Friday, 18 September 2015

YANG BERMASALAH DAN PUNCA SEGALA MASALAH IALAH NAJIB, BUKAN CINA


Apakah sebetulnya masalah sebenar  dalam negara kita sekarang ini?

Satu-satunya sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. Tidak perlu dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib ssjak dulu hingga kini kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya.

Masalah Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk rencana video untuk siaran televisyen, tetapi juga sudah menjadi fokus utama forum di peringkat antarabangsa.

Daripada UMNO jadi bergolak sekarang dan kemudian muncul pelbagai himpunan untuk menyatakan sokongan terhadapnya, kini masalah Najib sudah bertukar menjadi beban kepada negara pula.

Hanya kerana ingin mempertahankan Najib, hubungan kaum sudah jadi retak dan tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya kerana perhimpunan baju merah yang bercorak perkauman dan menghina kaum lain telah dibenarkan berlaku seolah-olah penolakan terhadap Najib adalah berasaskan kehendak satu-satu kaum saja.

Hello...sedarlah bahawa orangramai menolak dan ingin menyingkirkan Najib bukan kerana bangsa dan keturunannya, tetapi disebabkan perangai dan kepimpinannya yang tidak boleh diterima lagi.

Daripada 2009 sehinggalah sekarang, melalui satu demi satu masalah yang timbul, tiada sedikit habuk pun kebencian dan rasa menyampah rakyat terhadap Najib berpunca daripada kedudukannya sebagai seorang yang berbangsa Melayu.

Lihatlah kembali satu demi satu masalah yang timbul berkaitan Najib, adakah disebabkan darah Melayunya atau onar kepimpinannya?

Jadi, apa kena mengena dengan maruah Melayu, Melayu bangkit, melakukan keganasan  dan kemudian ingin hak memiliki tapak berniaga di Jalan Petaling diselitkan dalam himpunan baju merah yang pada asasnya hanya untuk mempertahankan Najib?

Kenapa baru sekarang tapak berniaga di Jalan Petaling hendak dihebohkan?

Siapa yang jadi kerajaan dan agensi mana yang mengeluarkan lesen perniagaan di Jalan Petaling itu?

Jangan lupa juga tanya dengan Najib, sejak menjadi Perdana Menteri, kenapa Jalan Petaling antara tempat yang paling kerap dilawatinya?

Selain itu, bukankah kawasan perniagaan Cina itu sudah lama muncul dan ada di seluruh dunia pun? Kenapa hanya di ketika Najib hampir lemas sekarang  baru tuntutan mahu meniaga di Jalan Petaling ini digegak-gempitakan dan tidak sejak dulu lagi?

Tetapi dengan berlakunya himpunan baju merah dan keganasan yang dicetuskan di Jalan Petaling, keharmonian kaum dalam negara kita boleh dikatakan sudah hancur dan musnah. Ia menjadi lebih buruk kerana di sebalik semua kemusnahan itu tersembunyi segala isu berkaitan Najib di dalamnya.

Jika bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan, tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan tiada derma RM2,600 juta yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya, mungkin semua yang berlaku sekarang tidak terjadi di depan mata kita.

Bersih 4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan menghadirinya. Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum, tetapi kenapakah reaksi balasnya melalui himpunan baju merah dialihkan kepada Melayu bangkit, maruah Melayu, Melayu tercabar dan sebagainya?

Orang Melayu juga ramai yang mahukan Najib berundur. Orang Cina menolak Najib kerana mahu menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang lain dan orang Melayu juga menolak Najib kerana inginkan tokoh Melayu lain menggantikannya. 

Pernahkah kita dengar jika Najib disingkirkan, pemimpin Cina sebagai gantinya?

Maka, di mana rasisnya menolak dan menyingkirkan Najib itu?

Himpunan baju merah  pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib Razak semata-mata tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.

Cubalah dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas Padang Merbok tempohari. Semuanya memuji Najib dan mempertahankan seolah-olah beliau masih kuat sokongannya sehingga sesiapa yang memakai pakaian merah pada hari tersebut juga diangggap menyokong Perdana Menteri.

Melayu sebenarnya tiada masalah dengan orang Cina dan begitulah juga sebaliknya. Semua kita saling memerlukan antara satu sama lain sejak dulu lagi. Kita tidak boleh hidup sendirian dan kemajuan seperti sekarang juga tidak mungkin dapat dicapai melalui usaha satu-satu kaum saja.

