Wednesday, 23 September 2015

PATUT ATAU TAK PATUT?

Lima hakim Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan muktamad pada 29 September ini terhadap rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo untuk menukar hukuman penjara 12 bulan yang diterimanya kepada khidmat masyarakat.

Dalam rayuan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang diterimanya sebelum ini, Dr Khir menawarkan gantian kepada khidmat masyarakat dalam bentuk rawatan pergigian secara percuma selama dua tahun.

Khidmat pergigian yang ditawarkan ialah selama tiga kali seminggu di mana-mana kawasan di negeri Selangor.

Kesalahan yang disabitkan kepada Dr Khir ialah menerima kemudahan membeli sebuah rumah dengan harga RM3.5 juta sedangkan harga pasarannya ialah RM6.5 juta ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Patut atau tidak patut hukuman penjara atas kesalahan rasuah ditukar kepada suatu bentuk khidmat masyarakat?

Kepada lima hakim yang arif lagi bijaksana segala-galanya akan diputuskan pada 29 September nanti. (SH 23/09/2015)

39 comments:

  1. Counter offer serah segala harta benda dan bagi motosikal cabut flat murah 600 kaki persegi duit sekadar cukup cukup makan, aku rasa sepadan kalau nak khidmat doktor gigi percuma klinik kerajaan pun ada
    Otak VIP UMNO menyusahkan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar dulu la bezanye...

      woit. orang curi 2 hinggit pun bertahun duk dlm...

      Delete
    2. Masalah di malaysia byk perkara double standard,
      Kalau nak rahmat Allah keadilan tu mesti menyeluruh

      Delete
    3. Masukkan dlm penjara dulu,kemudian lantik jadi dr gigi dlm penjara...setuju ke

      Delete
  2. Kalau kesalahan rasuah ditukar menjadi khidmat masyarakat itu tandanya undang undang negara ini dah cukup merapu..dan akan jadi caca merba

    ReplyDelete
  3. 3 juta penjara setahun. 2.6 billion ?!? Malas nak kira tapi mati dalam penjara dulu la sebelum boleh bawa keluar.

    ReplyDelete
  4. Kalau gitu bagus lah.Anwar pun boleh tawar untuk berkhidmat kepada masyarakat. Duduk dalam jail rugi semua pihak. Kerajaan kena beri makanan, tempat tidur. Soal cepu mas. Mengapa Pak Peguam Shafei tidak buat cadangan pada masa Anwar Ibrahim dijatuh hukum?
    Esok hari semua penyamun dan kaki makan suap tiada perlu takut lagi. Boleh khidmat untuk masyarakat lepas godam duit rakyat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Shafei tu pendakwa, kalau boleh dia nak hukuman Anwar lagi teruk.

      Delete
  5. Persoalan patut kah tidak itu sama sekali tidak timbul tuan Shahbudin. Undang-undang kita ada. Dalam Kanun Kesiksaan rasuah itu merupakan kesalahan jenayah berat. Suka-suka ubah ke community service hanya kerana Khir Toyo itu bekas MB? Suatu penghinaan kepada kehakiman. Rasuah tetap jenayah rasuah. Masa jadi MB dulu dia tak fikir malu dan sebagainya. Kesalahan yang dia lakukan adalah jenayah rasuah dan salah guna kuasa penjawat awam kerajaan. Hukum dia ikut undang-undang setimpal dengan kesalahan dan kedudukan dia masa itu. Jangan wujudkan satu precedent yang buruk. Kalau Khir Toyo boleh lepas buat community servis je maka Najib Razak juga boleh lah dimaafkan buat kerja sapu sampah DBKL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan penghinaan terhadap kehakiman tetapi penghinaan terhadap rakyat Malaysia

      Delete
    2. Saya sebagai rakyat Malaysia kini sedang terasa betul betul terhina, sentiasa di perbodohkan. Ada PM kita kesah?

      Delete
    3. @zakiah...
      PENGHINAAN BERTERUSAN KPD RAKYAT.

      Delete
  6. satu perkara orang jarang sentuh.. harap penulis dapat research...

    adakah harta khir toyo itu akan Di sita atau di rampas ????

