Tuesday, 1 September 2015

PEMIKIR, NGO DIKETUAI ABANG MUHYIDDIN TURUT MAHU NAJIB BERUNDUR


Pemikir atau Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia merupakan NGO terbaru yang mahukan Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya dengan segera.

NGO yang diterajui oleh Abdul Aziz Yassin itu juga bersetuju agar suatu usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen sekiranya Najib masih enggan meletakkan jawatannya yang kini semakin dituntut oleh pelbagai kelompok masyarakat.

Keputusan sebulat suara mengenai perkara diatas dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Pemikir, baru-baru ini di tengah-tengah desakan yang semakin meningkat terhadap Najib.

Meskipun mungkin tidak begitu dikenali ramai akan kewujudannya, Pemikir adalah sebuah NGO yang dianggotai oleh ramai bekas menteri, bekas Ahli Parlimen, bekas pegawai tinggi kerajaan dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat.

Selain Abdul Aziz Yassin yang merupakan abang kepada Muhyiddin Yassin dan bekas Ahli Parlimen Muar sebagai presidennya, individu lain yang menganggotai Pemikir antaranya ialah Sanusi Junid, Sabbaruddin Chik, Osu Sukam, Effendi Norwawi, Azmi Khalid, Dr Ibrahim Saad, Aziz Shamsuddin, Zaleha Ismail, Salleh Jaffaruddin dan lain-lainnya.

Kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan yang menjadi anggota Pemikir pula ialah Sallehuddin Mohamad, Musa Hassan,  Abu Talib Othman dan beberapa yang lain.

Dengan keanggotaan daripada tokoh-tokoh berpengaruh dan dikenali ramai dalam masyarakat, keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi Pemikir ini setidak-tidaknya menunjukkan Najib semakin tidak diperlukan lagi untuk terus menerajui UMNO dan juga negara ini.

Biar bagaimana berkeras sekali pun Najib mahu bertahan atas kedudukannya, hakikatnya semakin ramai yang mulai bersuara secara terbuka mahu menjauhkan diri daripadanya.

Itu belum dikira lagi pelbagai ucapan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian di seluruh negara baru-baru ini, malah termasuk ada yang membuat usul agar Najib berehat dan bercuti buat sementara waktu.

Mesej dalam perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri oleh 500 ribu peserta yang pasti semuanya juga menolak Najib serta pelbagai luahan penolakan yang semakin membesar dapat dilihat melalui media-media sosial, secara nyata menjadikan Perdana Menteri semakin dipinggirkan oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pula dari sehari ke sehari terus meningkatkan tekanannya kepada Najib demi menyelamatkan negara ini daripada terus rosak dan binasa berikutan akhir-akhir ini banyak sistem dalam kerajaan sendiri "dirosakkan" demi menyelamatkan kedudukannya.

Yang paling malang, dengan pelbagai perkara yang dilakukan Najib kebelakangan ini, beliau secara perlahan-lahan sedang memburukkan nama gemilang Tun Razak di mata rakyat.

Kebaikan dan jasa-jasa bekas Perdana Menteri kedua yang juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia itu mungkin tidak diperkatakan lagi selepas ini, sebaliknya yang lebih meniti di bibir rakyat ialah pelbagai kelakuan dan onar anak sulung Tun Razak itu sendiri. (SH 01/09/2015)

14 comments:

  1. Semakin hari semakin banyak warna2 penolakan dari pelbagai peringkat lapisan.. Najib mungkin tak dpt bertahan lama.. Apapun pru nt adalah yg paling sengit buat malaysia.. Kalu umno kalah nt bukan la atas sebab pembangkang kuat tetapi umno yg semakin lemah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO pasti kalah selagi najib jadi Perdana Menteri.
      Jangan letak kesalahan kepada ahli dan penyokong UMNO.
      Najib kena cermin muka dia sendiri.
      Rakyat dah meluat. Rakyat dan menyampah tengok muka dia.
      Najib katalah apa pun. Buatlah apa pun. Tidak ada sesiapa pun yg nak percaya kepadanya.
      Mana ahli UMNO sayang? Najib atau UMNO
      Mana ahli UMNO nak pilih? Najib atau UMNO?
      Siapa yang merosakkan UMNO kalau bukan Najib.
      Najib adalah tong sampah UMNO dan rakyat Malaysia.
      Najib adalah Perdana Menteri yg korup.
      Masa depan UMNO cukup gelap.

      Delete
    2. Adeh. Anon 2021 tak ckp pon najib tak besalah. Itu satu komen yg umum. Lagi pon kalu pemimpin2 atasan umno byk yg tak amanah.. Kalu amanah dah lama dorg buat undi tak percaya. Ni salah satu sbb umno semakin lemah dan semakin tak diterima rakyat.. Anon 2112 kita tak pasti lagi umno kalah dlm pru akan datang. Tapi yg cukup pasti (setuju dgn anon 2112) najib sekarang liabiliti umno.. Najib tak tahan lama..

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  2. Najib = Bapa Derma Segala Derma Segala Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah berapa ratus billion dlm akaun dia. Dgn duit untung PETRONAS 1.1 trillion setiap tahun, senyap begitu saja tanpa diaudit. Takkan la marah pasal 2600 juta jer? Punyalah kedekut sampai keras hati xnak bayar Royalti Kelantan.

      Delete
  3. Kami nak tambah satu lagi

    MOHON SANGAT SANGAT IBRAHIM ALI DAFTAR PERKASA SEBAGAI PARTY POLITIK UNTUK

    PECAHKAN LAGI UNDI MELAYU ..

    ReplyDelete
  4. Bulan Salah IBU mengandung...BUKAN SALAH BAPAK MENDIDIK...SALAHKAN PENTOKONG UMNO...NAJIB TETAP NAJIB JIWANYA LEMBUT ..AKALNYA PENDEK..BIARKAN LAH DIA MENCARI KEPASTIAN DALAM ANGAN ANGANNYA....

    ReplyDelete
  5. Pada aku najib cepat dihumbankan dari kerusi Pm dan lepas tu korek segala penyelewengan yg di buatnya kalau salah suruh dia rehat kat Sg Buluh itu lagi baik

    ReplyDelete
  6. Pada aku najib cepat dihumbankan dari kerusi Pm dan lepas tu korek segala penyelewengan yg di buatnya kalau salah suruh dia rehat kat Sg Buluh itu lagi baik

    ReplyDelete
  7. Pada aku najib cepat dihumbankan dari kerusi Pm dan lepas tu korek segala penyelewengan yg di buatnya kalau salah suruh dia rehat kat Sg Buluh itu lagi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap mmg senang nak tangkap dan korek segala seleweng ni.. yg nak siasat pun, semuanya dah kenyang perut boyot2 belaka dah dek projek2 najib dan BN ni..takkan nak tangkap kengkawan sendiri woi??

      Ingat: tiap kali BN dan raja2 buat projek, 90% duit hanyalah untuk rembat masuk poket ja. Inilah seni membangunkan negara. Rakyat melopong bayar cukai ja..sama mcm rakyat mesir purba bina piramid. Apa pun x dpt.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...