Monday, 8 December 2014

Sudah Sampai Masanya Mahathir Perlu Berterus-Terang Siapa Calon PM Pilihannya!!


Sejak menarik balik sokongan dan kemudian terus-menerus melancarkan serangan dan kritikan, keinginan Mahathir Mohamad untuk menukar Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Dalam interbiu terbaru dengan Sinar Harian, bekas Perdana Menteri itu berkata, sebenarnya terdapat ramai calon yang berkelayakan boleh menggantikan Najib, tetapi UMNO menjadi penghalang kepada usaha itu.

Katanya, usaha kemasukan pemimpin baru ke dalam UMNO terhalang kerana mereka lebih senang mempertahankan pemimpin sedia ada.

Walaupun mengambil contoh mengenai apa yang berlaku di Selangor, kenyataan Mahathir ini jelas merupakan sindiran kepada pemimpin UMNO di seluruh negara yang tidak berani berubah dan tetap mempertahankan kedudukan Najib di ketika kepimpinannya makin lemah dah dipertikai dari semasa ke semasa.

Berbanding keputusan PRU 13 lebih setahun lalu di mana BN hanya meraih 47 peratus undi popular, populariti UMNO, BN dan kerajaan pasca pilihanraya terus menurun dan Najib dilihat gagal sama-sekali memperbaiki keadaan.

Dalam masa yang sama, Mahathir juga menyatakan, kemenangan tipis BN dalam pilihanraya itu bukanlah kerana imej Najib tetapi kerana ketakutan orang-orang Melayu sekiranya Anwar yang menjadi Perdana Menteri, maka Lim Kit Siang daripada DAP yang akan menjadi Timbalan Perdana Menterinya.

Ketika menyelar tindakan kerajaan melantik warga asing, Christoph R Mueller sebagai CEO MAS berkuatkuasa 1 Januari tahun depan, Mahathir berkata, ia adalah pengakuan bahawa kita ini "bodoh."

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga untuk melantik Perdana Menteri suatu hati nanti, kita juga akan melantik orang putih sebab mereka lebih pandai daripada kita," sindirnya lagi.

Jika difahami dengan mendalam intipati kritikan demi kritikan Mahathir terhadap Najib, terutamanya sejak kebelakangan ini, ia jelas bukan lagi teguran atau serangan biasa, tetapi lebih menjurus kepada usaha mengganti Perdana Menteri dengan pemimpin lain yang dirasakannya lebih layak dan berwibawa.

Kenyataan terbuka Mahathir bahawa ramai pemimpin yang layak  mengganti Najib tetapi dihalang oleh UMNO dan kecenderungan terlalu memuja orang putih dalam kepimpinan sekarang sehingga mungkin "orang putih juga menjadi Perdana Menteri" suatu hari nanti adalah gambaran penolakan yang tidak dapat ditahan-tahan lagi yang selama ini terbuku dalam hatinya.

Tetapi, mungkin kerana menyedari belum tiba masanya atau disebabkan kepungan UMNO yang terlalu kuat, Mahathir sehingga ini belum lagi menyebut secara tepat perlunya Najib berundur dan digantikan dengan pemimpin lain.

Sambil menegur dan mengkritik, beliau hanya memberi sindiran atau kiasan mengenai kepimpinan Najib yang semakin lemah dan tidak lagi diyakini rakyat.

Namun demikian, dengan sikap Najib yang terus senyap dan berdiam diri, sementara PRU 14 hanya tinggal kira-kira 39 bulan saja lagi, sudah sampai masanya Mahathir berterus-terang sekarang ini.

Sebagaimana beliau bertindak mengkritik dan terbuka mahu Pak Lah ditukar dahulu, Mahathir juga perlu sekali lagi berterus-terang mengenai nawaitunya itu kali ini.

Tidak lagi sekadar mengkritik dan menegur secara umum, Mahathir perlu mulai berterus-terang apakah Najib mesti diundur dan digantikan dengan pemimpin lain? Tidak juga berselindung di sebalik sindirin atau kiasan.

Siapakah calon pengganti yang dimahukannya juga perlu diberitahu secara terbuka? Adakah ianya Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein atau sesiapa yang lain?

Jika tidak dinyatakan secara terbuka dan berterus-terang, kritikan dan teguran Mahathir yang berpanjangan ini seolah-olah tiada maknanya kerana secara kebarangkaliannya, Najib tidak mungkin boleh diubah lagi cara dan gayanya dalam mentadbir negara ini.

