Monday, 21 January 2019

NAK TAMPAR NAJIB - BUDI BAHASA CHEF WAN TIDAK MENGUNTUNGKAN PH


Tindakan selebriti masakan, Chef Wan mahu menampar bekas Perdana Menteri, Najib Razak atas dakwaan telah mewujudkan berlakunya salah urus dalam Felda, bukanlah suatu perlakuan yang sihat dan menguntungkan Pakatan Harapan sebenarnya.


Meskipun Chef Wan merupakan anak kelahiran Felda Sungai Koyan dan agak terkenal di seluruh dunia, budi bahasa yang ditunjukkannya itu, lebih-lebih lagi dalam suatu program kempen pilihanraya, amatlah tidak sesuai sama sekali dengan adab Melayu.


Jika dalam adab Melayu pun sudah tidak sesuai perlakuannya itu, apatah lagi kalau dilakukan ketika kempen pilihanraya Cameron Highlands yang tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan.


Harus diingat juga, kedatangan Chef Wan dalam program kempen di mana beliau melahirkan keinginannya untuk menampar Najib itu ialah bersama-sama dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Sedikit sebanyak sudah tentu kesan tidak baik itu tertempias juga kepada Azmin, PKR dan usaha mereka untuk menambahkan undi kepada calon PH di Cameron Highlands, M Manogaran.


Akibatnya, tidak mustahil ramai yang berbisik-bisik sambil mencebikkan bibir, bukan saja kepada Chef Wan atas perlakuannya itu, tetapi juga kepada pasukan kempen PKR yang diketuai oleh Azmin itu.


Dengan yang demikian, apakah untungnya perlakuan Chef Wan itu dari segi mendapatkan undi dan sokongan?


Chef Wan seharusnya sedar beliau berada di program politik, bukannya di pentas hiburan di mana seseorang itu sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata celupar, kasar dan tidak sewajarnya kepada sesiapa saja yang tidak disukainya.


Di pentas politik, yang mahu dimenangi ialah hati, jiwa dan perasaan pengundi. Hanya dengan memenangi hati, jiwa dan perasaan saja yang boleh membuatkan rakyat tertarik dan akan membalasnya dengan memberikan undi atau sokongan.


Tetapi, apakah dengan bersikap kasar dan sedikit kurang ajar seperti yang ditunjukkan oleh Chef Wan itu boleh menambahkan undi?


Memang tidak dinafikan semua orang ada kemarahan tertentu kepada Najib berhubung tindakan dan perlakuannya semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, namun membalasnya dengan meluahkan kemarahan seperti ingin menamparnya, bukanlah cara yang betul.


Politik mesti dibalas dengan politik, lagi pun satu persatu kesalahan Najib sudah pun dibawa ke mahkamah untuk diadili berdasarkan undang-undang.


Malah, tindakan rakyat menurunkan Najib daripada puncak kuasa melalui PRU14 lalu adalah tindakan yang sudah dikira betul berdasarkan begitu banyak isu dan masalah yang diakibatkannya semasa menjadi Perdana Menteri.


Apa lagi yang kita mahu?


Mengenai Felda dan kaitannya dengan Isa Samad, bekas Pengerusi Felda itu juga sudah pun dihadapkan ke mahkamah atas beberapa pertuduhan dan kesnya akan dibicarakan tidak lama lagi.


Maka, tidak perlu sampai mahu menampar sesiapa lagi.


Untuk itu, kepada pemimpin-pemimpin PH yang berhasrat membawa selebriti dalam program kempen selepas ini, mereka hendaklah berhati-hati dan jangan sampai mendatangkan kesan yang sebaliknya.


Yang kita mahukan ialah menambahkan undi, bukan mengurangkan undi. Selebriti yang sepopular sekali pun, kalau budi bahasanya ke laut, berperangai kasar, celupar serta bertindak tidak bersesuaian, populariti mereka semata-mata tidak akan mampu membeli walau satu jiwa sekali pun. (ShahbudinHusin 21/01/2019)

31 comments:

  1. Semakin banyak kata kata cacian kepada najib...semakin sayang aku kat dia!!!selagi dia tak dijatuhkan hukuman bersalah selagi tu kita tak boleh jatuh hukum!!!...yang paling keji adalah individu kata orang Melayu pemalas sedangkan anak dia kaya raya atas cable!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa guna parang terbang kau? Pencuri, perompak dan pelanun pun kau biarkan melanda landa. Kau bikin lah penjara kayu, masukkan dia.

      Najib mencuri bukan sikit2, Mat. Dan dengan terang2 pulak tu. Mana ada orang curi duit berbiliun, aturkan laknat masukkan ke dalam akaun dia.

      Delete
    2. Aku mmg teringin sgt nak tampor si rosmah tu...

