Wednesday, 13 May 2015

"Nasib Baik Keropok Lekor Tidak Dicagar Sama"


Hanya beberapa jam selepas ahli-ahli MT memberi sokongan kepada Najib Razak sambil mahukan beliau menyelesaikan apa juga masalah berkaitan 1MDB, kini timbul satu lagi pendedahan "menggerunkan" daripada bekas MB Terengganu, Ahmad Said.

Beliau yang dipaksa meletakkan jawatan tahun lalu mendedahkan syarikat pelaburan itu pernah berhasrat hendak mencagarkan minyak dan gas di Laut Terengganu tetapi tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan negeri tidak menyetujuinya. 

Katanya, urusniaga itu dilakukan ketika 1MDB menpunyai hubung kait dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) dan beliau kemudian turut dimarahi oleh Najib atas beberapa masalah yang timbul serta menjadi antara punca beliau "diturunkan" daripada jawatannya sebagai ketua kerajaan negeri itu.

Ahmad Said juga berkata, beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan lebih banyak perkara mengenai "hanky panky" melibatkan 1MDB yang diketahuinya.

Dengan munculnya pendedahan Ahmad Said ini, satu lagi tamparan menerjah singgah ke pipi Najib. Ia secara tidak langsung bermaksud bahawa syarikat pelaburan itu memang sejak awal penubuhannya lagi sudah mahu dilencongkan dengan kesanggupan mencagar apa saja demi mendapatkan wang.

Maka itu, tidaklah menghairankan mengapa ia sanggup berhutang sehingga RM42 bilion sedangkan pelaburan dan pembelian asetnya sebagaimana yang digariskan oleh Tun Mahathir hanya kira-kira RM16 bilion saja.

Najib juga nampaknya sanggup menurunkan Ahmad Said daripada jawatan MB Terengganu hanya kerana hasrat serta keinginannya mahu mencagar minyak dan gas itu gagal dipenuhi.

Kalaulah minyak dan gas itu berjaya digadaikan dahulu, bayangkan apa yang tinggal lagi untuk rakyat Terengganu daripada hasil bumi yang diperolehi di negeri sendiri?

Seorang rakan berasal dari Terengganu berkata, jika usaha mencagar minyak dan gas itu tidak dihalang dahulu dan berdasarkan apa yang berlaku kepada 1MDB sekarang, tidak mustahil industri keropok lekor juga sudah jadi hak milik asing ketika ini.

Maknanya, walaupun kelihatan kasar dan "gedebe", Ahmad Said ada jasa dan sumbangannya yang tersendiri untuk rakyat Terengganu.

Apa yang diharapkan oleh ramai pihak ialah agar Ahmad Said tidak menunggu terlalu lama untuk mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai kepincangan serta campurtangan Najib dalam syarikat pelaburan itu.

Beliau juga diharapkan tidak menjadikan semua ini sebagai ugutan dan tawar menawar untuk memperolehi sesuatu yang semata-mata bersifat untuk kepentingan dirinya saja.

Sebagai bekas ketua kerajaan negeri, Ahmad Said harus membuktikan pendedahannya adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat, sambil dapat membersihkan semula namanya yang tercalar akibat dipaksa berundur oleh Najib sebelum ini.

Setelah dana daripada Tabung Haji, KWAP, PNB dan percubaan menggadai minyak serta gas turut didedahkan sebagai percubaan untuk membiayai 1MDB, apakah akan muncul pendedahan-pendedahan baru lagi selepas ini?

Apakah pendedahan demi pendedahan ini bakal menjadikan sokongan yang diterima Najib akan mula terbarai dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga menjadi semakin rapuh? (SH 13/05/2015)

19 comments:

  1. Dasyat sungguh mereka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dahsyat bukan la perkataan yg sesuai untuk mereka ini.

      Jika benar, apa yg dikatakan oleh x mb ganu -dato mat said...perkataan yg sesuai utk mereka ini ialah GAMPANG, ANAK HARAM, SUNDAL!!!. JIKA X BENAR, MAKA BUKANLAH PERKATAAN TERSEBUT YG HARUS D BERIKAN...TERIMA KASUT!!

      Delete
  2. Mat Said mengikuti langkah Deepak.. acah sikit sikit tengok berapa banyak tawar menawar boleh dirunding.. lazimnya bekas MB atau exco kanan Ganu tak kurang dari jawatan Duta Besar Arab Saudi atau Mesir.. Dalam kes Deepak, beliau kenyang senyap seribu bahasa selepas berdegar2 dengan cerite Bijan, Mawar Hitam dsb..

