmah Mansor turut dapat dibela dan gembira sama, tentunya ia merupakan bonus berganda lagi baginya.
Dalam isu Bajet 2015 yang baru dibentangkan Najib, Ahmad Maslan sekali lagi tampil dengan kegigihannya yang luar biasa itu. Jika semalam beliau membela Rosmah mengenai peruntukan yang diterima Permata dengan mengatakan isteri Perdana Menteri itu tidak mendapat manfaat walau sesen pun daripada peruntukan yang diberikan kerajaan, hari ini giliran Najib pula dibela dan dipertahankannya.
Mempertahankan kenaikan gaji Ahli Parlimen yang diumumkan Najib, beliau berkata, ia bukan saja dikira masih rendah, malah gaji Perdana Menteri sendiri hanya menyamai gaji Perdana Menteri Zambia saja.
Dengan gaji RM22 ribu yang diterima Najib, Ahmad Maslan juga berkata, jika di sektor swasta ia hanya menyamai gaji seorang pengurus besar saja manakala gaji Ahli Parlimen sebanyak RM6500 pula tidak berpatutan jika dikira dengan jumlah pengundi yang sekurang-kurangnya berjumlah 50 ribu di sesebuah kawasan Parlimen.
Tentang pemotongan subsidi minyak sebanyak 20 sen pula, beliau berkata, melalui tindakan itu kerajaan dapat membina 40 buah universiti dan 2000 dewan orangramai di seluruh negara dan oleh itu adalah bodoh meneruskan pemberian subsidi itu.
Mengenai kenaikan BR1M, beliau mengatakan pemberian itu bukan untuk menjadikan rakyat bermewah dan sebab itu, katanya, ia dilakukan sebanyak tiga kali setahun.
Kalau diberi sekaligus, sudah tentu ramai yang memberi telefon baru, katanya sambil menunjukkan telefon i Phone 6 baru miliknya yang didakwanya dibelikan oleh anaknya di London.
Jika dilihat semua hujah Ahmad Maslan ini, ia bukan saja boleh dipertikaikan, malah mengundang senyuman sinis dan ketawa orangramai.
Dalam memperkatakan gaji Perdana Menteri yang didakwa menyamai Zambia itu, kenapa beliau tidak menyebut mengenai pelbagai kemudahan dan elaun lain yang dinikmati oleh Najib, termasuk penggunaan jet untuk Rosmah juga? Itu belum dikira lagi peluang mengumpul kekayaan melalui cara lain sehingga menjadikan, bukan saja keluarga mana-mana Perdana Menteri, malah tiada juga keluarga bekas menteri yang sederhana hidupnya. Semuanya super mewah.
Begitu juga dengan gaji Ahli Parlimen, beliau hanya menyebut tentang gaji asas tetapi tidak mengambil kira jawatan dan gaji lain yang diterima, sama ada dalam kerajaan sebagai menteri, timbalan menteri atau mahupun pengerusi mana-mana GLC.
Dengan menyebut jumlah pengundi yang diwakili oleh seseorang Ahli Parlimen, Ahmad Maslan juga menyembunyikan hakikat bahawa mereka juga sebenarnya diberikan peruntukan tahunan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dan bukannya bergantung kepada gaji RM6500 itu saja.
Mengenai pembinaan 40 universiti dan 2000 dewan orangramai pula, tidakkah ini menunjukkan kerajaan pimpinan Najib terlalu "bodoh", lemah dan hilang upaya, sehingga hanya dengan memotong subsidi minyak saja, barulah ada wang untuk membina segala kemudahan itu?
Secara tidak langsung jawapan Ahmad Maslan mengenai pemotongan subsidi yang sudah banyak dilakukan sebelum ini memudahkan lagi rakyat menolak kerajaan pimpinan Najib ini.
Begitu juga jawapannya mengenai BR1M, walau kaedah itu terus dikecam oleh banyak pihak, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tetapi Ahmad Maslan terus tampil dengan hujah yang lain pula untuk mempertahankan dasar yang dianggap populis dan menjadikan kebergantungan berterusan rakyat dengan kerajaan.
