Saturday, 23 May 2015

Mampukah Lim Kok Wing Pulihkan Imej Najib?

Menyedari kepimpinannya semakin dipertikai dan namanya tidak lagi seharum dulu, Najib Razak akhirnya melantik perunding pengiklanan terkenal, Lim Kok Wing sebagai penyelaras program khas untuk memulihkan imejnya di mata rakyat.

Difahamkan tugas utamanya ialah mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Najib dengan antaranya melakukan program jelajah ke seluruh negara dan mendengar sendiri aduan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya.

Dengan perlantikan ini juga secara langsung mengesahkan Najib masih cuba bertahan dengan jawatannya dan tidak sesekali mahu mengalah di sebalik desakan makin kuat mahukannya berundur demi menyelamatkan negara dan memberi harapan lebih baik kepada BN mengekalkan kuasanya dalam pilihanraya akan datang.

Walaupun tugas mempromosi bukan baru bagi Lim Kok Wing di mana sebelum ini juga pernah terlibat membantu kerajaan dalam kempen anti merokok "Tak Nak", Rakan Muda serta kempen pilihanraya bagi Nelson Mandela, tetapi barangkali usaha memulihkan semula imej Najib ini merupakan tugas yang paling sukar baginya.

Ini kerana Najib bukan saja berdepan penolakan daripada rakyat yang semakin membengkak, bahkan keyakinan ahli dan pimpinan UMNO sendiri mulai terhakis terhadapnya. Berdasarkan dapatan di peringkat akar umbi UMNO dan dilihat daripada reaksi pemimpin UMNO dalam video melibatkan Muhyiddin Yassin yang tersebar luas, terbukti kemahuan Najib berundur dan keperluan kepada perubahan bukan lagi perkara asing.

Lebih dari itu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang masih berpengaruh dan disukai rakyat adalah "hujung tombak paling tajam" yang mahu menyingkirkannya ketika ini.

Semua penolakan terhadap Najib pula secara umumnya berkisar kepada beberapa isu pokok yang menjdi bualan rakyat seperti 1MDB, pembunuhan Altantuya, hal berkaitan Rosmah, GST, beban hutang negara, perbelanjaan mewah keluarganya dan beberapa aspek yang lain.

Isu-isu tersebut jugalah yang membuatkan Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib dan kini turut menjelajah ke seluruh bagi memaksanya berundur.

Dengan tugas berat yang perlu dilakukan oleh Lim Kok Wing untuk memerah idea memulihkan imej Najib  yang remuk teruk itu, sudah tentu ganjaran yang perlu dibayar daripada wang rakyat juga  lumayan jumlahnya.

Najib ketika ini dilihat umpama kereta yang sudah rosak teruk dan hampir "total loss" keadaannya serta tidak diyakini lagi mampu untuk bergerak jauh. Memulih dan mencantikkannya tidak dapat dielakkan daripada keperluan biaya yang besar. Membaiki dan memulihkannya juga mungkin tidak berbaloi berbanding membeli kereta baru.

Soalnya, mampukah imej Najib dipulihkan dan sokongan rakyat dikembalikan dengan bantuan Lim Kok Wing ini? Bagaimanakah agaknya pendekatan dan "silap mata" yang bakal diperkenalkan oleh perunding pengiklanan terkenal itu untuk menutup wajah dan imej Najib daripada bayangan hitam 1MDB, Altantuya, pemborosan Rosmah, GST dan lain-lainnya yang selalu bermain-main di fikiran rakyat?

Mampukah selepas dipulihkan dan dicantikkan, Najib berubah menjadi kereta baru yang lebih selesa digunakan untuk perjalanan yang jauh? 

Terpesonakah orang kampung dan makcik Felda untuk menerima semula Najib nanti setelah mereka juga mulai menolak sebagaimana yang ditunjukkan dalam keputusan pilihanraya Rompin baru-baru ini?

Yang penting juga untuk ditunggu ialah bagaimanakah cara dan kaedah yang mahu diterapkan oleh Lim Kok Wing kepada Najib selepas ini dalam menghadapi cabaran dan tentangan daripada Tun Mahathir?

Di sana sini, persoalan yang kedengaran ialah mampu dan bolehkah imej Najib dipulihkan semula dengan bantuan Lim Kok Wing  ini? Berupayakah beliau membina benteng menahan Najib daripada ombak dan gelombang penolakan?

Atau mungkinkan kempen memulihkan imej Najib ini bakal berakhir seperti kempen anti merokok "Tak Nak" yang bukan saja tidak memberi apa-apa kesan kepada penagih tegarnya, bahkan jumlah perokok muda juga kian bertambah setiap masa? (SH 23/05/2015)

Sekadar untuk tersenyum - kreativiti pengguna laman sosial menggambarkan wajah baru Najib selepas mendapat bantuan memulihkan imej daripada Lim Kok Wing...

