Friday, 15 May 2015

Pengumuman Kepada Pembaca Blog Ini


Ramai yang bertanya kenapa sejak akhir-akhir ini ada komen-komen di blog ini yang dipadamkan? Ada juga yang ingin tahu, apakah saya sudah mula menapis dan menghadkan kebebasan?

Sebenarnya saya sangat terbuka kepada sesiapa saja yang ingin memberi komen di blog ini.  Sebagaimana saya bebas menulis, saya juga mengalu-alukan kebebasan yang sama di kalangan pembaca. Luahkanlah apa saja, asal dalam batas kesopanan dan kewajaran yang sesuai dengan topik yang saya tulis atau bicarakan.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, ada pihak tertentu, rasanya orang asing, yang menjadikan ruang komen yang ada sebagai wadah menjual sesuatu yang haram iaitu nombor ramalan atau judi. Ia tentunya mengganggu keselesaan pembaca blog ini.

Sejujurnya saya masih boleh menerima, selain komen atau pandangan, kalau sesiapa mahu mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka di blog ini. Sebelum ini ada yang mengiklankan kad prabayar, buku dan sebagainya. Saya biarkan saja kerana ia sebahagian daripada keterbukaan itu.

Namun tentu saja mempromosi judi, nombor ramalan atau apa yang dikata togel itu tidak boleh diterima sama sekali.  Iklan seperti itu bukan tempatnya di blog saya, lalu semestinya saya akan padam atau delete. Sebelum ini saya anggap iklan seperti itu mungkin tersesat, tapi nampaknya makin dibiarkan makin menjadi-jadi.

Kepada pembaca atau pengomen yang lain, meski menggunakan nama anonymous sekalipun, jangan risau, saya tidak akan padam atau delete selagi komen yang diberi itu berada di landasan yang wajar sebagai medan untuk sama sama meluahkan pandangan atau berhujah sesama kita.

Hanya yang berkaitan judi, haram, togel dan seumpamanya saja yang akan dipadamkan.

Terima kasih. (SH 15/05/2015)

18 comments:

  1. Sangat setuju dgn tindakan admin, segala komen yg tidak sepatutnya disiarkan hendaklah dipadam. Keterbukaan pun ada batasnya, ibarat orang bukan Islam tidak salah bagi mereka mendedahkan aurat tetapi tidak semestinya boleh dibenarkan bertelanjang bulat di depan khalayak ramai. Syabas admin dan terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Komen atau iklan mengarut sepatutnya tiad tempat di blog ini

    ReplyDelete
  3. Cantik Din. Dlm blog lain pun ade iklan begini. Sy dah mohon kpd empunya blog utk delete iklan sesat tu tp tiada action.
    TK krn peduli perkara begini
    Kita nak baca berita bukan nak buat per haram
    TK Din

    ReplyDelete
  4. Ini yang menjadikan blog tuan lin dari yang lain. Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan tuan.

    ReplyDelete
  5. You did right.

    ReplyDelete
  6. Iklan tu Spam.

    Website penyokong PR lain pun ada yg kena iklan Togel, no ekor ni.

    Spam tu sengaja di kenakan atas website PR utk "menyerang" owner website/blog tu, supaya lama2 give-up utk delete spam tu. Ataupun supaya integriti website tu merudum di sebabkan byknya spam tu.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. MEMANG KURANG AJAR PREDIKSI SGP DI ATAS.....MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN YG MENGGANGGU BLOG PENENTANG KEBOBROKAN PEMERINTAH....YA ALLAH...PATAHKAN JARI KPD MEREKA2 YG MENGHANTAR INFO2 TTG JUDI TOTO INI....

    ReplyDelete
  9. YA ALLAH...kami raayat Malaysia dizalimi.....hancurkan pemimpin ,penguasa dan munafik diatas kezaliman mereka.........takalbal minnaa

    ReplyDelete
  10. Salam Shahbudin

    Yong pun terkena jugak. Sahabat semua. Macam mana nak blok penjual nombor haram ni erk? Geram betul. Dah blok pun masih masuk jugak.

    ReplyDelete
  11. jangan biarkan iklan maksiat/judi nanti dikira besubahat jugak
    lama tunggu bila nak jumpak mamat kat london tu
    tak jadi ka

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This Is What Women Really Want !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...