Thursday 9 October 2014
Bajet 2015 Sudah Jadi Anti Klimaks
Esok, Jumaat pada kira-kira jam 4.00 petang, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen. Ini adalah pembentangan kali ke-6 yang dilakukannya sejak 2009.
Tetapi berbanding tahun-tahun sebelumnya, pembentangan bajet kali ini dijangka paling tidak menarik sekali bagi majoriti rakyat negara ini. Bajet yang dibentangkan esok sudah dianggap anti klimaks kerana tiada apa-apa lagi yang menarik yang diharapkan oleh rakyat daripada kerajaan.
Walaupun mungkin, seperti biasa ada kenaikan atau penurunan cukai tertentu yang akan dibuat, pengumuman bonus, berita baik mengenai golongan muda, perumahan, pendidikan, kebajikan, pertambahan jumlah BR1M dan sebagainya, namun semua itu sudah menjadi tidak menarik lagi.
Semuanya berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak secara tidak sengaja sebanyak 20 sen melalui pemotongan subsidi pada 2 Oktober lalu. Pemotongan subsidi yang jelas menunjukkan kerajaan semakin kekurangan wang dan menjadikan rakyat sebagai mangsa korbannya untuk menampung perbelanjaan pembangunannya adalah bukti bahawa apa pun pemberian dan gula-gula dalam bajet ini sudah tidak bermakna lagi.
Dengan sudah menerima kesan kenaikan pelbagai harga barangan pada sambutan Hari Raya Korban baru-baru ini, apa pun intensif kerajaan untuk mengubati luka di hati rakyat hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi saja.
Bukan saja di pejabat, di kedai kopi, ruang dapur dan di mana-mana saja kedengaran sungutan mengenai tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang merupakan ibu segala kenaikan barangan yang lain, bahkan di laman sosial FB Perdana Menteri sendiri, kata-kata sindirian dan kemarahan itu dapat dirasakan dengan nyata sekali.
Apa saja yang ditulis oleh Najib di laman FBnya itu, baik mengenai rasionalisasi subsidi minyak, ucapan Hari Raya Aidiladha, insiden kehilangan bot tempur TLDM, MH17, malah mengenai persiapan penyediaan bajet 2015 juga turut dihujani dengan kata-kata luahan perasaan mengenai kenaikan minyak sebanyak 20 sen itu.
Selain ada yang meluahkan kemarahan, kejian dan cacian, terdapat juga yang hanya menulis perkataan "najib20sen" dan "minyak20sen" beratus-ratus kali sebagai sindiran dalam ruangan komen FB Najib itu.
Ada juga yang meramalkan, mungkin ada lagi kenaikan yang akan diumumkan oleh Najib esok di sebalik ramai pemimpin kerajaan mengatakan akan ada berita baik bakal menjelma. Ramai juga yang mengatakan tidak berminat lagi untuk mengetahui apa-apa pun mengenai bajet kali ini.
Harapan rakyat juga punah dalam bajet kali ini ialah selain kenaikan harga minyak yang diumumkan lebih awal, mereka juga sedar menjelang April tahun depan, beban kehidupan akan meningkat lagi apabila cukai GST pula diperkenalkan.
Sehingga ini juga kerajaan belum pun memutuskan lagi sama ada petrol dan diesel akan dikenakan GST atau sebaliknya. Jika kenaikan sebanyak 20 sen baru-baru ini merupakan kenaikan sebanyak 9.5 peratus, bermakna jika GST 6 peratus dikenakan lagi keatas petrol dan diesel mulai April 2015, sudah tentu rakyat perlu mengeluarkan lebih wang lagi untuk perbelanjaan harian mereka selepas ini.
Pendeknya, kenaikan harga minyak yang diumumkan sebelum Hari Raya dan sebelum pembentangan Bajet 2015 serta ditambah dengan beban GST yang bakal mendatang, telah membunuh segala harapan dan penantian rakyat terhadap bajet tahun ini. Di laluan masa depan, rakyat lebih melihat semakin banyak peningkatan kos sedang menanti mereka.
Jika sebelum ini, beberapa hari menjelang pembentangannya, semua orang berbicara dan menunggu-nunggu berita gembira yang bakal diumumkan, kini kemeriahan itu sudah tiada lagi.
Bajet 2015 adalah bajet paling tidak menarik, tidak ditunggu, anti klimaks dan pastilah juga paling kurang ditonton rakyat. (SH 09/10/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bajet terakhir Najib sebelum dia ditendang keluar akhir bulan ini.Fullstop.
ReplyDeleteSuka dgn tajuk tuan. Mmg dah lama tak klimaks dgn Belanjawan/ bajet dari gerombolan lanun ni...nanti keluarla kat berita memuji melantun2 kata bajet mesra rakyat la...apelaa..yg nyata rakyat tetap sesak nafas...
ReplyDeleteAnonymous9 October 2014 22:30
ReplyDeleteHarap2 benarlah bagai ditulis.. Najib DiTendang Keluar hujung bulan nie..
Kalau boleh semalam pon tak per..
Haramjaddah dah jadi Najib nieh
Umngok cakap rasionalisasi subsidi dapat menjimatkan berbilion rm, tapi umngok tak pula umum apa faedah yang telah dicapai dengan penjimatan tersebut.Rakyat cuma dengar hutang negara semakin meningkat, jet kak mah kesana kesini.Sampai satu tahap rakyat dikawasan pitas sabah buat jalanraya sendiri.
ReplyDeletePok jib sudah bagi isyarat 20 sen sebelum bajet.lepas ni bukan bajet tapi jet belanjasawan tambahan untuk rakyat didahulukan segala kesusahan.
ReplyDeleteSiapa yang pangkah calon BN dalam pilihanraya ke 13 ?
ReplyDeleteIkut cara ahli UMNO Baru...harga barang naik kah hutang negara membukit kah... Tiada masaalah kerana yang kena bayar bukan ahli UMNO Baru saja tapi semua orang.
Pilihanraya masih jauh lagi... Nak maki hamun apa saja tiada masaalah kerana setiap keputusan menaikkan harga barang adalah muktamad.
Dan Najib akan terus kekal sebagai presiden UMNO Baru merangkap perdana menteri Malaysia.