      Delete
    3. libih baik tampar najib drpd memarang najib sambil terbang..kikikiky

      Delete
    4. Lagi sayang Najib? Gosh...
      Sebab tu Najib buat onar sekala besar sebab dia tahu ada org Melayu yg boleh terima salah laku dia.
      Nauzubillahminzalik.

      Delete
    5. Makikan selalu supaya Melayu yang begitu lari masuk ke dlm lobang bntt dia.

      Delete
    6. Ok la tu....chef wan kata rasa nak tampo... kalau dia cakap rasa nak cium je Najib ( macam parang terbang selalu rasakan).eii... tentu geli geleman orang ramai dibuatnya.
      En Budin tak perlu dramatizekan isu ini. Sebenarnya bukan chef wan saja yang rasa nak tampo Si Najib tu....beribu lagi rasa nak terajang Mamat tu.... bukannya
      dia nak mengakuakan kesilapan lalu dan memohon maaf kepada rakyat, sebaliknya hari- hari cuba meletakkan kesalahan ke atas orang lain.

      Anyway, kata- kata chef wan tersebut tidak akan memberi kesan kepada pengundi kerana mereka di luar sana tak terkesan dgn drama yg cuba dipentaskan en Budin. Lagi pun kalau Azmin yang terpalit dgn kata- kata chef wan... bukankah ianya suatu berita gumbira buat penyokong Abam yang ketakutan kepada bayang- bayang Menteri Ekonomi tersebut.

      Delete
  2. hamba najib katakan,,xda menyumbang pd negara,tula pasal kena kick pru lepas,,lps tumbang dilancarkan pula #boosku,,disediakan utk para penjilat tegar,

    ReplyDelete
  3. orang gila talak saperti najib (dan sekutu penyamun nya) patut d hantar k pulau bidong (trengganu) utk beristirehat.

    dia dah bejangkit penyakit gila talak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He...he....
      Gila talak nak jadi pm semula.
      Apa apa pun istilah itu 'gila'....orang itu kurang waras lagi.

      Delete
  4. Mesej nya kpd Najib ada lah loud and clear.

    Kena pulak dari seorang anak peneroka FELDA.

    Najib nak pigi kempen PRK CH yang termasuk suatu rancangan FELDA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib naik motorsikal. Dah takda yang nak bantu dia naik kereta. Atau 4WD ke kawasan Orang Asli.

      Kalau dia jatuh ke gaung di kawasan gunung ganang tuh, dan malap terus dia, rasa nya ramai yang suka.

      Delete
    2. Harap2 jgn ler dia jatuh gaung...aku nak tampor muke dia dulu pastu nak hanyut ke laut ke ape lantak la

      Delete
  5. Zaman dah berubah. Mungkin kepala bapak, haram jadah lebih enak didengar berbanding teringin nak tampar.

    ReplyDelete
  6. David Teoh ditampar..depan Najib
    Tak pulak Najib lakukan sesuatu
    Kalau untung semuanya wajib
    Memang wajar buat begitu!

    Anak Felda terasa susah
    Harta Felda senang digadai
    Diberi amanah dia belasah
    Ini pemimpin jenis keldai!

    Kalau ibu kurang pengetahuan
    Anak2 Felda semua belajar
    Nasib peneroka tidak ketentuan
    Peneroka susah memang tak wajar!

    "Baru nak tampar" bukannya isu
    Bijan/ Jamal lagilah teruk
    Songlap wang semuanya bisu
    Tumpang bergayut seperti beruk!

    Memang Melayu manusia beradat
    Hingga Lanun ada yg sembah
    Isi kantung sehingga padat
    Berpura baik bila dah rebah!

    Tampar jangan, lari pun jangan
    Nothing to hide dia pun cabut
    Nak kembali PM.. ada ke angan?
    Dalam FB dah buat ribut!





    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Mana si chef wan tu tak marah dan terlepas cakap
      Pasal dia tak paham kenapa masih ada yang bengap
      Masih menyokong dan mempercayai simalaun penyonglap
      Dah terkantoi menipu pun, tak tahu malu dan tak mahu senyap..

      Kalau dibandingkan secara pengucapan
      Sibijan tu lebih celupar berbanding cef wan
      Apa tak dikatanya kepada Tun M, PM kita seorang negarawan
      Sekarang dibalas balik cash, memanglah padan..

      Orang tua2 selalu berpesan
      Kalau tak mahu dikata jangan dimulakan
      Bila terkena baru nak perasan
      Tapi kenapa tuan budin beria ria tulis artikel sebegini, itu yang teman hairan..





      Delete
  7. Sebenarnya Chef Wan ni celebrity, tak yah nak darah up pasal penyangak ni, just relax n create lebih byk lawak dalam program masakan... Take care Wan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia celebriti apekebendenye? Terhegeh hegh mcm pondan. Entah2 dia mmng pondan .. hermapho apekename nye. Sebab itu di suka Mak Nyah dll.

