Wednesday, 20 May 2015

Najib Tak Mungkin Percaya Pandikar Amin Lagi, Undur Pilihan Terbaik Baginya


Siapa bercakap benar dan siapa berbohong dalam isu perletakan jawatan Speakar Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia akhirnya boleh dinilai sendiri oleh rakyat. 

Seakan tidak dapat menahan beban dalam jiwa selepas hasratnya meletakkan jawatan didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Pandikan Amin mengadakan sidang akhbar mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau mengakui memang menghantar surat perletakan jawatannya kepada Najib walaupun pada Sabtu lalu, kira-kira jam 10 malam, sudah mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan perkara itu.

Menurutnya, surat perletakan jawatan itu bukan saja ditolak, bahkan tidak dibuka oleh Najib, sebaliknya Perdana Menteri berjanji menangani rungutannya dan melakukan transformasi di Parlimen.

Sehubungan itu, kata Pandikar, beliau memutuskan untuk terus kekal sebagai Speaker.

Bercakap dalam program jelajahnya di Ipoh Sabtu lalu, Tun Mahathir berkata, Pandikar Amin memberitahunya mengenai perletakan jawatan itu dan antara perkara yang dirungutnya ialah kelengkapan perabot di pejabatnya.

Semalam pula, Pengerusi BNBBC Shahrir Samad berkata, ketiadaan tandas di pejabat Speaker mungkin menjadi sebab tindakan yang diambil oleh Pandikar Amin itu.

Walaupun isu ini dianggap selesai dan kebenarannya boleh dinilai sendiri oleh rakyat, tetapi imej dan kredibiliti Pandikar Amin sudah calar balar kerananya. Tidak ada mana-mana Speaker berbuat sebegini sebelum ini.

Ramai menyifatkannya tidak teguh pendirian, mudah dipujuk, merajuk kerana isu remeh dan tidak cukup berani sebagaimana gah orang menyebut namanya.

Jika isu kelengkapan perabot dan pejabat yang menjadi isu, ramai yang kehairanan bagaimana Zahir Ismail yang lebih lama dan Ramli Ngah Talib yang juga tidak kurang lamanya sebagai Speaker sebelum ini,  boleh bertahan dan tidak merungut apa-apa mengenainya.

Selain imej dan kredibilitinya sudah terjejas, satu-satunya yang sukar bagi Pandikar Amin selepas ini ialah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada Najib.

Di ketika sedang bergasak dengan Tun Mahathir, Najib tentunya berkecil hati apabila akhirnya mengetahui Pandikar Amin didapati telah menemui bekas Perdana Menteri yang merupakan musuh utamanya secara sembunyi-sembunyi dan mengadu macam-macam hal kepadanya.

Sudah tentu timbul dalam pemikiran Najib, jika hal perabot pun diadukannya kepada Tun Mahathir, tentulah hal-hal lain yang lebih besar turut menjadi tajuk perbincangan yang dibawa oleh Pandikar Amin.

Najib juga pastinya terguris hati kerana Pandikar Amin lebih dulu mengadu kepada Tun Mahathir mengenai perletakan jawatannya sedangkan beliau adalah Perdana Menteri yang melantiknya ke jawatan Speaker itu.

Siapa pun berada di tempat Najib, kepercayaannya tentu saja sudah berkecai terhadap Pandikar Amin yang seolah-olah sudah "main dua kolam" dengannya.

Dalam masa yang sama, Pandikar Amin juga tidak lagi dipercayai oleh Tun Mahathir selepas ini kerana kegagalan mengotakan kata-kata mahu meletakkan jawatan itu sedangkan beliau sendiri yang mahu bertemu dan bercakap mengenai isu tersebut dengan bekas Perdana Menteri itu.

Untuk sementara waktu, walaupun Pandikar Amin boleh kekal sebagai Speaker, selain kepercayaan terhadapnya sudah terhakis, tidak mustahil Najib juga sudah mulai mengintai-ngintai nama lain untuk menggantikan tempatnya atas sikap "main dua kolam" yang ditunjukkannya itu.

Tambahan pula  di ketika Najib sudah beberapa kali berikrar tidak akan menyerah kalah atau tunduk kepada desakan Tun Mahathir yang memintanya agar berundur, sikap Pandikar Amin ini umpama duri dalam daging kepada kelangsungan hayat politiknya.

Daripada terus bekerja dalam keadaan tidak dipercayai atau mungkin diminta mengundurkan diri selepas ini, pilihan terbaik bagi Pandikar Amin ialah memutuskan tekad untuk menghantar surat perletakan jawatannya sekali lagi kepada Najib.

Hanya ini yang boleh memulihkan imej dan kredibilitinya. Kalau pun tidak sepenuhnya, sisa-sisa rasa hormat kepadanya tetap ada jika beliau berani berbuat demikian berbanding terus berada di situ. (SH 20/05/2015)

29 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 5136 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))








      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos

      Delete
  2. Lebih mulia dan lebih tinggi lagi maruah serta integriti Pendikar bujang lapok. Taat kepada guru, serta sentiasa sabar menghadapi cobaan.

