Saturday 5 September 2015

JANGANLAH GELABAH...JIKA NAJIB JATUH, TETAP MELAYU JADI PM

Desakan agar Najib Razak berundur bukan lagi jeritan rakyat Malaysia semata-mata, tetapi sudah menjadi suara antarabangsa di mana dalam persidangan  anti rasuah sedunia atau IACC di Kuala Lumpur baru-baru ini, perkara yang sama turut menjadi fokus utama para peserta.

Hakikatnya tidak ada sesiapa dapat menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seorang ketua negara dengan jumlah yang begitu besar hanyalah sekadar derma. Selain menyatakan wang RM2,600 juta itu mempunyai segala elemen berkaitan rasuah mengikut penilaian antarabangsa, peserta IACC juga mendesak Najib meletakkan jawatan bagi memudahkan siasatan terhadapnya.

Hanya kerana Najib menerima wang tersebut, rata-rata peserta IACC bercakap, meluahkan rasa tidak puas dan memberi kritikan tajam kepadanya. Sekaligus perbuatan Najib telah memalukan nama negara ke persada  dunia dan ia dilakukan di depan mata kita semua.

Dengan ini rakyat negara ini dan masyarakat di seluruh dunia sudah hampir senada tentang perlunya Najib segera berundur daripada jawatannya.

Jika dilakukan referendum bebas, pastinya suara penolakan itu lebih ketara lagi. Kehadiran kira-kira 500 ribu peserta dalam himpunan Bersih 4 adalah petanda jelas ke arah itu dan tidak pernah dalam sejarah negara, rakyat sanggup berhimpun dan bermalam di atas jalanraya hanya untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Dengan terus kekalnya Najib bersama jawatannya dan sekiranya tiada penjelasan meyakinkan mengenai wang tersebut, tidak mustahil angka 500 ribu itu akan terus meningkat kiranya ada perhimpunan rakyat lagi selepas ini.

Tetapi seperti biasa, kebangkitan rakyat ini seringkali dilihat dari perspektif perkauman saja. Jika ramai Melayu datang berdemo, mereka dikatakan bodoh dan tidak secerdik kaum Cina yang hanya duduk di rumah sambil terus membesarkan penguasaan ekenomi mereka.

Jika orang Cina yang ramai pula seperti dalam Bersih 4 baru-baru ini, mereka dikatakan mahu merampas kepimpinan Melayu yang sedang menguasai kepimpinan negara pula. Orang Melayu lantas diingatkan agar segera bersatu bersama kepimpinan sedia ada sambil diberikan amaran bahawa kebangkitan bangsa lain ini adalah bahaya kepada anak cucu kita.

Ada seorang menteri juga turut latah mengingatkan dengan berkata, terus-menerus membesarkan isu wang RM2,600 juta yang melibatkan Najib tidak lebih hanya mengancam kedudukan kerajaan dan kepimpinan Melayu sekarang.

Oleh itu, beliau menyarankan agar polemik ini segera dihentikan, sebaliknya berusaha mempertahankan kepimpinan Melayu yang ada sekarang.

Elehh...macamlah Najib merupakan lambang mutlak Melayu di negara ini.

Ia seperti kisah seorang perompak yang sedang mengangkut hasil rompakan dan ketika diserbu oleh orangramai, lantas memberi helah bahawa kampung tempat tinggal mereka sedang dalam bahaya kerana kononnya lima enam keluarga Cina yang tinggal di situ sedang berusaha mengambil alih dan menguasai kampung tersebut.

Setelah semua orangramai tadi menyerbu setiap satu rumah keluarga Cina itu, perompak pun ketawa berdekah-dekah sambil memuatkan lebih banyak hasil rompakan ke dalam lori mereka.

Begitu juga seperti yang berlaku sekarang. Ia tiada kena mengena dengan sebarang isu perkauman atau kemungkinan orang Cina mahu menguasai kepimpinan negara, tetapi persoalan pokok ialah dari mana datangnya wang RM2,600 juta itu?

Namun, seperti biasa, manusia memang mudah diperdaya oleh perompak, lebih-lebih lagi kalau perompak itu juga pandai berlagak sebagai pejuang Melayu.