Sebaliknya, teguran dan kritikan itu hanya mengesahkan lagi ketidakmampuan UMNO dan BN untuk terus mentadbir negara ini serta merupakan bonus tambahan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU 14 nanti.

Bagaimanapun, bukan rahsia lagi Mahathir juga cuba mengelak dan tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kalau sudah tidak mahu dengan Najib dan dengan Anwar juga tidak mahu, maka siapa yang dikehendakinya? Sebab itu, sudah sampailah masanya Mahathir berterus-terang dan mengumumkan siapa calon Perdana Menteri pilihannya itu. (SH 08/12/2014)

18 comments:

  1. asal bukan najib, anwar @ hadi awang..seorang terlalu bergantung kepada penasihat sehingga kelihatan seperti seorang bodoh...seorang lg buruk moral dan menyerupai sesumpah.. hadi tiada pendirian dan kelihatan tidak sesuai untuk masyarakat majmuk..

    ReplyDelete
  2. Mahadet dulu masa dia jadi PM, pun ambik Sachi & Sachi dan Goldman Sach jadi konsultan strategi pilihanraya dan ekonomi. dua-dua tu syarikat yahudi teras zionis. sudah lupa ka? dulu kata Melayu mudah lupa, maka mudah lupa tu kembali semula hempap ke muka dia.

    ReplyDelete
  3. Beli SPLASH RM2.8 Billion..YAB Azmin Tolong Jelaskan

    Rakan karib Anwar Ibrahim, Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemegang 30% saham SPLASH sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan sokongan Anwar untuk menyakinkan Khalid membeli dengan harga lebih tinggi, tetapi Khalid menegaskan harga RM250 juta itu adalah adil dan takkan membeli dengan harga lebih dari itu, walaupun sesen.

    Dipersilakan baca: http://www.anwaraidc.com/?p=51764

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa cerdik....tu sebab disuruh umumkan perjanjian air tu. Baru tahu kenapa Syabas, company crony Umno yg tiada nilai dibayr lebih RM4billion. Sebab apa Khalid sanggup byar harga tu kepada Syabas walaupun company Umno tu dilanda hutang....perlu juga dijelaskn.

      Aku bukan nak menyebelahi sesiapa. Tapi faktanya...Splash tdak termasuk dlm perjanjian tu. Mereka sanggup pi Mahkamah utk selesai. Biarlah Mahkamah memberi penilaian yg adil...kannnnnn

      Delete
    2. Umum mengetahui salah satu punca bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat ialah kerana atas urusan penjualan aset pengurusan air di Selangor. Khalid sebelum ini menawarkan harga RM250 juta untuk membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (SPLASH). Beliau enggan membeli dengan harga lebih dari itu, malah mengancam akan membatalkan lesen menggunakan undang-undang WSIA ke atas SPLASH.

      Rakan karib Anwar Ibrahim, Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemegang 30% saham SPLASH sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan sokongan Anwar untuk menyakinkan Khalid membeli dengan harga lebih tinggi, tetapi Khalid menegaskan harga RM250 juta itu adalah adil dan takkan membeli dengan harga lebih dari itu, walaupun sesen.

      http://www.anwaraidc.com/?p=51764

      Delete
  4. Segala masalah dlm Msia sekarang....semuanya angkara Mahathir Kutty...

    Dia bak pencuri besar sekarang terpekik terlolong....menuduh orang ini dan orang itu pencuri...utk mengalihkan pandangan umum kepada kelakuannya sebagai pencuri besar.

    ReplyDelete
  5. Walaupun aku benci semua pemimpin umnongok,tetapi najiblah pemimpin umnongok yang paling sial.dahlah menyamun harta negara sehabis-habisnya, dah tu menyusahkan rakyat pula.manusia jenis takda otak berlagak pandai tapi bangangnya tahap celaka, tapi perasan macam bagus.sial sungguh.

    ReplyDelete
  6. adun bn paksa azmin gugurkan brader drpd jwtn penasihat ekonomi selangor..ini mngambil kira penolakan sultan selangor terhadap brader..pada hemat saya ia tidak perlu kerana brader akan gugur drpd jawatan itu apabila dipenjarakan..

