Monday 28 September 2015

KIRIMAN GAMBAR DARI JAKARTA


Malam semalam, 27 September, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menerima anugerah "Star Of Soekarno" oleh Yayasan Pendidikan Soekarno di hotel Borobudur, Jakarta.

Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di pelbagai peringkat antarabangsa.

Pengasas Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri telah menyampaikan bintang penganugerahan itu manakala seorang cucu Soekarno pula mengalungkannya kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir kemudian diberi peluang menyampaikan ucapannya di hadapan tokoh-tokoh politik utama, pegawai tinggi kerajaan dan panglima-panglima tentera Indonesia.

Pagi ini pula saya telah menerima kiriman gambar-gambar sekitar majlis penganugerahan itu daripada seorang penjenguk blog ini yang menetap di Jakarta.

Beliau ialah Dr Fauzi Mohamad, seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Pahang tetapi menetap kira-kira 17 tahun di Jakarta dan telah membina perniagaan serta keluarga di sana.

Dr Fauzi adalah jemputan khas daripada Rachmawati ke majlis tersebut sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang menetap di Indonesia.

Beberapa hari sebelum ini, Dr Fauzi turut ditemubual oleh sebuah stesen televisyen Indonesia untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih bagi rakyat Malaysia atas penganugerahan itu.

Tahniah diucapkan kepada Tun Mahathir atas penganugerahan yang seharusnya membanggakan seluruh rakyat Malaysia. 

Tahniah dan terima kasih juga kepada Dr Fauzi atas kejayaan di negara seberang serta kerana kiriman gambar-gambarnya ini. (SH 28/09/2015)

Tun Mahathir bergambar selepas menerima anugerah tersebut.

Tun Mahathir ketika menerima kalungan Star Of Soekarno.

Dato' Dr Fauzi, rakyat Malaysia berasal dari Pahang yang dipilih hadir mewakili rakyat Malaysia dan sudi berkongsi gambar dengan pembaca blog ini.

Dr Fauzi dan isteri bergambar kenang-kenangan bersama cucu-cucu Soekarno.

24 comments:


  1. Walaupun saya menyokong Tun ketika ini untuk menyelamatkan negara dari DSN tapi saya sekadar member sokongan. Saya masih keciwa atas apa yang di lakukan ke atas DSAI dan keluarga. Saya masih terbayang saat-saat DSAI di tangkap pada malam itu di Bukit Damansara. Menitis air mata saya melihat perlakuan yang diluar batas kemanusian.

    Tetapi saya perlu memberi kepujian kepada Tun kerana apa yang Tun laku kan pada masa itu adalah sama apa yang Tun ingin lakukan sekarang. Bagaimanapun apa yang telah di lakukan oleh Tun kepada DSAI tidak Tun lakukan pada DSN. Tun tidak mencipta fitnah malah apa yang Tun perkatakan mengenai DSN, Tun tidak berbohong. Mungkin kerana Tun tidak ada kuasa untuk di salah-gunakan atau Tun telah sedar atas kesalahan nya ke atas DSAI dan keluarga.

    Hanya dengan menjenguk Anwar, keadaan sekarang mungkin sedikit berubah. Kesempatan untuk di maafkan oleh rakyat ini hendak lah di pergunakan oleh Tun ketika ini. Bagaimana dengan keputusan bersalah DSAI? Tun jawab lah 'Dari maklumat dan siasatan ..' Soalan 'Adakah Tun dulu percaya dan sekarang tidak' Tun jawab lah 'Saya telah berjumpa Anwar'. Bukan nak mengajar tapi nak menyeronokkan pembaca sebab Tun pakar menjawab soalan wartawan.

    Mungkin selepas itu bila Tun berjuang, berjuang lah atas perjuangan DSAI.

    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah. Jgn taksub sgt kpd si anu..war sehingga dosa pahalanya pun sanggup kamu tanggung.
      Bukti dan saksi sudah mencukupi. DNA pun cukup jelas jadi knp kata anu..war di aniaya.
      Kalau dia dia dianiaya kepada dia tidak mahu membuat sumpah lakmat.

      Delete
    2. Tak perlulah DSAI akhlaknya lebih teruk drp najib

      Delete
    3. Huhuhu. Dua2 sama. Lepas Tun M baru semua tunjuk kaler. Takyah la nak salahkan Umno je dlm semua hal. Pasal semua pemimpin2 penipu, bisex, perompak pencuri mmg semua asal dari Umno. Lps tu kowtim dgn gang2 DAP senyap2 nak buat projek. Org biasa je lah yg bodoh kene tipu. Konon2 perjuangan. Perjuangan menebalkan poket. Lancik.

