Sunday, 10 May 2015

Najib Makin Dijauhi, Benarkah Perancangan Sedang Berlaku Di Milan, Italy?


Minggu ini Najib Razak mempunyai dua aturcara khusus berjumpa dengan pemimpin UMNO yang dipercayai untuk menjelaskan perkembangan politik semasa sambil menagih sokongan daripada mereka.

Pada hari Ahad beliau akan berada di Tawau Sabah di mana dilaporkan antara 20 hingga 30 ribu orang bakal menyambutnya secara besar-besaran di sana. Tetapi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang sebelum ini bersuara agak berbeza dengan mahukan isu 1MDB ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat, tidak akan hadir dalam majlis tersebut.

Beliau sebaliknya sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu. 

Kenapa Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah di ketika Najib mahu turun ke Sabah? Tidak bolehkah pemergian menunaikan umrah dilewatkan barang sehari dua selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri?

Pada hari Isnin ini pula, Najib akan bertemu sekali lagi dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Putrajaya, juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka. Ini adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya.

Selain Shafie yang pasti tidak hadir dalam perjumpaan itu, Muhyiddin Yassin yang kini berada di Milan, Italy juga tentunya tidak hadir sama. Dalam pertemuan kali pertama Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di PWTC pada Mac lalu, Muhyiddin dan Shafie juga adalah antara yang tidak menghadirinya.

Semalam, nun jauh dari Milan, Timbalan Perdana Menteri berkata, isu 1MDB adalah sebab utama BN gagal dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

Katanya, rakyat ingin tahu mengenai perkara itu tetapi beliau sendiri tidak tahu untuk menjelaskannya ketika berkempen.

Bersama-sama Muhyiddin berada di Milan  sekarang ini ialah Mustapha Mohamad, Nazri Aziz serta beberapa Ahli Parlimen kerana menghadiri program rasmi anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Adakah di Milan ketika ini sedang berlaku perbincangan mengenai perkembangan dan masa depan politik negara?

Dalam pada itu, selain Shafie, seorang lagi Naib Presiden UMNO iaitu Hishammuddin juga mulai berbeza dengan mengeluarkan kenyataan yang agak keras apabila meminta selain audit yang sedang dijalankan dipercepatkan, turut mahukan audit bebas antarabangsa dilakukan terhadap 1MDB bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran rakyat ketika ini.

Ini secara langsung menunjukkan ketika ini Muhyiddin, Shafie dan Hishammuddin hampir selari dalam pandangan dan seolah-olah tidak mahu menunggu lagi laporan audit oleh Jabatan Audit Negara sebagaimana yang diumumkan oleh Najib sebelum ini.

Mereka lebih mahukan Najib tampil sendiri tampil menjawab dan menjelaskannya kepada rakyat berbagai isu meragukan mengenai 1MDB itu.

Di waktu yang sama, selepas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pelbagai perkara yang membimbangkan rakyat dalam urusniaga antara 1MDB dengan Tabung Haji, susulannya kemudian satu demi satu beberapa Pemuda Negeri pula menuntut Najib dan kerajaan agar segera tampil menjawab dan menjelaskan mengenai syarikat pelaburan yang bermasalah itu.

Jika sebelum ini, hanya Tun Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti melontarkan persoalan dan mahukan jawapan daripada Najib mengensi 1MDB, kini Pemuda UMNO nyata lebih lantang menuntut perkara yang sama.

Mereka juga mengakui 1MDB adalah beban kepada parti dan kerajaan ketika ini sehingga kesan penolakan daripada generasi muda dapat dirasai ketika kempen di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Sekaligus, memberi makna julangan Pemuda UMNO kepada Najib sebelum ini sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan semakin ramai pemimpin kanan UMNO mulai  mempersoal dan menjauhi Najib, kehadirannya di Sabah dan perjumpaan pusingan kedua dengan Ketua-Ketua Bahagian kali ini mungkin tidak lagi seceria dan semeriah seperti selalu.

Najib  kini lebih dinanti bila mahu pergi berbanding perlunya dipertahankan lagi. (SH 10/05/2015)

Muhyiddin, Mustapha dan Nazri ketika di Milan, Italy...

18 comments:

  1. kah..kah..kah...pahlawan bugis bertitle :andi" nak bertempur ka? kah..kah..kah..yg ada dlm sejarah pahlawan bugis bertitle "daeng" yang berperang sana sini sinun...!

    Pahlawan bugis bertitle 'andi' dok kek dapur masak ubi kayu stlh dipaksa oleh MEM besar dalam ini rumah..kah..kah..kah..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Serigala Bugis akan Jumpa Biri Biri Tempang Minggu Ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya beberapa MB dan Ketua bahagian yang masih sayang pada Najib , yang menunggu masa untuk beralih sokongan asalkan ada diantara seseorang Ketua bahagian mengemukakan usul maka akan bersahutan lah yang lain sperti ayam berkokok disiang hari sebab takut disembelih oleh puak yang menanti

      Delete
  3. Ai yaa Budin eaa aa ,lu jangan buat celita lea aa , itu semua bahgian punya ketua semua atak sokong Najib lor rr .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya vote adenan satem dan adenan yakob....brutal tapi tegas

      Delete
  4. TIme to say Good Bye To Najib Razak. Jangan biarkan Najib berundur macam tu saja. Jangan tutup "buku hutang" hanya kerana Najib berundur. Hutang Najib dan kuncu kuncu perlu mereka lunaskan atau sumbat saja puak penyamun ini ke penjara jika perlu. Bongkar semuanya.

