Sunday, 28 December 2014

Bala Demi Bala Menimpa, Macam Ada Tak Kena Dengan Negara Kita...


Belum pun reda musibah banjir di Pantai Timur yang terus menggila sehingga Perdana Menteri, Najib Razak pulang tergesa-gesa dan mengarahkan menteri-menteri kabinet yang sedang bercuti agar turut kembali segera, negara kini dikejutkan lagi dengan kehilangan sebuah pesawat Kumpulan Air Asia yang membawa 155 penumpang.

Laporan terkini menyebut pesawat Air Asia Indonesia yang sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu dipercayai telah terhempas di perairan Belitung Timur, berhampiran timur Sumatera kerana cuba mengelak ribut di angkasa.

Dengan kejadian terbaru ini, bertambah lagi duka rakyat negara kita. Jika dicampur dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, diikuti banjir dan terbaru kehilangan pesawat Air Asia, bala yang menimpa negara kita seolah-olah satu demi satu dan tiada hentinya.

Mungkin ramai yang turut menyimpan perasaan dalam hati, selepas ini entah apa lagi musibah bakal menimpa kita.

Seolah-olah ada yang tidak kena dengan negara kita sekarang ini yang Tuhan ingin tunjukkan. Bala yang bertimpa-timpa ini bukan saja tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi juga tidak banyak negara yang mengalaminya.

Apakah ini salah kepimpinan yang menerajui negara? Apakah juga salah menteri-menteri yang banyak diperkatakan dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa? Atau ianya salah kita sebagai rakyat biasa?

Apakah bala yang bertimpa ini kerana ada pemimpin yang melakukan dosa-dosa lampau yang dimurkai Tuhan? Adakah juga kerana berleluasanya amalan mungkar, syirik dan khurafat di kalangan pemimpin dan keluarga mereka?

Apakah juga ianya kerana kerakusan pemimpin yang ada kuasa, bukan saja menjual gunung dan menggondol balak sesuka hati, malah melelong agama yang sebenarnya bersalut keuntungan duniawi?

Tidak mungkinkah semua ini suatu isyarat ada pemimpin yang perlu berundur secara sukarela?

Hari ini, apabila Najib secara rasmi mengarahkan menteri-menteri yang sedang bercuti agar pulang segera, ia tentulah merupakan episod yang menyedihkan bagi kita semua. Sebagai pemimpin yang patutnya lebih berakal daripada kita, menteri-menteri ini seharusnya pulang lebih awal sebaik saja banjir mula melanda.

Yang belum pergi bercuti pula, seharusnya batalkan saja percutian mereka. Mereka tidak perlu diarah kembali dan memendekkan cuti macam budak-budak tadika. Jika tidak sanggup berkorban, lebih baiklah letak berundur saja dan tinggallah selama mana pun di luar negara yang disukai itu.

Tapi apakan daya, Najib sendiri pun tidak menunjukkan contoh yang baik dalam hal ini. Beliau sendiri pergi bercuti ke Hawaii ketika banjir sudah bermula. Hanya setelah beritanya bermain golf dengan Obama menjadi cercaan seluruh negara dan seantero dunia, barulah beliau pulang segera.

Kalau pun ada jadual bermain golf dengan Obama yang ditetapkan lebih awal, apakah tidak boleh ditangguhkan kerana musibah banjir yang berlaku ini? Obama pun tentunya tidak kecil hati jika Najib tidak jadi pergi ke Hawaii kerana sebagai pemimpin beliau sendiri memahami keperluan dalam negara adalah keutamaan kepada mana-mana pemimpin sekali pun.

Walaupun akhirnya Najib akur dengan kritikan dan kembali ke tanahair untuk menunjukkan rasa tanggungjawabnya kepada mangsa-mangsa banjir, kini berlaku pula kehilangan pesawat Air Asia. Seolah-olah ada sesuatu yang tersembunyi dari semua kejadian ini?

Selepas satu demi bala menimpa, ramai yang mula memikirkan apakah lagi bala Tuhan selepas ini. Mungkinkah bala yang lebih besar akan menggegar kita lagi?