    ReplyDelete
  7. Pemimpin Umno ni memang dah tak ada maruah dan harga diri lagi. Tak tahu malu langsung. Sanggup merayu mintak diringankan hukuman penjara ke khidmat masyarakat. Penjara pun 12 bulan je kena kan. Perangai buruk. Masa pegang jawatan besar tak fikir aib malu. Masa dah jatuh tak malu pulak nak merayu mintak kesian. Ada Khir Toyo atau semua pemimpin Umno ni ingat pada rakyat masa dia yang di atas? Salah tetap salah. Hukuman tetap sama adil ikut peruntukan undang-undang. Dan harus lebih berat lagi sebab kedudukan dia sebagai penjawat awam kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Tuan Shahbudin, kalau lah mahkamah bagi ringan hukuman 12 bulan penjara tu kepada khidmat masyarakat, imej kehakiman kita akan calar kerana tiada berintegriti. Gelandangan curi roti pun ditangkap dan dijatuh hukuman penjara. Ini orang ada kedudukan orang kaya pulak dilepaskan boleh buat khidmat masyarakat boleh balik rumah tidur rumah maseh makan bermewah2 tak mahu disusahkan merasai penjara? Inilah yang dikatakan bangsat.

    ReplyDelete
  9. memang patut sangat2. Sebab dia dah banyak berjasa kepada negeri Selangor, lebih2 lagi kepada industri penyapu. Tentang rasuah tu, alaa... small matter tu. Apa sangaat lah 5-6 juta. Kalau 2-3 billion tu baru la kira banyak, memang patut kena sula tu. Tapi 5-6 juta tu, kira sedekah dah laa. Rakyat malaysia ni pemurah. Kira settell laah.

    ReplyDelete
  10. Rakyat Malaysia semuanya memang la bodo. Macam Indon jugak ma.. Pada aku elok saja Khir Toyo ni diberi hukuman ganti yg lebih sesuai untuk badan kehakiman dan rakyat yg maha bodo ni.

    Iaitu ketawa KAK KAH KAH setiap 1 jam dan rehat satu jam selama 3 hari seminggu seperti yg diminta. Ketawalah selama 2 tahun. Sebab dah memang bodo, mmg layak la kene gelak dgn Khir Toyol.

    ReplyDelete
  11. Kesianlah kat si Toyot ini. Ringankanlah hukumannya. Biarlah dia berkhidmat dengan pegawai awam yang pernah dihinakannya dulu. Berikan dia satu penyapu untuk dia sapu sampah di rumah pegawai tersebut hingga ke akhir hayat. What goes around should come around.

    ReplyDelete
  12. TAK PATUT. Kenapa undang2 dah ikut suka hati je? Salah tetap salah....buat salah tak malu?

    ReplyDelete
  13. manusia suka buat hukum tapi tak suka bial kena pada puak depa
    memang ada manusia jenis cilaka
    kalau pemotong rumput buat salah dan dihukum boleh ke tukar denagn kerja potong rumput
    kita sedang hidup dizaman sapa berkuasa dia raja

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Orang Kampong, kau ngongak ke ?

      Hehehe.

      Delete
  15. China bukan negara Islam tetapi hukuman pegawai yang makan rasuah ialah tembak dengan senapang gajah !

    Nak buat cabut gigi buat lah dalam penjara. Ramai banduan yang tak ambil berat soal gigi.Kepakaran Khir lebih di perlukan oleh banduan-banduan.

    Bila gigi banduan cantik dan bersih secara logik nya mereka akan jaga dan sayang kan gigi mereka. Ini dapat mengelak mereka dari suka bergaduh dan jauh dari tabiat merokok.

    Alamat lah yang dapat khidmat dari Khir Toyo ialah ahli-ahli UMNO dan budak-budak baju merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...aku suka statement ko...

      Delete

  16. Tidak Patut Hakim yang mulia dengar kes Khir ini. Ini satu penghinaan yang hanya boleh di hakimi oleh Hakim kes Liwat 2.

    Malang sungguh Doktor Tentera yang di tuduh rasuah RM 700,000 pulak tu yang kemudian di syaki memasukkan mayat dalam tong simen.

    ReplyDelete
  17. 3 kali seminggu ??

    Itu kerja doktor muda/pelatih yang masuk ke sekolah-sekolah punya kerja !!

    Dia dah lama berhenti jadi tukang cabut gigi. Entah-entah lesen pun dah lama mati. Kau serah lah gigi kau orang kat dia. Eluk lah tu ..

    ReplyDelete
  18. Patut hakim kena tambah jadi 2 tahun penjara dsn kerja berat...supaya menjadi pengajaran berkesan...

    ReplyDelete
  19. Jika Cadangan Khir Toyol di Terima maka semua yang dalam penjara sekarang patut diberi peluang untuk buat cadangan yang sama arusnya. Kalau tukang sapu sampah yang dipenjarakan maka patut dia dilepaskan dari penjara dan disuruh sapu sampah sebagai "Community Service"....dan sebagainya.