    Tun M jangan cuba tutup "buku hutang" Najib jika beliau sedia berundur. Tiada tawar menawar. Samada era Najib, Pak Lah atau Tun M, semuanya perlu dibongkar. Tok Kadir Jasin jangan hanya pandai nampak salah Najib saja tapi buta dan tuli untuk lihat korupsi dan bailout haram era Tun M. Tak kan lah kerana jasa Tun M mengangkat taraf Tok Kadir di NST , maka Tok Kadir nak halalkan yang haram di era Tun M.?Tak kan lah hanya kerana sekapal dan setandan, semua kemungkaran Tun M dulu Tok Kadir buat buat tak nampak saja?. Jangan la sampai nampak salah orang keliling Najib yang defend PM itu, sedangkan Tok Kadir pun nampak 2 X 5 saja. Melata dulang paku serpih, mengkritik orang Tok Kadir pun lebih. Barangkali nostalgia Tok Kadir baca NST dalam tandas menyebabkan Tok Kadir susah lupa jasa Tun M dulu sampai kentut Tun M tu wangi sentiasa di hidung Tok Kadir, Tun M kentut di Kilang Ais Alor Setar sana, sampai mewangi ke Tanah Merah, Pendang. Samada Najib atau Tun M, 2 x5 saja selagi Melayu itu datang dari kapal bernama UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pakai nama Anonymous pakailah nama sebenar baru lah ada credibilty nak beri komen.

      Delete
    2. Org yg buat komen atas nama anonymous ibarat kata 'lempar batu sembunyi tangan' - tak mahu bertanggungjawab atas apa yg dia katakan dlm komennya.

      Delete
    3. komen dgn ampu tak sama

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Agaknya seperti di Rome purbakala, kali ini di Milan pula si Julius Najib akan ditikam oleh senator²nya!

    ReplyDelete
  7. Najib dok berkokok di Tawau Sabah........Masih mengaku dan berfalsafah Bugis. Biarkan......Biarkan. Yang menjadi persoalannya adalah berapa kerat sangat ahli UMNO kat Tawau tu? Kenapa kalau nak tunjuk kejantanan beliau yang sentiasa dipicit dan dibuat pekasam oleh Rosmah itu makanya beliau tidak berkata-kata di negeri Johor yang sudah diketahui betapa ramainya berbangsa Bugis? Kenapa di Tawau yang majoritinya adalah pendatang Sulu dan penduduk tetap yang diberi kerayatan untuk meramaikan masyarakat Islam di Sabah. Rakyat semua sudah muak dengan pemimpin "Original Penyangak" seperti Najib yang mereka pilih semata-mata bagi memperkayakan keluarga dan kroni serta menghabiskan harta dan wang negara, bukan itu sahaja kalau tidak mencukupi Najib akan merampas harta dan wang rakyat pula (KWSP dan TH). Apa perlunya setiap lima tahun rakyat memilih pemimpin melalui PRU dengan menghabiskan jutaan wang negara melalui SPR seandainya mereka masih memilih Ketua Penyangak dan perompak sebegitu sebagai menjaga kebajikan dan keharmonian tanah air mereka? Sistem pemerintahan demokerasi berparlimen ala westminister di negara ini ada yang paling korup dan tidak langsung boleh dijadikan panduan kepada sebuah parti politik yang bermatlamatkan keadilan dan keharmonian kerana diakhirnya akan dimonopoli oleh pemimpin (Perdana Menteri) yang terlalu berkuasa bagi melaksanakan apa sahaja kemahuannya atas tiket dan keputusan parti dan kabinet yang beliau (PM) sendiri melantiknya. Ini bermakna mudahnya bahawa rakyat melantik Ketua Perompak sebagai pemimpin dan KP tersebut telah memilih perompak-perompak yang telah diketahui jahatnya dan kejinya untuk menyokong beliau bagi memperhebatkan kerja merompak dan melanun harta dan wang negara serta rakyat sehebat mungkin. Jadi apa kebaikkannya rakyat memilih parti UMNO dan kabinet beliau melantik Najib sebagai seorang pemimpin?

    ReplyDelete
  8. Esok 11/05 sambutan 69 umno, so lets see how the warlord memihak to whom, mlm td dia ckp akan berundur bila ahli party+ rakyat tak mau dia.. But to be frank, buat masa nih warlord shj yg main peranan;, rakyat lagi 3 thn br boleh masuk campur unless parlimen bubar... Ada bran??!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Ehud Olmert semasa menjawat jawatan PM Israel telah diheret ke mahkamah atas dakwaan rasuah. Moshe Kastav bekas Presiden Israel telah dipenjarakan selama 6 tahun atas kesalahan mencabul pembantu rumah beiiau. Yahudi yang dilaknat Allah pun masih nakkan pemimpin mereka bersih dari sebarang salah laku.. AMNO? Tanya pada perogol amah ngan peraba bontot GRO. Kalo dak pun tanya pada cucu towkey judi. Sudah pasti berok tu ngan puak2 dia akan mengakah ketawa berdekah dekah, kah kah kah.. rupanya di akhir zaman YAHUDI lebih mulia dari melayu AMNO... tuuuih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...