Kepada yang bergelar pemimpin, yang ditangannya ada kuasa, mulailah mengkoreksi diri masing-masing mulai sekarang. Janganlah sekadar menyedapkan hati dengan berkata semua ini hanyalah ujian semata-mata. Fikirlah juga bahawa semua ini lebih mungkin suatu bala.

Periksalah salah atau betul, halal atau haram dalam tiindakan seharian bersama kuasa masing-masing. Apakah rakyat dan negara dijaga, Islam dipelihara atau diri sendiri lebih diutama? (SH 28/12/2014)

21 comments:

  1. jangan lupa...

    ada insiden letupan b0m anti kereta kebal di rumah ... jauh bertahun dulu altantuya diletupkan tanpa Motif dan pelaku dilepaskan...?

    memang dosa tetap dosa... yang disembunyikan dan dielakkan akan memakan tuan diri, direct or indirectly.... ingat tu Pak Njip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaliklah kepada Islam. Tak kira pemimpin atau kita semua. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, BUKAN asyik menabur fitnah

      Delete
    2. Macai/Cybertrooper UMNO BN di punya nak cover, bersempah -sempah komen akan tulis "Jangan Menabur Fitnah".
      Orang Bangang dari puak UMNO MELAYU BN yang suka finah dan percaya fitnah.., TRICK yang dah lapuk.

      Delete
  2. ini semua gara gara doa pecah perut...sebab orang PASlah semua org Islam di msia dapat susah... jangan main 2 dengan hudud dan kalimah allah...padang tempat doa pecah perut pun banjir....masih tak paham lagi ke...penyokong PAS semakin sesat...Kalau anjing boleh taat pada tuannya...kenapa PAS tidak...munkin taraf lebih bawah dari anjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana doa tu? Sapa main2 dgn hudud dan kalimah Allah? Mana hudud umno sejak merdeka?

      Pasal lembu? Altantuya? Fitnah jubo? Pkfz? ...

      Delete
    2. Mungkin juga bala sebab rakyat di sesebuah negara itu terlalu suka berbuat fitnah sesama sendiri tanpa mengira tempat dan masa.

      Delete
  3. najib hadir dlm final bola, mlsia kecundang. ada baiknya najib letak jwtan sebelum lebih banyak musibah @ najib muhasabah dirinya ttg dosa2nya yg dia lakukan.

    ReplyDelete
  4. Ramai rakyat malaysia sekaramg bermulut jahat , suka mengata orang, menuduh yg bukan2, menyebar aib orang dan menabur fitnah. Rasanya tak heran kalau Allah turunkan bala (walau sentiasa doa minta dijauhkan). Sama2lah kita muhasabah diri . Marilah mohon kebaikan, tinggalkan segala sifat-sifat buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpim umno buat fitnah lagi kuat.liwatlah, sampai sekarang belum selesai.itulah punca segala malapetaka.

      Delete
    2. Sampai Ustaz-ustaz sekarang banyak merapu, tak sebut pun pasal keadilan sesama manusia, KEADILAN itu Sifat ALLAH, Banyak pak lebai lebai sekarang dah jadi wakil diam aje pasal kezaliman pemerintahan atas sifat dasar kemelayuan

      Delete
  5. Masalah yang banjir negeri serambi Mekah...tak pulak dihiglight
    kelantan dan terengganj negeri paling lama tengok porno...tak pula dikaitkan?

    ReplyDelete
  6. Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
    “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

    1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

    3. Zakat dijadikan hutang
    Ulasan – nak dapat zakat susah. Penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu.

    4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

    5. Anak derhaka terhadap ibunya

    6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

    7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

    8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
    Ulasan – masjid dijadikan medan/tempat berkelahi. Sumpah di masjid untuk kepentingan sendiri.

    9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

    Ulasan – Org yg paling hina- yg tiada ilmu agama dan tiada akhlak.

    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
    Ulasan – Contohnya, takut kepada polis kerana dibimbangi ia berlaku zalim terhadap diri kita.

    11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

    12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

    13. Para artis-artis disanjung-sanjung. Ulasan- penyanyi perempuan dimuliakan.

    14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

    15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
    Ulasan – mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah.

