Saturday 20 December 2014

Tun M, Janganlah Serang Najib Lagi!!


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangan dan rasa tidak setujunya dengan kepimpinan Najib Razak dengan sekali lagi mempertikaikan pemberian BR1M kepada rakyat.

Jika sebelum ini beliau mengatakan BR1M suatu bentuk rasuah kepada rakyat, tetapi kali ini pemberian wang tunai secara "one-off" itu dianggapnya sebagai langkah yang silap untuk mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup mereka.

Menurut Mahathir lagi, beliau pernah menasihatkan Najib agar tidak meneruskan pemberian tunai itu, sebaliknya meningkatkan program latihan dan kemahiran sebagai jaminan untuk rakyat menambahkan pendapatan.

Malangnya, tegas Mahathir, oleh kerana Najib menganggap "duit sebagai raja" dan boleh menambahkan sokongan, nasihatnya itu tidak dipedulikan.

Sejak menarik balik sokongan terhadap Najib, satu demi satu serangan dilakukannya.  BRIM, kepimpinan yang lemah, hutang 1MDB, tidak tegas dalam mengawal hubungan kaum, memansuhkan banyak akta, gagal mengurus ekonomi dan kewangan negara adalah antara sasaran serangannya.

Ketika ini hampir tidak ada yang betul lagi yang dilakukan oleh Najib di mata Mahathir yang sepanjang kepimpinannya selama 22 tahun sentiasa tampil dengan idea-idea segar untuk kepentingan negara.

Ramai pula yang merasakan Najib hampir pasti bakal menerima nasib yang sama seperti Pak Lah yang akhirnya dijatuhkan kerana terlalu lemah dan lebih banyak membawa kerosakan kepada negara.

Dengan terus menyerang dan mempertikaikan satu demi demi kesilapan Najib, kepercayaan umum ketika ini ialah Mahathir tidak akan berhenti selagi Najib tidak berjaya ditukar dan dijatuhkan.

Di pelbagai peringkat pula, berdasarkan banyak isu dan masalah gagal ditangani dengan baik, semakin ramai yang percaya Najib lebih mungkin membawa UMNO dan BN ke detik kekalahannya dalam PRU 14 nanti berbanding mencipta kemenangan.

Analisa yang mudah dan diperkatakan ramai ialah sejak PRU 13 pada 5 Mei 2013 sehingga kini, sokongan rakyat bukannya bertambah baik, malah hari demi hari bertambah buruk dan ia bukti jelas semakin lama kepimpinan Najib semakin tidak lagi dikehendaki.

Kemarahan dan penolakan terhadap UMNO dan BN bukan lagi di kalangan rakyat saja, malah sudah merebak ke dalam kelompok UMNO sendiri.

Keberanian Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB dan disusuli tindakan Syed Rosli Jamalulail, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Taman Cempaka, Pandan mendesak Najib meletakkan jawatan adalah manifestasi kemarahan dan penolakan yang sebenarnya semakin membengkak ketika ini.

Ketika di saluti dengan pelbagai isu dan kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk daripada Mahathir sendiri, seperti biasa Najib lebih selesa memilih untuk senyap, bisu dan mendiamkan diri saja. Sudahlah begitu, berubah dan memperbaiki kesilapan sebagaimana teguran dan kehendak ramai, tidak juga ditunjukkannya.

Lantaran itu, tindakan yang lebih berterus-terang seperti mendesak Najib meletak jawatan adalah langkah yang paling sesuai ketika ini. UMNO dan BN sudah tidak boleh dipulihkan dan mustahil mampu meningkatkan sokongan selagi Najib menjadi ketuanya.

Sudah sampai masanya juga Mahathir berhenti menyerang dan mempertikaikan satu demi satu dasar Najib yang merugikan rakyat dan negara. Langkah yang sesuai diambil Mahathir ketika ini ialah meminta agar Najib segera berundur dan memberi peluang kepada orang lain mengambil alihnya.