Peserta himpunan baju merah sendiri bukan saja memerlukan kaum Cina sebagai rakan kongsi, malah menempah baju T, membeli garam, kicap, pisau cukup untuk kegunaan seharian juga mungkin di kedai orang Cina.

Masalah kita dan punca segala masalah kita sebenarnya ialah Najib. Masalah kita tidak sesekali orang Cina dan bukan juga ada kena mengena dengan maruah bangsa kita sendiri.

Buang dan singkirkan punca masalah ini, selesailah semuanya. Tak perlu kalut-kalut dengan ancaman Cina, Melayu bangkit, maruah Melayu, mahukan tapak berniaga di Jalan Petaling dan sebagainya. (SH 18/09/2015)

41 comments:

  1. Adakah tidak menyokong pemimpin yang tidak berintegriti akan digelar pengkhianat melayu???adakah hanya di Malaysia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat yang baik telah pun diberikan oleh para pemimpin yang paling senior walau pun telah tidak berada di dalam kerajaan lagi.

      Rakyat telah pun menegur secara baik tetapi dia masih juga tidak mengendahkannya. Akhirnya rakyat bangun menunjuk perasaan mereka namun masih tidak juga diendahkannya. Dia masih lagi gila untuk menjadi pemimpin no 1 negara. Dia masih kemaruk kepada kuasa.

      Digerakkan para balacinya untuk menunjukkan yang dia amat diperlukan oleh rakyat dan negara.

      Kini rakyat berpecah menjadi dua sebagaimana yg dia inginkan bumi berkeping menjadi dua.

      Ini orang betul betul dah gila tamak dan haloba.

      Delete
    2. Masalah bermula di zaman Pak Lah, bila beliau mula berlunak2 dgn pembangkang sehingga menantunya menjadi despatch hantar paspot Anwar ketika sipolan tu dibebaskan.
      Slogan telus yg digunakan oleh Pak Lah mula dikorek2 oleh PR dan puak2 libera.

      Setelah Pak Lah turun, Najib tak berlengah2 meneruskan slogan Pak Lah dan menambah slogan 1 Malaysia utk menarik pengundi bukan Melayu.
      Konsep dan pengisian 1M inj bagus kerana terdapat bnyk juga ciri2 budaya kerja zaman Tun M diserap tapi pelaksanaannya HAMPEH. !!!

      Puak PR pula mengambil kesempatan menjaja 1M sama seperti Malaysian Malaysia!!!!
      1M dispin menjadi Malaysia ini semua kaum punya, tiada lagi sekatan kontrak sosial atau hak ketuanan Melayu.

      Psy war dijalankan ke atas Najib yg diketahui mereka suka dibodek dan dijulang.
      DAP bersama Ambiga dan sekutu mula menyerang ISA berhujahkan hak asasi manusia dan undang2 lapuk British.

      Maka pada malam 15 Sept 2011, Najib dgn kembang kempis hidung, penuh semangat bodoh sombongnya mengumumkan pemansuhan ISA bersama2 dgn Akta Buang Daerah 1959.

      Selepas pemansuhan inilah, puak Cina DAP mula menyerang agama Islam dan org2 Melayu secara tersusun dan terang2an.
      Kita boleh imbas kembali tahun2 70an hingga awal 2000, mana ada Cina2 DAP berani berdemo beramai2 sprt Bersih 1-4.
      Mereka amat takut di ISAkan, terutama zaman Tun M. Boleh tanya LKS, LGE, Mat Sabu dll.

      Aku nak ucap tahniah kpd Baju Merah kerana berjaya anjur perhimpunan utk sambut Ulangtahun ke 5 Pemansuhan ISA oleh Najib.

      Tapi aku nak gelak guling2 jugak, bila mereka buat resolusi mendesak ISA dikembalikan!!!!
      Resolusi ISA ini pun diletak pada tempat tercorot no.14. !!!!!

      Begitulah pentingnya fakta sejarah.
      Sejarah tak menipu kerana sejarah terakam dengan pelbagai cara, audi-video, akhbar, di atas kain, kulit, batu etc. Manusia yg lupa sejarah.

      Cuma Najib yg sekarang ni tengah berpeluh2 apabila sejarah mukasurat 14 mula mengintai2 alam mimpinya.

      Delete
    3. ISA di salah gunakan.