    ReplyDelete
  3. tapi diorang ni belum power lg..dia klu nak lg best keluarkan anwar dari penjara...mesti tak tido malam najib dan sekutu kena balun.....skrg ni bnyak lg orang tarik tarik tali....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Anwar tak boleh buat apa-apa.
    Yang ada pada beliau hanyalah jam omega. Itu pun orang lain simpan.

    ReplyDelete
  6. Uang yang ada kat kocek Ahmad Said sudah habis diguna.

    ReplyDelete
  7. @shah
    Salaam
    Presiden cuepacs menyokong penuh najib.....jgn pikir yg remeh temeh katanya..rupanya masalah negara ni remeh ye....
    dasyat....42 bil at stake remeh ?
    kat bawah ni rata2 penjawat awam menentang.....gaji gomen yg bayar macam mana tu. Sbb hilang kepercayaan la tu....Agak2 la sikit.

    ReplyDelete
  8. @shah
    Salaam
    Presiden cuepacs menyokong penuh najib.....jgn pikir yg remeh temeh katanya..rupanya masalah negara ni remeh ye....
    dasyat....42 bil at stake remeh ?
    kat bawah ni rata2 penjawat awam menentang.....gaji gomen yg bayar macam mana tu. Sbb hilang kepercayaan la tu....Agak2 la sikit.

    ReplyDelete
  9. Salam

    Lihatlah industri pembuatan kapal di Terengganu yang hidup segan mati tak mahu. Itu belum lagi cerita industri pembuatan bahan tembaga.

    Mujur minyak tak hangus.

    ReplyDelete
  10. janji bole perintah amanah bukan lagi jadi pegangan

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Biarpun Najib Razak menegaskan hubungan dengan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan oleh sesiapa khas Mahathir.Tapi aliran tunai yang dipinjam oleh 1MDB tetap tidak diketahui dimana ia disembunyikan.

    Berpandukan dari kenyataan bahawa 1MDB enggan memberi sebarang komen mengenai status pinjaman AS$975 juta (RM3.6 billion) daripada konsortium 6 bank luar negara, dengan memberi alasan ia merupakan "perkara perbankan sulit" memberi maksud segala urusan 1MDB masih kekal disulitkan dan misteri. Sama seperti kes siapa upah dan arah Sirul bunuh Altantuya, siapa bunuh Teoh Beng Hock, hilangnya kapal terbang MH370.

    Siapa diantara ahli UMNO Baru yang boleh bercakap benar tentang operasi 1MDB ? Tiada siapa.... Betapa mudahnya pemimpin tertinggi membangangkan ahli UMNO Baru peringkat bawahan.

    Jika dilihat kenyataan dari Tajuddin Abdul Rahman pula berkata“Kami sokong perdana menteri, tetapi kami juga mahu beliau menyelesaikan masalah dalam 1MDB,” secara langsung menunjukkan dia dan rakan-rakannya dalam MT juga tidak dapat penerangan yang jelas bagaimana 1MDB bermain silap mata menyembunyikan duit yang dipinjamnya.

    Rakyat pula yang dijadikan penjamin dan pembayar hutang....memang sial dan celaka pemimpin itu.

    Inilah kesan dari ajaran Mahathir menjadi perdana menteri merangkap menteri kewangan selama 22 tahun.

    Walau apa pun sedang berlaku dalm 1MDB, Najib tetap tersenyum kerana GST sudah dilaksanakan dan kerajaan ada duit untuk tutup lubang korek lubang lagi.

    Ahli UMNO Baru yang menyokong Najib patut berhibur.....https://www.youtube.com/watch?v=tPN4Qj7Hi9A


    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy membaca komen anda, kecuali beberapa perkataan kesat tu. Menyentuh mengenai kehilangan MH370 itu berdasarkan isu ini, ia membuka ruang kebarangkalian bahawa kehilangan pesawat itu seperti telah dirancang, untuk dijual bagi mendapatkan wang membayar bunga hutang 1MDB. Apakah kebarangkalian ini wujud? Tidak mustahil, kan???

      Delete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. NI DAH JADI BUGIS LANUN MEROMPAK HASIL MAHSUL NEGERI ORANG DAH NI...

    ReplyDelete
  16. mana tahu mungkin keropok lekor pun dah dicagar!

    ReplyDelete
  17. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI ARAP SAUDI pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...