Dalam isu mahu menurunkan Najib sekarang, ia sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat dan negara. Ia tidak harus dilihat dari sudut jatuhnya kepimpinan Melayu kerana jika Melayu itu jahat dan merosakkan kehidupan ramai orang, tiada sebab untuk terus dipertahankan.

Di samping itu, bagaimana mahu dikatakan jika Najib diturunkan, kepimpinan Cina akan mengambil alihnya sedangkan nama-nama yang disebut sebagai penggganti semuanya Melayu?

Tun Mahathir sendiri dalam gesaannya yang semakin agresif untuk menurunkan Najib berkata, yang perlu ditukar hanyalah Perdana Menteri tetapi kerajaan BN akan terus kekal.

Begitu juga dengan kesediaan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan kira-kira 30 lagi Ahli Parlimen BN untuk menjayakan usul tidak percaya di Parlimen, ia juga semata-mata untuk menurunkan Najib dengan membentuk sebuah kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti.

Jika sudah melibatkan semua parti, tentu saja UMNO yang mempunyai 88 kerusi Parlimen akan memiliki majoritinya. Jadi di mana perlunya kita kalut dengan penguasaan Cina ini?

Nama-nama yang disebut dan diperkatakan ramai untuk menggantikan Najib pula semuanya Melayu. Pakatan Rakyat jelas sedia menerima Tengku Razaleigh Hamzah atau Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baru bagi menggantikan Najib. Adakah Ku Li dan Muhyiddin keturunan Cina?

Jika prosesnya berlaku selepas 9 September di mana ketika itu Muhyiddin mungkin sudah dipecat atau digantung keahlian UMNOnya, nama Zahid Hamidi juga berpeluang tersenarai sebagai calon bakal Perdana Menteri. Adakah Zahid berbangsa Cina atau Jawa?

Pernahkah kita dengar jika usul tidak percaya di Parlimen ini berjaya, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang akan menjadi Perdana Menteri baru bagi menggantikan Najib?

Janganlah kita mengelabah berlebih-lebihan sehingga semua perkara mahu dikaitkan dengan sentimen perkauman. Jika ada kecurian atau rompakan, tangkaplah perompak terlebih dahulu sebelum risaukan kampung halaman daripada ditakluki bangsa lain.

Orang Cina pun sebenarnya sedar kedudukan mereka sebagai minoriti dan tidak mungkin menjadi Perdana Menteri bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan. Bukan saja calon Perdana Menteri BN terdiri daripada Melayu, daripada Pakatan Rakyat juga calonnya Melayu.

Lagi pula dalam pilihanraya umum lalu, DAP hanya bertanding kira-kira 70 kerusi Parlimen saja daripada 222 kerusi keseluruhannya dan jumlah ini tentu saja tidak banyak berbeza dalam pilihanraya akan datang.

Maka, di mana logiknya calon mereka layak menjadi Perdana Menteri? Apakah pemimpin Melayu daripada PKR, Pas dan GHB ( Amanah) tidak mahu jadi Perdana Menteri?

Sama ada melalui usul tidak percaya atau sekiranya BN kalah dalam pilihanraya ke 14 nanti lantaran kedegilan Najib tidak mahu berundur, janganlah bimbang dengan penguasaan Cina kerana kuasa dan kepimpinan Melayu tidak hilang sama sekali.

Kalau tak pernah jumpa hantu, tidak perlu takut dengan hantu dan janganlah pandai-pandai menakutkan orang lain pula supaya takut sama dengan hantu. 

Yang nyata, perompak dan penyamun jauh lebih bahaya berbanding hantu. (SH 05/09/2015)

58 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Yang menjadi ibu segala masalah di malaysia sekarang ni bukan 1mbabi Dan sumbangan terlebih ikhlas 2.6 billion.....yang bermasalah adalah cina dap Dan yahudi-PMO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku Umngok yang bermasalah dan lebih bahaya dari komunis dan dap.

      Delete
    2. ko bangsat main jauh2...

      duit tak cukup ada hati sokong perampok...

      Delete
    3. Kau ni keturunan anak haram jadah mana ni?

      Delete
    4. apa punya b***h hujah ini... aduih..

