Tuesday 16 April 2013

MCA Sengaja Mahu BN Kalah?


Petang semalam, tiga parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan PPP sudah pun mengumumkan senarai calon dan kawasan yang ditandingi oleh parti itu dalam pilihanraya 5 Mei ini sebaik menerima watikah calon daripada Najib selaku Pengerusi BN. Dalam tempoh beberapa jam lagi, UMNO pula dijangka mengumumkan senarai calonnya yang akan dibuat oleh Pengerusi UMNO Negeri-Negeri. MIC juga dijangka berbuat demikian dalam tempoh yang sama.

Berbanding MCA, tidak banyak harapan disandarkan kepada Gerakan dan PPP yang masing-masing diperuntukkan 11 dan satu kerusi Parlimen memandangkan mereka tidak memenangi walau satu kerusi pun dalam pilihanraya 2008 lalu.

Berikutan sentimen pengundi bukan Melayu yang makin ketara menolak BN dan keghairahan terhadap perubahan, Gerakan juga dijangka tidak mampu menyumbang apa-apa kerusi kepada BN kali ini, tambahan pula kebanyakan kerusi yang ditandinginya adalah di Pulau Pinang dan kawasan bandar yang memang diketahui merupakan kawasan hitam bagi BN.

Begitu juga dengan PPP yang kali ini bertanding di Kepong, kerusi tradisi DAP, juga bakal menuai angin dalam pilihanraya kali ini.

Lebih menarik, kedua-dua pemimpin utama Gerakan dan PPP iaitu Koh Tsu Koon dan M Kayeas juga memutuskan untuk tidak bertanding kali ini, yang sekaligus menggambarkan ketidakyakinan mereka terhadap kemenangan serta menjadikan moral parti itu di mata pengundi menjadi lebih merudum.

Hanya MCA yang nampaknya menjadi sandaran BN dan Najib kali ini. Tetapi Chua Soi Lek pula penuh dengan agenda politik MCAnya di sebalik keinginan untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi bagi memastikan BN kekal menggenggam kuasa. Selain Chua sendiri memutuskan untuk tidak bertanding, dua Naib Presidennya iaitu Ng Yen Yen dan Gan Ping Sieu turut tidak disenaraikan. Turut memerajatkan ialah ialah MCA juga menggugurkan bekas presidennya, Ong Tee Keat yang dianggap calon paling winnable di Pandan untuk berhadapan dengan Rafizi Ramli dari PKR.

Dengan Koh Tsu Koon, Chua Soi Lek, Kayeas dan disertai dengan Presiden SUPP, Peter Chin yang mengambil keputusan tidak bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini, menjadikan empat pemimpin parti komponen BN telah melontarkan gambaran kepada pengundi dan masyarakat umum mengenai ketidakyakinan mereka terhadap kemenangan dan masa depan BN sendiri dan ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

MCA kali ini bertanding 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN. Dalam pilihanraya 2008 lalu, mereka bertanding 40 kerusi Parlimen dan menang 15 daripadanya.

Melihat senarai calon dan percaturan MCA kali ini, harapan Najib untuk melihat parti itu menyumbang banyak kerusi juga tampak suram. Walaupun ramai juga calon muda diketengahkan, calon "resycle" turut diketengahkan seperti Yap Pian Hon di Serdang manakala Seah Koh Fah di PJ Selatan pula diramal sangat tipis untuk menang kerana beliau juga pernah kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Tindakan menggugurkan Ong Tee Keat di Pandan pula menampakkan Rafizi sudah berada diambang memenangi kerusi itu kerana pendapat banyak pihak menyatakan hanya bekas Presiden itu saja yang dianggap paling winnable dan sesuai berhadapan dengan Rafizi yang kini sedang melonjak namanya. Di Pandan, Ong bukan saja diterima baik oleh pengundi Cina tetapi juga sebahagian besar pengundi Melayu.