Mahathir juga perlu berterus-terang siapa yang patut mengambil alih tempat Najib. Jika Muhyiddin pilihannya, beliau perlu menyebutnya secara terbuka kerana masa semakin suntuk menjelang PRU 14 nanti. Sebut saja terus-terang dan tak perlu berselindung-selindung lagi.

Masa mengecam, mempertikai, menyerang dan menghasut sudah berakhir sebenarnya  bagi Mahathir sebab sekarang adalah masa untuk menjatuhkan dan menukar. Jangan tunggu-tunggu lagi Tun!! (SH 20/12/2014)

29 comments:

  1. org yang paling layak di pihak bn mgkin muhyidin yasin ttp dia dah angkat bendera putih manakala pembangkang mahukan anwar tetapi dia ni rahsia terbuka byk sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahsia apa yang katakan sembunyi itu.ceritakan.bukan macam bn sudah terang lagi bersuluh kaki merasuah dan menipu.dengar kata br1m dah tak ada duit.selepas ini akan diberikan baucer pula.sampai bila najib terus nak menipu rakyat.negara pun dah nak bankrap.jangan salahkan orang lain kalu diri sendiri yang bangang.

      Delete
    2. Sampai nak kena tipu? Jenis spesis yang ada hari ini, sampai anak cucu piut la kena tipu. Memang jenis suka ditipu. Selagi ada bulan dan matahari, selagi itu la mereja rela ditipu.

      Delete
    3. peliwat@penyamun...mana satu pilihan anda?

      Delete
    4. Perbuatan liwat satu status yang sangat besar dosanya sehingga Nabi pun tidak mengaku umat. Peliwat mampu jadi perompak dan penyamun.

      Penyamun belum tentu sanggup jadi peliwat.

      Delete
    5. Wahai saudara/saudari yang tak ada nama, benar kah "LIWAT" itu berlaku? Kalau berlaku dalam perkara ini "LIWAT" ada kah undang undang ALLAH di tegak kan atau saudara/saudari sendiri turut menyaksi kan nya. Jangan lupa bahawa dosa memfitnah ini ada lah amat besar. Di akhirat nanti pasti saudara/saudari berpeluang melihat nya, kerana ALLAH tidak pernah berbohong.

      Saya percaya akhir nya kebenaran akan terserlah.

      Delete
    6. saiful bukhari menuduh anwar meliwatnya..dia tiada saksi untuk menyokong tuduhannya tp dia ada bukti. dia juga berani bermubahalah untuk menguatkan tuduhannya. sama seperti najib yang takutkan perkataan mongolia.. anwar juga takut dengan perkataan mubahalah. dia mengelak drpd bermubahalah kononnya mempermainkan agama. digunakan ulama yg sealiran dengannya untuk megiakan tindakannya. ulama ulama itu belum tentu ulama disisi allah. mungkin hanya gelaran drpd manusia. mereka itu bukan quran. jadi anwar dikecualikan mereka drpd bermubahalah kerana zalim ke atas anwar berbuat demikian. hukuman dan fatwa mereka gunakan bagaikan anwar ini sahaja yang dijanjikan keadilan oleh agama. bagaimana dengan insan bernama saiful bukhari. saiful berani bersumpah hatta najib yg dikaitkan dengan altantuya pun bersumpa. anwar saja tak bersumpah. pelik sekali kita lihat dlm isu liwat ini sedangkan dlm isu isu lain dia kan sesumpah....

      Delete
    7. woi bangang,setakat nak sumpah semua orang boleh buat.jadi tak perlulah diadakan mahkamah sivil dan syariah.hanyah bersumpah.mengapa kau bangang sangat?

      Delete
  2. setiap kali tukar PM, masalah sama timbul, masalah party yang kena tukar kali ini.

    ReplyDelete
  3. Wa banyak ingat itu LKS manyak patut lea aa , lia hali-hali pon hantam kelajaan juga ,Wa ingat lia manyak pandai punya olang maa aa .

    Kita mau PM manyak celedik punya lor rr ,lagi belesih punya .

    ReplyDelete
  4. Kesimpulan nya Tun Mahathir Mahu Anak dia menjadi PM Ganti Najib.