      Delete
  3. WARHADI KAU ANAK GAMPANG. DASAR INDON BANGSAT DAN TIDAK TAHU MALU MEREMPAT CARI MAKAN DI MALAYSIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anin 14.46:Warhadi mmg kurang ajar,tapi saudara tidak elok gunakan perkataan 'indon bangsat'saperti seseorang yg suka kata melayu bangsat yg mana indonesia dan melayu.tidak bangsat.

      Delete
  4. Org kampung di momomkan dgn

    DAP JADI PERDANA MENTERI

    hampir semua percaya ...
    Semua kechut telor
    Semua takut

    Itu sebab BERSIH tak.mahu turun... Takut lawan umno dan Najib... Nanti jatuh dap control...

    Melayu melayu sekolah sampai darjah enam..mcmnilah jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu yang sokong umngok memang bangang, haramjadah dan bangsat,

      Delete
    2. Wa manyak sukak itu DAP kasi pelintah ,itu belisih tentu tatak lagi lea aa .

      Delete
    3. Pahlawan Bugis ni memang betul betul sakit. Ada ker berbasikal di Ipoh ajak seluruh Gen Y menjadi rakan karib kerajaannya. Untuk menjadi sehati sejiwa dengan dia.
      Gila pula orang. Dia ni tak faham bahasa. 500 ratus ribu rakyat Malaysia yang mana golongan besar terdiri daripada Gen Y berarak di Kuala Lumpur dalam perhimpunan bersih menolak kepimpinan dia. Gambar dia pun mereka pijak. Bandar raya kl hancing simbolik drp Gen Y menolak najib.

      Najib sorang saja yg kencingkan rakyat 500 ratus ribu orang rakyat bangun dan kencingkan dia balik.

      Najib ni betul betul sakit dan sah sasau.

      Inilah yg orang tua tua kata Muka Tembok.

      Delete
  5. Kalau betul cina tak terlibat, apa peranan sebenar Jho Low kepada Najib dan 1mdb? 
    Apa pulak peranan cina2 tokay balak pahang singapore dalam politik wang Najib? 
    Siapa yang sponsor selama dia bertanding jawatan dlm Umno kalau bukan dari harta pusaka genting atuk dia? Ingat senang2 ke nak menang tanpa bertanding dlm Umno kalau tak pakai duit. 
    Apa peranan sykt WTW dlm pelaburan 1mdb? 
    Kepada pelabur mana dia nak jual produk2 1mdb?
    Najib memanglah pencuri tapi belakang dia mesti ada guru2 tenaga pengajar yg mengajar dia. Kalau dari segi normal mmg kita nampak dia bodoh pasal tak cerdik nak menutup kerja jahat dia. Kalau takde cina sapa yg nak buat keje cuci duit utk Najib? Nak suruh Rosmah rasanya basuh kain pun org gaji buatkan. Pilih kain boleh la kot.
    Tapi kalau setakat dapat PM melayu mcm Azmin ali Wan Azizah mintak jauhlah. Sama je pun bonekanya. Ikut telunjuk orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh baca benda ni masa Khalid Ibrahim dipancung dari jawatan MB S'gor lagi. Masa kes rampai bible melayu kat S'gor. Nampak ada satu gerakan terancang menurunkan beliau. 
      Sama jugak kes ex TPM bila dia sendiri turun Cameron ckp nak letak askar utk kawal pencerobohan tanah kat cameron. Membuatkan tokay2 kebun panas dgn gerakan beliau. Kalau Umno Johor dpt dilemahkan dgn pemecatan, gantung, gugur TSM senang la keje Kit Siang di masa akan dtg. Pasal kita taktau jumlah sebenar chinese malaysia yg keje di SG yg nak beli rumah dan ditempatkan di Johor. Tu strategi undi bagi Dap.
      Dari segi modus operandi balik tabir, bawah tanah benda macam ni kominis je yg pakar. Memecah belah dan menghuruharakan situasi. Tapi halus dan terancang. Kita kenalah pandang dari semua aspek. Pasal Najib dah laung slogan yg sama dgn kominis.
      Cash Is King. Siapa yg suka sebut asal barang boleh jadi duit?