27 comments:

  1. Buang BR1M buang GST imej najib akan pulih. Kalau setakat nak suroh cina rambut Afro nak pulih imej najib, dia telah silap. Cina ni pun lanun yang juga dibenci ramai. rompak duit kerajaan tubuh U. Semua orang boleh buat macam tu. Akhir sekali bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang masih berpengaruh dan disukai rakyat- satu kenyataan yang salah. Ramai rakyat negara ini tak suka dia. Dia pun penyamun macam najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. betullah tu bang. apa pun yang akan dilakukan tetap akan menggunakan duit rakyat. dah tak payah nak buat plastic surgery, habiskan beras ajer. undurlah cepat dan itulah jalan yang paling selamat. rakyat sangat teruja dan tertuggu tunggu tarikh pengumuman najib meletakkan jawatan. oh ya! kalau orang orang kat atas 1MDB tu dipecat dan disiasat, najib pun akan terlibat sama tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manyak malu lea aa ,Najib pecaya Cina juga mau kasi belesih lia punya nama lor rr .

      Mau kuasa cali UMNO sutak kuasa , sendili pikir Lor rr .

      Delete
  3. 1 contoh manusia gila
    biar penjualan rokok buat iklan suruh henti hisap rokok

    kesian manusia tak sedar sedar hanya kerana senang nak dapat duit biar manusia lain menderita

    ReplyDelete
  4. Bahagian TEAM CREATIVE sedang berhempas pulas memikirkan Bahan Creative bagi memulihkan IMAGE NAJIB...kalau nak tujukan NAJIB seorang yg BAIK DAN BERKAYAKINAN pasti rakyat akan menjadi keliru sebab NAJI TIDAK. BEGITU pada pandangan kasar rakyat tetapii kalau nak spin otak rakyat dgn mengambarkan NAJIB Ni jenis orang yg tidal berkelayakan dah pasti rakyat akan mengatakan OTU LAH NAJIB yg sebenarnya..so cara yg paling berkesan TEAM CREATIVE terpaksa gambarkan NAJIB merayu rayu dgn esakan airmata meminta di beri peluang Dan ini berkemiungkkinan pula menjadi bahan ejek rakyat seumur hidup NAJIB... cara terakhir mengambarkan TELINGGA NAJIB DI PULAS ROSMAH pasti rakyat member 60% belaskasihan dgn harapan NAJIB di arahkan memberi Kerjasama dengan rakyat menyuruh isterinya mellepaskan jawatan sebagai NAJIB.. LEPAS TU RAKYAKT LU FIKIR LSH SENDIRI ya..

    ReplyDelete
  5. telenovela dua budak botak:sinopsisnye...mengisahkan seorang budak botak, yg cuba membantu sorang lagi bdk botak, memberi petua cara untuk melebatkan rambut..jgn lupa saksikannye di asterok warna...apekah kesudahannye...

    ReplyDelete
  6. Apalah Pak Jibby ni .... kalau nak imej baik ... hidup sederhana, cakap rendah diri, prihatin nasib rakyat di bawah, tidak menyusahkan rakyat, sifat terbuka, tidak bermusuh dengan rakyat...

    Ni tidak, semua kerja kena ada consultant, tak boleh fikir sendirikah...
    lainlah kalau nak consultant Yu Nam Hair Care....

    ReplyDelete
  7. Pakai lah perunding apa baik pun,kalau dlm tu dah busuk maka zahirnya pun busuk juga. Mengapa susah2 cari belas sokongan sana sini ? Mengapa susah sangat nak paham ? BERHENTI DAN WAJIB NYA ANDA D SIASAT. Itu saja yg rakyat mahukan. Penyelewengan pembohongan gaya hidup serta isu2 sensitif.....Apa lagi yg anda harapkan ?
    ANDA MISKIN MINDA......MEMBELAKANGKAN AGAMA PEGANGAN HIDUP !
    Skrg ni BALASAN utk anda....Itu saja.
    Jika ada pegangan anda tidak berkata dusta.....dunia boleh lah....akan sampai masa kalian tetap mengadap Tuhan yg bernama Allah. Tatkala itu sesalan tiada guna lagi....INGATLAH....RAKYAT D ZALIMI....ANDA PENANGGUNGNYA.

    ReplyDelete
  8. Tuan Admin.

    Sila sekat komen dari ibu sumiahti dr kaltim @22.15 yang meloyakan. komennya jauh terkeluar dari tajuk artikal tuan. Saya perhatikan komennya telah beberapa kali diulanginya sebelum ini.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. pulih atau tidak imej najid bukan persoalannya.pokoknya cukup bulan saku LKW penuh.

    ReplyDelete
  11. Najib woiiiii...rosmah weiiiii....pi baca buku sejarah punca punca kejatuhan sst kerajaan lah....hang dah ada ciri2 tu smua...sedaqlah cepat....taubatlah cpt....DLM SEJARAH YOOO..SATU FAMILI DIANGKUT PI DENGAQ DI PARLIMEN MINGGU NI....APA LAH JADAHNYA BAWA PI SANA...NAK TGK UNDI X PERCAYA PD PM KEEEEE.....

    ADMIN...JGN LUPA DELETE SMUA KOMEN2 IBU MATI TU YA...NOMBOR TOGEL BAgai....harammmm...