      Tapo, dia nak tampar Najib, lantak lah. On record, better effect than ditampar dek pemanas kuat-bertumbuk Wak Jahid.

      Delete
  8. Tetapi Allah tidak sayang dia sebab itu Allah tarik dia daripada pemimpin dan digantikan dengan pemimpin baru. Kita mesti bersyukur kepada Allah sebab Allah tolong rakyat Malaysia, Alhamdulillah syukur. Allah maha kaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...pembetulan. Dgn kehendak Illahi, Najib disingkirkan oleh pemimpin tua renta berusia 93 tahun.

      OTAI MASIH BERBISA & DIIKTIRAF SEANTERO DUNIA...!!

      Delete
  9. Tak salahkan chef jugak nak tampar tapi belum tampar. Dia anak peneroka genarasi ke 2. Dia lebih tau apakah yang telah menimpa kaum peneroka yang tiba2 dibebankan antara 150k hingga 180k seorang kerana tanam kos semula sedangkan ada potongan bayaran kembali. ... jugak ada peneroka yg tak tahu pun bahawa mereka berhutang sebanyak itu. kos tanam semula kira2 18k seekar tuh. Agaknya chef tak dapat nk menahan sabar dengan dsnr dan jugak bekas penolongnya Isa asamad... duit felda yang berbilion2 akhirnya terhapus dan yg ada hanyalah hutang2 felda.... bagaimana pun sabo chef....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng najib tu ape tau...mengendeng je pada ketiak rosmah mansur tau la dia

      Delete
  10. Mlayu nak boh penampag mlayu.
    Selebriti dgn ahli politik mcm belakon saja depani.
    Kalu kena penampag pong sedap bkn sakit ish ish ish.

    Kes cina penampag pompuan mlayu dkt penang pong tak sakit jugak pasai bkn hangpa yg kena penampag,tak mati pong
    Pasai sekog saja cina kalu rame-rame berekog-ekog cina boh penampag tuntu mati pompuan mlayu tu.

    Mcm kes ahli bomba yg kena blasah dgn gerombolan keling paria sampe mati pong sonyap saje ,,udah tak ade cereta.

    Sosah juge nak jd baruwa pasai kena tunggu arahan tuanya bila soroh salak kenalah menyalak nyalak bila suroh tokak kenalah tokak menokak bila suroh kencin baru pakat pakat kena kencin. Udah tuan kaki kencing beruwa machibai pong setia sampe terkencin-kencin.
    Kwah kwah kuah kuah kyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat hang tak pakai nama Geng Najib? Sebab hang yang sentiasa menjuilat Najin Takut kena penampaq GENG MENJILAT NAJIB ka?

      Delete
    2. Sosah juge nak jadi baruwa machibai sbb kena pake byk nama.
      Teman ingat 3 ropenye 4.
      Byk haramjadah ni dpt duit sampe 4 nama dia.
      Kwah kwah kuah kuah kyah.

      Delete
    3. Ooi Mat Sawang. Kau pun sama mcam Tobggeng, dtg menyemak aje kat sini dgn komen2 dan hasutan anti Tun M, anti PH. Tonggeng tu buat sampah kat sini, tak cukop dampah darap, kau pula dtg buat komen sesawang kat sini. Hoi! Tak malu ke kat tuan Umah Sdr Budin tu. Dtg tak dijemput, komen2 kamu tak dialu2 kan.
      Lagi satu mat dawang aku nk balun kau, apa, cakap barwa2 Tun M?. Hoi korang tu dah jdi barua Najis selama ni. Sbb malaun tu lskibini da sah dalahguna fana 1MDB dan sekau fana tabung haji dgn mealatkan si Azeez mamak pedukang dari Kedah tu! Tpi hangoa dan juga OAS tu buat2 bodih, buat2 tak nampak, tak nak faham..masih juga sokong su Najis lahanat tu!! Kau org la,barwa terhebat di blog ni, di Msia dan juga di dunia.

      Delete
  11. Minta kebenaran komen di luar tajuk pos, sdr Admin. Ini amat penting pasal ada kepala bapak dia yang nak buang Akta Hasutan, terbawak bawak dengan yang di ura2kan si Najib Al Jibo masa dia pegang kuasa -

    Tan Sri Dr Abd Aziz Abd Rahman peguam terkenal yang terlibat dalam penggubalan / pemindaan Akta Hasutan 1948 itu di Mageran, Majlis yang berkuasa ekoran tercetus nya Pergaduhan Kaum 13 Mei 1969, telah berkata Akta itu tidak perlu dimansuhkan kerana disifatkan sebagai ... Melayu (MPM), akta itu juga telah terbukti berjaya menjaga keselamatan negara daripada anasir jahat yang ..