    ReplyDelete
  5. Tun bole dilantik PM buat kali kedua #

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca kenyataan nya akhir akhir ini ternyata dia begitu "MENYESAL" melepas kan jawatan nya dahulu. Nasib baik cita cita nya untuk menjadi "PRESIDENT" Malaysia tak kesampian. Kalau menjadi bayang kan kehidupan orang orang Melayu tanpa Sultan dan Raja, walau pun sesetengah mereka tidak di sukai oleh rakyat terbanyak.

      Turun lah Najib dan berikan jawatan itu kepada si Mamak yang masih menyalak.

      Delete
  6. Kita mesti ingat di belakang Najib ada 'APAC". .Agak sukar juga nak jatuhkan Mamat Bebal ni. Jika mengikut APAC , Alkutty has been take care of !!!

    ReplyDelete
  7. 'Pendek' kata kita bersetuju dgn pandangan SH agar TunM jangan menyerang PMNajib lagi......usulkan kedepan tindakan sebagaimana TunM pernah buat kpd PakLah dulu2. Habis cerita. Period. Fullstop.

    ReplyDelete
  8. Pemberian BRIM kepada warga tidak akan memufliskan negara. Wang pemberian ini akan dibelanja oleh rakyat dan akhirnya akan kembali kepada kerajaan semula. Yang akan memufliskan negara adalah rasuah yang berleluasa, penyeludupan wang keluar negara yang begitu banyak. Ia dilakukan oleh siapa?.

    ReplyDelete
  9. BR1M adalah keputusan tepat. Bagi yg tak layak menerimanya memanglah tak rasa apa2. Bagi mereka yg layak, ia sangat2 membantu.

    ReplyDelete
  10. Ikhlas, Rosmah Mansor paling layak.

    ReplyDelete
  11. Mulanya Madey the Kutty nak jatuhkan Najib..Tapi Jelas Najib Tambah mengukuh
    Sebaliknya Madey pula yg alami masalah lebih dahsyat bila Skandal FOREX menghantuinya semula..KARMA dah Mari..Rasakan bila asyik aniaya org yg benar..Allah Maha adult..

    ReplyDelete
  12. kemenangan bersarang BN di PRK Tg Datu menjelas segalanya.. PM Najib yg
    Mengetuai BN Makin kuat dan mendapat kepercayaan ra ygkyat..Hidup Najib Razak!

    ReplyDelete
  13. Camna nak ikut Madey..Dia sendiri ayam
    Bekokok kaki penuh taik..PM Banyak Bantu rakyat sampai semua dpt rasa..BRIM.pprt, nelayan ,petani, banjir, anak muda orang tua semua ditolong..Madey Bagi APA abok pun tarak
    ITU DAP anti Melayu ISLAM knapa buat kawan..Jahanam DAP Hidup UMNO !

    ReplyDelete
  14. Mulanya Madey the Kutty nak jatuhkan Najib..Tapi Jelas Najib Tambah mengukuh
    Sebaliknya Madey pula yg alami masalah lebih dahsyat bila Skandal FOREX menghantuinya semula..KARMA dah Mari..Rasakan bila asyik aniaya org yg benar..Allah Maha adult..

    ReplyDelete
  15. Jgn Buang masa..Melayu Kena kembali kpd
    UMNO Dan BN..Najib paling kayak Jdi PM
    Negara Malaysia..Allahuakbar !

    ReplyDelete
  16. BN Menang bergaya di Tg Datu..Bukti
    BN amat kukuh dikalAngan rakyat..Tahniah BN !

    ReplyDelete
  17. Tun M LIABILITY KPD PEMBANGKANG..
    MOIDEN SILAP PERHITUNGAN..
    NAJIB SERLAHKAN KEBENARAN..
    PM TAMBAH KEKUATAN !

    ReplyDelete
  18. Tuhan dah tunjukkan..DOA org yg dianiaya amat Mujarab dimakbulkan
    Allah SWT..Aamiin YRA..

    ReplyDelete
  19. U DIG YOUR OWN GRAVE..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...