Wednesday, 3 December 2014

Sudah Kes Berat...Ada Bekas Menteri Tak Boleh Langsung Tengok Muka Najib!!


Kedudukan Perdana Menteri ketika ini bukan saja merudum di mata rakyat tetapi juga berada di kedudukan paling teruk di mata sebahagian bekas pemimpin UMNO sendiri.

Ada pemimpin UMNO yang pernah menjadi menteri kabinet mengakui bahawa beliau ketika ini tidak boleh langsung memandang wajah Perdana Menteri, terutamanya melalui televisyen.

Katanya, beliau akan mengalih siaran berita di televisyen yang sedang ditontonnya jika muncul siaran berkenaan ucapan yang melibatkan Najib.

Tambahnya, dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau juga tidak menonton langsung sama ada ucapan atau sidang akhbar yang disampaikan oleh Najib yang berulangkali disiarkan melalui televisyen.

Sambil mengakui bahawa Najib ketika ini merupakan pemimpin paling lemah, beliau juga menyatakan tidak faham dengan sesetengah keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri yang jelas tidak membawa kebaikan kepada negara.

Menurut bekas pemimpin itu lagi, mendengar pelbagai perkara yang diucapkan oleh Najib sejak kebelakangan ini membuatkan perasaannya semakin sakit dan kacau serta percaya sebahagian besar rakyat juga berperasaan sedemikian.

Jika rakyat biasa yang tidak lagi mahu menonton atau membaca berita berkenaan Najib, ia mungkin dianggap sesuatu yang normal kerana sejak pemerintahannya sudah begitu banyak beban dan kesusahan yang sepatutnya diselesaikan dengan bijaksana olehnya, tetapi dipindahkan kepada rakyat atas alasan untuk kepentingan jangka panjang negara.

Malah jika ahli UMNO biasa pun mulai "menyampah" dengan gaya kepimpinan Najib yang semakin hari semakin teruk ini, barangkali ia juga boleh difahami.

Tetapi dengan adanya bekas menteri sendiri turut "meluat" sehingga tidak mahu lagi melihatnya ketika muncul di televisyen, ia adalah petanda jelas bahawa penolakan kini makin meluas dan merata terhadap Perdana Menteri itu.

Tidak seperti Perdana Menteri sebelum ini, baik Mahathir Mohamad mahupun Abdullah Badawi, walaupun mereka juga dibenci dan tidak disukai oleh ramai orang, tetapi tidaklah ia sampai ke tahap mereka tidak mahu lagi memandang wajahnya.

Malah Mahathir misalnya, walaupun mencipta ramai musuh politik sepanjang pemerintahannya, tetapi hujah dan idea-segarnya sentiasa dinanti setiap hari sama ada oleh yang menyokong atau membencinya.

Dalam buku Najib Perdana Menteri terakhir yang saya tulis dan terbitkan pada 2011, ada menyebut mengenai seorang ayah kepada salah seorang pemimpin kanan UMNO yang terus menutup televisyen jika berita mengenai Najib disiarkan.

Mungkin juga sebenarnya ramai lagi yang mempunyai perasaan sama terhadap Najib ketika ini, cuma ada yang berani berterus-terang dan pula yang hanya menyimpan dalam hati saja.

Menjelang PRU 14 dan ketika luahan rasa tidak puas hati rakyat dapat didengari di mana-mana, adanya seorang bekas pemimpin UMNO sendiri yang sampai tidak boleh lagi menatap wajah Najib, ia secara langsung adalah gambaran penolakan yang seharusnya meresahkan Najib.

Ini kerana, jika bekas pemimpin UMNO sendiri pun sudah ke tahap itu perasaannya, sudah tentulah rakyat dan pengundi biasa lebih parah lagi keadaannya. Semua mereka ini hanya menunggu masa dan ketika saja untuk menzahirkan perasaan masing-masing melalui peti undi. (SH 03/12/2014)

14 comments:

  1. bekas menteri ramai..biasa la..yg jd bisnessman, pemikir, blogger, ahli lembaga pengarah...yg jd banduan pun ada...bakal banduan pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betu..betul...ni semua salah Anwar. Sebab tu nak menaikkan popularity balik, Naqjib terpaksa guna .'buntut' siSiful untuk menjadikan Anwar bakal banduan.