    Akta Hasutan 1948 'kebal', tidak perlu dimansuhkan - sinar harian
    https://www.sinarharian.com.my/article/8688

    Tapi ada pulak anasir2 anti-nasional yang membantah nya -

    Akta Hasutan: LFL sangkal bekas pegawai Mageran (LFL - Lawyers For Liberty Kepala Bapak Dia (marah Najib bila kata2 itu di gunakan).

    Penasihat Lawyers for Liberty N Surendran menyangkal pembelaan pakar perundangan Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman terhadap Akta Hasutan 1948.

    Abdul Aziz yang juga bekas pegawai perundangan Mageran (Majlis Gerakan Negara) dan pernah terlibat dalam pindaan akta itu selepas rusuhan 13 Mei 1969, antara lain berkata pemansuhan undang-undang itu memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja, dan gesaan terhadap pemansuhannya juga boleh dianggap menghasut.

    Beliau berkata ini kerana undang-undang itu dipinda bersama-sama Perlembagaan Persekutuan dengan menambah Fasal 4 kepada Perkara 10, yang menyekat kebebasan bersuara masyarakat terhadap empat perkara yang dianggap sensitif iaitu bahasa kebangsaan, hak istimewa Bumiputera, hak warganegara Malaysia dan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu.

    ReplyDelete
    Replies

    1. KEPALA BAPAK Surendran memetik Artikel 63(4) Perlembagaan Persekutuan yang menurutnya meletakkan akta itu berbeza daripada undang-undang yang diluluskan bawah Artikel 10(4), justeru tidak berada di bawahnya.

      "Maka Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang biasa yang boleh dimansuh melalui majoriti mudah di parlimen, dan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

      "Dakwaan Abdul Aziz bahawa Akta Hasutan adalah undang-undang luar biasa tiada asas sejarah dan perundangan. Akta itu adalah ordinan British yang diteruskan selepas merdeka.

      Kelapa hotak Surenderan. Memang siapa saja boleh keluarkan pendapat. Aku juga berpendapat Surendran itu bangang, berniat jahat, mahu coba menghasut dan perlu di heret ke Balai Polis, di siasat di bawah Akta Hasutan itu.

      Delete
    2. Celaka Surendran menyifatkan dakwaan Tan Sri Abdul Aziz bahawa seruan pemansuhan akta itu sebagai satu tindakan menghasut sebagai mengarut.

      Sebanr nya Keling ini mengarut berkali kali ganda. Dan tak salah memanggil dia Keling sebab tempat berkelah di Melaka telah bernama Tanjong Keling kot sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka.

      Surendran mengarut menata "Parlimen mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk meminda dan memansuhkan undang-undang, maka tindakan warga menggesa parlimen memansuh mana-mana akta - termasuk Akta Hasutan - bukan tindakan menghasut," konon nya.

      Dia dan yang sekutu dengan nya coba melemahkan kedudukan kaum Melayu yang ada Kedudukan Istimewa di dalam Perlembagaan Malaysia. Kedudukan yang di lindungi Akta Hasutan.

      Maka niat nya ia lah jika tidak ada Akta Hasutan, sesiapa saja boleh pinda Perlembagaan Perkara 153 Kedudukan Istomewa Melayu (yang di panjangkan kpd Bumiputera Sabah dan Sarawak di penubuhan Malaysia) itu. Dengan itu dia keluarkan pendapat yang menghasut itu.

      Saya seru pihak berkuasa ambil tindakan ke atas mereka yang menghasut itu.

      Dan saya harap ramai Melayu, termasuk di blog ini, menyuarakan apa yang disebut Tan Sri Abdul Aziz A Rahman bahawa tidak timbul isu meminda atau memansuhkan Akta Hasutan, sebab tindakan mahu meminda dsb nya itu ada lah menghasut dan melanggar Akta Hasutan.

      Delete
    3. Mr syekh albodin.

      Umat mlayu coma dpt berharap agar memdapat pemimpin yg ikhlas yg pintar dan yg benar.
      Pemimpin mlayu yg beragama islam saja yg berhak dan layak pimpin umat mlayu malaisa.

      Aleh-aleh yg mendapat saorang pemimpin yg berahak sampe keanak beranak.
      Sanggop hina bangsa mlayu malas mesken papa kedana dan modah lopa.
      Sanggop lantik cina komeneh dan koling paria sebagai menteri atas atoran demokrasi.
      Lebih celaka lg ada mlayu yg sanggop jadi pak sanggop dan sebagai baruwa yg menyokong mak-arok sintok.
      Elok boboh penampag dgn boboh penendang sampe terbongkang.
      Kwah kwah kuah kuah kyah..

      Delete
  12. Kaum pendatang mcm2 nak ungkit. Melayu diam aje.

    Padan lah di kata pemalas. Bodoh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...