      Delete
    2. Lebih baik kau salahkan Anwar brahim lagi senang. Tak payah susah-susah nak pening kepala. Rakyat malaysia masih tuntut TP umngok dalang Lahad Datu sampai sekarang habok pun tarak.Memang TP umngok ni kelentong je kuat.Namanya pun Zahid komedi.

      Delete
    3. Bila tong kosong dilantik jadi TPM maka inilah yang kita dapat.
      Kerja TPM tong kosong hanya cuci punggong PM muka TEMBOK
      Dunia dah tahu scandal PM muka tembok ni.Tetapi muka tembok tetap muka tembok juga.
      Wajahnya hari hari keluar Tv3. Tv3 pun cukup kuat spin cerita supaya orang kampong percaya.
      Dulu dulu bolehlah psycho orang orang kampong dan orang orang pencen yg tinggal di kampong.
      Skrng ni orang kampong tak mudah diperbodohkan.
      Nampak saja muka najib orang kampong dah tutup tv. Sebab orang kampong kata dah cukup meluat tengok muka JEMUAN

      Delete
    4. Nak salah Anwar buat apa dia mmg dah salah. Tu pasal dia masuk penjara. Pkr ketua peliwat penyondol. Anugerah tuhan perasan suci murni. Jilanat betul bontot pun tala.

      Delete
    5. Peliwat penyondol juboh Mak hang jugak lah?

      Delete
    6. Aku bukan apa kesian pulak nurul izzah punya mak. Pakai tudung, glove macam baik. Sekali tgk laki tutuh pelacur, main belakang. Jam tinggal dia pulak kena cover. Yg puas Anwar bini jadu mak turut.
      Kalau setakat penyokong kene tipu dan dibodohkan peliwat tegar ni aku tak heran sgt.

      Delete
  6. Sekarang ni semua salah cina Dan yahudi....habih yang bagi mcm2 kat cina sebelum pru tu siapa????....yang pinjam Dari bank yahudi tu siapa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu melayu bodoh yg menjawat jawatan PM dlm kerajaan la yg bagi. Yg pinjam duit yahudi pun dia dgn kwn lama dia Nuar brahim jugak. 
      Ada 1 cina tu cakap main judi tara baik merosakkan keluarga dan masyarakat. Betul dan baik jugak nasihat cina tu. Tapi kalau kau tak bukak kedai judi kilang arak tu lagi baik takde lah org pegi main mesin dgn tonggang arak. Takdelah nak kena bukak kelab malam. Takdelah rosak masyarakat. Yg sebenar judi dan arak tu budaya dan mata pencarian dia. Dia akan buatlah apa saja utk kelangsungan bisnes dia. Tapi jgn salahkan BN pulak pegi bagi lesen. 

      Delete
    2. Sama jugak dgn ahlong niat dia lagi baik mau tolong orang. Sapa mau pakai duit boleh pinjam sama dia. Bunga ada tinggi sikit. Kalau tak mampu bayar siap kau harta pusaka, tanah, rumah, cat merah, gangster habis semua dia upah mengancam hidup kau. Ni cara diorang nak mengambil harta dan tanah2 org melayu secara legal. Jgn salahkan melayu pulak lagi. Kene tanya Najib apasal ahlong sekarang bukak opis mcm cendawan tumbuh. Apa dia ada tolong bisnes kenkawan dia ke?
      Jangan ingat dia pinjam duit yahudi je. Dgn ahlong pun silap2 dia ada makan budi. Selalu org senang jadi bodoh dan kena bodoh ni pasal banyak termakan budi. Tu yg duit kat singapore kene beku tu. Dgn telur sekali sejuk.

      Delete
    3. Melayu jadi bangsat semua salah cina dan yahudi.Tapi pemimpin2 umngok suci dan bersih. celaka betul!

      Delete
  7. Zahid hamidi antara calon PM??!! Nak mampuihh??!! Silap haribulan malaysia tukaq boh nama banglasia cik oii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid ni layak ketua belia 4B ja. Ataupun ketua polisi indon.Cakap jawanya semacam jawa indon.lebih baik dia berambus ke indonesia.