      Perhimpunan Baju Merah mengutuk dan menghina kaum cina jangan kan nak gun ISA, Pollis pun hanya mampu pandang, tak buat apa-apa.

      Lagi satu ISA di hapuskan sebab nak bodek dan nak jumpa Presiden US punya pasal pada masa itu.



      Delete
    4. Budak najib ni terlampau bijak pandai. Dia hapuskan ISA sedangkan singapore dan USA pun tak hapuskan.

      Budak najib ni gila glamour dan bermacam macam gila lagi yg dia ada.

      Delete
    5. Cina panggil dia ajib gor dia dah cukup senang hati dah. Senyum pun sampai ke telinga. Tidur pun cukup nyenyak.

      Dia bukan tahu apa maksud cina gelar dia ajib gor tu..maksud cina gor tu goblok..

      Delete
    6. Najib tahu dia sudah tewas...kalau dia menyerah kalah sekarang dia bakal diheret kepenjara..risiko akaun2 dia diakses dan,dirampas....najib sengaja lengahkan atau bertahan selama mungkin utk lenyapkan bukti yg boleh sabitkan kesalahannya...najib sedar dia akan kecundang pru14...dia tak kisah umno karam bersamanya...hanya yg penting adalah utk selamatkan dirinya sahaja..tak jadi pm pada pru14 pun tak apa sebab duit yg dia kumpul dah menimbun..Boleh senang lenang hidup di luar negara... Yang bodoh sekarang adalah pengikut2 fanatiknya...kerana rakyat sentiasa menilai perlaku bodoh mereka yg sentiasa menyokong walau nampak jelas kesalahan bos nya yg tak boleh diselindungkan... Mereka ini akan terus karam di arena politik selama-lama...kerana perangai mereka akan dikenang sebagai orang2 yg bertanding utk poket sendiri sahaja...Bukan iklan bekerja utk rakyat...

      Delete
    7. Si jamal ikan tu sengaja cetuskan api perkauman Melayu dengan cina,,,agar isu rasis ni jadi lebih besar... Bila rakyat Malaysia sibuk ngan isu rasis nie baru lah najib boleh tidur lena sikit Sbb rakyat sibuk cakap pasal rasis sampai lupa perkara 2.6b dan 1mdb tu...
      Big bos jamal is najib...kalau najib tak bagi Green light perhimpunan merah tu...mana boleh jalan...

      Delete
  2. Kedegilan Najib membawa negara menuju kehancuran...

    ReplyDelete
  3. Aku pun hairan mangkuk suggoh org yg pakai baju merah hendak mempertahankan najib cuba tengok diri sendiri kalau susah najib nak tolong ke dia peduli pun tidak dia lah yg menyusahkan rakyat fikir2kan lah jangan taksub

    ReplyDelete
  4. Aku pun hairan mangkuk suggoh org yg pakai baju merah hendak mempertahankan najib cuba tengok diri sendiri kalau susah najib nak tolong ke dia peduli pun tidak dia lah yg menyusahkan rakyat fikir2kan lah jangan taksub

    ReplyDelete
  5. Aku pun hairan mangkuk suggoh org yg pakai baju merah hendak mempertahankan najib cuba tengok diri sendiri kalau susah najib nak tolong ke dia peduli pun tidak dia lah yg menyusahkan rakyat fikir2kan lah jangan taksub

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. NordinabilaH, Yalah memang betul kata-kata kau tu. Konon-konon di mangkuk ni semua nak ambil alih Jalan Petaling.
      Sebab si mangkuk yang buat kacau ni bukannya orang KL pun. Cuma seorang itu saja nak ambil Jalan Petaling supaya dapat bergaduh dengan cina. Kalau betul nak berniaga, tanyalah simangkuk yang seorang tu mana dah hilang peniaga-peniaga Melayu di Jalan Chow Kit tu; old town lama peniaga Melayu di KL ni. Sebenarnya orang-orang Melayu bukanlah tamak sangat nak tempat yang sibuk macam tu. Ramai peniaga Melayu dah di alih ke banyak tempat-tempat yang lebih baik dan selesa di sekitar KL ni. Nampak sangat mangkuk-mangkuk ni sengaja alihkan isu untuk selamatkan Najib.