Itulah Ahmad Maslan dan dari semasa ke semasa, beliau akan terus tampil dengan hujah dan gaya pemikirannya yang tersendiri. Di sebalik rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, beban kos dan kemarahan yang semakin membara terhadap Najib dan kerajaan, hujah-hujah beliau boleh pula dijadikan penghibur dan bahan ketawa.
Mungkin sudah sampai masanya Najib memikirkan kenaikan pangkat atas peranannya itu. ( SH 14/10/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menteri mesia ni ada yg pandai ke??? pandai merompak & merembat ramai laaaaa
ReplyDeleteWa manyak setuju Malaysia punya menteli tatak pandai lea aa, Wa ingat itu pembangkang lagi tatak pandai ,itu pasat kita punya menteli jadi lagi tatak pandai .
DeleteItu maju punya negala aa a ,kelejaan sama itu pembangkang atak sama pandai lor rr ,itu pasat laia olang bolih tukak-tukak maa aa. Lia olang cali jalan mau menang ,bukan kasi salah lain olang lea aa. Itu manyak boloh punya keleja maa aa .
waa setuju sama luuu....kerajaan dan opposition sama bolo...tapi ini malaise laayat lagi bolohhhhh maaaa
Deletewa lagi manyak setuju sama lua olang anon atas ini...laayat malaise lagi manyak tolol, biol, bahlol, bolol dari lulu sampae sikalang la...tu semua yg biol, tolol, bahlol & bolol itu laayat parti keris telanjang maa...tu pasat ini malaise akan jadi macam itu PIIGS la..Portugal, Ireland, Italy, Greece & Spain...baru itu laayat malaise yg tolol, biol, bahlol, & bolol ada sedar sikit jugak maa...tapi nasi sudah basi mau bagi sama hassan malik mungkin sudah lari uganda maa sama itu shahidan kasim jugak?
DeleteAhmad Maslan, please...jadilah manusia yg berguna..guna akal dan iman yg ada..jgnlah hancurkan cgpa anda dgn statement yg budak tadika pun boleh bg statement yg sama.. Sungguh LOW menteri ni..
ReplyDeleteMengelirukan jika sebut gaji sj sebab elaun dan kemudahan adalah lebih 10 kali ganda dari jumlah gaji setiap tahun. Cuba kira sendiri...
ReplyDeleteYg di bwh utk Menteri bagi tahun 1999, jadi utk PM (RM22,826 + segala elaun + segala kemudahan) dan bagi tahun 2014 skrg tentulah lebih banyak lagi.
Dari http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=5722
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh termasuk Ketua2 Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500
3. Elaun Perumahan RM10,800. Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650
5. Elaun parking RM 5,700
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja.
Lain2 kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan/rakyat Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan/rakyat Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan/rakyat Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
tak payah sibok pak budin...tu dah keje dia...kalau kau entah lebih lagi
ReplyDeleteini tentu anak mat maslan,,
Deletewah....tinggi firasat.....wali..nabi,,,tuhan
DeleteMat maslan ni tarafnya adalah setaraf penglipur lara politik yang menunjukkan kebodohan menteri dari puak umno cap ayam.
ReplyDeleteMat kantoi ni nak tunjuk cara gerak kerja umngok sebenarnya.Bini kak mah pok jib goyang teloq, pencacai abadi tunjuk banggang.Slogan 'hidup melayu' hanya untuk umngok yang hidup mewah dan kaya dari politik semata-mata, bisnes buta kayu.
ReplyDeleteBolelah Najib bt pertandingan menteri paling pandai membodek. Byk sgt calon2 yg layak kt kabinet dapur.
ReplyDeleteAhmad Maslan bukan membodek atau mengampu tapi menunjukkan taat setianya yg tak berbelah bagi kepada tuannya. Kalau orang pas di panggil wala'.
ReplyDeleteWahai cerdik pandai melayu, tolonglah masuk UMNO, dah ramai sangat yang merapu dalam Umno ni.
ReplyDeletehi,, just visit this site,, have a nice day :)
ReplyDelete