Meskipun Ong merupakan musuh politik Chua tetapi Chua sepatutnya lebih mengutamakan kemenangan untuk MCA berbanding melunaskan agenda peribadi terhadap musuh politiknya itu.

Dalam pilihanraya kali ini, MCA yang dipimpin oleh Chua juga bersikap sangat budiman dengan bersedia menyerahkan tiga kerusinya tanpa pertukaran kerusi lain dengan UMNO iaitu Gelang Patah, Kuantan dan Wangsa Maju. Ini menjadikan kerusi MCA kali ini berkurangan tiga kerusi berbanding 40 kerusi yang ditandinginya pada 2008.

Dalam posting beberapa minggu lalu, saya telah menulis mengenai agenda MCA ini di mana Chua cuba menjadikan kerusi Wangsa Maju, Gelang Patah dan Kuantan sebagai umpan kepada Najib agar senarai calon yang dikemukakannya diterima tanpa bantahan oleh Najib. MCA ternyata cuba menjadikan pilihanraya ini sebagai medan untuk melaksanakan agenda politiknya serta mengenepikan musuhnya dan ia kini terbukti benar-benar berlaku.

Dengan kehilangan tiga kerusi iaitu Gelang Patah walaupun MCA menang lebih 8 ribu undi dalam pilihanraya lalu serta Kuantan dan Wangsa Maju, Chua kini berjaya memaksa Najib menerima senarai calonnya tanpa bantahan. Yang lebih penting, hasratnya mahu mengenepikan terus Ong Tee Keat juga berjaya.

Walaupun Chua berjaya menjadikan dirinya makin kuat dalam MCA tetapi kesediaannya menyerahkan tiga kerusi secara percuma itu turut mengundang rasa tidak tidak puas pengundi Cina terhadap MCA. MCA akan dilihat tidak menjaga sepenuhnya kepentingan masyarakat Cina dan mudah tunduk kepada UMNO. Sepatutnya MCA melakukan pertukaran kerusi suka sama suka dan bukan memberi percuma jika ingin lebih memenangi hati kaumnya.

Senario ini memungkinkan lebih kuat penolakan daripada pengundi Cina terhadap parti itu. Di Wangsa Maju sendiri, MCA bahagian itu tetap konsisten menolak calon UMNO. Di Kuantan dan Gelang Patah juga, dipercayai sentimen yang sama sedang meledak. Dan jika ia merebak ke banyak kawasan lain, harapan MCA untuk memenangi lebih daripada 15 kerusi sebagaimana yang dimenanginya dalam pilihanraya 2008 lalu nampaknya sangat tipis.

Kegagalan MCA mememangi banyak kerusi kali ini sebahagian besarnya adalah disebabkan tindak-tanduk Chua selaku Presiden MCA yang lebih memikirkan dirinya berbanding BN. Kepentingannya dalam MCA sangat besar dan ia lebih besar daripada memastikan kemenangan BN itu sendiri.

Jika Gerakan dan PPP dilihat tidak mampu diharapkan apa-apa manakala MCA pula dengan tindak-tanduk Chua Soi Lek yang lebih mementingkan agenda peribadinya dan akhirnya menjadikan parti itu lebih ditolak oleh pengundi Cina sendiri dan gagal menyumbang banyak kerusi, apa lagi sandaran Najib dalam mempertahankan kuasanya?

Belum pun keluar senarai calon daripada UMNO yang mungkin menyaksikan banyak unsur sabotaj, tidak puas hati dan tutup bilik gerakan, gelagat Chua Soi Lek dan MCA dalam penentuan senarai calon dan pengagihan kerusi juga memperlihatkan beliau tidak membantu ke arah kemenangan BN.(SH 16/04/2013)

9 comments:

