Friday 26 December 2014

Najib, Pelancong Paling Murung di Pulau Hawaii...


Ketika semua orang bergembira dan berwajah cerita ketika berada di Hawaii, Perdana Menteri, Najib Razak mungkin menjadi orang paling murung dan kacau jiwanya di pulau peranginan itu waktu ini.

Pemergiannya bercuti yang agak rahsia itu hanya terdedah apabila The Washington Post menyiarkan berita beliau bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama.

Berita itu yang disiarkan ketika banjir paling buruk melanda negeri-negeri pantai timur akhirnya bertukar menjadi serangan yang menyakitkan dalam percutian seorang Perdana Menteri.

Selain ramainya yang memintanya agar balik segera, yang lain pula mempertikaikan kewajarannya meneruskan percutian di kala bencana dan musibah melanda manakala rakyat diulit derita dan sengsara.

Memang agak malang apabila seorang Perdana Menteri tiada dalam negara ketika banjir sedang melanda. Walaupun kehadirannya tidak mungkin menyebabkan hujan dan banjir surut tiba-tiba, tetapi dalam kes banjir yang terburuk dan luar biasa ini, kehadiran Perdana Menteri bersama-sama rakyat memberi nilai yang sangat bermakna sebenarnya.

Ia bukan saja menunjukkan keprihatinan tetapi kehadiran Najib dengan kuasanya sebagai Perdana Menteri mampu menyelesaikan banyak perkara. Lagi pula, dengan adanya Perdana Menteri turun padang bersama, orang lain boleh berfikir lebih cergas untuk menyelesaikan masalah bersama-sama.

Sebab itu, ramai pemimpin dunia bersama rakyat ketika bencana. Obama sendiri kerap bersama rakyatnya dan tidak ke mana-mana ketika ribut taufan melanda negaranya. Presiden Korea Selatan juga membatalkan semua lawatannya ke luar negara apabila musibah feri karam berlaku baru-baru ini.

Najib sendiri, ketika musibah MH370 dan MH17 turut kerap menghabiskan masa dengan keluarga mangsa. Nilai kehadiran pemimpin bersama rakyat yang sedang derita tentulah tidak sukar untuk difahami oleh Najib sebenarnya.

Soalnya, kenapa masih tidak pulang juga? Buat apa berada di Hawaii lagi? Obama yang dirindui juga sudah ditemui?

Apakah gambar-gambar dan berita sedih mengenai banjir masih tidak mampu menggamit jiwanya untuk pulang segera?

Untuk apa terus berada di Hawaii jika berwajah murung kerana pulau itu lebih sesuai untuk bergembira?

Meskipun Najib melalui Facebook dan Twiiternya mengatakan sudah mengarahkan Muhyiddin Yassin menguruskan segala hal mengenai banjir dan Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan beliau akan mengambil alih segala urusan mengenai banjir ini dengan sebaik mungkin, semua ini bagaikan masih tidak memadai.

Jika rakyat tidak meluahkan kemarahan di media-media sosial dan percutian rahsia Najib tidak terdedah, mungkin Najib masih leka dengan cutinya ketika ini dan Muhyiddin pula tidak segera kembali ke tanahair.

Sebagai tanda prihatinnya, malam tadi Najib menyiarkan gambarnya sedang bercakap melalui telefon dengan Muhyiddin di Facebook dan Twitter miliknya. Wajah Najib nyata sedih, murung dan dukacita berbincang mengenai banjir dengan timbalannya itu.

Namun, di sebalik wajahnya sedihnya itu, masih ramai lagi yang mahukannya pulang ke tanahair segera.

Daripada berwajah murung, sedih dan dukacita di Hawaii sedangkan semua orang lain berwajah ceria, adalah lebih baik Najib membuat keputusan pulang segera ke tanahair. Belum terlambat untuk berbuat demikian kerana banjir bukan saja dijangka terus buruk di Pantai Timur, mengikut laporan Jabatan Kajicuaca pula, hujan lebih lebat dijangka melanda pula bahagian selatan negara dalam tempoh beberapa hari lagi.

Selain banjir di pantai timur adalah yang terburuk, beberapa kawasan termasuk ibukota juga turut dilanda banjir kilat kerana hujan tidak berhenti-henti sejak beberapa hari lalu.

Tiada pilihan lain buat Najib selain pulang segera. Menteri-menteri yang sedang bercuti dan sibuk membeli-belah juga seharusnya dikerahkan kembali. Inilah masanya pemimpin yang ada kuasa bersama kakitangan polis, tentera, bomba dan pelbagai agensi penyelamat lainnya yang turut tidak bercuti, turun ke lapangan membantu rakyat jelata. (SH 26/12/2014)

Daripada berwajah murung di pulau keriangan Hawaii, bukankah lebih baik balik saja...

7 comments:

  1. Pm,POYO, ...org dikampung2 nielah yg menangkan UMno dlm PRU

    ReplyDelete
  2. pandai tunjuk muka sedih@sandiwara

    ReplyDelete
  3. Najib tak balik...sebab Muhyideen dan kebanyakan ahli2 Umno suruh dia tak balik...Bagi rakyat Malaysia, Najib dan rosmah tak balik2 lagi baik...ada pun tidak menguntungkan Msia.

    Harap..harap...dan besar harapan aku supaya Najib dan Rosmah tak balik2. Duduk lah kat Hawai itu sampai mati. PM haramjadah...memimjam kata Najib.

    ReplyDelete
  4. Malu pd sultan2 lah wahai pm ngang...sultan perak..kelantan..turun padang bantu mangsa bah...awak kat sana seronok2...apa jadahnya kamu ni....

    ReplyDelete
  5. Najib dah bertolak balik dan akan terus mendarat kat Kelantan. Kah kah kah...tak sempat dia nak ngentot dengan minah saleh kat sana gara2 banjir. Tulisan Tuan Shahbudin dah potong stim dia. Kah kah kah

    ReplyDelete
  6. PM paling teruk sekali dalam sejarah PM malaysia......umno ......umno.......

    ReplyDelete
  7. bangsat, biadap, beruk, bodoh, barua, haram jadah... perkataan2 favorite united m national organisation...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...