Wednesday 27 May 2015

1MDB - Tumpuan Kini Beralih Kepada Muhyiddin

Setelah berbulan-bulan Najib Razak menjadi bahan asakan mengenai 1MDB dan semua persoalan hanya ditujukan kepadanya untuk memberikan jawapan, kini nampaknya giliran Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula harus menjawab mengenai pendiriannya.

Atas kedudukannya sebagai salah seorang anggota kabinet yang memikul konsep tanggungjawab bersama, semua persoalan yang berlaku dalam negara tidak membenarkan mereka memilih untuk berdiam diri atau memberitahu tidak tahu mengenainya.

Jika sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagaimana ucapannya dalam video yang sudah tersebar luas, Muhyiddin mahukan Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan disusuli dengan tindakan polis melakukan penyiasatan, begitu juga ketika menyatakan sokongan kepada Najib dalam mesyuarat MT UMNO, pendirian beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya lebih ditunggu-tunggu memandangkan kemelut dalam syarikat pelaburan itu telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat.

Ini kerana berbanding pendiriannya dalam UMNO yang hanya mewakili kepentingan 3.6 juta ahli, kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili lebih 30 juta rakyat keseluruhannya.

Dua hari lalu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan bahawa persoalan 1MDB tidak seharusnya menjadi beban kepada Najib seorang, tetapi keseluruhan anggota kabinet mesti memikulnya bersama.

Katanya, dengan kedudukan kabinet yang memikul tanggungjawab bersama mewakili kepentingan rakyat, tidak harus ada mana-mana anggotanya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak terlibat dalam kemelut 1MDB ini.

Sebagai anggota veteran UMNO yang pernah meletakkan jawatan dalam kabinet kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan dan beberapa dasar Tun Mahathir pada 1986, pandangan Tengku Razaleigh ternyata ada benarnya, lebih-lebih lagi beliau telah menunjukkan teladan dalam hal itu.

Pengerusi BNBBC, Shahrir Samad turut bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh itu, malah menambah jika mereka tidak tahu atau tidak faham mengenai sesuatu itu, mereka patut bertanya lagi dan lagi sehingga benar-benar memahaminya.

Merujuk kepada keputusan kabinet sebelum ini yang bersetuju persoalan 1MDB diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan PAC untuk penilaian akaun dan menentukan kecelaruannya, Shahrir menambah, menteri seharusnya meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang telah dibuat.

Dalam masa yang sama, Shahrir yang dikenali sebagai penyokong Najib dan tidak sehaluan dengan Muhyiddin sejak dulu lagi, juga mahukan Timbalan Perdana Menteri menyatakan pendiriannya sebenarnya mengenai 1MDB ini.

Tidak diragui lagi, gesaan Shahrir ini adalah berkaitan dengan ucapan Muhyiddin dalam majlis tertutup UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya telah tersebar luas dan juga kenyataannya di Milan, Italy yang menyatakan beliau menghadapi kesukaran menjawab mengenai 1MDB kerana tidak mengetahui banyak perkara mengenainya.

Apa yang terpampang selama ini lebih merupakan kenyataan Muhyiddin sebagai pemimpin UMNO berbanding kedudukannya sebagai anggota kabinet. Dan pendiriannya sebagai pemimpin UMNO itu jelas menggambarkan kebimbangan dan ketegasannya terhadap kemelut 1MDB itu.

Jika benar juga beberapa dakwaan bahawa banyak persoalan mengenai 1MDB selama ini tidak dibawa atau dimaklumkan kepada kabinet, menteri seharusnya bersikap lebih sensitif dan bertanyakan kepada Perdana Menteri berkaitannya.

Dengan pandangan Ku Li dan Shahrir bahawa anggota kabinet tidak boleh lepas tangan dalam isu 1MDB ini atau bercakap dengan nada berbeza sebagai pemimpin UMNO dan anggota kabinet, yang paling utama perlu tampil menyatakan pendiriannya ialah Muhyiddin sendiri.

Ini lantaran beliau terlihat paling lantang dan berbeza pendirian dengan Najib dalam isu 1MDB ini. Pendiriannya pula membawa nada harapan kepada rakyat.

Begitu juga dengan cadangannya agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan polis dibenarkan masuk menjalankan siasatan, Muhyiddin juga harus bertegas apakah beliau boleh berdiam diri saja walaupun tidak ternampak tanda-tanda Najib mahu mengambil kira pandangannya itu, meskipun berkedudukan nombor dua dalam parti.

Jika benar sebagai pejuang yang hanya takut kepada Allah saja, sebenarnya tiada ruang lagi untuk Muhyiddin terus berlengah dan "bermain selamat" dalam isu 1MDB ini. Setuju atau tidak setuju mesti dinyatakan dengan jelas dan tidak seharusnya keberanian bersuara hanya dalam parti tetapi dilihat berbeza sebagai anggota kabinet.

Selepas itu, rakyat akan menilai sama ada beliau sebenarnya takutkan Allah atau sayangkan jawatannya. (SH 27/05/2015)

21 comments:

  1. Rakyat Malaysia secara umumnya mesti buat sesuatu untuk menyingkirkan pimpinan UMNO/BN yang sangat tidak bertanggungjawab dalam menjaga amanah rakyat. Keadaan politik kita sudah parah ini.