    Amat berlainan sekali dengan Pendikar Illanun daripada Kota Belud ini yang hanya GAH pada namanya sahaja tetapi sebenarnya lemah tulang belakang dan sendi sendinya sekali.

    Bikin MALU orang Sabah saja.

    ReplyDelete
  3. Bro...padamkan komen di atas ni....memang celakalah tmptnya komen spt di atas ni...jahanam kamu....nerakalah tmpt kamu....

    ReplyDelete
  4. Najib Pasti Terus Meragui Pandikar Amin...sebagaimana rakyat negara ini meragui sumpahnya juga yang hanya menyebut wanita Mongolia secara umum. Berapa ramai wanita mongolia yang dia kenal secara umum?
    Kenapa dia tak sebut nama altantuya secara spesifik dalam sumpah tu? Itu yang rakyat ingin tahu dan nak dengar daripada mulutnya.


    ReplyDelete
  5. Kaki putar n kaki auta suda mari.mari tgok mereka dbelit ular peliharaan mereka sendiri.gerombolan melayu berapa lama mahu tdo beralas tilam duit jib bon.ayuh asahkan keris masing2 tikam lanun mencuri duit rakyat jelata

    ReplyDelete
  6. Kalau captain pun bermasalah.....takkan team dia bagus kot ?
    Cuba tanya....lepas tu beria ia nak cover. Tdm tak bohong....yg best tu dia pun tak bohong ! Mcm2 kalau dah serabut ye.....
    Pengaduan tu pulak ibarat anak dgn ayah.....mulut kata hormat bukan main lagi dgn TDM....wayang betul la mamat ni.....MARUAH takde ke ? Isu yg paling besar yg d hadapi speaker......TANDAS dan PERABUT !
    Menangguk d air keruh....ambil la kesempatan yg dtg.....best ke buat mcm tu. Rupanya parlimen dan negara asyik mengadap isu2 remeh je....bila nak mula berfikir....tak tahu lah !

    Thanks shah.

    ReplyDelete
  7. Allah bayar cash...maruah tercalar sekelip mata...jadilah manusia hati bersih dan mulia

    ReplyDelete
  8. Hukum karma sudah pun bermula.
    Sudah sampai masanya Pandikar dihantar pulang ke Sabah.
    Jadi Speaker Negeri Sabah pula.
    Ghani Patail juga harus dihantar pulang ke Sabah.
    Jadi Peguam Negeri di sana pula.
    Macamlah di Semenanung ni, tidak ada
    Yang layak dan boleh jadi Speaker dan Peguam Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pula kata kerajaan Pusat tidak bagi peluang kepada wakil daripada Sabah. Peluang telah dibagi seadil adilnya. Bukan setakat peluang tetapi juga kuasa. Akantetapi, kamu sendiri yang tidak tahu nak buat kerja.

      Pergi belajar dengan Datuk Shafie Apdal dulu. Lepas tu baru datang ke sini.

      Delete
    2. ahhh...dia orang itu pergi KL cari perempuan saja itu. Bukannya mau kereja betul betul.

      Delete
    3. Seorang lagi patut dihantar pulang, kali ini ke Sarawak, Idris Jalal. Dia ni tak habis-habis menjual aset-aset Semenanjung. Tengoklah apa jadi dengan MAS, sampai licin. Macam kepala Bapak Mentua aku, kata P.Ramlee. Aset -aset Sarawak tak nak pula dijualnya. Jadi Ceo Pemandu dan Menteri Kabinet, tapi tak berguna. Gaji beribu-ribu, namun tak mendatangkan hasil. Sampai masanya orang Sabah dan Sarawak yang berjawatan tinggi disingkirkan, menghabiskan boras aja. Cari anak Semenanjung yang layak, dan memang ramai yang layak. Orang Sabah dan Sarawak bukannya padai sangat. Contoh terbaik, Pandikar dan Ghani. Menyusahkan. Lagi pun mereka ni dah terlalu lama berkuasa dan dah kaya raya...

      Delete
  9. Susah sangat ker nak jawab soalan Tun Mahathir? TDM tak tuduh kau pun.

    TDM hanya bertanya.....itu pun dengan bahasa penuh berlapik. Salah ker kalau TDM atau akar umbi bertanya? Atau kau tak faham soalan TDM?


    TDM bercakap dalam bahasa Melayu bukannya dalam bahasa BUGIS pun...yang kau nak bermadah dalam bahasa BUGIS ni kenapa? Sejak bila bahasa BUGIS jadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan di negara ni? Kau tak faham Bahasa Melayu dah ker?

    Tiba tiba kau guna TV3 untuk serang balas TDM apa hal? Kau nak isytihar perang dengan TDM hanya dengan kekuatan Ketua ketua Bahagian UMNO tak cukup kuat pun kerana nyawa ketua ketua bahagian ni dalam kareer politik mereka pun terletak hanya dalam sebelah tangan akar umbi saja.