    ReplyDelete
  12. Apalah ketuanan melayu UMNO nih, nak penaikkan imej presiden pun terpaksa guna khidmat orang cina. Sudah tiadakah orang melayu yg boleh diharapkan menggalas tugas itu?
    Jika susah sangat, buatlah perancangan adakan tuduhan fitnah Muhyiddin rogol lembu dan Mahathir liwat kambing umpamanya, biar mereka tu duduk dalam penjara serta tidaklah ada buat bising lagi! Pakatlah dgn individu2 yg sememangnya pakar reka fitnah, bukannya susah pun. Ini tidak, pergi lantik Ijat mak lembu jadi penasihat pula sudah tentu dia juga ada plot nak bagi Najib pun kantoi sama macam dia!!!

    ReplyDelete
  13. Dgn angkuhnya beliau untuk terus berkuasa sbb d sokong oleh sultan pahang ! Maaf la apa yg telah terjadi pada FAM ? Tiada pembaharuan dan peningkatan ! Jadi bersandarkan panglima siput ni pada tongkat yg layu lemah.....Apa akan jadi ?
    Telah saya katakan pemimpin yg baik tidak akan meminta d sokong mencari kekuatan dgn bersandar pada org lain. Buktikan pada diri sendiri....Dgn sikap berani tegas dan tidak menipu serta tamak haloba. Mempunyai idea2 yg bernas yg akan d terjemahkan dlm pemerintahan sebagai leader. Bukan merapek2 tak tentu haluan.....membaca soal keturunan...berlagak pandai ! Bagi saya najib......ANDA LEMAH DAN TAK LAYAK. Itu saja. Harap menumpang kat org je la.......

    ReplyDelete
  14. Wallahu'alam, tengok prestasi hutang negara yg naik mendadak tanpa ada projek mega, saya dan semua rakyat malaysia caya PM sedia ada ini ada kelemahannya yang signifiken dan perlu ditukar.

    ReplyDelete
  15. Imej Najib bukan teruk sangat cuma larikan RM42 billion saja. Dalam mata ahli UMNO Baru duit itu tak banyak mana pun. Negara tidak boleh bangkrap. GST SUDAH KUTIP..APA MAHU TAKUT ?

    Kalau nak kira tentang rugi....sejak dari Mahathir sehingga kepada Najib Malaysia adalah negara yang paling hebat tires, seleweng, rasuah dan mengubahan wang haram. Grafnya sentiasa meningkat tidak pernah turun. Kesemua itu adalah wang.rakyat. Bagusnya segelintir rakyat Malaysia sanggup bermandikan darah demi pertahankan lanun yang merompak dan menyamun.

    Tidak cukup ruang dalam komen ini jika nak dituliskan satu persatu syarikat GLC yang sengaja dirugikan. Tapi apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan BN ? Tiada apa-apa. Kalau pun ada individu bersalah, mahkamah UMNO Baru akan mensucikan dosa mereka.

    Inilah kehebatan ahli UMNO Baru bila diangkat jadi pemimpin. Bodoh dalam pentadbiran tapi pandai mencuri dan mencari komisyen.

    Dalam keadaan sekarang sesiapa pun tidak akan berjaya menukar aura Najib dan Rosmah sehingga orang ramai boleh terpegun dan terpikat pada kewibawaan mereka semula.

    Najib kena urus dirinya sendiri dan perbaiki perangai lakibini yang hodoh, rawat segera pekong didada. Dan paling penting pulangkan semula duit yang dicuri. Kemudian barulah buat road show dengan tajuk 'Najib dan Rosmah bukan perompak.'

    Itu saja cara yang boleh mengurangkan risiko kena terajang dengan kaki rakyat Malaysia dalam pilihanraya akan datang.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila melihat Najib dan Rosmah berdiri dikhayalak ramai, tak ubah seperti lanun lakibini baru turun dari perahu....he..he..he..

      Delete
  16. Ini projek merembat tuan budin. Sambil pulih imej, dapat juga merembat sikik sebanyak. Mau2 rm250juta masuk poket sendiri dan 50juta rupiah untuk cukong ni.

    C4 tu kalo tuntut lebih2..jangan naik helikopter yg disenggarakan kompeni Daim.. ini klu nak selamat.. siasat? Dah mampos..nak siasat bokper?

    ReplyDelete
  17. lantiklah perunding imej paling hebat didunia pun takkan mampu mengubah apa-apa pun kalau diri sendiri tidak berkehendakkan perubahan

    ReplyDelete
  18. Tangan lanun perompak masih gatal masih nak merompak, jadi terpaksalah mengupah tukang buat mata palsu.apakah mata palsu itu memberi faedah kepada perompak.bagus lagi biarkan mata buta sebelah ditutup kain.mungkin lanun ini berhenti apabila kapalnya karam.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. New name for najib after undergone make up with a new wig borrowed from his so called consultant. Ah Jit Wing. ������

    ReplyDelete
  21. Lim Jip Wing dan Lim Kok Wing nampak spr pelanduk dua serupa.... Jangan bimbang, strategi pertama adalah gunapakai nama Lim Jip Wing. Mungkin nama ini boleh membawa berkat.

    Siapa pula mahu jadi penasihat Rosmah?

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. This Is What You Really Want !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...