Mereka, sebaliknya menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, seharusnya bersikap pro aktif serta mempersoalkan apa yang betul dan salah dan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Secara umumnya tindakan Khairuddin membuat laporan meminta siasatan menyeluruh terhadap urusniaga dan kewangan badan pelaburan yang menjadi "anak emas" Najib Razak itu sedikit-sebanyak telah menggoncang lagi kedudukan Perdana Menteri.
Berbanding jika hanya pembangkang saja yang membangkitkan mengenai 1MDB, keberanian pemimpin UMNO sendiri berbuat demikian sekaligus memberi mesej wujudnya penolakan yang makin ketara terhadap Najib.
Jika sebelum ini, kewujudan elemen seperti yang dilakukan Khairuddin ini pasti mendapat libasan dan kecaman daripada para pembodek dan pengampu kuasa yang siang-siang lagi mahu menunjukkan wajahnya membela 1MDB dan Perdana Menteri, keadaan kini nampak sebaliknya.
Tindakan Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB dan mengancam melakukannya terhadap Najib pula selepas ini tidak mendapat banyak bangkangan daripada mana-mana pemimpin UMNO dan kerajaan. Najib pula seolah-olah tidak dibela oleh sesiapa walaupun diketahui 1MDB adalah cetusan idea Perdana Menteri dan menjadi kesayangannya.
Sejak semalam, hanya Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tampil bersuara menyanggah perbuatan Khairuddin dengan mengatakan laporan polis itu tidak menggambarkan kehendak ahli UMNO di Bahagian Batu Kawan.
UMNO Pulau Pinang melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Musa Sheikh Fadzir pula, hanya lewat hari ini menyatakan apa yang dilakukan Khairuddin itu tidak menggambarkan pendirian UMNO negeri secara keseluruhannya.
Kata beliau, UMNO negeri tidak menyokong dan tidak diberitahu mengenai tindakan yang diambil oleh Khairuddin itu.
Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pula, hanya setelah lebih 24 jam barulah bersuara meminta Khairuddin menarik balik laporan polis terhadap 1MDB itu.
Tetapi kenapakah tiada di kalangan pemimpin UMNO dan kerajaan atau sayap-sayap parti yang lain tampil menyelar tindakan Khairuddin dan sekaligus mempertahankan Najib dalam isu 1MDB ini?
Apakah kalangan dalam UMNO sudah ada perasaan malu menjadi pembodek dan pengampu lantaran telah disindir awal-awal lagi oleh Khairuddin? Atau mungkinkah tindakan berdiam diri banyak pihak dalam UMNO dan kerajaan dalam isu ini kerana berpendapat Najib sudah tidak mampu dipertahankan lagi?
Pejuang-pejuang maya yang dilabelkan Najib "bangang" dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini juga seperti masih terguris hati dan tidak banyak menyentuh mengenai laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin itu.
Sementara laporan polis ini menjadi "lauk" kepada tentera siber pro PR untuk terus menghentam dan menjejaskan kedudukan Najib dengan pelbagai analisa dan ramalan, kedudukan Perdana Menteri yang dibiarkan begitu saja dalam situasi ini seperti memberi tanda tidak baik kepada masa depannya.
Berbanding kedudukan Najib sebelum ini di mana pantang diusik dan dipertikai apa saja berkaitan dengannya, wira pengampu dan pembodek selalunya lebih cepat tampil menonjolkan diri, Najib kini seolah-olah sudah kehilangan bala tenteranya.
Juga berbanding Pak Lah yang dianggap lemah sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu nyata mempunyai pengikut dan hulubalang setia yang sanggup "bersingsing lengan" hingga ke akhir kariernya.
Ke manakah agaknya menghilang para pembodek dan pengampu Najib sekarang ini? (SH 13/12/2014)
Para PENGAMPU dan PEMBODEK HARAM JADAH dah jadi BANGANG dan BENGAP...
ReplyDeletealhamdulillah ada ahli umno yg berani membuat laporan salah laku najib..ini baru demikrasi..tidak ada ahli pkr yg berani membuat laporan polis supaya menyiasat kesahihan video yg melibatkan anwar ibrahim..juga tidak ada ahli pkr yg berani membuat misi mencari jam omega yang hilang.
ReplyDeletekomen bangang dari ahli yang bangang.video bukan bukti yang boleh digunakan dalam mahkamah.kau ni kenapalah bangang dilahirkan kedunia ini.kalau emak kau tahu kau cakap macam ni dia tentu menyesal melahirkan manusia seperti kau yang takda otak untuk berfikir.
Deletebangang saja yg kau boleh katakan bila bangang untuk berhujah.
DeleteInilah Yang Dikatakan Olih Najib UMNO Blogger Bangang Mulut Hodoh Otak Kosong
DeleteMemang bangang pun...
Delete...kan Rahim Thamby Chik dan Sharani telah mendedahkan video sex....Papgomo pun telah mendedahkan..
...Najib pun telah menggunakan buntut Siful untk mencipta kes liwat....dan semua bloger Umno yg bangang pun telah mendedahkan dan...dgn kilat semua pendedahan ni disiasat olih Polis.
apa kau bangang sangat...tak baca semua ni?
semalam ceramah pkr di pahang tiada sambutan..brp kali amanat terakhir daa..
DeleteWa tabik sama itu ahli UMNO lor rr , salah kasi bukti salah maa aa ,jangan salah kata conspiracy ,itu macam manyak tatak patut lea aa.
ReplyDeletekenapa lu butoh tak salah anuar brahim kali ni.lu memang lancau punya olang.
DeleteInilah Dia yang dikatakan olih Najib UMNO Blogger Bangang yang Mulut Hodoh Otak Kosong!
DeleteMari berganam u help me i help u style...r u ready diharam jadah?..bangang..r u ready diharamjadah?...bangang...r u ready diharamjadah...bangang
ReplyDelete