  1. padan muka!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Yang pastinya kalau scenario ini belaku dimana UMNO gagal membentuk kerajaan selepas PRU 13 ,DAP akan mengepalai Pakatan bagi membentok kerajaan yang baru berdasarkan sokongan padu Masyarakat Cina menyokong dasar perjuangan DAP yang lebih menjurus kapada selera mereka.
    Undi Melayu pastinya akan terbahagi kapada tiga ,diantara UMNO,PAS dan PKR yang akan menyaksikan tiada parti( pimpinan Melayu) dalam Pakatan akan akan berjaya mendapat lebihan kerusi dari DAP ,dan lecara lojiknya ,juga berdasarkan prinsip demokrasi dan amalanya parti yang mempunyi jumlah kerusi yang lebih banyak akan mengepalaai kerajaan.
    Kalau diteliti dan dihalusi memang terdapat langkah-langkah yang mencurigakan dari MCA dan Gerakan (terutamanya MCA) begerak bagi kegagalan UMNO dan Barisan sejak PRU 12 lagi dimana tiada terdapat kesungohan dan tindaktandok mereka ,meanpakan ada satu usha yang jelas agar masyarakat Cina berstu dalam gerakan yang baru yang diterajuai olih DAP.
    Apa yang akan dijangkakan belaku, selepas PRU13 ini sekiranya UMNO gagal membentuk kerajaan , kerusi-kerusi yang mungkin dimenangi olih MCA,Gerakan dan juga MIC melaluai tiket Barisan akan menyertaai DAP dan akan membuatkan DAP lagi tegoh dan kukoh bagi memimpin Pakatan.
    Tidak mustahil bukan ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha since DAP is contesting no more than 60 seats out of 222 parliamentary seats, and if DAP wins them all, DAP will form the next government, and this country will be a Republic with Kit Siang as President, Christianity as the official religion, Malays will not be able to pray in suraus and mosques?. Get real and where is your math book.? Check your math again on your contention that the winning candidates from MCA and MIC will jump ship to DAP. Even so the number of non Malays in parliament will never exceed number of Malays MPs. Apo lah mentality Melayu UMNO kurang cerodik. Another issue want you to digest, 90% of the BR1M recipients are Malays confirming that after 55 years of UMNO rule, UMNO has actually impoverished the Malays. Anyway.the money isn’t Najib’s or his father’s nor UMNO or BN. its taxpayer’s money. Fortunately, majority Melayu dah sodar dek kono tipu dengan Melayu Kayo selamo ni ..

      Delete
    2. Kukuhkan kuasa melayu dengan undi pas.tinggalkan umno

      Delete
    3. Sokong... ubah kepada PAS atau PKR.

      Delete
    4. Oiii bangang, DAP tanding kerusi berapa? MCA tanding kerusi Berapa? DAP lawan MCA kerusi berapa? Pakai la otak dan rajin sikit la cari fakta. MCA 37 calon lawan siapa? DAP 60 Calon lawan siapa? Jumlah 97 calon dari 2 parti tu tak tanding antara sama sendiri?

      Delete
  3. tebing tinggi,

    by-product of BTN.

    ReplyDelete
  4. Kalau by-product of BTN dia masih memikirkan Hidup Melayu lagi. Fokuskan kepada peralihan kuasa. Jangan fikir lagi soal Melayu ke Cina ke India ke.... sampai dah masa kuburkan politik perkauman ini. Kalau Melayu yang memerintah tapi rasuah, makan harta anak yatim, menghina Islam, samseng taik kucing, 'perkasa' wang rakyat, perkosa bini orang, aliran wang haram ke luar negara, memperkayakan keluarga dan kroni, maka apakah pemimpin Melayu seperti ini kita jadikan pemimpin kita? Pergi mamposlah pemimpin Melayu UMNO macam ini. Janganlah cakap pasal perpaduan Melayu ketika sudah terdesak dan menabur janji2 manis kemudian cekik rakyat selepas menang PRU. Ingatlah balik apa kerajaan UMNOBN buat selepas memenangi PRU12 2008. Harga barang naik sinonim dengan akronim BN (Barang Naik). Memang mereka ini telah dilahirkan jahat. BN=Born Naughty.

    ReplyDelete
  5. Itu org mana tahu matematik..tak ada minda...kelabunya kosong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...