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”

    (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangankan kata 15 masalah yg ada dlm senarai.. jika bubuh 15000 masalah pun, kesemuanya telahpun berlaku dan akan terus dilakukan masyarakat termasuk pemimpin sendiri.

      Berapa kerat sangat yg peduli agama? Yg dok gi bertengguk depan tok guru pun, haha.. 2x5 saja ale uto perangainya. Dapat la pahala mengaji dgn tok guru. Tapi xde sapa pun mengamalkannya termasuk dgn tok guru sekali. Cuba perhatikan ya..

      Dah pupus dah org baik2 dikalangan kita. Hanya kita saja masih perasan bagus, masih lagi nak kaitkan agama sebagai pendinding hidup. Realitinya alasan2 agama dan nasihat2 agama cuma dibuat lapik punggung saja. Kahkahkah..

      Delete
    2. mohon copypaste tuan, mahu masukkan dlm page saya : Air Mata Buaya di fb

      Delete
  7. ..munkin sumpahan Altantuya dan anak yg dikandong...yg dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusian...

    yang membunuh tu...kononnya orang islam...yang menyuruh bunuh?

    ReplyDelete
  8. Bala demi bala ini bermula setelah pertuduhan fitnah liwat keatas DSAI berlaku. Fitnah dalam media UMNO berterusan siang dan malam tanpa henti. UMNO dan ahlinya langsung dgn tidak ada rasa malu berterusan hingga ke hari ni pun masih sama kelakuan mereka.

    Selagi ini tidak dihentikan.. sorilah yer fitnah lain boleh ikut dihentikan sama. Tunggu saja bala demi bala mendatang lagi..

    ReplyDelete
  9. Hampir semua inti penulisan penulis dan pengomen mghalakan semua kesalahan kpd pemimpin dan organisasinya, adalah lebih baik kita brmuhasabah diri dan mperbetulkan diri sndri..walaupun tak dinafikn kerosakn yg dibuat oleh pemerintah, next ge kita "perbetulkan" klu x puas hati

    ReplyDelete
  10. Krtik mengkritik bagusnya anda2 semua...baru je yg pantai timur kena banjir...belum lagi kena tsunami kan? Macam mana kalau Allah turunkan bala lebih dashyat dari banjir...dengan kehilangan kapal terbang?? Malaysia ni patut bersyukur sebab yang melanda tu masih kecil2 sahaja...belum yang hebat lagi...baru yang terkorban tu 1+++ je...mengata dan mengutuk...tuduh menuduh...kalau rasa diri tu sempurna sangat kat mata Allah...dan kalau rasa diri tu betul sangat bercakap la sampai bila2...bukan menyokong mana2 anggota politik..tapi ini perspektif daripada seorang rakyat...berfikir panjang sebelum menuduh mana2 pihak...macam mana nak cakap..bukan orang politik je yang buat salah...kita rakyat jelata pun ada masalah atitude jugak kan?? So fikir2 lah...dia berkedudukan tinggi sebab dia mampu mengolah negara if kita rakyat jelata ni boleh mengolah negara menjadi lebih baik mana tau one day we can become like them?? Who knows? Kita merancang segalanya..syaitan penganggunya..Allah menentukannya

    ReplyDelete
  11. SELAMAT DATANG KE BLOG CINRAI INI LAMAN WEB SAYA WWW.CINRAI.BLOGSPOT.COM JIKA BOLEH BLOG CINRAI DI SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ANDA DAPAT MEMBACA BLOG CINRAI.

    ReplyDelete
  12. PADAN MUKA NEGARA NALAYSIA CELAKA DI TERIMA MUSIBAH SEPERTIMANA NEGARA-NEGARA LAIN.BARULAH TAHU DAN RASA BAGAIMANA PERASAAN RAKYAT MALAYSIA KERAJAAN MALAYSIA CELAKA TINDAS RAKYAT SERTA MENYALAH GUNA KUASA KEPADA RAKYAT SERTA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO.SAYA SOKONG SEPENUH BLOG CINRAI DAN SAYA SUDAH BACA BLOG CINRAI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...