      Delete
  6. Kok ye pun apa bezanya dgn demo Gerakan Reformasi yg mahu selamatkan Anwar ,bukan mahu melaksakan Reformasi utk rakyat.Begitu juga Bersih 1,2,3 dan 4 yg mahu memaenangkan DAP dan Pembangkang bukan benar-benar memperjuangkan piliharaya yg adil,kalau tidak masakan mereka berdiam diri bila kepincangan pemilihan dalam parti DAP dan PKR berlaku.Begitu juga ada ADUN yg meletak jawatan utk memberi8 laluan kepada Presiden parti mahu menjadi MB tapi tak jadi.

    Buka mata lapangkan dada,lihatlah apa yg sebenarnya berlaku ,bukan sentimen dendama kesumat,dan hati yg cemburu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. allo mak anon 12:29
      nah, ambek nasi campur satu bungkus, air satu botol, t-shirt merah satu, dan duit rm50, buat beli minyak kapcai ko.
      Lepas ni, ko bukak seluar ko dan pi menjerit "hidup melayu!!!" kat depan pwtc. Nasib2 baik dapat jadi ketua bahagian. Baru ada maruah, kan?

      Delete
    2. Maruah apa anon12:29 yg kamu cuba tonjol dan nak pertikaikan?

      Adakah kamu buta dan pekak dgn tindakan ketua negara sendiri untuk menutup siasatan yg telah dibuat sebelum ini terhadap dirinya sendiri.

      Kenapa siasatan terhadap dirinya oleh institusi yg dilantik dihentikan? Kenapa hanya separuh jalan sahaja? Mana perginya kedaulatan undang undang dan perlembagaan?

      Kenapa siasatan terhadap rakyat yg lain yg melakukan kesalahan terus berjalan? Di manakah keadilannya? Walaupun najib seorang perdana menteri bukankah dia juga rakyat Malaysia?

      Tahu kah kamu apa kata kata hikmat pendita Zaaba? Katanya seorang pemimpin yg tahu memimpin tetapi tidak mau dipimpin adalah seorang pemimpin yang KURANG AJAR.

      Delete
  7. Inilah perangai kita yang dipandang buruk oleh kaum lain. Najib bermasalah, apa pula ini berkait dengan orang Cina? Habis dengan perangai begini Cina mana mahu undi Umno/BN?

    DAP? Apa pula masalah dengan DAP. Penang baik pentadbiran kerana DAP. Dalam DAP pun ada orang Melayu. Masalah Najib bukan masalah DAP. Tetapi masalah Najin dan Geng Baju Merah akan dibalas demgan rakyat undi DAP.

    Umno sudah tidak relvan lagi jika inilah sikap penyokong parti ini. Elok Najib undur sahaja demi kebaikan negara.

    ReplyDelete
  8. itulah pelik melayu ni.tahu ke x tujuan himpunan merah hari tu.rata2 cakap jgn hina melayu,jgn hina islam.sapa yg hina melayu n islam.?jgn putar belit isu.isu nya ialah najib.bukan agama atau kaum.apa ke hal sebut kaum agama.?malu lah weiii..cina tolak najib bkn sbab agama n bangsa nya.tapi sbab kesalahan nya.klau sya jdi wartawan pd hri tersebut mahu je sya tanya pda yg dtg pkai bju merah.beri sebab knp anda sokong najib???????
    dpt jwb ke x??? bg 4 sebab pun ckup.sesuai dgn bersih yg ke4..
    1.
    2.
    3.
    4.
    silakan bg sbab.....

    ReplyDelete
  9. Tu lah Najib pasal dek dia laki bini habis hancur negara, UMNO, melayu. Pandai lak tu gunakan sentimen melayu. Tapi buat 1mDb ikut pulak cakap cina babi. Maknanya Najib dah joint venture dgn babi ke apa?
    Kalau tau la perangai anak Tun Razak camni, taknak Tun M susah payah lobi kau jadi PM dulu. Haramjadah punya perangai. Pasal kat dia Tun kene turun bersih. Tak ubah2 perangai keturunan suka jual2 tanah, negara, hasil kat orang. Tu lah pegi kawan dgn arab lagi. Kawan la dgn singapore lain kali boleh jual air, pasir, emas dan segala mcm hasil bumi malaysia ni murah2.
    Duit 1mdb yang melayu singapore pegang bila boleh ambik balik Najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita peehatikan betul betul, ada seperti percubaan untuk wujud rusuhan kaum di situ. Nasib baik ada FRU kat situ. Kalau tengok Jamal tu, dia masih tak puas hati lagi tu. Andai kata berlaku rusuhan kaum, maka Najib akan bertindak sebagai savior selesaikan masaalah tu. Akan jadi hero lah dia nanti. Selamat lah sikit dia.
      Masaalah besar dia sekarang adalah adalah tentangan kuat datang dari org melayu itu sendiri. Kalau tidak smooth sailing lah dia.