      Delete
    2. Minta jauhla zahid komedi!!Tak layak jd PM,bahasa Inggeris pun hancus,byk cerita2 dongeng indon mcm lelaki tua baru2 ni pun tergantung,auta indon lg teruk dari keling.Tgk muka pun pui!!!!!

      Delete
    3. Zahid oiiiiii...bilalah kau nak jadi manusia sejati ni.
      Dari zaman si anu..war hinggalah sekarang kau masih tidak berubah. Masih jadi PAK TURUT lagi. Sampai bila kau nak jadi MACAI? Jadi KUDA tunggangan orang lain. Lama kelamaan kau jatuh ke tahap DAYUS.
      Berfikir panjanglah Zahid Oiiiii...Tanya diri kau sendiri kat mana yang tak kena ni.
      Zahid Oiiiii...Kau ni sepatutnya jadi ROLE MODEL.
      Mana model pentadbiran kau ni. Jangan sepanjang masa hidup dengan menjadi UMANG UMANG.
      Tanya diri kau sendiri Zahid Oiiiii..Kau ni dah jadi TPM. Apa model kau sekarang ni.
      Branding kau ni hancur sama sekali TOTAL LOST.Dah tak boleh dipakai dan tak boleh dibaik pulih dah ker?
      Setakat bermodalkan bercakap lantang tapi tak ada substance budak budak sekolah pun ketawa bila dengar ucapan kau.
      Tak ubah seperti meriah buluh saja.Bunyi saja kuat tapi impak langsung tak ada.
      Maka tak salah kalau orang gelar kau Zahid Komedi.Lama lama gelaran ini akan melekat pada diri kau.
      Sampai sekarang kau langsung tidak ada identiti sendiri. Sampai dah jadi TPM pun rakyat sikit pun tak hirau apa yg kau kata. Bagi mereka itu semua komedi. Mat saleh kata idiot atau joker.
      Dulu hishamudin bapok tu orang gelar menteri amaran. Sekarang kau pun nak ikut bapok tu juga ker.Cakap tak serupa bikin.
      Tolonglah Zahid Oiiiii...Jangan bikin malu kami anak anak Perak ini.
      Dalam sejarah Melayu. Tok nenek kami dan tok nenek kau juga yang bangun menentang orang putih sehingga tercetusnya peristiwa Pasir Salak yang akhirnya JWW BITCH tu ditamatkan perkhidmatan dan ditamatkan riwayatnya.
      Zahid Oiiii..Apa nak jadi dengan kau ni. Janganlah anak cucu bagi malu tok nenek sendiri.Pi lah cari pendoman zahid Oiiiiii...Agar tidak disumpah oleh tok nenek sendiri.


      Delete
  8. Memang sudah ditakdir Tuhan Malaysia akan jadi negara gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia setaraf zimbabwe sekarang. kena cetak bawak wang untuk beli belah.PMnya pula adalah MUgajib.

      Delete
  9. Menteri melayu ni saja nak mainkan isu cina jadi pm pada aku najib tu perlu letak jawatan persetan dgnya dia layak pergi sg buluh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina jadi PM lagi bagus.Sebab PM melayu pun suka tipu melayu.Yang tipu melayu bukan cina, tapi melayu macam juga zahid komedi.Tin kosong saja.

      Delete
  10. Menteri melayu ni saja nak mainkan isu cina jadi pm pada aku najib tu perlu letak jawatan persetan dgnya dia layak pergi sg buluh je

    ReplyDelete
  11. Menteri melayu ni saja nak mainkan isu cina jadi pm pada aku najib tu perlu letak jawatan persetan dgnya dia layak pergi sg buluh je

    ReplyDelete
  12. Tapi kalau ada org ckp lagi asyik salahkan cina je. Melayu tak salah ke?
    Nak jugak aku tanya yg kau ramai2 dtg sini dari mainland melombong kat sini sapa suruh sapa jemput? Kau dtg Melaka dulu naik kapal pun nak berdagang je org melayu baik punya layan, tapi takde sapa jemput pun. Kau yg nak cari hasil. Apa mainland tu tak cukup tanah ke nak duduk, nak cari rezki? 
    Malaysia ni kalau takde org bagi rasuah takdelah org ambik. Takde pencurik balak, hasil takde lah org nak sogok penguatkuasa, org berkuasa. Ini penguatkuasa dgn sprm sekali kena tangkap. Yg bagi ribu2 lepas. Adil macamana yg kau carik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "yg bagi ribu2 lepas"

      Yang buat undang-undang tu saper?
      DAP?
      PKR?
      PAS?
      GHB?