      Nak harap Najib jadi pemimpin yg baik...dia tiada kualiti. Selalu ikut cakap Rosmah shj.

      Ckp macam orang bangang. Tapi dia tuduh blogger upahannya bangang pula. lantak kaulah Labi....

      Delete
  2. Aii yaa !, apa pasat itu macam lor rr , semua olang tatak sukak sama Najib ,habis apa macam maa aa ?.

    Tapi Wa manyak ingat itu Cina manyak sukak sama Najib , tapi buat-buat tatak sukak ,untuk lapat lagi lebih lea aa .

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat bekas menteri saja, ada rakyat malaysia yang sudah tak tonton tv kera-jaan sudah berpuloh tahun.meluat tengok semua pemimpin umno yang dok tipu melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lahhh...aku semenjak 1998 tak tonton TV1.2 dan 3. Klau ada program hiburan, baru tengok. Utusan dan NST...layak utk bungkus najis dan buang shj.

      Nasib baik ada Astro..jadi tengok BBC, NBC dll shj.

      PAU 2014...aku anggap macam perhimpunan penyagak dan pembolot harta(pencuri) Negara shj...

      Delete
  4. Puncanya..semuanya salah Anwar...Anwar lah yang sebabkan Umno terus lemah dan merudum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu susah nak berak pun sebab Anwar Ke?

      Delete
    2. Anon 08:56

      ...yang kau tanya soalan peribadi buat apa? Dia hanya menyebut fakta yg jelas dan lagi terang.

      Mengenai soalan peribadi tu, baik tanya diri kau sendiri.

      Delete
  5. Aku pun x tukar channel bila ah jib gor muncul. Masa pak lah dulu sentimen ni tak ada la seteruk ini.

    ReplyDelete
  6. rocky the great brown unused dick says: bekas menteri tak suka najib? hek eleehhhh tak suka pasai apa? najib tak lulos projek? tak boley join inner circle najib? project paper kene pangkah kat EPU? susah nak jumpa rosmah? projek kene sapu? hek eleehhhh.... "bekas menteri" kalo pernah khimat zaman mahadey sampai sekarang sume jenis perut busuk, khianat, penting diri sendiri, tak ikhlas...SUDA LA BEKAS MENTERI WOOOII lu dah kaye raye dan tibaii banyak lobang berbulu da berjalan merata donia guna duit rakyat, da buat banyak dasar menekan rakyat belakang datang nak cakap benci Najib? poooraah ptuih selagi nama orang politik, sume sama jenis (hampir) mughalazah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nuar pun bekas menteri..dia pun tak suka najib sebab dia teringin nak jadi pm..kesian..gelaran datuk seri selangor kena tarik pulok..malu beb..cam jui meng ja nasibnyer..lupe..chua jui meng pegi mana da????

      Delete
  7. rasanya bekas menteri yang meluat dengan najib adalah anwar. mau tak meluat, sepatutnya anwar yang naik jadi pm, kenapa tetiba najib pulak. dah la tak cerdik, tak pernah rasa susah dan tak pernah kena isa, senang2 je naik ranking jd pm. kalau aku jadi anwar, bukan sahaja aku tutup tv, tv tu aku hempas kelantai....hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Disini aku pun nak ambil kesempatan..cerita rakyat meluat tengok wajah najib berlaku depan mata aku, aku singgah rumah setiausaha aku( umno ) kebetulan buletin tv3 sebaik saja bermula gambar nsjib menjadi tajuk utama, terus anak su aku chenal astro..terkeluar dari mulut anak2 nya..meluat...tengok...muka..najib..menyampah...

    ReplyDelete
  9. biasa leee...Penyamun mana boleh tengok Penyangak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...