      Delete
    4. Saya percaya sdr adalah seorang yang baik namun saya kasihan dengan sdr kerana sampai kehari ini masih percayakan yang Anwar itu "bersih" dan Anwar itu dianiayai oleh Tun - semoga Tuhan memberikan hidayah dan petunjyk buat sdr - Amin

      Delete
    5. saya sokong penulisan Tuan, hakikat yang sebenarnya Mahathir tidaklah sebaik mana selagi Anwar masih di penjarakan. hukum alam akan berjalan dan akhirnya mahathir dan umno akan menerima balasanya seperti yang berlaku sekarang dan di masa hadapan.Tunggu dan lihat.

      Delete
    6. Tun bertambah sihat wal afiat. Anu..war pula masuk penjara kerana terbukti meliwat saiful. Itulah hukum tuhan yg maha esa

      Delete
    7. Saudara kalau ingin berkhidmat untuk anu..war silakan.Tidak ada sesiapa yg ingin melarang saudara untuk berjasa dgn anu..war kerana itu adalah hak dan kemahuan saudara sendiri.

      Mungkin dengan cara ini sahaja saudara akan lebih mengenali anu..war secara peribadi dan dapat mengerahui hati budinya dgn lebih dekat.

      Saya ucapkan selamat maju jaya kpd saudara

      Delete
    8. Hanya mahkamah Allah yang se adil-adilnya.

      Semuga hakim-hakim yang membuat keputusan hidup aman kerana orang seperti anon 16 05 terus mempercayai dengan bukti dan DNA yang telah di sediakan. Ini lah yang di tanggung oleh hakim-hakim yang berkhalimah syahadah. kerana kelemahan anon 16 05 di tanggung oleh para hakim tersebut..

      Pertama yang saya rujuk ialah kes liwat 1 sebab mengaitkan Tun Mahathir, bukan Liwat 2 yang di dalangi oleh ajib. Patutlah saudara 16 05 percaya Anwar tidak berakhlak kerana saudara seorang yang menerima bulat-bulat apa juga yang di suapkan tanpa menapis apa yang saudara lihat dan dengar.

      Kita lihat pulak apa kah ajib sanggup melakukan sumpah laknat yang di aturkan untuk dia dan Tun Mahathir.? Kita tenguk berapa lama Najib boleh bertahan dengan satu demi satu sumpah laknat. Sebaliknya rakyat perlu berbangga dan hormat pada Anwar yang rela masuk penjara dari bersumpah laknat. Anon 16 05 pun rasa pelik dan bertanya mengapa Anwar tidak buat sumpah laknat kan?? Tapi anon 16 05 sendiri mengatakan dah ada saksi dan bukti DNA.. Ini bererti masih ada keraguan yang munasabah.

      Sumpah laknat ini kalau terjadi, musibah nya menimpa orang lain bukan hanya pada orang yang bersumpah sahaja.Bahkan mungkin menimpa pada diri saya sendiri.

      Anon 19 25 terima kasih kerana mengatakan saya seorang yang baik dan mendoakan saya. Bagi saya pengorbanan Anwar terlalu besar sehigga tidur malam saya tidak sempurna jika tidak doakan untuk Anwar. Khir Toyo tidak sanggup di penjarakan selama dua tahun atas kesalahan yang benar-benar dia lakukan dan di minta tukar dengan mencabut gigi orang. Tahu kah tuan hukuman ke atas Khir boleh di kurang kan ke setahun sekiranya berkelakuan baik dan 6 bulan sekiranya mendapat keampunan dari Sultan Selangor. Jika 6 bulan orang tidak sanggup bagaimana Anwar yang lima tahun sanggup ? Kerana tahu penderitaan yang di tanggung oleh Anwar di dalam penjara lah sampai Dr Maza minta Anwar pertimbankan untuk menetap di luar negara...

      Kes liwat 1, keputusan akhir ialah Anwar tidak bersalah dan dibebaskan Yang membebaskan Anwar ialah Pak Lah Mungkin tindakan Pak Lah ini lah yang menyelamatkan Tun Mahathir dari dosa yang paling berat kepada dosa yang berat. Kita tidak boleh mengaitkan Anwar dengan kes Liwat 1 sebab dalam prosiding kes liwat 2 pun peguam pendakwaraya tidak gunakan hujah mengenai kes Liwat 1. So macamana pulak Kes Liwat 2 tuan boleh percaya sedangkan jelas kes Liwat 1 adalah fitnah (Anwar tidak bersalah) ?