      Tolong jawab skit!!!

      Delete
    2. Undang2 tu memang dari zaman diorang mintak merdeka tu british suruh buat. Kau setuju kau ikutlah. Kalau pembangkang nak jadi pemerintah pun pakai undang2 tu jugak. Apa masalahnya? Dah brp banyak undang2 yg korang dapat gubal selain drpd berjaya menghapuskan ISA?

      Delete
  13. sentimen perkauman ada dalam UMNO sendiri dan tidak melibatkan kaum bangsa lain melainkan kaum kaum UMNO yg mempunyai suku suku yg sekarang ni amat membimbangkan..MACAM SUKU KAUM UMNO SERAWAK di mana kaum kaum nya tidak pure melayu dan kaum kaum UMNO SERAWAK ini yg terasa amat ketakutan sekali jika NAJIB TUMBANG sebab ramai yg sudah termakan suapan orang tua Taib perlukan jagaan seumur hidup bukannya rakyat SERAWAK..Perkauman dalam umno di bumi SEMENANJUNG adalah bilangan kaum JAWA.BUGIS.MINANG.KELANTE.KAUM MUALAF.MAMAK.PENASIAN danLAUM MAK NYAH BEGITU JUGA KAUM HAWA SUKA HAWA..JANTAN SUKA JANTAN..dan sebagainya..SENTIMAN PERKAUMAN UMNO ini amat PERKASA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO belum masuk ke sarawak lagi

      Delete
  14. Kah!...Kah!...Kah!.....bukan saja orang ramai dikelentong oleh prompak dan kuncunya,malah polis sendiri pun kena kencing.Nasiblah wahai rakyaat Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Najib sudah tak berjaya berselindung disebalik duitnya jd dia berselindung disebalik isu perkauman pula.sy mati akal dibuat isu perkauman ini sbb sy agak prejudis.entah dr mana sy kutib hal yg begitu sypun tak tahu.sy bkn org umno juga.sy kira org cina ini sgt licik.mereka sudah menguasai ekonomi maka mereka ingin menguasai pemerintahan pula.apapun sy masih mengira najib adalah faktor yg lebih bahaya.

    ReplyDelete
  16. setiap saat raayat menunggu kehancuran Malaysia ,seperti menunggu kanser yang tiada penawar.....Allah huma izzati islam wal muslimin....

    ReplyDelete
  17. "Begitu juga dengan kesediaan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan kira-kira 30 lagi Ahli Parlimen BN untuk menjayakan usul tidak percaya di Parlimen, ia juga semata-mata untuk menurunkan Najib dengan membentuk sebuah kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti."

    Tuan Budin kena ingat. Lebih kurang 21 kerusi MP PR tu adalah dari PAS. Xmungkin 21 tu masuk GHB.Haji Hadi ni otak di lain. Mcm org tidur mengigau la. Xleh teka dia berada di alam mana...

    ReplyDelete
  18. melayu dgn bodoh sombongnya.........kenapa angkat nabi Muhamad berbangsa arab sebagai pemimpin agama kamu......kenapa tak angkat ayoh pin ke,hadi ke, harun ke.......

    wasalam,
    melayu otak sarkas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nak orang melayu lain perintah. Orang Umno. Tu je...

      Delete
    2. KJ ok jugak jadi TPM Mahyudin

      Delete
    3. KJ ok jugak jadi TPM Mahyudin

      Delete
    4. Kita nak orang melayu lain perintah. Orang Umno. Tu je...

      Delete
    5. Blah la,jenis bugis dgn jawa!!!

      Delete
    6. yang penting ada bidadari di surga.....