    ReplyDelete
  20. Ibu miskin yang mencuri tepung susu dapat berapa tahun? Ini MB yang duduk rumah besar dengan duit berlambak dapat satu tahun, lagi nak rayuan buat community service tiga kali seminggu. TAK BOLEH!!!!!! Ingat lagi ini MB biadap yang hadiahkan penyapu kepada ketua jabatan. Apa rasa penerima dan staff mereka pada masa itu? Khir tahu rasa malu sekarang? Lambat dah.

    ReplyDelete
  21. patutnya minta buat khidmat masyarakat sebagai Perdana Menteri

    ReplyDelete
  22. Tolong beri buah fikiran yg membina...kita elak dari mengumpat....confom ke kuta ni ahlul jannah....astagfirullah...masyaallah...

    ReplyDelete
  23. Ahli politik ada fikir yg mereka ni ahlul jannah juga ker?

    Ada fikir halal haram ker?

    Tahu kah mereka yg rakyat undi mereka dan berikan amanah tersebut untuk mereka?

    Apabila amanah ini mereka abaikan patutkah rakyat berdiam diri dan ucapan terima kasih kepada mereka?

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. Antara saya dengan khir toyo, saya confirm saya dulu yang masuk jannah ! Insya allah.

    ReplyDelete
  26. khidmat masyarakat sapu sampah kat petaling street tiap2 malam lepas org berniaga boleh ler

    ReplyDelete
  27. Jenayah rasuah, dapat tidak, apatahlagi dilakukan oleh penjawat awam berpangkat tinggi, hukumannya hendaklah penjara. Bila dah duduk dalam 2/3, bolehlah dilepaskan dibawah parole. Masa parole itulah dia nak cabut gigi orang secara free, atau sapu sampah dipetaling street, perkara tersebut bole bincang.

    ReplyDelete
  28. Terperanjat juga saya bila dengar penjara hanya 12 bulan penjara untuk kesalahan rasuah oleh pegawai kerajaan berpangkat tinggi.

    Dalam kes Mahkamah Persekutuan Public Prosecutor v Dato' Waad Bin Mansor. [2005] 2 MLJ ...

    Hakim Alauddin berkata adalah jelas daripada fakta kes bahawa daripada peranannya dalam keseluruhan episod itu, kedua-dua Waad dan isterinya, Noraini Abdul Satar telah memperolehi faedah kewangan.

    "Daripada urutan peristiwa yang berlaku, iaitu daripada penubuhan Teraju Nusantara, permohonannya dan kelulusan tanah yang tersebut bagi tujuan kuari dan akhirnya penjualan Teraju Nusantara, ia jelas satu perancangan yang telah difikirkan dengan rapi oleh Waad," katanya.

    Berkenaan apa itu keadaan yang mengurangkan hukuman (extenuating circumstances) bukanlah kerjaya politiknya telah musnah, kedudukan yang pernah disandangnya telah hilang dan tidak mungkin diperolehinya semula serta nama baiknya telah tercemar. Itu bukannya factor-factor yang meringkan hukuman.

    Mahkamah Persekutuan mengatakan -

    Hakim itu berkata terdapat bukti jelas wujudnya perancangan dan peranan Waad untuk melakukan perbuatan rasuah.

    Beliau juga berkata Mahkamah Rayuan telah memberikan banyak penekanan kepada fakta bahawa masa depan kerjaya politik Waad telah musnah, kedudukan yang pernah disandangnya telah hilang dan tidak mungkin diperolehinya semula serta nama baiknya telah tercemar. Menurutnya Waad sepatutnya telah memikirkan faktor-faktor itu terlebih dahulu sebelum dia melakukan perbuatan itu.

    Hakim Alauddin berkata tujuan Ordinan berkenaan adalah untuk mengambil tindakan terhadap ahli politik dan penjawat awam yang menyalahgunakan kedudukan dan apa juga hukuman yang dikenakan kesannya adalah untuk mencegah mereka daripada menjalankan urusan awam dengan cara rasuah.

    Katanya, mahkamah mempunyai pandangan bahawa dalam kes-kes yang melibatkan rasuah, hukuman penjara adalah hukuman yang sewajarnya.

    http://www.malaysiakini.com/news/32536

    ReplyDelete
  29. Alasan pesalah rasuah, dia sudah cukup aib malu, insaf, tidak ada niat dan jantung bermasalah samada khidmat masyarakt atau di penjara tidak dapa menyelesaikan atau memulihkan apa juga yang di rasa oleh pesalah seperti Khir Toyo.

    Cuma penjara adalah hukuman yang sangat adil. Sekiranya Khir mengira faktor masa yang terlalu lama di penjara, hakim sepatutnya menukarkan hukuman kepada hukuman sebat dengan dua bulan sekali sebatan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...