      Delete
    9. Anu..war dengan rela masuk penjara? Biar betul saudara. Kalau dia rela mustahil dia mengupah berbelas belas peguam ternama untuk menyelamatkan dia.

      Saya cadangan agar saudara belajar undang2 dari sekarang untuk menjadi seorang peguam.

      Apabila saudara telah berjaya menjadi peguam suatu nanti saya berharap saudara akan membuka kes anu..war ini kembali.

      Berikanlah dia pembelaan dan keadilan yang sempurna.

      Hanya Allah Taala saja yang maha melihat dan yang maha mengatahui apa yang ada di dalam hati anu..war dan di dalam hati saudara.

      Maka akan menjadi satu tanggung jawab di atas bahu saudara dari saat ini untuk membuktikan anu..war tidak bersalah dan telah terfitnah sehingga meringkuk ke dalam penjara.

      Semuga saudara terus berjaya untuk melaksanakan tanggung jawab ini.


      Delete
    10. Mengupah berbelas peguam yang ternama, tidak sama dengan sumpah laknat. Sumpah laknat ada lah jalan paling mudah untuk menyelamatkan diri buat sementara waktu sahaja. Mengupah peguam ternama adalah memastikan keadilan diberi pada orang yang kena tuduh dan memastikan keadilan berjalan dengan sebaik-baiknya.Tetapi akhirnya semua nya bergantung kepada Hakim yang Arif yang bergantung pula pada si Penguasa.

      Ini peraturan mahkamah bukan sekadar untuk menyelamatkan diri. Kalau nak menyelamatkan diri, Anwar dah menetap di Turki atau di US.

      Orang yang menyelamatkan diri tidak akan saman WSJ dan Sarawak Report dan berani membawa kes ke mahkamah sekiranya dia tidak bersalah! Tetapi kes ini Anwar hadir ke mahkamah setelah berpuluh-puluh kali ke luar negara.

      Saudara Anwar telah di hukum penjara di peringkat mahkamah yang paling tinggi. Tidak ada mana-mana peguam yang boleh buka kes Anwar. Kalau ada pun kes ini tetap akan di buka di mahkamah Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Saya berharap saudara juga hadir di mahkamah tersebut sebab saya sendiri akan saman saudara di Sana kelak selepas selesai kes Anwar. Di sini saudara boleh bermain dengan kata-kata dan menyembunyi kebenaran dan antara saudara dengan saya, tidak perlu peguam kerana saksi saudara ialah mailaikat dan saksi saya ialah malaikat. Memang saya yakin malaikat-malaikat itu ada, tidak tahu lah saudara macamana tetapi cara saudara bercakap macam saudara hanya bersendirian.

      Dan Allah lah yang juga memberi cahaya ke dalam hati orang-orang yang di kehendaki Nya supaya dapat melihat dan dapat tahu akan kebenaran yang abadi.Hati siapakah yang di beri cahaya tersebut? Hati saya atau hati saudara?

      Apabila Anwar telah didapati bersalah dan telah terfitnah sehingga meringkuk ke dalam penjara tidak ada daya upaya saya lagi melainkan dengan kekuasaan Mu Ya Allah.

      Tanggung-jawab saya ialah berdoa untuk kesejahteraan Anwar dan diberi kekuatan oleh Allah Yang Maha Perkasa.

      Pada awalnya saya tidak merujuk kepada kes Liwat 2 kerana tidak melibatkan Mahathir tetapi apabila di sebut nama Anwar saudara bersungguh-sungguh mengaitkan keburukan Anwar dengan kes Liwat 2. Yang kita perkatakan disini ialah Mahathir adakah dia telah insaf kerana melayan Najib dengan adil dan kebenaran? Jika betul telah insaf pergi lah melawat Anwar.

      Delete
  2. Ya Pak Fauzi, bisa aturkan satu anugerah untuk Bapak Najib kerana Isteri nya pun telah diberi gelaran oleh orang Minang.

    Pak Fauzi sudah tidak nampak macam orang Najib ooops bukan orang Najib tapi orang Pahang.

    ReplyDelete
  3. Tun ialah seorg negarawan jasanya tetap d hargai d seluruh dunia semoga allah membalas segala kebaikanya bukan macam m sekarang yg sentiasa dicemoh rakyat tapi tad insaf juga semoga allah membalasnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana Tun seorang negarawan lah sepatutnya Polis jaga mulut dengan mengatakan akan mengambil keterangan dari Tun.

      Kerana Tun seorang negarawan lah saya marahkan seorang suadara yang UMNO totok apabila mengatakan yang dia sanggup ke jalan raya sekira nya Tun di tangkap. Saya balas dengan berkata itu lah tahap pemikiran UMNO kerana saya katakan hati saya sakit apabila se orang Pegawai Polis menyentuh Tun dan meminta Tun supaya berhenti berucap. Ini kerana Tun adalah seorang negarawan !