      Delete
  19. Semasa kita menuding jari pada orang lain, maka jangan lupa yang tiga jari lagi sedang menuding pada diri kita. Kita kan manusia dan dianjurkan kita mencari penyelesaian dan bukan membuat pertuduhan serta menafikan kenyataan.
    Najib ... dia sendiri sudah menimbulkan fitnah tanpa perlu dituduh. Dia membiarkan "DERMA" menjadi fitnah bagi diri dia. Sebagai seorang Islam, kita tak seharusnya membiarkan diri kita menjadi fitnah agar orang lain tidak berDOSA semasa berbincang dan berhujah. Najib sendiri seharusnya menamatkan FITNAH yang dia cipta sendiri.
    Dengan mendiamkan diri tidak bermakna beliau BENAR. Bagi saya, Najib ni manusia yang jahat sebab dia membenarkan fitnah berterusan dengan jawapan yang pelik. Apatah lagi jawapan daripada "MACAI" menteri yang di"LANTIK" bukan atas keBOLEHan tapi atas keBODEKan. Inilah manusia yang menyokong membawa REBAH.
    Kejahatan seseorang tu tak akan kaitan dengan keturunan atau bangsanya. Dia sahaja yang jahat dan melakukan kemungkaran. Lihat tak apa beza antara Najib dengan adiknya?
    Melayu ada yang BAIK dan ada juga yang JAHAT.
    Cina pun ada yang BAIK dan ada juga yang JAHAT.
    India pun ada yang BAIK dan ada juga yang JAHAT.
    Begitu dengan bangsa lain, ada yang BAIK dan ada juga yang JAHAT.
    Beza antara Melayu dengan bangsa lain ialah Melayu masih boleh bertolak ansur dengan kemungkaran yang dilakukan Melayu sendiri tapi bangsa lain TIDAK. Cina sanggup buang MCA dan GERAKAN. Begitu dengan India yang menyampingkan MIC. Melayu berani tak bergerak ke hadapan dengan menidakkan UMNO atau PAS????
    Masa depan Melayu ada di tangan kamu dan bukan UMNO mahupun PAS? UMNO tidak mewakili Melayu sepenuhnya. Begitu juga dengan PAS. Kita seharusnya pilih Melayu yang ada JATI DIRI untuk memajukan Melayu dan bukan hanya dilafaz sahaja. Amalan amat penting dan bukan hujah sahaja.

    ReplyDelete
  20. Tapi ramai jugak orang melayu yang pandai2 dan terlebih pandai sebenarnya tu tak dinafikan. Selalu yg terlebih pandai ni melibatkan bab agama dan hukum. 
    Ada yg buat pusat zakat, tabung haji, tulis kitab, ubah maksud dan hukum quran, bisnes wakaf, bisnes korban lembu kat palestin. Yalah kalau haji tu dia boleh sub kan kat org letak harga sampai 189k satu pakej kira pandailah tu. Bijak dia buat duit, haji pun dia boleh majukan. 
    Ni bukti melayu pandai dan terlebih pandai. Membawa Islam ke arah kemajuan dunia dan wang ringgit. Congrats!!

    ReplyDelete
  21. Layar dah dikembangkan...harap harap Pahlawan Bugis ni cepat-cepat potong tali sauh nye supaya dia dpt cepat cepat belayar sebelum bumi berkeping dua

    ReplyDelete
  22. Najib adalah perdana menteri Melayu yang terakhir. Sedarlah wahai Melayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kan bugis..apa yg kau merepek??? Ada dia cakap dia melayu jati???? Dia pun megah cakap dia keturunan bugis...bugis jenis melanun. Zahid jawa...

      Pergi Johor, banyak orang Johor tak mengaku mereka melayu tapi jawa...melayu bangsa bodoh. Bugis kaki rasuah pun, melayu pi sokong jadi Presiden parti melayu dan jadi PM...

      Delete
  23. Sejak merdeka, tak pernah sekali pun melayu jati jadi PM.
    Paling ramai jadi PM bangsa bugis lanun nie.
    Melayu masih dijajah.

    ReplyDelete
  24. Boleh beritahu aku negeri mana ada melayu sejati ? belah utara area kedah dan penang ramai mamak mengaku melayu...kaki mengampu dan putar belit memang juara...ramai puak ni dalam UMNGOK, jahanam negara aku...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...