    Datuk Najib kau jangan cari pasal dengan TDM. kalau kau cari pasal dengan TDM maknanya kau sengaja nak cari pasal dengan akar umbi.

    Datuk Seri Najib....TDM hanya tanya soalan...Dia tak tuduh kau pun....akar umbi pun tak tuduh kau....Tiba tiba yang kau pergi melalut hingga ke laut tu buat apa? Siap dengan bermadah lagi..Bila masanya TDM dan akar umbi suruh kau bermadah. Kau ni dah sau sau kot.

    ReplyDelete
  10. Sejarah Pendekar terkenal dgn bertarung nyawa pertahan maruah. Bukan di sebabkan tandas. Mentaliti childish

    ReplyDelete
  11. Pendekar hanya bari alasan...karana tandas, kalau nak latak jawatan...tarus kan..jangan bari alasan..tak waras....yes..mentaliti childish

    ReplyDelete
  12. tuan Shahbubudin. nama speaker dewan rakyaat tu kalau semasa menaip tertinggal dua huruf kalau didalam bahasa tamil makna nya sejinis haiwan harap harap perangainya x la macam haiwan tu

    ReplyDelete
  13. memang perangai orang sabah macam ini bah. menyamal inda tantu pasal

    ReplyDelete
  14. Kalau sebut berkali2 anda akan perasaan bahawa anda menyebut "pundek kau".inilah akibat bila menjilat tdm dan dsn.bila 2 yg dibodek tu bergaduh sudah tentu memberi kesan kepada penjilat yang berada ditengah.lain kali buat atas air macam kampung air disabah...tak perlu pikiaq pasal tandas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada kawan macam ni jugak.....kami gelar beliau 'pandir kau'

      Delete
  15. Yang pasti lepas ni Najib mesti kena bawa ke Mahkamah, kalau lepas juga, siap la kau dengan Hukuman Allah.

    ReplyDelete
  16. elok la buat usul undi tak percaya terhadap pm ahli parlimen pekan..

    tak guna simpan biawak hidup mcm najib ..silap ari bulan rakyat menanggung beban hutang 1mdb

    ReplyDelete
  17. Memang dah tangungpun itu gst apa kalau bkn buat menangung hutang.tabung2 dana negarapun habis dkopak sama deme.en shah apa cerita duit pelaburan dpulau judi cayman.katanya bawa kesingapore siap tunjuk resit.alih2 kata ttak de duit pulak ada aset je.tolong tulis sikit tak berapa faham la .aset...aset...duit..duit...bon...bon..sukuk...sukuk...bank luar negarapun hutang juga.knpa mintak tolong kementerian pulak selesai masalah 1mdb.mana kementerian cekau duit bayor hutang tu.

    ReplyDelete
  18. Aku tak nampak siapa bohong siapa.apa yang aku nampak ialah siapa yang kuat bodek.sebut dengan betul pundek kau atau pandir kah.kalau mau senang berak dan kencing rakyat buatlah rumah atas air macam kampung air disabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu KERUAK ....pun semakin kuat membodek Datuk Najib. Dengan harapan yang tinggi menggunung macam Kinabalu untuk menjadi Ketua Menteri Sabah bah itu

      Delete
  19. Lepas ni kalau ada yg bertegang urat dlm dewan rakyat akan adalah kata2 speaker talam bermuka atau speaker jgn bohong dan kita akan saksikan dewan rakyat akan bertambah sarkis dari sarkis dan speaker akan kurang di hormati dan kalau ada pun ketegasan akan berkeluarlah ayat "speaker tegas ke?? Jangan bohong!!!! atau tak mohong ka???

    ReplyDelete
  20. Tuan-tuan harus faham bahawa jawatan sebagai speaker dewan rakyat tu sungguh mencabar. Macam-macam perangai yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parlimen dari kedua belah pihak...kadang-kadang sampai berperang mulut dalam bahasa Tamil macam Azeeeez Tabung Haji dengan MP India dari Perak....Kadang-kadang gaduh besar sampai memaki hamun macam perangai Tajuddin Rahman tu... Rafizi Ramli pun sering membuat kenyataan-kenyataan panas yang mnembuatkan Speaker jadi tenggelam punca terutama bila bangun MP-MP BN yang seperti Bung Mokhtar yang meminta laluan...jika tak diberi macam gorila marah kena kurung dibuatnya...semua ini boleh menyebabkan speaker stress dan terasa mahu terkencing-kencing dan terberak dibuatnya. Sebab itu TANDAS adalah penting...senang dia lari ke pejabat dan melepas bila keadaan menjadi kritikal.

    Apa pun punca sebenar bukanlah ketiadaan TANDAS. Banyak perkara lain yang Pandikar tidak puas hati. Kewujudan Menteri yang menjaga Parlimen juga menurut beliau adalah tidak wajar atau tidak perlu sama sekali. Tapi ye la kan...takkan nak marahkan Menteri pula...marahkan Tandas lebih selamat kan...kan....

    ReplyDelete
  21. Alif mim nun tendang wau = sarkis

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Lagi Isu Panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...