      Delete
  10. Puncanya satu je. Masalahnya pun satu je. Najib, kalau dah salah, minta maaf je lah, lepas je jawatan tu. Beri kat Melayu lain yang lebih amanah dan telus. Semudah tu nak selamakan negara dan ringgit. Lepas tu kau bawalah Rosmah berhijrah ke Australia, sekampong dengan Sirul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak maaf tu mmg dia tak buatlah. Najib ni keje dgn org, dia ada lagi bos atas dia. Dulu patut tempat dia Anwar yg buat. Tapi memandangkan dia pun ada ciri2 Anwar bos tu suruhlah dia buat keje tu. Menghuruharakan Malaysia. Apa cara sekalipun. Baik ekonomi, hubungan kaum, agama dan pelbagai lagi. Supaya mudah bos dia tu nak kaut hasil2 Malaysia ni. Taktik ni dari zaman british diorang dah pakai. 
      Ntah2 bos yang sama bawak masuk china india ke malaysia zaman dulu tak? Bayar jus soli ke apa 50 hingget. Salah kau la ni melayu. Buat keputusan tanak pikir. Cakap ulamak tanak dgr. Cakap ahli kitab mengajar pondok jugak yg kau percaya. 

      Delete
    2. Sorry la saya nak letak jawatan, power ader kat saye apa. Nganng ngoong hish banyak nyamuk betul tak senang dengan kekayaan wang derma saya. dengki letew. Tunggu PRU14 nanti le yea, jangan terkejut saya menang lagi. Serial champ quilty as charge kekeke

      Delete
  11. malsysia jd negara polis.

    k
    buat report 1mdb yg d ilham najis razak


    tiba tiba pan tart Aman kata tak bole pg overseas..

    bunuh atatuya kerja sapa kalau buka Pan tart Aman

    ReplyDelete
  12. Kenapa samakan pru dengan pemilihan.

    SPR punya sistem yang canggih, tenaga pekerja yang cukup dan peruntukkan yang berlebih.

    Parti pulak bukan menghadapi masalah tersebut tetapi satu perkara mesti tahuu, parti tidak melibatkan rakyat dan bukan tidak ada ahli yang protes dan demo tapi tak lah sampai nak buat macam Bersih .

    ReplyDelete
  13. Orang UMNO memang berniaga macam tu.

    Bila berniaga kedai makan atau ikan bakar rugi,Kedai pun di sewakan dan bila bisness penyewa kedai makan untung, dia pun masuk dapur. Sinki kotor lah, lantai tak bersih, air longkang berbau dan macam-macam lagi alasan yang di reka. Penyewa rimas dan tahu yang tuan kedai ia lah orang UMNO, pun kosongkan kedai. Tuan Kedai buka balik kedai makan dan ikan bakar tapi rasa sama macam dulu dan harga lagi mahal.

    Orang melayu tidak pandai dan mampu buat tapak sendiri. Yang ada Uptown dan Downtown. Kenapa tak buat macam orang India yang ada Little India? Kat mana-mana dah ada selorong jalan yang panjang untuk Little India.

    Buat lah satu tapak macam Chinatown apahal minta pulak tempat yang dia orang dah susah-payah bangunkan? Macam ini nak buat Lawyatt untuk orang melayu.

    Lupakan lah lot bazar ramadhan pun bertumbuk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Lupakan lah lot bazar ramadhan pun bertumbuk ..."

      Adoi. Kena sebiji.
      Mmg bangsa kita harus cermin diri sendiri.

      Delete
  14. Najib dh pergi berubat belum??? Kan Anina, bekas ketua wanita Umno Langkawi suruh Najib pi berubat?? Mesti ada sebab. Aku tengok tabiat Najib ni..makin hari makin tak ketentuan. Dia ni kena sihir ke atau terlebeh makan nasi k^^kang. Ada yg kita tak tahu yg Anina tahu mengenai Najib. Tu sebab dia saran Najib pergi berubat. Jumpa bomoh yg power sikit..yg bolih ubati kes2 orang kena sihir atau terrmakan nasi K**kg.