    1. Masa pilihanraya 14 nanti, mana-mana yang menyokong UMNO/BN selama ini, mesti fikir dua kali, samada mereka berani untuk berubah kepada parti lain untuk mentadbir negara, seperti mana negara jiran kita Indonesia, Thailand atau Filipina. Jepun ada berani. Korea Selatan ada berani. Takkan rakyat Malaysia pengecut.

    2. Parti PR harus dari sekarang mengukuhkan lagi perpaduan dan berani singkirkan pemimpin parti yang seolah-olah mau rapat dengan UMNO. Ahli-ahli parti seharusnya fikir masak-masak dalam hal ini. Adakah mereka mahu parti mereka mendapat sokongan umum?

    3. Para-para cendiakawan di universiti harus bersikap profesional supaya jangan nanti universiti kita jatuh ranking tahun demi tahun. Orang tidak lihat projek universiti yang dapat hadiah semata-mata, tapi juga sikap pimpinan universiti dalam demokrasi sebenar untuk rakyat umum tidak kita parti pemerintah atau pembangkang. Universiti Oxford, Cambridge, Princeton, MIT, Harvard dll tidak larang parti pembangkang masuk universiti ... sebabnya mereka mahu mahasiswa-siswi bersifat terbuka dan kuat jati diri. UM, UKM, UPM UITM macamana .... mau anak bangsa kita bersifat pengecut???? takut bersuara???? takut berjuang???? takut itu takut ini???? bagaimana pula ada kelab pelajar UMNO luar negeri???? terlibat politikkah???

    4. Anak-anak muda penyokong UMNO/BN. Maukah anda semua di katakan nanti menjadi penyebab negara Malaysia kita hancur dari segi ekonomi, politik ala diktator dalam buku sejarah di masa depan nanti? Ayuh .... fikirlah ... apa yang pimpinan kamu buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dan sokong

      Delete
    2. Ingat puak-puak UMNO reti nak pikiaq ka ? Depa hanya reti pikiaq kalau bab DUIT sahaja. Tu pun golongan puak UMNO yg cerdik sedikit sahaja.... Yang selebihnya puak UMNO yang tidak cerdik langsung dok kena perbodoh dengan puak UMNO yang lebih cerdik sedikit......

      Delete
  2. Saya menyokong kepemimpinan Datuk Seri Najib Bin Tun Razak kerana telah banyak pembaharuan sosial...ekonomi...politik dan sebagainya kepada rakyat Malaysia....kita tidak boleh berpatah haluan...perjuangan mesti diteruskan....kesilapan dan kelemahan PM adalah didukung oleh semua menteri kabinet kerajaan dan pembangkang yang bersama sama beliau....I Love PM....

    60092503......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni mabok ketum ke?sokong najib yang kangkong dan bangang.

      Delete
  3. Mahyuddin bijak, Sentiasa pakai kondom. Play Safe...takut AIDS berjangkit sebab kurang keyakinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi sangat tu. silap gomoi dapat hiv positif. Ha ha

      Delete
    2. Typical malaysian politics always play safe. No principle

      Delete
    3. Mahyuddin don't have "telor" compared to Anwar Ibrahim.

      Delete
  4. Monkey Shooter27 May 2015 at 16:50

    Muhyideen kata dia hanya takutkan Allah SWT sahaja. Tapi selepas video di Janda Baik tu tersebar mungkin boleh dibuat penambahan sedikit tentang ketakutan beliau itu. Kedua - Takutkan Najib Razak, Ketiga - takutkan Rosmah dan Keempat - Takutkan Jawatan tergadai ke pihak lain. Bugis dan Jawa hanya berani matekedarah wang rakyat sahaja.................

    ReplyDelete
  5. Pemimpin UMNO main silat. Tanggapan orang ramai semua pemimpin terlibat rasuah dan bersubahat rasuah dan salahguna kuasa. Tak berani cakap kerana takut kesalahan dan penyelewengan nanti tersebar di internet. Bau bangkai 1MDB sudah meliputi seluruh anggota MT UMNO. Pakat beli tiket kapal terbang siap-siap!

    ReplyDelete
  6. Luar punya olang ,macam-macam cekap lor rr , itu Sharir lulu PAC punya kepala maa , mana atak kasi betut ,

    ReplyDelete
  7. Satu tindakan wajib d ambil terhadap najib.....

    ReplyDelete
  8. Satu tindakan wajib d ambil terhadap najib.....

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Sekurang-kurangnya Muhyidin perlu contohi pak sudaryono dan ibu halimah yang konsisten dengan pendirian dan selalu komen dengan ayat yang sama.

    Peelu sokong Najib kerana tanpanya kita tak dapat br1m dan makanan percuma pada setiap majlis anjuran kerajaan yang biasanya audien 20dibu orang dalam rakaman video close up.

    Kehadiran audien ini mengatasi hanya 2000 orang dalam perhimpunan bantah gst tempohari. Anda jangan kelkru dengan gambar kebanjiran peserta dari udara,kerana igu hanyalah pejalan kaki yang kebetulan berjalan di sekitar kawasan tapak bantahan.

    Selagi bernyawa saya akan tetap sokong!!

    Malaysia tetap aman,dulu,kini dan selamanya!

    ReplyDelete
  13. Kalau dah minta kerja dengan rakyat buatlah kerja elok elok untuk rakyat. Sebab gaji kamu pun rakyat yang bayar.

    Rakyat boleh tarik kamu turun bila bila masa saja.

    ReplyDelete
  14. This Is What You Really Want !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...