      Bagi UMNO, Tun di anggap macam pa**h. Saya orang yang kuat menyokong Anwar dan seperti mana saya sangat sedih apabila Anwar di tangkap di Bukit Damansara begitu lah sedihnya saya apabila Tun di perlakukan begitu.

      Tun mungkin tidak silap sekiranya penganti nya berkerja macam dia atau mempunyai semangat macam Anwar. Kalau keadaan teruk macam sekarang pun Najib kata ekonomi masih kukuh dan kejatuhan mata wang tidak membawa kesan buruk, tentu orang yang berkerja macam Tun dan bersemangat macam Anwar dapat menjadikan Malaysia lebih baik dari sekarang.

      Delete
  4. Tun ialah seorg negarawan jasanya tetap d hargai d seluruh dunia semoga allah membalas segala kebaikanya bukan macam m sekarang yg sentiasa dicemoh rakyat tapi tad insaf juga semoga allah membalasnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. .....dulu Mahathir juga digelar Mahafiraun. Najib yg kaki rasuah tu belajar buat kerja2 buruk ni semua nya dari ajaran Mahathir.

      Mahathir dan Najib 2 x 5 shj. Dua2 memusnah dan memporak perandakan Msia. Dua2 tak respect atoran undang2. Dua2 mengtunggang terbalikkan undang2 untok survival mereka.

      Delete
    2. Mahathir dulu kita lawan.
      Sebab itu Najib pun kita lawan.
      Masa lawan Mahathir tak ada sebut langsung nak guling kerajaan.. Mahathir terus mendapat sokong orang cina sebab Mahathir pandai jaga ekonomi dan peliknya Najib kata krisis 97/98 lagi teruk dari sekarang. Macamana tu?

      Jangan sebab Najib sama macam Mahathir dan Mahathir dua kali lima macam Najib, kita diam dan tenguk hutang bertimbun-timbun, salah-laku berturut-turut satu demi satu.

      Jadi lah warga yang bertanggung-jawab kerana kita tidak mahu jadi macam Najib !

      Delete
  5. Najib bukan negarawan tetapi binasawan negara.Bukan setakat jual bangsa tetapi meracuni bangsa

    ReplyDelete
  6. Pahlawan bugis kebangaan macai ni spesis ular sawa telan yg besar2 kenyang 7keturunan,kita berharap najib selepas balik dr us,akan jd pahlawan rosmah,melaksanakan pemintaan semua rakyat msia Bersumpah laknat,yg dia betul2 tak ambil duit 2'6b.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah!,Kenangan ini menunjukan beliau TDM banyak berjasa kapada orang/negara yang menimpa kesusahan.Semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik bagi beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia juga sedang menerima balasannya dari dari Maha esa, tengok kemusnahan yang sedang dilakukan najib yang menimpa bala kepada rakyat kerana menyokong bapak perasuah dan parti perasuah diasaskan oleh mahafiraun iaitu umno baru.Umno lama sudah arwah. Itu kenyataan!

      Delete
    2. Tun ada kebaikan dan ada keburukan. Membantu Bosnia adalah satu kebaikan yang sangat besar yang telah di lakukan oleh Tun Yang mendoakan kecelakaan ke atas Tun ramai tetapi ingat lah doa orang Bosnia walaupun sikit tapi doa orang yang di zalimi dan orang yang sangat-sangat menderita. Itu kita serah pada Allah swt.

      Yang Najib ini, tu lah sekali dulu melalui macai-macai hantar bekalan ke Palestin. Dah lama senyap nya. Mungkin Najib tidak mampu menumpu kepada kerja amal tersebut sebab terlalu sibuk mengelentong rakyat sekarang ini.

      Delete
  8. Ramai juga pencacai umngok nak tegak benang basah.Setelah otak melayu di bonsai oleh pemimpin2 umngok inilah hasil yang negara ini dapat.Banyak rakyat melayu yang tak sokong umngok dari dulu hingga sekarang sentiasa berdoa agar pemimpin2 umngok yang zalim dan rasuah di humban kecelakaan dan kini saatnya telah nampak sekarang dimana pembesar2 umngok sanggup membiar negara ini musnah membiarkan najib mencuri duit negara dan akyat.Nyawa umngok dah tak lama lagi. Yang nyata tiada apa pun yang akan kekal didunia ini.ha..ha..se;epas tumbangnya umngok bersiap sedialah pemimpin melayu bangsat masuk penjara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...