    Yang menjadi masalah dlm Msia sekarang, Najib seorang shj. Peserta Baju Merah patut tangkap Najib dan bawa dia jumpa bomoh utk berubat.

    ReplyDelete
  15. Kita semua sudah dikencing lagi oleh DSN dan para memanda beliau. Baju merah adalah hasil manipulasi DSN Zahid Hamidi dan konco-konco yang jelas menunggangi orang melayu yang tidak berfikir hanya tahu setia asal disumbat sedikit wang dan makan minum. Kita akan terus terusan dikencing kerana semua jalan keluar sudah ditutup oleh mereka. Dato' Khairuddin Hasan dan lawyer dia Matthias Chang pun sudah diambik pasport ditegah drpd ke luar negara. Apa kita semua akan terus terlopong mulut dengan tangan terikat? Kalau zaman dulukala orang macam DSN ni sudah dikepong kediaman atau istananya oleh rakyat jelata dan mungkin dijatuhkan hukuman sula atau pancung atau dibakar hidup2. Allahu Akbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nampak apa yang bro nak bagi tau. Najib ni dah terlalu desperate dan akan melakukan apa saja yang akan menggugatnya.
      Kenyataan dia baru baru ni dgn berkata : I will fight to the end. Mungkin dia cuba nak bagi tahu yang dia ingin memegang kuasa sampai dia mati.

      Delete
    2. Ya mungkin. Dan mungkin red shirt rally ni di adakan utk menakut yg bukan melayu--- ini lah padah akan terjadi jika kamu tak undi parti kami.

      Delete
    3. Kepala hotak dia. Mulut saja yg kata l will fight to the end.

      Kenapa tak saman saman akhbar the edge dan wall street journal sampai sekarang yg kononnya memfitnah dirinya.

      Kenapa hentikan siasatan keatas dirinya oleh PAC dan SPRM?
      Bukankah ini satu lagi penyalahan kuasa oleh dirinya sendiri?

      Kenapa perhimpunan baju merah membatukan diri. Adakah mereka semua bersengkongkol termasuk menteri2 dalam kabinet 1MDB miliknya.

      Salleh Keruak tidak henti henti membela najib menyuruh rakyat menunggu hasil siasatan. Sekarang mana siasatannya?

      Apa yg rakyat nampak Salleh Keruak tiba tiba dilantik menjadi menteri penuh. Apa semua ini?

      Delete
  16. Hebatkan pemimpin2 berkuasa dalam dunia Melayu...
    Yang ADA boleh di TIADA TIADAkan,
    Yang TIADA boleh di ADA ADAkan...
    Mungkin mereka masih mewarisi ilmu magic dahulukala dari nenek moyang mereka, cuma lebih profesional agaknya. Cash is king, so Raja2 Melayu tiada makna buat 'orang' itu. Rajanya adalah DUIT.

    ReplyDelete
  17. jgn ssekali lupa wlau mcm mna hebat pun najib dan kroni2 nya mengelak dn memutar belit cerita,jangan lupa ALLAH itu ada.balasan mungkin bukan sekarang.dorg rasa dorg ada kuasa sbagai pemerintah.tapi ALLAH lgi bkuasa.ALLAH bgi pluang n ruang btaubat.jangan mnambah dosa..

    ReplyDelete
  18. Jadi apa salah nya najib d buang dari jawatan beliau? Beliau punca segala2nya. BUANG atau HUMBAN kan najib ni....tunggu apa lagi. Mmg jenis tak berguna langsung.FAKTA - PENIPU.
    Apakah anda suka d tipu? Hehe....
    SAYA SOKONG KEBENARAN

    ReplyDelete
  19. Maruah bangsa melayu tak terusik sikit pun. Begitu juga bangsa cina bukan ancaman -berapa ramai cina berbanding melayu di negara ini. Lagipun mereka rajin bekerja dan hanya ingin cari rezeki.
    Tetapi punca permasalahan iaitu DSN - tidak mahu undur walau selangkah malah berhabis-habisan menepis walaupun semua tepisan menunjuk balik kepada diri beliau sendiri. Kadang rasa gelihati tengok karenah orang dah buat salah ni tapi masih juga tak mau mengalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...