    ReplyDelete
  7. Tuan Shah, pendek cerita mestilah anakanda Mukhriz yang paling layak !!!.Nanti semua busuk Al Jibby jadi wangi. Projek pertama ia lah akan memindahkan kilang arak San Maguel ke Malaysia. Ambil balik ' valachi' 2 beliau Daim Z sebagai Menteri Kewangan dan Mohamad Nor Yaakob sebagai Penasihat Ekonomi.Ananada Krisnan dan YTL akan diberi monopoli bisness IPP yang akan merompak lagi wang negara. Yang sedih nya Melayu2 goblok akan memuji sebagai 'penyelamat' bang Melayu dan Islam. Untuk media pula dia akan ambil ZAM sebagai Chief Propagandist untuk memutar belit pola pemikiran Melayu yang akan jadi bodoh selama2 nya. Sekian

    ReplyDelete
  8. Umum mengetahui salah satu punca bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat ialah kerana atas urusan penjualan aset pengurusan air di Selangor. Khalid sebelum ini menawarkan harga RM250 juta untuk membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (SPLASH). Beliau enggan membeli dengan harga lebih dari itu, malah mengancam akan membatalkan lesen menggunakan undang-undang WSIA ke atas SPLASH.

    Rakan karib Anwar Ibrahim, Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemegang 30% saham SPLASH sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan sokongan Anwar untuk menyakinkan Khalid membeli dengan harga lebih tinggi, tetapi Khalid menegaskan harga RM250 juta itu adalah adil dan takkan membeli dengan harga lebih dari itu, walauun sesen.

    Dipersilakan baca: http://www.anwaraidc.com/?p=51764

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 23:22

      Komen saudara sudah tersasar ke longkang.... Kerana penulis blog ini bercerita tentang Mahathir dan Najib tapi saudara menimbulkan persoalan tentang air Selangor.

      Saudara seperti ada penyakit bangang.....

      Saudara sudah telan ubat....?

      Delete
    2. Tepat sekali. Yang tak habis2 fitnah Anwar apa hal. Anon 23.22 ni kenapa. Ini contoh terbaik Melayu Goblok yang siang malam jilat bontot Nijib dan Rosmah.

      Delete
    3. Umum mengetahui salah satu punca bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat ialah kerana atas urusan penjualan aset pengurusan air di Selangor. Khalid sebelum ini menawarkan harga RM250 juta untuk membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (SPLASH). Beliau enggan membeli dengan harga lebih dari itu, malah mengancam akan membatalkan lesen menggunakan undang-undang WSIA ke atas SPLASH.

      Rakan karib Anwar Ibrahim, Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemegang 30% saham SPLASH sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan sokongan Anwar untuk menyakinkan Khalid membeli dengan harga lebih tinggi, tetapi Khalid menegaskan harga RM250 juta itu adalah adil dan takkan membeli dengan harga lebih dari itu, walauun sesen.

      @ http://www.anwaraidc.com/?p=51764

      Delete
    4. Wan azmi sahabat baik anwar ibrahim??? Biar betul.....Baghal ni makin dilayan makin menjadi. Tahu tak apa dia baghal......adek beradik keldai mcm keturunan kau juga.....

      Delete
    5. Baik pi hospital...check Dr. Mana lah tahu...asyik ulang2 komen yg sama merata2 tempat.

      Delete
  9. Umum mengetahui salah satu punca bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat ialah kerana atas urusan penjualan aset pengurusan air di Selangor. Khalid sebelum ini menawarkan harga RM250 juta untuk membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (SPLASH). Beliau enggan membeli dengan harga lebih dari itu, malah mengancam akan membatalkan lesen menggunakan undang-undang WSIA ke atas SPLASH.

    Rakan karib Anwar Ibrahim, Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemegang 30% saham SPLASH sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan sokongan Anwar untuk menyakinkan Khalid membeli dengan harga lebih tinggi, tetapi Khalid menegaskan harga RM250 juta itu adalah adil dan takkan membeli dengan harga lebih dari itu, walauun sesen.

    = http://www.anwaraidc.com/?p=51764

    ReplyDelete
  10. Macai yang mengulang ulang ni blogger yg di upah UMNO bukan nya bangang semacama je memang bangang betul, patutlah Najib cakap bangang sampai Najib nak terguling guling blooger upahannya menunjukkan kebanganngan mcm NAJIB DAN UMNO gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang duk ulang ni perangai macam babi. Tak reti bahasa. Dah terlampau banyak makan duit haram UMNO dah tak tahu nak menjawab lagi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...